Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86

Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk

5 posters

Go down

Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk Empty Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk

Post  along Thu Apr 01, 2010 4:30 pm

TAHNIAH Cik Normah ucapkan kepada ratu rock, Ella, jaguh bina badan, Malek Noor dan penyanyi, Ameng Spring kerana menerima penganugerahan darjah kebesaran daripada Sultan Pahang di Pekan, Pahang bersempena Hari Keputeraan ke-79 Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar pada 30 Mac lalu.

Selepas Chef Wan mendapat gelaran Datuk, kini giliran Malek Noor pula. Malek Noor atau nama sebenarnya Abdul Malek Noor menerima pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sekali gus mendapat gelaran Datuk. Ella dan Ameng pula menerima darjah Setia Mahkota Pahang (SMP).

Cik Normah tumpang gembira dengan pengiktirafan ini. Ia juga menjadi bukti bahawa kerajaan juga memandang tinggi kerjaya seni selebriti tempatan. Begitu juga dengan golongan atlet yang terus mengharumkan nama negara di pentas dunia. Ia contoh yang baik untuk pembangunan negara serta menjadi modal insan.

Terlanjur menyebut mengenai Ella, Cik Normah sudah lama tidak mendengar khabar mengenai Ella. Apa sudah jadi dengan perancangan peribadinya untuk menamatkan zaman solo. Entahkan jadi entahkan tidak. Tapi, Cik Normah rasa dengan usia Ella kini, memang molek benar dia berkahwin.

Tapi, iyalah, soal hati dan mencari pasangan ini bukan perkara mudah. Ada pasangan yang bercinta melekat bertahun-tahun, tetapi kahwin tak lama. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Tak apalah, sebagai manusia kita terus merancang, Tuhan juga menentukan. Tak gitu Ella?
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk Empty Re: Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk

Post  along Thu Apr 01, 2010 4:33 pm

Malek Noor kini bergelar Datuk, Ella terima SMP

2010/03/30
PEKAN: Bekas juara bina badan Asia, Malek Noor hari ini dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran "Datuk" sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober lalu.

Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohd Noor merupakan antara 57 penerima DIMP dalam istiadat disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini.

Malek yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Atlet Malaysia Berhad mengucapkan rasa syukur kerana pembabitannya dalam bidang sukan menerima penghargaan Sultan Ahmad Shah.

"Semoga penghargaan ini menjadi pendorong kepada generasi muda yang berkecimpung dalam bidang sukan, namun perlu diingat supaya jangan terlalu berharap untuk menerima gelaran, sebaliknya perlu melakukannya dengan bersungguh-sungguh," katanya yang berkecimpung selama 25 tahun dalam bidang bina badan.

Penerima DIMP lain termasuk Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Seremban, Ahmad Nasfy Yasin; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk Abdul Aziz Ishak; Pengarah Perikanan Pahang, Mohamad Mat Saman; Pengasas dan Pengarah Urusan Yusmira Trading Sdn Bhd, Datin Yusmira Mohd Yusof dan Pesara Askar Orang Asli, Mohd Nor Abdullah.

Sementara itu, ratu rock negara, Ella atau Nor Zila Aminuddin, 43, dan vokalis utama kumpulan Spring, Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail pula merupakan antara 14 penerima darjah Setia Mahkota Pahang (SMP).

Ella berkata, beliau bersyukur dengan penghargaan itu kerana penyanyi rock akhirnya mula dihargai masyarakat dan keadaan ini berbeza berbanding waktu beliau mula-mula menceburi industri hiburan tanah air.
Pada istiadat itu juga, sembilan orang menerima darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 25 menerima darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP), 10 orang masing-masing menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dan Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) serta 34 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK). - Bernama
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk Empty Re: Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk

Post  zulkbo Thu Apr 01, 2010 4:39 pm

Tahniah buat Dato malek noor Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk Empty Re: Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk

Post  Deto_8 Thu Apr 01, 2010 4:43 pm

selebriti mudah dapat anugerah dari Pahang Very Happy
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk Empty Re: Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk

Post  ozzy Thu Apr 01, 2010 4:47 pm

Deto_8 wrote:selebriti mudah dapat anugerah dari Pahang Very Happy

takpelah selebriti tempatan..x kan asyik nak beri kat hero hindustan je kot..
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk Empty Re: Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk

Post  faisalmik Thu Apr 01, 2010 4:51 pm

ozzy wrote:
Deto_8 wrote:selebriti mudah dapat anugerah dari Pahang Very Happy

takpelah selebriti tempatan..x kan asyik nak beri kat hero hindustan je kot..

deto pun selebriti gak...
byk kali dah kuar tv...
hehe..
faisalmik
faisalmik
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 698
Points : 744
Join date : 15/04/2009
Age : 48
Location : Wangsa Maju/Teluk Baharu

http://www.tokgajah.com

Back to top Go down

Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk Empty Re: Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk

Post  along Thu Apr 01, 2010 4:52 pm

faisalmik wrote:
ozzy wrote:
Deto_8 wrote:selebriti mudah dapat anugerah dari Pahang Very Happy

takpelah selebriti tempatan..x kan asyik nak beri kat hero hindustan je kot..

deto pun selebriti gak...
byk kali dah kuar tv...
hehe..

nanti ada la sultan pangil..
ekekeke...
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk Empty Re: Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk

Post  Deto_8 Thu Apr 01, 2010 4:54 pm

ramai dapat anugerah dari ayahanda nanti...sebab ramai jugak PCCian dah masuk TV...ustaz, jas dll
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk Empty Re: Dengarnya... Giliran Malek Noor bergelar Datuk

Post  Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum