Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Kecewa Pahang tersingkir awal saingan Piala FA

View previous topic View next topic Go down

Kecewa Pahang tersingkir awal saingan Piala FA

Post  Deto_8 on Tue Feb 09, 2010 8:41 am

BERA – Peminat bola sepak tempatan kecewa apabila pasukan itu tersingkir awal dalam Piala FA. Kekecewaan itu menyebabkan sokongan terhadap pasukan Tok Gajah itu semakin menurun.

Setiausaha Kelab Rakan Muda, Abd Latif Kamal Basah (gambar) berkata, kebanyakan pemain masih terbawa-bawa semangat lama menyebabkan mereka kecundang menentang Felda United, baru-baru ini.

Menurutnya, pemain seharusnya menjadikan pengalaman tersingkir Piala FA sebagai pembakar semangat untuk berjuang dalam Liga Super.

“Kita menaruh harapan, Pahang boleh mara dalam Piala FA tetapi nyata amat mengecewakan peminat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, sepatutnya pada tahun ini, mereka boleh melangkah lebih gah berbanding tahun sebelumnya untuk menyemarakkan sukan bola sepak yang semakin muram.

:Sementara itu, kakitangan kerajaan, Razali Harun berkata, kekalahan ini seharusnya dijadikan cabaran kepada pasukan Tok Gajah supaya lebih matang pada kejohanan akan datang.

Katanya, pemain tidak seharusnya meletakkan keyakinan yang tinggi dalam setiap perlawanan tetapi lebih bersikap berhati-hati.

“Kita kecewa kerana Pahang telah beberapa kali dalam keadaan yang memalukan.

“Sebelum ini, Pahang dikenali sebagai satu pasukan yang kuat tetapi apabila kalah dengan pasukan yang tidak dijangka, ia amat mengecewakan,” katanya.

Katanya, corak permainan dan sikap pemain harus diubah 100 peratus dan tidak bersandar pada nasib semata-mata.

Sumber : Sinar

_________________
bangga menjadi pioneer....bangga juga melihat orang lain berjaya...TAHNIAH!

Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Re: Kecewa Pahang tersingkir awal saingan Piala FA

Post  jasnoraizan on Tue Feb 09, 2010 9:02 am

memang kecewa....tp apa blh buat yg lps kira lps ...buat yg baru..... Laughing

jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum