Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

HAM RADIO di Malaysia

+5
cekwa
Yassin
zulkbo
Deto_8
koy101
9 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty HAM RADIO di Malaysia

Post  koy101 Thu Jan 21, 2010 4:52 pm

Kiranyer tread nih, adalah untuk mempromosikan hobi bersembang diudara yg lebih dikenali sebagai HAM RADIO atau RADIO AMATUR.

Kepada sesapa yg dah ader callsign tuh, bolehler mencurahkan ilmu kat sini....
Kepada sesapa hok ader soklan pun, bolehler bertanya...
Aku xder lagi callsign... tp, insyaallah.. mana yg leh aku jawab.. aku jawab..
kalau aku xleh jawab, nanti aku tanya pd otai Radio nih..
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  Deto_8 Thu Jan 21, 2010 4:55 pm

soalan pertama : apakah yang dimaksudkan HAM tu? bukan macam hamburger tu kan Cool
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  zulkbo Thu Jan 21, 2010 4:58 pm

callsign
tu mende..koi betul buta warna ni
he he..cer kabo terrr... Razz
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  koy101 Thu Jan 21, 2010 5:02 pm

Deto_8 wrote:soalan pertama : apakah yang dimaksudkan HAM tu? bukan macam hamburger tu kan Cool
yg bebenor nyer... panggilan dier adalah AMATEUR RADIO USER, keknyer diperingakat antarabangsa.. lebih dikenali sebagai HAM RADIO. Ni kire slanga base radio la....
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  zulkbo Thu Jan 21, 2010 5:07 pm

koi ada jumpa satu link:

http://www.eham.net/

omputeh la pulok..
pelan-pelan la terjemah
he he he Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  koy101 Thu Jan 21, 2010 5:08 pm

zulkbo wrote:callsign
tu mende..koi betul buta warna ni
he he..cer kabo terrr... Razz

RADIO AMATUR nih kiranyer... dilesenkan.... maknanyer ..
sesapa yg nak main atau menjadikan minat nih sebagai hobi...
dier kena amik dan lulus peksa, dan kemudian berdaftar dgn Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ( yakni agensi yg dipertanggungjawakan )
Callsign tu kira tanda pengenalan pengguna radio tuh..
dan dier special utk sorang jer.... dan negara tu jer...

cth : 9 - merujuk kepada Malaysia
m or w - merujuk kepada kelas lesen samada A ( internasional ) atau B ( domestik )
2 - kawasan ( 2 utk semenanjung, 6 utk sabah, 8 utk sabah )
tiga alphabet akhir tu.. nama user tu
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  zulkbo Thu Jan 21, 2010 5:10 pm

HAM RADIO di Malaysia Icomzn7

salah satu bentuk radio
sapa yang tahu cer explain sket scratch drunken
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  koy101 Thu Jan 21, 2010 5:12 pm

zulkbo wrote:HAM RADIO di Malaysia Icomzn7

salah satu bentuk radio
sapa yang tahu cer explain sket scratch drunken

benda tuh dipanggil 'mobile rig', salah satu gajet yg digunakan ukt berkomunikasi....
boleh letak kat dlm keta atau kat umah...
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  koy101 Thu Jan 21, 2010 5:13 pm

Utk pengetahuan sumer, RADIO AMATUR nih adalah satu-satunyer hobi yg kena amik peksa dan kena ader lesen seblom leh guna, kat M;sia nih
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  zulkbo Thu Jan 21, 2010 5:14 pm

ni lagi sebijik..apa bezanya..?

HAM RADIO di Malaysia Currentrigsth2
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  koy101 Thu Jan 21, 2010 5:18 pm

Ikhsan dari 9w2UZI

Bahagian 1: Pengenalan

Radio Amatur atau ham radio merupakan sejenis hobi yang menggunakan radio untuk berkomunikasi samada dari rumah, dalam kenderaan mahupun di luar. Selain itu, hobi ini juga memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan teknikal tentang elektronik dan radio. Selain teori eksperimen turut dibuat, membolehkan kita mengembangkan lagi ilmu selain mencuba pelbagai jenis perkakasan lain (yang kadang-kala melibatkan pengubahsuaian bahan terbuang) untuk dijadikan antenna dan sebagainya.

Komunikasi melalui Radio Amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antennanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antenna (atau semakin banyak elemen sesebuah antenna itu, semakin baik keupayaannya).

Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila MARES atau Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital.

Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point. Seakan menggunakan radio FRS seperti Motorola Talkabout. Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh.

Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua pancar ulang dimiliki oleh persatuan radio amatur seperti MARES, ASTRA, MARTS dan JASRA yang boleh dimanfatkan oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain samada secara lokal mahupun transnasional (seluruh negara).

Di Malaysia, perkhidmatan Radio Amatur dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atau juga dikenali sebagai MCMC. Seseorang yang ingin menjadi mengoperasikan perkakasan radio komunikasi amatur perlu terlebih dahulu menduduki peperiksaan amatur atau RAE (Radio Amateur Examination) yang dikelolakan oleh MCMC. Calon yang lulus akan dibenarkan untuk membuat permohonan untuk mengoperasikan perkakasan radio amatur dan diberikan 'callsign' atau ID pengenalan kita ketika berkomunikasi. Hanya selepas memperolehi AA atau Apparatus Assignment (penguntukan radas/lesen) dari MCMC, seseorang boleh mula QSO atau berbual di dalam jaluran.

Undang-Undang: Lesen
Lesen Radio Amatur di negara ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu A dan B. Lesen B merupakan lesen asas yang dikeluarkan kepada calon yang lulus RAE. Lesen B membolehkan operator radio amatur mengendalikan radio pada julat dan kuasa pancaran (watt) yang lebih rendah berbanding pemegang lesen kelas. Pemegang lesen kelas B akan mendapat callsign yang bermula dengan 9W2 atau disebut sebagai Nine-Whiskey-Two manakala pemegang lesen kelas A disebut sebagai 9M2 atau Nine-Mike-Two.

Mereka yang ingin mendapatkan lesen kelas A, perlu terlebih dahulu memiliki lesen kelas B untuk sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum boleh memohon untuk menduduki ujian CW (continous wave) atau Kod Morse. Hanya mereka yang lulus sahaja akan diberikan lesen kelas A dan boleh mengendalikan perkakasan radio berkeupayaan tinggi selain boleh berhubung menggunakan Kod Morse hanya dengan menggunakan bateri berkuasa 9volt
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  koy101 Thu Jan 21, 2010 5:20 pm

Ikhsan dari 9w2UZI

BAGAIMANA UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DIDALAM RADIO AMATUR

Untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur, pengendali mestilah memegang Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur yang dikeluarkan oleh SKMM ( MCMC ). Permohonan boleh di buat dimana-mana pejabat Wilayah SKMM ( MCMC ). Tanda Panggilan ( CallSign ) akan diberikan kepada pemohon yang berjaya mengikut Kelas Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur. Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur membenarkan pemegang untuk mengambil bahagian dan mengoperasikan Stesyen Radio Amatur.

Peruntukan Tanda Panggilan ( Call Sign ) di Malaysia adalah seperti berikut :

Semenanjung Malaysia - Kelas A - 9 M 2 x x x
Kelas B - 9 W 2 x x x

Sabah - Kelas A - 9 M 6 x x x
Kelas B - 9 W 6 x x x

Sarawak - Kelas A - 9 M 8 x x x
Kelas B - 9 W 8 x x x

PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Semua Stesyen Radio Amatur mestilah mempunyai lesen yang sah daripada SKMM ( MCMC ) sebagai sebuah badan berkuasa untuk industri komunikasi di Malaysia. Anda mestilah memiliki sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur.

Di bawah kategori radio amatur terdapat tiga kelas iaitu :

1. Permohonan untuk Penguntukan Radas ( Perkhidmatan Amatur ) ASAA kelas A dan B

2. Permohonan untuk Penguntukan Radas ( Perkhidmatan Mobil ) borang untuk Stesyen Pengulang ( Repeater ) Amatur

Tempoh sah Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) adalah diantara 3 bulan hingga 5 tahun.

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Untuk kelayakan , pemohon mestilah :

1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk kelas A dan berumur tidak kurang dari 14 tahun untuk kelas B.
Bagi pemohon dibawah umur 21 tahun, dikehendaki mendapat pengesahan daripada ibubapa, penjaga atau mana-mana pihak yang akan bertanggungjawab.

2. Warganegara Malaysia atau warganegara asing yang mempunyai perjanjian timbal balik ( Reciprocal Aggrement ) dengan Malaysia.

3. Pemegang Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur ( AROC ) kelas A atau B hendaklah mengemukakan salinan keputusan Peperiksaan Radio Amatur kepada SKMM ( MCMC ).

KEPERLUAN PEMATUHAN

Pemegang Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) mestilah akur dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang dan pindaan yang dibuat.

KEPERLUAN PEMATUHAN ANTARABANGSA

Pemegang Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) mestilah akur dengan Peraturan Radio ( Radio Regulation ) Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa ( ITU ) dan Konvensyen Telekomunikasi Antarabangsa ( ITC ).

Penggunaan ulangan untuk stesyen pengulang yang mengoperasikan jalur Ulangan Amat Tinggi ( VHF ) dan Ulangan Teramat Tinggi ( UHF ) dalam jarak 50 kilometer daripada sempadan Malaysia akan memerlukan Koordinasi Sempadan dengan negara jiran berkenaan.

YURAN PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Yuran Penguntukan Radas Radio Amatur adalah seperti jadual dibawah :

Kelas Yuran Permohonan Yuran Tahunan
Kelas A RM 60.00 RM 36.00
Kelas B RM 60.00 RM 24.00
Stesen Pengulang Amatur RM 60.00 RM 60.00

PERJANJIAN OPERASI TIMBAL BALIK

Stesyen Radio Amatur negara luar boleh memohon dibawah perjanjian operasi timbal balik dengan Malaysia. SKMM ( MCMC ) akan mengeluarkan ASAA kepada stesyen amatur luar negara sekiranya permohonan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pengeluaran lesen berkenaan mengikut kelas lesen dari negara asal.

ASAA hanya akan dikeluarkan tidak melebihi tempoh masa sah yang dikeluarkan oleh negara asal atau setahun atau mana yang terdahulu.

Stesyen Radio Amatur negara luar yang tidak ada mempunyai perjanjian operasi timbal balik dengan Malaysia akan dipertimbangkan pengeluaran lesen bergantung kepada kes-kes tertentu sahaja. Walau bagaimana pun pengesahan dari ahli MARTS akan dipertimbangkan.

PEPERIKSAAN

Terdapat dua jenis peperiksaan Radio Amatur :

1. Peperiksaan bertulis Radio Amatur ( RAE ).
2. Peperiksaan amali Kod Morse ( CW Test ).

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR ( RAE )

Peperiksaan bertulis merangkumi tajuk-tajuk berikut ;

1. Teori Eletrik , Eletronik dan Radio Komunikasi.

2. Teori dan Operasi peralatan radio termasuk sistem antenna , pemancar , penerima , amplitude , modulasi ulangan dan teknik single sideband.

3. Peraturan yang dibuat dibawah akta yang membolehkan mana-mana stesyen ujud dan beroperasi dan termasuk perkhidmatan kajian amatur.

4. Peraturan Radio Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa ( ITU ) membolehkan stesyen radio amatur beroperasi dan melakukan kajian dan tertakluk kepada peraturan operasi stesyen radio amatur secara amnya.

Terdapat 100 soalan didalam peperiksaan ini dalam bentuk objektif dan calun diberi masa selama 3 jam untuk menjawab kesemua soalan. Setiap jawapan yang salah tidak akan dipotong markah.

UJIAN KOD MORSE ( CW TEST )

Adalah satu peperiksaan amali untuk mengukur keupayaan dan kemahiran pengendali stesyen radio amatur.

1. Berupaya menghantar mesej dengan betul dengan menggunakan kekunci telegraf samada kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam tempoh 3 minit dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka , Isyarat Khas , Kod ’Q’ dan isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa.

2. Berupaya menerima mesej dengan betul dengan menggunakan kekunci telegraf samada kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam tempoh 3 minit dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka , Isyarat Khas , Kod ’Q’ dan isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa.

Calun mestilah berupaya mengantar mesej sebanyak 36 perkataan ( lebih kurang lima huruf satu perkataan ) dalam bahasa biasa dalam masa tiga minit dengan kelajuan 12 perkataan seminit tanpa isyarat pembetulan. Maksimum empat kesalahan dan empat isyarat pembetulan adalah dibenarkan.

Calun mestilah berupaya menerima mesej sebanyak 36 perkataan ( lebih kurang lima huruf satu perkataan ) dalam bahasa biasa dalam masa tiga minit dan setiap angka dan huruf yang diterima salah dikira satu kesilapan. Satu perkataan yang mana satu atau lebih huruf yang diterima salah dikira dua kesilapan. Maksimum empat kesilapan didalam bahasa biasa dan maksimum dua angka yang diterima salah dibenarkan.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Peperiksaan akan diadakan dari masa ke semasa. Tarikh , Masa dan Tempat akan ditentukan oleh SKMM ( MCMC ). Notis penghebahan akan dibuat melalui media cetak dan eletronik. Terma dan syarat , peraturan permohonan , cara pembayaran dan lain-lain yang berkaitan dengan peperiksaan akan juga dimaklumkan.

YURAN PEPERIKSAAN

Yuran peperiksaan adalah seperti berikut :

1. Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) - RM 50.00

2. Ujian Kod Morse ( CW TEST ) - RM 50.00

Yuran peperiksaan tidak akan dikembalikan kepada calun sekiranya menarik diri atau tidak hadir pada tarik peperiksaan. Yuran tidak boleh dipindah dari satu tarikh peperiksaan ke tarikh peperiksaan yang lain atau dari calun kepada calun yang lain.

HAD KELAYAKAN UMUR

Had kelayakan umur minima untuk menduduki Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) adalah 14 tahun.

Had kelayakan umur minima untuk menduduki Ujian Morse Kod ( CW Test ) adalah 18 tahun.

Stesyen Radio Amatur Kelas A diberi keutamaan untuk pemancaran kuasa tinggi tetapi perlu mengambil kira dan bertanggungjawab ketika beroperasi/mengendali stesyen.
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  koy101 Thu Jan 21, 2010 5:22 pm

Ihsan dari 9w2UZI

What Is Amateur Radio?

INTRODUCTION
Amateur Radio, also affectionately known as "ham radio", is a hobby of constructing, experimenting and communicating using radio equipment. In Malaysia, hams are licensed by the Malaysian Communication and Multimedia Commission and an amateur radio operator can operate radio equipment from home, from their vehicle and from anywhere in Malaysia. A number of radio frequencies have been set aside for Amateur Radio use. On these frequencies a ham can talk across town or around the world. The scope and possibilities are endless-from sending digital information to operating via Amateur Radio satellites. As of 2004 about 3 million worldwide, 70,000 in Germany, 5,000 in Norway, 57,000 in Canada, and 700,000 in the USA.

WHO CAN BE HAMS

You can become an Amateur Radio operator - no mater what gender or physical ability and above 14 years of age. People from all walks of life pass their entry-level exams and earn their Amateur (ham) Radio licenses. They all share the diverse world of activities you can explore with ham radio.

You will never know who you will run into when communicating with Amateur Radio. Young people, retirees, teachers and students, engineers and scientists, doctors, mechanics and technicians, homemakers, boaters and astronauts.... and even entertainers! Getting started in ham radio has never been easier! We invite you to explore the following information and learn about amateur radio, and if you are stationed in Penang you can see some of the hams in the Northern area. If you are in some other areas in the country, I can help to give you some of the kind hearted hams nearest to you who will love to share with you how the hobby works.

You too are welcomed to contact non-profit organisations such as The Malay Amateur Radio Society of The Northern Peninsular Malaysia (ASTRA), Malaysian Amateur Radio Transmitter's Society (MARTS) in Kuala Lumpur, the Malaysian Amateur Radio Emergency Services Society, or any amateur radio clubs in your area.

A FUN HOBBY

Ham radio operators use two-way radio stations from their homes, cars, boats and outdoors to make hundreds of friends around town and around the world. They communicate with each other using voice, computers and morse code. Some hams bounce their signals off the upper regions of the atmosphere, so they can talk with hams on the other side of the world. Other hams use satellites. Many use hand-held radios that fit in their pockets. Some hams exchange pictures of each other using television. Some also like to work on electronic circuits, building their own radios and antennas. A few pioneers in Amateur Radio have even contributed to advances in technology that we all enjoy today. There are even ham-astronauts who take radio with them on space shuttle missions and thrill thousand of hams on earth with a call from space.

ON THE SERIOUS SIDE

Using even the simplest radio set-ups and antennas, amateurs communicate with each other during emergencies. They handle messages for other public service organisations during all kinds of emergencies including; hurricane, earthquakes, tornadoes and floods, motor accidents, fires and chemical spills, search and rescue.

WHERE DO I START

The rules for earning an Amateur Radio license vary depending on which country you live in. In Malaysia, there are 2 license classes. These licenses are granted by MCMC of Malaysia.
The most popular license for beginners is the Class B license, which no longer requires a morse code examination and gives all the priviledge in the VHF band. Many Class B licensees enjoy using small 2-m hand-held radios to stay in touch with other hams in their area. This license holder may operate FM voice, digital packet, television, SSB voice and several other interesting modes. They can even make international radio contacts via stallites, using relatively simple equipment. To earn a Class B license, you will need to pass a written exam . These are multiple-choice test (100 questions - 2 hours), written with beginners in mind. You will study topics such as radio operating practices, telecommunication rules, basic electrical theory and telecommunication act.
The Class A license lets you talk by radio using voice, morse code or computers across all Ham frequencies and bands. To earn a Class-A license you will need to pass a 12 word per minute morse code test, where you will be assessed on the ability to received by ear and transmit using straight key. When the Guideliness of Amateur Radio was published by MCMC on October 2004, they have mentioned that by April 1, 2007, the Morse Code requirement will be abolished. The MCMC is seems to be reviewing this, and chances are we still need to take Morse test at 5 words per minute in the future.

WHERE DO I GET MORE INFORMATION

Malaysian Communications and Multimedia Commission @
http://www.mcmc.gov.my

The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia @
http://www.astra.org.my

Malaysian Amateur Radio Emergency Services Society @
http://mares.org.my/

Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society @
http://www.marts.org.my
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  koy101 Thu Jan 21, 2010 5:22 pm

Ihsan dari 9w2UZI

INTERNATIONAL PHONETICAL ALPHABET

A - ALPHA
B - BRAVO
C - CHARLIE
D - DELTA
E - ECHO
F - FOXTROT
G - GOLF
H - HOTEL
I - INDIA
J - JULIETT
K - KILO
L - LIMA
M - MIKE
N - NOVEMBER
O - OSCAR
P - PAPA
Q - QUEBEC
R - ROMEO
S - SIERRA
T - TANGO
U - UNIFORM
V - VICTOR
W - WHISKEY
X - X-RAY
Y - YANKEE
Z - ZULU

NUMBERS

1 - UNAONE
2 - BISSOTWO
3 - TERRATHREE
4 - KARTEFOUR
5 - PANTAFIVE
6 - SOXISIX
7 - SETTESEVEN
8 - OKTOEIGHT
9 - NOVENINE
0 - NADAZERO
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  koy101 Thu Jan 21, 2010 5:23 pm

Ihsan dari 9w2UZI

KOD ‘Q’

QTH Dimana lokasi anda
QRT Saya tutup station
QRG Adakah ulangan saya tepat
QRH Adakah Ulangan saya berubah
QRL Adakah anda sibuk
QRZ Siapa yang memanggil
QSO Bolehkah berkomunikasi
QRN Saya menerima gangguan static
QSL Hantar pengesahan
QRM Adakah anda menerima sebarang gangguan
QRS Gangguan pemancar
QRP Guna kuasa rendah
QSB Adakah signal saya menurun
QSK Adakah anda mendengar saya QSO
QSN Saya boleh mendengar anda QSO
QRV Adakah anda telah bersedia
QRO Guna kuasa tinggi
QRK Kekuatan audio
QSA Kekuatan signal
QSY Boleh kita tukar ulangan
QRU Ada berita untuk saya
QSP Adakah anda boleh terima pesanan
QRX Saya siap sedia
QTR Apakah waktu sekarang
QRY Tunggu giliran untuk QSO
QST Beri makluman sahaja
QRA Siapakah pemanggil ( nama )
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  koy101 Thu Jan 21, 2010 5:24 pm

Ihsan dari 9w2UZI

ISTILAH RADIO AMATUR
Back to you - Kembali kepada anda
Closing down - Akan tutup stesyen
Standby - Siap sedia
CQ CQ - Memanggil mana stesyen
TX - Pemancar
RX - Penerima
Harmonic - Anak
Fundemental - Ibubapa / mertua
YL - Young lady
XYL - Isteri
Lima-Lima - Leased line telekom
Loceng terbang - Telefon bimbit
73 - Best regards
88 - Love and kisses
Rig - Peralatan ham radio
Tiket - Lesen amatur radio
Homebrew - Peralatan buat sendiri
Clear - Keluar dari jaluran
Short break - pertanyaan segera
Pass Mic - serah PTT / Mikrofon

Cara membuat panggilan : 9W2YET , 9W2 UZI panggil …
Cara menjawab panggilan : 9W2 UZI , 9 W2 YET standby …
Cara tamat QSO : 73 & clear on the frequency …. Cherio …. Bye bye ….
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  koy101 Thu Jan 21, 2010 5:26 pm

zulkbo wrote:ni lagi sebijik..apa bezanya..?

HAM RADIO di Malaysia Currentrigsth2

hok belah kiri tuh... mobile rig..
manakala hok belah kanan tuh.... dipanggil handy ( ada antara korang panggil walkie-talkie)

dimaklumkan bahawa, kedua-dua nih memerlukan lesen utk membeli dan memiliki kala kat m'sia nih.


Last edited by koy101 on Thu Jan 21, 2010 10:49 pm; edited 1 time in total
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  Yassin Thu Jan 21, 2010 7:11 pm

Tak paham lalu kawan dengor sinarfm aje boleh laa kawan nei hehehe Razz
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  koy101 Thu Jan 21, 2010 10:51 pm

Yassin wrote:Tak paham lalu kawan dengor sinarfm aje boleh laa kawan nei hehehe Razz
hahaha... ala bang... sikit-sikit.... lelama pandai laa... ngan aku mmg la abg xfaham... dah aku pun xder lesen... hehehe...
nanti cekwa ajor la...... dier dah expert dah....
leh ler abg stdby banjir kat jerantut nanti...
senang saya nak contact tanya jalan mana tenggelam.... hehehe...
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  cekwa Fri Jan 22, 2010 8:26 am

koy101 wrote:
Yassin wrote:Tak paham lalu kawan dengor sinarfm aje boleh laa kawan nei hehehe Razz
hahaha... ala bang... sikit-sikit.... lelama pandai laa... ngan aku mmg la abg xfaham... dah aku pun xder lesen... hehehe...
nanti cekwa ajor la...... dier dah expert dah....
leh ler abg stdby banjir kat jerantut nanti...
senang saya nak contact tanya jalan mana tenggelam.... hehehe...

koi pun tak lah expert ngat koy setakat boleh menggunakan je laa..nampok gaye maklumat yang diberi lengkap sgt dah tuh...kalau gi exam sah lulus ni, sekali ambik jek...
en yassin tu lom cuba lagi kalau dah cuba mesti nak amik lesen gak taun nih...
molek lah kalau ramei kat sini berminat . kalo selame ni borok kat PCC tanpa suara..kali nih leh dengor suara lah pulok hehehe
cekwa
cekwa
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 181
Points : 241
Join date : 19/01/2010
Location : kg kerayong, bera, kuantan, beaufort, sabah

http://9w2waa.blogspot.com/

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  Deto_8 Fri Jan 22, 2010 9:21 am

koy101 wrote:
zulkbo wrote:ni lagi sebijik..apa bezanya..?

HAM RADIO di Malaysia Currentrigsth2

hok belah kiri tuh... mobile rig..
manakala hok belah kanan tuh.... dipanggil handy ( ada antara korang panggil walkie-talkie)

dimaklumkan bahawa, kedua-dua nih memerlukan lesen utk membeli dan memiliki kala kat m'sia nih.

berapa rege satu set?
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  koy101 Fri Jan 22, 2010 2:48 pm

Deto_8 wrote:
berapa rege satu set?

kala handy dari RM450 - RM1500. Tgk brand dan model yg kita nak beli.
kala mobile rig, dari RM650 - RM3000. Tgk brand dan model yg kita nak beli.

p/s : MARES slalu wat sales kat opis dema tetiap bulan. Slalu utk new user, leh beli 2nd nyer jer dulu... Rega dari RM100 ker RM300. Bila dah slesa pakai, baru pikir nak beli baik nyer.....
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  cekwa Tue Jan 26, 2010 4:21 pm

RADIO amatur bukan sekadar alat komunikasi sesama ahli atau dengan
pengguna lain, tetapi turut membantu ketika kecemasan seperti tanah
runtuh, sesat di dalam hutan, banjir kilat atau nahas di darat, udara
mahu pun air, apabila komunikasi sedia ada tidak dapat digunakan.
Jika sebelum ini peralatan komunikasi seperti telefon bimbit digunakan
untuk berhubung, tetapi 'ham radio' memudahkan proses itu, khususnya di
kawasan yang tiada talian kerana ia boleh berfungsi melalui tenaga bateri
atau generator.
Memang ada kod panggilan yang sukar difahami seperti
"MEMANGGIL...9W2DZU (diulang dua kal)i atau 9W2DZU going QRT, 73...
over". Barisan ayat disulami figura seperti itu kedengaran seperti sistem
komunikasi yang lazim bagi pihak berkuasa, polis atau tentera.
Ia memang tidak akan difahami umum, kecuali mereka yang biasa dengan
pengendalian sistem komunikasi radio. Diterjemahkan, panggilan itu tadi
bermaksud - keluar dari jaluran atau frekuensi -. Ia kod panggilan atau
'callsign' yang mula dituturkan oleh pengguna radio amatur atau lebih
dikenali sebagai 'ham radio' untuk berhubung dengan orang lain.
Sebenarnya, kod panggilan yang digunakan oleh pengguna radio amatur
membawa maksud pengenalan diri seseorang apabila pengguna berkenaan ingin
memasuki talian atau berkomunikasi dengan orang lain.
Seorang kontraktor dari Seremban, Hamid Abdullah, 44, yang sudah tiga
tahun terbabit dalam dunia radio amatur, berkata sistem perhubungan itu
bermula dengan penggunaan sistem itu oleh tentera British.
"Ketika berperang, tentera British berhubung melalui cara ini untuk
urusan menyampaikan bantuan kepada mangsa peperangan atau menyalurkan
maklumat kepada pihak atasan.
"Sejak itu, penggunaan sistem berkenaan berterusan di negara ini dan
kini semakin meluas untuk berhubung ketika mengendalikan sesuatu program
atau aktiviti," katanya.
Katanya, sistem seperti itu juga digunakan dalam sukan lasak pacuan
empat roda, aktiviti yang kini mula mendapat perhatian pelbagai syarikat
dan persatuan sukan di negara ini.
"Bagaimanapun, penggunaan radio amatur di negara ini terikat dengan
pelbagai syarat dan etika," katanya, menambah pengguna sistem itu harus
menduduki peperiksaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) terlebih dulu.
"Hanya jika lulus peperiksaan berkenaan, barulah pemohon layak menerima
lesen menggunakan radio amatur dengan jumlah bayaran dikenakan mengikut
kelas sistem yang dipohon," katanya.
Hamid menganggap pembabitannya dalam bidang itu lebih menjurus sebagai
hobi dalam menjalin hubungan dengan pelbagai peringkat masyarakat dalam
dan luar negara.
"Selain bertanya khabar, sistem perhubungan ini turut digunakan apabila
kami terbabit dalam pelbagai aktiviti sukan lasak, program berkaitan alam
sekitar serta program kemasyarakatan.
"Penggunaan radio amatur dapat memudahkan tugas jika menghadapi
sebarang masalah, terutama apabila berada jauh di pedalaman atau dalam
hutan," katanya.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Nine Adventure, syarikat pengurusan
aktiviti sukan lasak, termasuk pacuan empat roda di Negeri Sembilan,
berkata radio amatur memang memberikan banyak kelebihan kepada
penggunanya.
Rakannya, Mazlan Shamsuddin, 48, yang mula berjinak dengan hobi itu,
berkata sistem perhubungan seperti itu menyeronokkan kerana dapat
berhubung dengan ramai kenalan tanpa perlu mengeluarkan belanja.
Baru-baru ini, 300 pengguna radio amatur seluruh negara berhimpun pada
majlis anjuran Rakan Radio Amatur Kuala Pilah di Perkampungan Budaya
Terachi, Negeri Sembilan untuk bertanya khabar dan membincangkan aktiviti
tahun ini.
"Kami perlu juga berjumpa dan bertentang mata walaupun dapat berbual
melalui radio amatur yang ada batasannya. Menjadi kesalahan dan boleh
dikenakan tindakan jika berbual mengenai isu sensitif.
"Pengguna radio amatur tidak boleh membincangkan isu agama, politik
atau peribadi yang menjejaskan imej seseorang secara terbuka melalui
sistem ini," katanya.
Seorang lagi ahli, Zulkifli Sulaiman, 43, berkata kemahiran menggunakan
radio amatur memberikan banyak manfaat kerana ia juga dapat disalurkan
untuk membantu pihak yang memerlukan.
"Sebelum ini, sistem perhubungan itu digunakan ketika kami diminta
memberi bantuan kecemasan menyelamatkan kumpulan remaja yang sesat di
hutan Gunung Angsi, Kuala Pilah," katanya

ihsan dari blog 9m2sy
cekwa
cekwa
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 181
Points : 241
Join date : 19/01/2010
Location : kg kerayong, bera, kuantan, beaufort, sabah

http://9w2waa.blogspot.com/

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Kelemahan komunikasi pengurusan bencana

Post  cekwa Tue Jan 26, 2010 4:24 pm

Sejak kebelakangan ini, kejadian nahas bencana banyak berlaku termasuk gempa bumi, tsunami, banjir besar, runtuhan bangunan, nahas kapal terbang serta helikopter.
Anggota-anggota penyelamat yang ditugaskan untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat kita memang terlatih dalam mengendalikan tugas berat itu namun disebabkan tidak ada koordinasi antara anggota-anggota penyelamat, ia sedikit sebanyak menghalang mereka melakukan tugas yang terbaik.
Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES) yang kerap kali terlibat dengan kerja-kerja mencari dan menyelamat bersama-sama polis, pasukan Bomba dan Penyelamat, JPA3 dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sering mendengar keluhan di antara pasukan penyelamat itu.
Kita mempunyai Unit Pengurusan Krisis dan Bencana, Bahagian Keselamatan Negara selain Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana di peringkat daerah, negeri dan pusat, namun bilakah mereka yang diamanahkan ini akan duduk berbincang?
Adakah mereka hanya perlu duduk bersama setahun sekali atau hanya berjumpa apabila berlaku bencana?
Apakah fungsi jawatankuasa ini? Adakah ia sekadar memenuhi garis panduan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sahaja dan hanya inginkan pegawai yang mewakili agensi tertentu bercakap di meja rundingan termasuk menyediakan kertas kerja namun tidak ada pelaksanaan kerana tiada peruntukan kewangan?
Di sini penulis ingin sertakan satu senario menarik untuk tatapan kita bersama. Persoalannya ialah sejak 15 tahun penulis menetap di sebuah bandar yang mempunyai beberapa pangsapuri, tidak pernah pun melihat atau mendengar Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) atau Pelan Pemindahan (Evacuation Plan) di penempatan berkenaan.
Bayangkan jika berlaku kebakaran atau gempa bumi, apakah yang akan dilakukan oleh penghuninya? Yang lebih memburukkan keadaan, sehingga kini tiada sistem pencegah kebakaran di kawasan penempatan berkenaan dan ini menimbulkan satu pertanyaan bagaimana pangsapuri itu mendapat sijil layak menduduki (CF).
Apa yang kita lakukan sekarang lebih bersifat ad hoc dan bencana demi bencana berlaku namun kehangatannya hanya seketika sahaja.
Kejadian Helikopter Hornbill Skyways - Bell 206 yang terhempas di kaki Gunung Murud, Ba'kelalan, Sarawak pada 12 Julai 2004 memakan masa 16 hari untuk dicari dan ini tidak dapat diterima oleh ahli keluarga mangsa serta masyarakat umum.
Pada hari kejadian sehingga helikopter berkenaan dijumpai setiap hari media tempatan menyiarkan berita mengenainya termasuk siaran pendapat daripada beberapa individu mahir dan pakar mengenai perkara itu.
Namun apabila ia sudah berakhir, tidak ada mana-mana pihak tampil ke hadapan melakukan langkah-langkah tertentu untuk memperbaiki cara dan tindakan menyelamat bagi membendung perkara berkenaan daripada berulang.
Apa yang dikesali ialah kawasan tersebut merupakan kawasan sering terjadi nahas namun tidak ada sebarang `tindakan pembetulan' dibuat.
Mesyuarat post-mortem nahas pesawat Piper 28 di Genting Bidai, Pahang tahun lepas turut menimbulkan persoalan masalah koordinasi antara pasukan penyelamat termasuklah masalah integrasi sistem komunikasi yang tidak sepatutnya berlaku pada zaman sekarang.
Kita sering memberikan keutamaan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat, JPA3, polis, Unit Udara PDRM, Unit Udara Bomba dan TUDM sebagai anggota agensi penyelamat.
Akan tetapi kita sebenarnya tidak harus melupakan dan mendapatkan perkhidmatan daripada orang yang lebih arif mengenai kawasan berkenaan.
Ini termasuk juruukur bahagian pemetaan, kumpulan pendaki gunung, pemburu, Orang Asli dan badan-badan NGO yang lain termasuklah ahli kelab pacuan empat roda (4x4) dan kelab radio amatur.
Sebagai contoh, jika ada pesawat terhempas di kawasan hutan, khidmat kumpulan ini diperlukan kerana ada di antara mereka lebih arif kawasan tersebut dan tahu mengenai selok-belok kawasan tersebut.
Bantuan
Negara maju contohnya Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom sering menggunakan khidmat kumpulan ini, manakala agensi kerajaan dan swasta pula menyediakan bantuan kewangan kepada NGO.
Namun amat malang ia tidak berlaku di negara kita.
Jawatankuasa di peringkat nasional harus mengemas kini garis panduan pengurusan bencana contohnya Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20 (MKN 20) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diwujudkan selepas tragedi Highland Tower pada 11 Disember 1993.
Semenjak dari tahun 60-an sehinggalah sekarang, tidak ada perubahan dan apa yang kita nampak hanyalah kenderaan dan perkakasan mencari dan menyelamat, bot-bot, pam-pam air, ambulans yang baru.
Apa yang dikesalkan sistem komunikasi sesetengah agensi penyelamat amat menyedihkan dan tidak mencapai tahap kemodenan yang ada sekarang.
Turut dikenal pasti permohonan menaik taraf peralatan seperti pengesan kehidupan (life detector) dan alat komunikasi terkini amat sukar dan sering diklasifikasikan sebagai tidak penting.
Malah ada satu agensi penyelamat negara, lengkap dengan segala peralatan baru termasuk kenderaan 4x4, komputer pejabat, ambulans, bas untuk anggota termasuklah sebuah kenderaan Proton Perdana V6 baru.
Namun apabila memasuki bilik gerakan, hanya terdapat empat buah gagang telefon yang biasa digunakan untuk menerima panggilan kecemasan, sebuah alat perhubungan frekuensi sangat tinggi (VHF) dan sebuah buku catatan penerimaan panggilan kecemasan.
Cuba bayangkan, jika berlaku sesuatu bencana yang besar sudah pasti bilik gerakan ini dihujani pelbagai panggilan yang tidak henti-henti daripada orang ramai.
Jika mereka masih meneruskan dengan peralatan asas ini termasuk operator yang kurang berpengalaman, pastinya proses menerima aduan, memberi arahan dan melaksanakan arahan menjadi kurang efisien. Seterusnya, ia pasti akan melambatkan proses menyelamat.
Semua ini berlaku di ibu negara dan ini membayangkan apa yang ada di lain-lain negeri. Dalam gerakan mencari dan menyelamat, salah satu alat yang paling penting ialah peralatan komunikasi.
Namun perkara yang penting itu jarang diambil tahu dengan terperinci oleh pihak tertentu.
- ABDUL AZIZ MOHD. NOR ialah Presiden Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES).
cekwa
cekwa
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 181
Points : 241
Join date : 19/01/2010
Location : kg kerayong, bera, kuantan, beaufort, sabah

http://9w2waa.blogspot.com/

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  faisalmik Wed Jan 27, 2010 7:54 am

minat gak radio ni...
boleh la nanti member2 PCC berhubung...
Deto cam dah berminat tu...hehe..
aku follow je nanti...
faisalmik
faisalmik
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 698
Points : 744
Join date : 15/04/2009
Age : 48
Location : Wangsa Maju/Teluk Baharu

http://www.tokgajah.com

Back to top Go down

HAM RADIO di Malaysia Empty Re: HAM RADIO di Malaysia

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum