Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Bimbang ancaman peluru sesat

View previous topic View next topic Go down

Bimbang ancaman peluru sesat

Post  along on Sat May 29, 2010 12:17 pm

JERANTUT 28 Mei - Penduduk di tiga buah kampung dekat sini bimbang dengan ancaman peluru sesat daripada kegiatan pemburuan haram babi hutan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tiga kampung terbabit ialah Kampung Bandar, Kampung Masjid dan Kampung Kedondong di Mukim Pulau Tawar dekat sini.

Penduduk mendakwa, kegiatan itu telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan ia kerap dilakukan pada waktu malam sehingga mengundang keresahan kepada mereka.

Seorang penduduk Kampung Bandar, Hasnah Ali, 50, mendakwa, kegiatan pemburuan haram babi hutan itu kerap dilakukan di kawasan kampung berkenaan sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang takut terkena peluru sesat.

''Biasanya, kumpulan berkenaan datang dengan menaiki jip dan dilengkapi senjata api. Mereka akan meredah hutan belakang rumah saya untuk memburu haiwan berkenaan.

''Kejadian terbaru berlaku pada pukul 10 malam minggu lepas apabila saya dikejutkan dengan bunyi tembakan. Keadaan itu memaksa saya menghidupkan api untuk memberi isyarat supaya pemburu berkenaan menjauhi rumah saya," katanya di Kampung Bandar, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Khairul Izwan Abu Samah, 27, mendakwa, setiap kali terdengar bunyi tembakan, dia dan keluarganya akan berasa cemas dan bimbang kemungkinan terkena peluru sesat.

''Saya juga kecewa kerana ada ketikanya bangkai babi hutan dibiarkan berdekatan rumah, apabila ia gagal dikesan oleh pemburu berkenaan. Bau busuk bangkai haiwan itu juga boleh mengganggu keselesaan penduduk," dakwanya.

Bagi Zabidah De, 50, pula, penduduk kampung ada ketikanya terpaksa bergotong-royong untuk membuang bangkai babi hutan yang tidak diambil oleh pemburu haram itu kerana bimbang ancaman penyakit.

Sehubungan itu, dia meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Penduduk Kampung Masjid, Mohd. Ali Abdul Rahman, 55, pula mendakwa, kegiatan tersebut hanya mengundang bahaya sekiranya tidak dipantau pihak berwajib.

''Kegiatan pemburuan binatang itu semakin aktif dilakukan di kawasan kampung berdekatan tempat tinggal kami dan ia jelas boleh mengancam keselamatan penduduk," dakwanya.
avatar
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 30
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Re: Bimbang ancaman peluru sesat

Post  MD on Mon May 31, 2010 11:22 am

biasanya kalau memburu babi hutan peluru yang digunakan ialah ''peluru tunggal'' memang bahaya jugak ni..

_________________
Muka nampak Garang,Dalam Hati ada Taman....
avatar
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum