Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Hobi Mengumpul Setem

View previous topic View next topic Go down

Hobi Mengumpul Setem

Post  MD on Wed Mar 31, 2010 4:25 pm

Salam semua Warga PCC.
Mungkin ada diantara anda yang mempunyai hobi mengumpul setem,jadi mari semua kita meriahkan topik ini dengan berkongsi pengalaman dan gambar setem yang ada.

Hobi ini sebenarnya agak mudah dan murah dari aspek kos.Perlu beli album setem dan mula mengumpul setem setem yang telah digunakan dari sampul surat atau melalui penukaran suka sama suka dengan rakan yang lain...Rupa bentuk setem juga ada berbagai bagai gambar tentunya menarik perhatian pengumpulnya..

Bagi kawan sendiri hobi ini telah bermula pada 1979 apabila mendapat hadiah berupa album setem dari sekolah.Koleksi masih ada,walaupon telah banyak diambil orang.
Antara setem lama yang masih ada dalam simpanan seperti gambar dibawah ini...






Selamat Berforum...

_________________
Muka nampak Garang,Dalam Hati ada Taman....
avatar
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Re: Hobi Mengumpul Setem

Post  SailorMoon on Wed Mar 31, 2010 8:08 pm

wah, setem zaman tori yek...
gambo Sultan zaman muda.. Smile
avatar
SailorMoon
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1071
Points : 1110
Join date : 22/02/2010
Location : Pekan - Sepang - Sg Petani

http://fiverobindas.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hobi Mengumpul Setem

Post  MD on Tue Apr 06, 2010 6:11 pm

baru ni ada nyembang dengan member pasal hobi mengumpul setem ni...ada ke patut dia kata ''ni hobi zaman purba....''
sabor MD,sabo.... Crying or Very sad

_________________
Muka nampak Garang,Dalam Hati ada Taman....
avatar
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Re: Hobi Mengumpul Setem

Post  zulkbo on Tue Apr 06, 2010 6:34 pm

MD wrote:baru ni ada nyembang dengan member pasal hobi mengumpul setem ni...ada ke patut dia kata ''ni hobi zaman purba....''
sabor MD,sabo.... Crying or Very sad

sabor bang Very Happy

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Hobi Mengumpul Setem

Post  Deto_8 on Tue Apr 06, 2010 9:58 pm


MUBARAK menunjukkan setem uniknya yang dibingkaikan bersama sampul asal di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, sekeping setem keluaran 1967 dan dulunya hanya berharga 15 sen kini mahu dijual RM1.5 juta.

Setem itu juga dianggap unik di Malaysia kerana tidak mempunyai tanda harga.

Pemiliknya, Mubarak Ali O.A Rajak, 56, berkata, beliau berhasrat membuka tawaran menjual setem tersebut kepada individu atau mana-mana badan korporat yang berminat.

Menurutnya, berdasarkan penelitian daripada beberapa pihak termasuk daripada pihak Muzium Negara, Arkib Negara dan Pos Malaysia, nilai setem yang berusia 41 tahun itu kini semakin tinggi dan dianggarkan mencecah hingga RM5 juta.

Bagaimanapun beliau berhasrat menjual setem itu pada harga yang jauh lebih rendah berbanding anggaran asal dengan harapan setem tersebut tidak 'terkeluar' dari negara ini.


INILAH setem yang ditawarkan pada harga RM1.5 juta

"Setem ini merupakan salah satu khazanah dan warisan negara ini kerana ia digunakan sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah iaitu Sultan Pahang keempat,'' katanya kepada Kosmo! kelmarin.

Beliau mendakwa memperoleh setem itu ketika bapanya yang merupakan seorang peniaga menerima sepucuk surat dari Bank Standard Chartered dan mendapati setem itu tidak mempunyai tanda harga.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat membeli setem unik itu boleh menghubunginya di talian 012-3366786.

_________________
bangga menjadi pioneer....bangga juga melihat orang lain berjaya...TAHNIAH!
avatar
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Re: Hobi Mengumpul Setem

Post  MD on Wed Apr 07, 2010 4:14 pm

Thanks Deto,
semangat jugak kawan membacanya...
setem kat bawah ni memang kawan jaga molek...pasal harga tu taknak komen lah...



_________________
Muka nampak Garang,Dalam Hati ada Taman....
avatar
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Re: Hobi Mengumpul Setem

Post  zulkbo on Sat Apr 10, 2010 5:12 pm

Warga Emas Kumpul Lebih 2,000 Keping Setem


Warga emas Lai Yoon Cheng, 83, menunjukkan koleksi setem lama yang dikumpulnya sejak kecil sebelum Perang Dunia kedua meletus. - Foto BERNAMA
BALING: Hobi mengumpul setem dari usia yang muda membolehkan seorang warga emas kini mempunyai koleksi lebih 2,000 keping setem termasuk dari luar negara sejak zaman sebelum Perang Dunia Kedua.

Lai Yoon Cheng, 83, mula mengumpul setem sejak 1936 ketika beliau menuntut di sebuah sekolah Cina di Pulau Pinang.

Katanya kerana minat untuk mengumpul setem, beliau sanggup menyelongkar tong sampah di kawasan pejabat kerajaan dan pelabuhan untuk mencari sampul surat yang dibuang.

"Saya juga mendapat dari rakan selain membeli dengan harga lima sen atau 10 sen sekeping ketika itu," katanya kepada Bernama di sini.

Menurut Lai, ketika Perang Dunia Kedua berlaku, beliau yang ketika itu tinggal di Pulau Pinang, telah melarikan diri bersama keluarganya ke Seberang Perai dengan menaiki sampan pada waktu malam.


"Dalam keadaan genting itu pun saya tak bawa buku setem saya," katanya.

Kini Lai menetap di Kampung Seberang Wat, Baling, dan setem-setem koleksinya itu masih dijaga dengan baik sehingga sekarang.

Antara koleksi setemnya itu ialah dari Senegal, Belanda, Haiti, Rhodesia, Peru, Brazil, Trinidad, China dan Brunei selain setem negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Lai berkata, walaupun ada pihak yang berminat membeli koleksi setemnya tetapi beliau tidak menjual kerana harga yang ditawarkan adalah rendah.

Katanya ketika zaman kependudukan tentera Jepun, beliau turut mendapat setem negara Jepun pada zaman itu dari seorang anggota tentera Jepun yang disimpannya sehingga sekarang.

Beliau kehilangan lebih 1,000 keping setem dalam koleksinya akibat banjir besar di Baling hampir 15 tahun lepas.

Lai berkata anaknya tidak berminat untuk meneruskan hobi mengumpul setem dan disebabkan itu beliau mahu menjual kesemua koleksinya jika ada tawaran yang wajar.
SUMBER

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Hobi Mengumpul Setem

Post  koy101 on Fri Apr 16, 2010 2:18 am

dulu waktu skolah rendah pernah wat benda nih... hehehehe... pasai kena paksa dek cikgu kelas.... hahahahaha...... naik darjah jer... trus buang buku tuh... hehehehe...

Yg aku ingat... dedulu.... simpan stem... pas tu g pejabat pos... tukor duit masuk akaun... hehehehehe...
avatar
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 43
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Re: Hobi Mengumpul Setem

Post  MD on Mon May 31, 2010 1:32 pm



Salah satu setem koleksi lama lama...Setem Malaysia,sempena ulangtahun ke 21 FELDA

_________________
Muka nampak Garang,Dalam Hati ada Taman....
avatar
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

ak ade setem cm pakcik tu jual rm1.5 juta tu...

Post  darkyus on Tue Dec 21, 2010 6:59 pm

ak ade setem cm pakcik tu jual rm1.5 juta tu...tp ak pny ade tanda harga la plak...kalo x leh kaye ak..huhu...tp leh jual ke??

darkyus

Posts : 1
Points : 1
Join date : 21/12/2010

Back to top Go down

Re: Hobi Mengumpul Setem

Post  MD on Wed Dec 22, 2010 12:02 pm

darkyus wrote:ak ade setem cm pakcik tu jual rm1.5 juta tu...tp ak pny ade tanda harga la plak...kalo x leh kaye ak..huhu...tp leh jual ke??

selamat datang darkyus,

fikir Kawan, nilai tu diletakkan oleh seseorang yang minat dan pembeli yang bersetuju...

p/s - kalau aok ade setem tu cuba war warkan pada mana mana tempat yang sesuai...

_________________
Muka nampak Garang,Dalam Hati ada Taman....
avatar
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Re: Hobi Mengumpul Setem

Post  MD on Thu Jan 27, 2011 3:19 pm

Pameran Setem 1 Malaysia Satu Dunia sedang berlangsung di Muzium Negara sehingga 15/3/2011....

_________________
Muka nampak Garang,Dalam Hati ada Taman....
avatar
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Re: Hobi Mengumpul Setem

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum