Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

KISAH SANTAU

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

KISAH SANTAU

Post  Yassin on Mon Jan 18, 2010 4:56 pm


Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama.


Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.



Jenis-jenis Santau:

Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:


Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.

Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadapsyaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.


Tanda-tanda Terkena Santau:

Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:


Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.

Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.

Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.

Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.

Lenguh seluruh anggota badan.

Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.

Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.

Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.

Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.

Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.


Kesan-kesan Santau:

Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:


Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.

Hilang daya ingatan.

Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.

Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.

Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.

Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.

Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.

Terjadinya kanser dan ketumbuhan.

Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

Sumber : http://www.penawar.com

avatar
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  Yassin on Mon Jan 18, 2010 4:57 pm

Kawan suka juga bercerita bab ini sebab kebelakangan ini atau dari dahulu lagi main santau2 nei org kita suka sungguh pelik kawan.... jadi moh lah kita huraikan sedikit cerita santau ini atau berkongsi sedikit pengalaman.
avatar
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  lepat_ubi on Mon Jan 18, 2010 5:05 pm

menakutkan jer...
mintok selisih la wes...mende2 gini...
avatar
lepat_ubi
A.D.O
A.D.O

Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 28
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  Yassin on Mon Jan 18, 2010 5:07 pm

lepat_ubi wrote:menakutkan jer...
mintok selisih la wes...mende2 gini...

org pompuan kena jaga2 sebab potensi mudah kena tu ada.... Crying or Very sad
avatar
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  lepat_ubi on Mon Jan 18, 2010 5:10 pm

Yassin wrote:
lepat_ubi wrote:menakutkan jer...
mintok selisih la wes...mende2 gini...

org pompuan kena jaga2 sebab potensi mudah kena tu ada.... Crying or Very sad

lor...lelaki tak kena ke?
ini tidak adil...
tapi kek nye kalo dah nok kena tu...
tak kire jantina rase nye,,
avatar
lepat_ubi
A.D.O
A.D.O

Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 28
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  Yassin on Mon Jan 18, 2010 5:14 pm

lepat_ubi wrote:
Yassin wrote:
lepat_ubi wrote:menakutkan jer...
mintok selisih la wes...mende2 gini...

org pompuan kena jaga2 sebab potensi mudah kena tu ada.... Crying or Very sad

lor...lelaki tak kena ke?
ini tidak adil...
tapi kek nye kalo dah nok kena tu...
tak kire jantina rase nye,,

Bukan gitu maksud kawan ...org pompuan nei kadang mulut tu celupar..jadi jaga mulut sikit....sebagai contoh mekala ada org minat cakap molek2 jgn ckp bender tak baik...nie ada setengoh tu sampai ludoh tuiii....ke bumi punya tak minat dia kat lelaki tu jadi jangan buat gitu cakap molek org tak maroh.... Very Happy
avatar
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  ozzy on Mon Jan 18, 2010 5:14 pm

Yassin wrote:Kawan suka juga bercerita bab ini sebab kebelakangan ini atau dari dahulu lagi main santau2 nei org kita suka sungguh pelik kawan.... jadi moh lah kita huraikan sedikit cerita santau ini atau berkongsi sedikit pengalaman.

Yang kwn peliknya x nok pulok deme tu santau tokey2 hok kaya raya tuhhh... Sad
avatar
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  Yassin on Mon Jan 18, 2010 5:15 pm

ozzy wrote:
Yassin wrote:Kawan suka juga bercerita bab ini sebab kebelakangan ini atau dari dahulu lagi main santau2 nei org kita suka sungguh pelik kawan.... jadi moh lah kita huraikan sedikit cerita santau ini atau berkongsi sedikit pengalaman.

Yang kwn peliknya x nok pulok deme tu santau tokey2 hok kaya raya tuhhh... Sad

Tu laa pasalnya geng yahudi tu ker ... Very Happy
avatar
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  ozzy on Mon Jan 18, 2010 5:18 pm

Yassin wrote:
ozzy wrote:
Yassin wrote:Kawan suka juga bercerita bab ini sebab kebelakangan ini atau dari dahulu lagi main santau2 nei org kita suka sungguh pelik kawan.... jadi moh lah kita huraikan sedikit cerita santau ini atau berkongsi sedikit pengalaman.

Yang kwn peliknya x nok pulok deme tu santau tokey2 hok kaya raya tuhhh... Sad

Tu laa pasalnya geng yahudi tu ker ... Very Happy

cer naik gen*** gi santau pastu bawa toyol sekor..
avatar
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  zulkbo on Mon Jan 18, 2010 5:43 pm

mintak di jauhkan la koi dari mende gini
sapa kat PCC nih tak puas hati ngan koi
cer kabo..jangan main gini meh??
naya koi... kouta ada 3 lagi nie
hu hu hu Cool Razz

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  Yassin on Mon Jan 18, 2010 6:23 pm

zulkbo wrote:mintak di jauhkan la koi dari mende gini
sapa kat PCC nih tak puas hati ngan koi
cer kabo..jangan main gini meh??
naya koi... kouta ada 3 lagi nie
hu hu hu Cool Razz

Tul tu kawan pun jgn di hembus tak pasal naya kawan anok kecik lagi hehehe....... Very Happy mekala ada bender tak puas hati moh ajok bincang dulu...kita kena karipap amenya dulu Razz
avatar
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  Yassin on Mon Jan 18, 2010 6:30 pm

Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakir dengan kematian, atau pun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.

Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai 'santau angin' atau 'santau seru', santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan perhidmatan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.

JENIS JENIS SANTAU:

Ada 2 jenis santau -

1. Santai yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.

TANDA-TANDA TERKENA RACUN SANTAU:

Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.

Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.

Sintom atau kesan yang lain termasuk:
1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
4. Kurang daya ingatan.
5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
6. Sakit di bahagian tengkuk.
7. Kesan lelah atau asthma.

Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menybabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.

Sekian

Sumber : www.syifa-alhidayah.com
avatar
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  Cik_N on Mon Jan 18, 2010 9:14 pm

Apakah hukum santau menyantau di sisi agama kita?
avatar
Cik_N
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 940
Join date : 28/11/2009
Location : Temerloh

http://cikkelisa.blogspot.com

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  strikerbuncit on Mon Jan 18, 2010 9:45 pm

Cik_N wrote:Apakah hukum santau menyantau di sisi agama kita?

haram la..terang2 dia mtk tolong dgn setan..kdg2 ade jugak bomoh guna al-quran tp dia campur dgn mantera..lastly,ia ttp haram..
avatar
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  Yassin on Mon Jan 18, 2010 10:25 pm

Kepada anda yang mungkin mempunyai Sintom seperti kat atas tu usah berasa takut atau gundah entah ke secara kebetulan sintomnya sama tapi bukan penyakit yang dimaksudkan.... Very Happy Jika pun benar dikatakan anda telah memiliki penyakit ini sila pastikan utk 2-3 org tok bomoh lagi jika yang lain berkata sedemikan juga bermungkinan kebenaran itu ada.
avatar
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  strikerbuncit on Mon Jan 18, 2010 10:29 pm

Yassin wrote:Kepada anda yang mungkin mempunyai Sintom seperti kat atas tu usah berasa takut atau gundah entah ke secara kebetulan sintomnya sama tapi bukan penyakit yang dimaksudkan.... Very Happy Jika pun benar dikatakan anda telah memiliki penyakit ini sila pastikan utk 2-3 org tok bomoh lagi jika yang lain berkata sedemikan juga bermungkinan kebenaran itu ada.

jumpa pawang di PCC mujarab tak?
Laughing
avatar
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  Yassin on Mon Jan 18, 2010 10:31 pm

Cik_N wrote:Apakah hukum santau menyantau di sisi agama kita?

Hukumnya seperti membunuh juga tetap diantara senarai dosa besar.
avatar
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  zulkbo on Mon Jan 18, 2010 10:34 pm

koi takut nor menda gini
harap dijauhkan Allah
hati orang..hasad dengki..khianat
kita bukan tahu.. Shocked

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  Yassin on Mon Jan 18, 2010 10:37 pm

strikerbuncit wrote:
Yassin wrote:Kepada anda yang mungkin mempunyai Sintom seperti kat atas tu usah berasa takut atau gundah entah ke secara kebetulan sintomnya sama tapi bukan penyakit yang dimaksudkan.... Very Happy Jika pun benar dikatakan anda telah memiliki penyakit ini sila pastikan utk 2-3 org tok bomoh lagi jika yang lain berkata sedemikan juga bermungkinan kebenaran itu ada.

jumpa pawang di PCC mujarab tak?
Laughing

Aok jgn berbagai hehehehe Very Happy

Santau yang amat bahaya santau drp makanan (termakan) sebab itu kita disarankan berdoa dahulu sebelum makan, ada juga amalan org tua dulu-dulu memakai penawarnya seperti paruh burung lilin dan sebagainya...sementara santau angin juga hebat ,jadi amalkan membaca surah2 tertentu sebelum tidor...ada juga terkadang kehebatan Bomoh2 sesat menghantar makhluk halusnya seperti ulat bulu jika terlangkah selesai.... Shocked


Last edited by Yassin on Tue Jan 19, 2010 7:31 am; edited 1 time in total
avatar
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  syiraz77 on Tue Jan 19, 2010 7:28 am

kenapa manusia selalu berhasad dengki?
kenapa tidak boleh hidup aman damai?
mengapa perlu menganaiya sesama manusia?
avatar
syiraz77

Posts : 11
Points : 12
Join date : 18/01/2010

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  Yassin on Tue Jan 19, 2010 7:34 am

syiraz77 wrote:kenapa manusia selalu berhasad dengki?
kenapa tidak boleh hidup aman damai?
mengapa perlu menganaiya sesama manusia?

Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging iaitu hati, kala molek hatinya moleklah perperbuatannya.

Sebab itu Allah sediakan syurga dan neraka jadi pilih laa kita nak ditempatkan dimana
subahanaallah.... Very Happy
avatar
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  Yassin on Tue Jan 19, 2010 10:55 am

Ada cerita baru yang diceritakan pada kawan kisoh seorg budak pompuan awal 20an...kena santau..mmg kes naya...santau tulang org mati maru dik buatnya...diceritakan tidak boleh baring atas simen dan tak boleh mengenakan pakaian...subahanaallah...ngape laa buat naya ke org gini....sedih kawan.

Kawan rasa mesti ada kisah lampau juga kenapa boleh sampai gitu dibuat org. Sad
avatar
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  zulkbo on Tue Jan 19, 2010 11:07 am

Yassin wrote:Ada cerita baru yang diceritakan pada kawan kisoh seorg budak pompuan awal 20an...kena santau..mmg kes naya...santau tulang org mati maru dik buatnya...diceritakan tidak boleh baring atas simen dan tak boleh mengenakan pakaian...subahanaallah...ngape laa buat naya ke org gini....sedih kawan.

Kawan rasa mesti ada kisah lampau juga kenapa boleh sampai gitu dibuat org. Sad

banyok ke kes gini kat jerantut nuh Yassin?
koi ingat orang dah tak membuat gini ..ruper ada lagi Evil or Very Mad

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  Yassin on Tue Jan 19, 2010 11:09 am

zulkbo wrote:
Yassin wrote:Ada cerita baru yang diceritakan pada kawan kisoh seorg budak pompuan awal 20an...kena santau..mmg kes naya...santau tulang org mati maru dik buatnya...diceritakan tidak boleh baring atas simen dan tak boleh mengenakan pakaian...subahanaallah...ngape laa buat naya ke org gini....sedih kawan.

Kawan rasa mesti ada kisah lampau juga kenapa boleh sampai gitu dibuat org. Sad

banyok ke kes gini kat jerantut nuh Yassin?
koi ingat orang dah tak membuat gini ..ruper ada lagi Evil or Very Mad

mana pun ada zul selagi ada PHD- Penyakit hasad dengki, hati yang busuk tak ingat mati....
avatar
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  zulkbo on Tue Jan 19, 2010 11:11 am

Yassin wrote:

mana pun ada zul selagi ada PHD- Penyakit hasad dengki, hati yang busuk tak ingat mati....

maksud koi Yassin ada lagi ke
bomoh yang masih hidup yang
membuat jampi serapah kerja jahat nih Very Happy

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: KISAH SANTAU

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum