Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Tarikan popular Balok

3 posters

Go down

Tarikan popular Balok Empty Tarikan popular Balok

Post  Deto_8 Thu May 21, 2009 11:27 pm

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

ADA yang jatuh tergolek, berguling dan hanya kaku di belakang 'bunker'.

Sesekali lelaki mara ke hadapan, langkah dipanjangkan, semuanya bagi mengelak hamburan peluru kumpulan wanita yang menjadi musuh permainan.

Pantang ada peluang, senjata e-maker (senapang bebola cat elektronik) dihalakan kepada musuh yang cuba merentap bendera yang menjadi simbol kemenangan.

Itulah antara aksi ganas tetapi mencuit hati dua kumpulan mewakili program Kembara Zoom Malaysia (KZM) menyertai acara paintball di Pusat Rekreasi Air Balok (PRAB), Pahang.

Kesudahannya, pasukan wanita muncul juara selepas berjaya merebut bendera pertandingan.

Kumpulan lelaki pula hanya mampu menang sorak apabila ada ahlinya pulang dengan kesan birat di pergelangan tangan.

"Seronok memang seronok tetapi aspek keselamatan harus diutamakan," kata penyelaras ZZ Paintball yang mesra dengan panggilan Lah.

Menurutnya, peserta perlu mematuhi etika berpakaian dan mengenakan topeng kepala, jaket untuk mengelakkan sebarang kecederaan.

"Ada juga yang datang dengan berseluar pendek, tetapi tahan sakit sajalah jika anda terkena peluru.

"Paling teruk pun lebam," katanya ketika menyambut kedatangan peserta KZM anjuran majalah pelancongan Gaya Travel Nusantara dan Tourism Malaysia, baru-baru ini.

Paintball itu adalah antara tarikan popular di PRAB di pantai peranginan terkemuka, Pantai Balok hanya kira-kira 15 minit perjalanan atau 17 kilometer dari pusat bandar Kuantan.

Menariknya, ia adalah antara lapangan paintball di negara ini yang menawarkan pengalaman bertempur berdepan pemandangan indah kawasan pantai.

Selain dapat menyertai paintball, peserta KZM juga berpeluang mengasah kemahiran apabila mencuba 'target shooting' iaitu menembak botol menggunakan e-marker.

Selain sukan popular itu, mereka turut didedahkan dengan sukan 'woodball' yang kini semakin berkembang sebagai sukan rekreasi di negara ini.

Nampak mudah, tetapi sukan ini sama seperti golf, menuntut kesabaran yang tinggi terutama dalam membuat perhitungan supaya bola dipukul masuk ke dalam setiap 'gate'.

"Seperti golf, peserta yang membuat pukulan paling sedikit akan diisytiharkan pemenang," katanya.

Menurutnya, dua sukan ini menjadi antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat pengunjung terutama mereka yang datang dari luar Pahang.

Kakitangan PRAB, Abdullah Muda, berkata masih ramai tidak mengetahui pantai itu memiliki kemudahan rekreasi dengan harga amat berpatutan.

Katanya, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) gemar mengadakan perkhemahan kerana saiz tapak disediakan boleh memuatkan kira-kira 5,000 orang.

"Untuk khemah boleh memuatkan empat orang, RM15 dikenakan. Lima orang (RM18) dan enam (RM23).

"Selain memasak sendiri, mereka boleh menyewa pit barbeku pada harga RM15.

"Untuk pakej hari keluarga, RM25 dikenakan untuk kurang daripada 50 orang dan tambahan 50 sen satu kepala untuk jumlah lebih besar," katanya.

Tapak ini juga, katanya sering dijadikan lokasi penganjuran hari keluarga oleh sektor korporat dan agensi kerajaan.

Selain mandi laut dan mencuba pelbagai rekreasi air, mereka yang datang secara berkumpulan boleh menyewa peralatan untuk mengadakan sukaneka pantai.

"Kami juga turut menyediakan perkhidmatan menyewa bot untuk mereka yang memancing di laut lepas atau merentas denai dalam Hutan Simpan Teluk Air Tawar," katanya.

Pengunjung juga tidak perlu risau kerana ada papan tanda amaran di beberapa kawasan berbahaya untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

MESTI BUAT

Pelancong boleh mengunjungi santuari perlindungan penyu di pantai Cherating untuk melihat anak penyu yang baru menetas dan belajar mengenai pemuliharaan hidupan marin yang kian pupus ini.

Anda boleh mengunjungi perusahaan pembuatan batik yang diusahakan oleh penduduk setempat atau mendekati budaya hidup masyarakat nelayan di perkampungan berhampiran.

Jangan lupa singgah ke bandar Kuantan yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan atau 17 km dari pusat bandar Kuantan.

Jika berkenderaan sendiri, anda boleh berkunjung ke Kemaman untuk menikmati keenakan nasi dagang dan roti bakar di beberapa kopitiam.

Balok terletak antara Cherating dan Teluk Cempedak. Sebelum pulang, jangan lupa singgah di gerai tepi jalan untuk menikmati keenakan hidangan keropok lekor dan sata.

CARA KE SANA

Balok terletak di Jalan Kuantan-Kemaman. Anda boleh memandu atau menggunakan bas ke Kemaman dengan kekerapan sekali sejam. Ambil bas dari stesen bas lama di tengah bandar Kuantan.

PENGINAPAN

Pilihan penginapan dari De' Rhu Beach Resort (www.derhu.com), Duta Village Beach Resort (www.tancoresorts.com), dan Sanctuary Resort (www.sanctuaryresortmalaysia.com).

Selain itu, ada beberapa chalet dan penginapan bajet yang boleh anda pilih. PRAB juga menyediakan asrama dengan kapasiti maksimum 10. Bayaran serendah RM10 seorang.

Maklumat lanjut, http://www.pahangtourism.com.my/accomodation/balok.html.

RUJUKAN PERCUTIAN

Pusat Rekreasi Air Balok

Tel: 012-9668600
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Tarikan popular Balok Empty Re: Tarikan popular Balok

Post  zulkbo Sat Jul 25, 2009 2:52 am

lama tak kesana mesti banyak yang baru sekarang ni... Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Tarikan popular Balok Empty Re: Tarikan popular Balok

Post  lensaoren Wed Nov 04, 2009 2:11 pm

uiyooo... sekarang dah ada paintball ke.. bestnyer.... wlaupun kome skarang duk raub.. tapi dulu masa sekolah rendah sampai menengah duk kuantan..... balok tu tempat lepak kami2 masa sekolah dulu... hehehhe
lensaoren
lensaoren

Posts : 6
Points : 11
Join date : 03/11/2009
Age : 41
Location : Raub, Pahang

Back to top Go down

Tarikan popular Balok Empty Re: Tarikan popular Balok

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum