Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Apa Kata Anda Jika Kerajaan Tarik Balik Subsidi

View previous topic View next topic Go down

Apa Kata Anda Jika Kerajaan Tarik Balik Subsidi

Post  zulkbo on Tue May 25, 2010 12:29 pm



Salam aok me..? Terbentang megah banner di SURIA K.L.C.C menyatakan kerajaan akan mengadakan satu pungutan suara mengenai hasrat kerajaan untuk menarik balik pemberian subsidi yang selama ini di berikan kepada rakyat pada masa hadapan.

Untuk pengetahuan semua subsidi berjumlah RM 74 Billion telah dikeluarkan pada tahun 2009.Buat anda sekalian cuba kita renung semula apakah subsidi yang selama ini kerajaan telah berikan pada rakyat? Dalam bentuk apa? Pungutan suara juga boleh di lakukan secara online di:

http://pemandu.gov.my/

Sepengetahuan koi antara subsidinya ialah:
1.Barangan asas pengguna seperti gula,tepung,minyak masak dan sebagainya.
2.Petrol yang kerajaan perlahan-lahan tarik balik yang kita tak perasan.
3.Air dan elektrik.

Itu yang koi perasan antara subsidi yang selama ini di berikan kepada rakyat..sebenarnya banyak lagi..mungkin kalian semua lebih arif..persoalannya sekarang..sudahkan anda semua bersedia untuk hidup bersaing tanpa bantuan subsidi dari kerajaan ini? Yang mana mengikut perancangan wang tersebut akan di gunakan untuk pembangunan negara. Tepuk dada tanya akal bijakmu sahabatku sekalian..
Wassalam.

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Apa Kata Anda Jika Kerajaan Tarik Balik Subsidi

Post  zulkbo on Thu May 27, 2010 10:03 pm

Published: Khamis Mei 27, 2010 MYT 8:35:00 PM
Malaysia Akan Muflis Pada 2019 Jika Kerajaan Terus Beri Subsidi – Idris
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak mengurangkan pemberian subsidi dan mengawal pinjaman sedia ada.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala subsidi yang ditampung oleh Kerajaan Persekutuan ketika ini adalah 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat 100 peratus sekiranya kerajaan tidak mengurangkan jumlah pemberian subsidi kepada rakyat di negara ini.

“Kita tidak mahu satu lagi negara muflis seperti Greece yang kini terpaksa bergantung kepada ahli Kesatuan Eropah kerana hutangnya terlalu banyak sehingga menyebabkan negara itu berhadapan dengan ketidak-tentuan pasaran di peringkat antarabangsa,” katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvesnyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Oleh itu, Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) berkata kerajaan pusat perlu mengambil langkah yang tidak popular seperti menaikkan harga beberapa barangan keperluan seperti, petrol, gula, minyak masak, tepung, terpaksa diambil bagi mengatasi masalah bajet defisit yang ditanggung oleh kerajaan pada ketika ini. .Antara langkah pengurangan subsidi yang dicadangkan ialah:

- Mengurangkan subsidi gas: Walaupun langkah ini akan menyebabkan tarif elektrik meningkat. Namun pengguna tidak akan terjejas kerana ia hanya melibatkan penggunaan tenaga elektrik lebih daripada 200 kilowatt (kWh).

- Meningkatkan kadar tol di semua lebuh raya pada setiap perjanjian konsesi kecuali bagi lebuh raya yang tidak mempunyai jalan alternatif.

- Caj yang dikenakan bagi pesakit luar di hospital kerajaan akan dinaikkan daripada RM 1 kepada RM 3. Sementara bagi pesakit yang ditempatkan di wad sama kelas pertama, kedua atau ketiga akan dinaikkan daripada RM 3 hingga RM80 kepada RM 6 hingga RM160.

- Skim pinjaman buku teks dan tusyen subsidi akan dimansuhkan. Manakala, pelajar sekolah dikehendaki membayar yuran peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

- Semua pelajar asing yang menuntut di universiti tempatan perlu membayar yuran penuh pengajian mereka tanpa mendapat subsidi daripada pihak kerajaan.

- Penuntut di peringkat prasiswazah dan pasca-siswazah perlu membayar yuran pengajian yang lebih daripada RM 300 hingga RM800.

Bagaimanapun, Idris menegaskan bahawa semua cadangan pengurangan subsidi yang berkenaan masih belum dimuktamad dan belum diluluskan oleh Kabinet.

“Rakyat perlu tahu Malaysia merupakan antara negara paling banyak memberi subsidi kepada rakyatnya. Jumlah subsidi yang kerajaan berikan ini jauh lebih besar daripada subsidi yang dinikmati oleh rakyat di Filipina, India, China dan malahan Somalia,” katanya.

Sehubungan itu, Idris berkata kerajaan, dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi terhadap barangan utama seperti petrol dan gas, barangan keperluan harian, pendidikan, perubsatan dan lain-lain bagi mencapai penjimatan yang lebih besar dalam KDNK negara.

Pemandu ditubuhkan bagi mendapatkan maklum balas mengenai bagaimana langkah-langkah yang boleh diambil mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung oleh negara disamping memberikan subsidi tersebut kepada kumpulan sasar secara terus.

Pada masa yang sama pasukan khas ini bertindak sebagai agen yang menerangkan kepada rakyat mengenai sebab kerajan perlu mengurangkan pemberian subsidi bagi mengurangkan hutang yang ditanggung oleh kerajaan pusat.

Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi itu berlangsung pada pukul 9 pagi hingga 2 petang tadi.

Program tersebut diadakan bagi mendapatkan cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

KLIK SUMBER

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Apa Kata Anda Jika Kerajaan Tarik Balik Subsidi

Post  zulkbo on Thu May 27, 2010 10:04 pm

macam tak kesah jer aok me
ini masa depan kita... Sad

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Apa Kata Anda Jika Kerajaan Tarik Balik Subsidi

Post  koy101 on Sat Jun 26, 2010 4:02 am

Bukan xkisah Bro, keknyer.......

Kalo kita trus ngan subsidi.... mmg kompem la.... gomen leh muflis...
Tp... kalo kita xnok subsidi..... maru weh.... segala benda mahai.... gaji jer muroh...

abis goner..... bak kata dek org...
Telan ... mati mok
Luoh... mati ayoh....
Abis.... xkan nak kemun sampai bebila.....

Tp... pd aku.... yg paling penting.... biorler hok len ilang...
asal jgn bajet utk pendidikan berkurang......

Kalo minyak nek... kurang-kurang ler ckit berjalan...
Kalo rega barang pakai nek... kurang-kurang ler ckit nak g shoping....
Kalo rega barang makan nek... kurang-kurang ler ckit nafsu tuh.... SM kata... JIHAD..
Kalo blanjer skolah nek.... xkan nak kurang-kurangkan bebudak tuh g skolah....
scratch scratch scratch

Goner....

koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 42
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Re: Apa Kata Anda Jika Kerajaan Tarik Balik Subsidi

Post  Awangmaseru on Mon Jun 28, 2010 7:22 pm

salam kawan-kawan weh ! baguih juge orang cerdik mcm deris jala tu buat cadangan tu, seme tu nak menambahkan sengsara golongan bawahan supaya mereka lebih tabah menjalani kehidupan sebagai rakyat malaysia yang aman makmur ni. patutnya cuba-cubalah cadangkan perkara lain yang lebih munasabah. negara tak muflis jika beri subsidi kerana seme budget tu dikitar dari cukai yang rakyat terpaksa bayar, mana ada beli barang tak kene cukai , betul tak . banyak pembaziran yang sepatutnya dicegah contohnya gaji golongan atasan yang tinggi , contohnya income sorang MP boleh beli bunglo 2,3 buah , merc 2,3 bijik , bini 2,3 , anak sorang satu kete, ini dah tentulah kadar gaji/elaun mereka berlebihan.
kita kene ingat sebenarnya bukan rakyat yang bergantung kpd kerajaan tapi kerajaan bergantung kpd amanah dari rakyat.

Awangmaseru
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 252
Points : 294
Join date : 30/11/2009
Age : 54
Location : ulu cheka/jerantut

http://www.mohlaweh.multiply.com

Back to top Go down

Re: Apa Kata Anda Jika Kerajaan Tarik Balik Subsidi

Post  Cik_N on Mon Jun 28, 2010 7:49 pm

koy101 wrote:

Kalo rega barang pakai nek... kurang-kurang ler ckit nak g shoping....

Kalo rega barang makan nek... kurang-kurang ler ckit nafsu tuh.... SM kata... JIHAD..
Kalo blanjer skolah nek.... xkan nak kurang-kurangkan bebudak tuh g skolah....
scratch scratch scratch

Goner....

Lemoh semangat hok ini...Sad Crying or Very sad

Cik_N
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 940
Join date : 28/11/2009
Location : Temerloh

http://cikkelisa.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Apa Kata Anda Jika Kerajaan Tarik Balik Subsidi

Post  iseymiyaki on Thu Jul 08, 2010 2:48 pm

klu bab narik nie laju jer.. bab gaji pekerja yang bergaji rendoh tak terbela pun .......
yang terbela gaji org besor naik.. keraian dinaikkan tapi dok meras per pun keraian diorg.. meraikan org2 besor dia lagi ado la yang bwh terkebil2 je nengoknye...

klu pungutan tak setuju pun kjaan ada hak nak wat.. nak kate gonne.. terima jer lerrr......

nunggu pilihan raa jer laaaaa tgk camner reaksinyer huhuhuh Smile

pandangan koi la sebagai penoreh getah nie huhuhuh....

iseymiyaki
Orang Kampung
Orang Kampung

Posts : 86
Points : 106
Join date : 08/11/2009

Back to top Go down

Re: Apa Kata Anda Jika Kerajaan Tarik Balik Subsidi

Post  Sponsored content Today at 11:23 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum