Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Pasar Besar Jerantut setanding Pasar Siti Khadijah

View previous topic View next topic Go down

Pasar Besar Jerantut setanding Pasar Siti Khadijah

Post  along on Fri Apr 30, 2010 2:41 pm

JERANTUT 28 April - Majlis Daerah Jerantut (MDJ) akan menaik taraf Pasar Besar Jerantut di sini setanding Pasar Siti Khadijah di Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu, bagi menarik pelancong ke kawasan itu.

Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, pasar itu juga akan diberi nama baru yang lebih komersial.

"Kita akan umum nama baru Pasar Besar Jerantut tidak lama lagi yang bakal memberi perspektif baru dalam bidang pelancongan seperti Pasar Siti Khadijah dan Pasar Payang.

''Usaha secara berperingkat ini bertujuan memberi keselesaan peniaga dan pengunjung selain aktiviti perniagaan dapat dilaksanakan sehingga waktu malam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan operasi pembersihan Pasar Besar Jerantut hari ini.

Wan Norizan berkata, antara kemudahan yang bakal dinaik taraf di pasar berkenaan ialah longkang, pagar dan meja jualan selain menambah bilangan lampu supaya persekitarannya lebih menarik dan ceria.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akan membaik pulih tandas awam, mengecat semula bangunan dan pemasangan papan tanda perniagaan yang seragam.

Mengulas operasi pembersihan bersama Alam Flora Sdn. Bhd. itu, jelasnya, ia bertujuan memberi keselesaan kepada orang ramai termasuk pelancong yang singgah di pasar itu sebelum ke Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini.

Operasi itu katanya, membabitkan semua ruang niaga termasuk longkang, tandas awam dan kawasan luar pasar.

Menurutnya, operasi berkenaan merupakan serampang dua mata untuk menyuntik kesedaran peniaga dan pengunjung supaya mengutamakan kebersihan serta keceriaan tempat perniagaan itu.

"Kita membuang peralatan lapuk dan terbiar di luar pasar yang boleh mencacatkan pemandangan serta menyempitkan ruang sehingga mengundang ketidakselesaan orang ramai.

"Selepas operasi ini, penguat kuasa MDJ akan memantau dan tidak teragak-agak mengeluarkan notis kepada peniaga yang melanggar peraturan," tegasnya.

Katanya, peniaga yang mengabaikan kebersihan dan tidak mematuhi had meletak barang perniagaan boleh dikenakan kompaun sehingga RM500.
avatar
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 30
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Re: Pasar Besar Jerantut setanding Pasar Siti Khadijah

Post  jasnoraizan on Fri Apr 30, 2010 3:11 pm

kwn baru blk jerantut selasa lps..pg melawat orng meninggal kat rumah muroh belakang pasar tu..kwn lalui jln belakang pasar tu..adohai baunyeeeee...busuk benor...wehhh...
avatar
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Re: Pasar Besar Jerantut setanding Pasar Siti Khadijah

Post  Quantum12 on Fri Apr 30, 2010 5:19 pm

dulu pasor tu molek2 dok situ gatey gi letok pasaraye aktif kat situ..pade kawan molek ngat doh lokasi pasor tu dulu..hok pasor skang ni tak strategik lalu tempatnye..parking kete pun susoh..entoh la
avatar
Quantum12

Posts : 16
Points : 17
Join date : 28/04/2010
Location : atas muke bumi

Back to top Go down

Re: Pasar Besar Jerantut setanding Pasar Siti Khadijah

Post  dikwan on Fri Apr 30, 2010 7:52 pm

jasnoraizan wrote:kwn baru blk jerantut selasa lps..pg melawat orng meninggal kat rumah muroh belakang pasar tu..kwn lalui jln belakang pasar tu..adohai baunyeeeee...busuk benor...wehhh...

tol tu kabor aok..kash org jtet malu ke org luar dek perangai diorang niage tak reti nak jg kebersihan.. Embarassed
avatar
dikwan
Orang Kampung
Orang Kampung

Posts : 50
Points : 52
Join date : 13/12/2009
Age : 33
Location : wangsa maju

http://www.premiumcopier.com

Back to top Go down

Re: Pasar Besar Jerantut setanding Pasar Siti Khadijah

Post  Bederun on Fri Apr 30, 2010 9:59 pm

Quantum12 wrote:dulu pasor tu molek2 dok situ gatey gi letok pasaraye aktif kat situ..pade kawan molek ngat doh lokasi pasor tu dulu..hok pasor skang ni tak strategik lalu tempatnye..parking kete pun susoh..entoh la

Betei amat la aok ngabo te.. kala ari ahad, pekan sari belakang paso te.. naik gatey jugok la kaki keh kene jln kaki dari benteng, parking tak dok.. huhuhu Smile
avatar
Bederun
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 160
Points : 171
Join date : 25/03/2010
Age : 41
Location : Jerantut - Sintok - Damansara - Muar

Back to top Go down

Re: Pasar Besar Jerantut setanding Pasar Siti Khadijah

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum