Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Rompin l Bapa enggan kahwinkan anak

View previous topic View next topic Go down

Rompin l Bapa enggan kahwinkan anak

Post  Deto_8 on Wed May 05, 2010 5:07 pm

KAMPUNG DERAHMAN – “Walau apa pun terjadi, saya tetap tidak akan kahwinkan anak saya dengan orang yang tidak bertanggungjawab,” demikian kata bapa kepada gadis berusia 16 tahun yang dirogol seorang pekerja syarikat pembalakan.,

Dia yang mahu dikenali sebagai Abu berkata, anaknya itu masih muda dan belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri dan percaya anaknya itu menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab yang hanya mengambil kesempatan.

Menurutnya, sebagai seorang bapa, dia tidak akan membenarkan anaknya itu mengahwini lelaki seusia dengannya itu, tambahan pula lelaki itu mempunyai dua lagi isteri.

“Saya tidak akan menghancurkan masa depan anak saya, meskipun terpaksa menanggung malu di atas semua yang berlaku,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Kelmarin, bapa mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin selepas mendakwa anaknya menjadi mangsa rogol seorang lelaki Orang Asli yang baru dikenali.

Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di sebuah kedai Cina, Kuala Rompin, dipercayai mengikut suspek ke Selendang, Berabong pada 22 April lalu.

Dalam laporan polis menyatakan, sepanjang tempoh seminggu itu, mangsa dipercayai dirogol sebanyak dua kali oleh suspek iaitu pada 23 dan 29 April lalu.

Abu berkata, dia bersedia mengahwinkan anaknya itu jika mangsa sudah bersedia dari segi fizikal dan mental serta tahu menilai lelaki yang boleh memberi kebahagiaan.

“Saya mahu lelaki yang ada sikap tanggungjawab dan boleh jaga anak saya dengan baik,” katanya

Menurutnya, dia bercadang menghantar anaknya itu ke pusat pemulihan selepas menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Muadzam Shah.

“Saya tidak mahu melihat masa depannya hancur hanya kerana kecuaiannya pada masa ini dan mahu melupakan episod hitam dalam hidupnya,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut melahirkan kekesalannya berhubung eksploitasi pihak tertentu yang menjadikan anak Orang Asli yang berusia belasan tahun sebagai mangsa nafsu golongan tidak bertanggungjawab.

“Saya berharap perkara ini menjadi sebagai satu pengajaran kepada masyarakat terutama Orang Asli supaya tidak dijadikan alat untuk kepentingan mereka yang tidak bertanggungja-wab,” katanya.

sumber : Sinar Harian
avatar
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Re: Rompin l Bapa enggan kahwinkan anak

Post  zulkbo on Thu May 06, 2010 11:11 am

hanya Allah yang tahu perasaan
seorang ayah ni..koi setuju keputusan
si bapa..kalau koi pun ambik langkah
yang sama.. Sad

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Rompin l Bapa enggan kahwinkan anak

Post  ozzy on Thu May 06, 2010 11:13 am

Koi pun setuju..
avatar
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Re: Rompin l Bapa enggan kahwinkan anak

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum