Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

JANGAN LETAK MAKLUMAT PERIBADI DI FACEBOOK

View previous topic View next topic Go down

JANGAN LETAK MAKLUMAT PERIBADI DI FACEBOOK

Post  shuk2442 on Fri Jan 29, 2010 5:33 pm




Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betulkan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya, ada sebahagian "dark side" yang tidak diketahui oleh berjuta
pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi
teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan
sekarang adalah "lihat" dan "terus melihat". Jika ada di antara kita yang telah
meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA?







Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, "nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita, senang sikit!"

Malang sekali bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita
sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam
laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi
yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita.

Cuba bayangkan!

Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang
paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai "title" sebagai "professional" seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.

Mengapa?

Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang
meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu "kalah" dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi. Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?

Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?
- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests,

daily schedule, habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh
pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka
pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.

Tapi kita tidak sedar yang kita telah "berikan" semuanya di dalam Facebook
kita! Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya: Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!
Memang betul.

Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.

Dan ini juga adalah satu fakta:
Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini,

Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut
staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service.
Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr
Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US
Department of Defence.

Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah
bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah..rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda PERCUMA sebegini.

Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak
percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia.Tidak syak lagi…Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?

Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati.
Itu sahaja.
avatar
shuk2442
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 100
Points : 112
Join date : 15/01/2010
Age : 36
Location : jengka 3...ampang selangor

Back to top Go down

Re: JANGAN LETAK MAKLUMAT PERIBADI DI FACEBOOK

Post  koy101 on Fri Jan 29, 2010 6:33 pm

Lorrrrr.... ader lg pasai benda nih.....
kan dah ader topik nih itu ari....
dah banyak pun komen dier.... hehehehe....
sori bro....
avatar
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 43
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Re: JANGAN LETAK MAKLUMAT PERIBADI DI FACEBOOK

Post  shuk2442 on Fri Jan 29, 2010 8:51 pm

koy101 wrote:Lorrrrr.... ader lg pasai benda nih.....
kan dah ader topik nih itu ari....
dah banyak pun komen dier.... hehehehe....
sori bro....


sowi2.doh ada ker topik ni,koi kn x khatam lg forum ni,munkin x bpe perasan kot..so koi leh suruh MOD delete jer laa topik nii... Cool .

MOD...tlg delete yek.. Smile
avatar
shuk2442
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 100
Points : 112
Join date : 15/01/2010
Age : 36
Location : jengka 3...ampang selangor

Back to top Go down

Re: JANGAN LETAK MAKLUMAT PERIBADI DI FACEBOOK

Post  zulkbo on Fri Jan 29, 2010 9:05 pm

nanti SUPERMODE lock
sibuk dia hari ni..buat masa ni
tajuk yang sama boleh refer kat:


http://www.pahangcommunity.com/sembang-umum-f8/keburukan-kebaikan-facebook-t706.htm?highlight=kebaikan+dan+keburukan+facebook

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: JANGAN LETAK MAKLUMAT PERIBADI DI FACEBOOK

Post  koy101 on Sat Jan 30, 2010 12:13 am

shuk2442 wrote:
koy101 wrote:Lorrrrr.... ader lg pasai benda nih.....
kan dah ader topik nih itu ari....
dah banyak pun komen dier.... hehehehe....
sori bro....


sowi2.doh ada ker topik ni,koi kn x khatam lg forum ni,munkin x bpe perasan kot..so koi leh suruh MOD delete jer laa topik nii... Cool .

MOD...tlg delete yek.. Smile

shuk, kala boleh kita xmao main delete-delete tread nih.... hahahaha......
xper la... nanti dema uboh posting ngko g tmpt tuh.... dan lock tread nih....
5 6 taun lagi, kala ngko nengok tread nih... grenti ngko senyum sorang-sorang... hehehe...... kenangan.....
avatar
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 43
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Re: JANGAN LETAK MAKLUMAT PERIBADI DI FACEBOOK

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum