Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

+2
Cik_N
MD
6 posters

Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  MD Thu Jun 03, 2010 4:22 pm

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Roslanmadun

Roslan Madun.

Dilahirkan di Kg. Durian Tawar, Mengkarak, pada 20 Julai 1952, dan mendapat pendidikan menengah di Raub Pahang. Mula menyelidik dan mempopularkan lagu rakyat pada tahun 1981.

Setelah berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1982, beliau terus memperjuangkan lagu-lagu rakyat, dengan mengadakan persembahan dalam majlis sastera dan majlis rasmi kerajaan di seluruh Negara .
Lagu Lemak Manis nyanyiannya digunakan di sekolah-sekolah dan kem-kem Latihan Khidmat Negara, lagu tersebut juga sering dinyanyikan di majlis keramaian dalam berbagai bentuk, seperti koir dan nyanyian berkumpulan. Lagu Seloka Pak Kaduk pula menduduki carta Hit Gegar THR hampir satu tahun pada tahun 2009.
Beliau pernah mengadakan persembahan di luar Negara iaitu di Singapura (1982), di Padang dan Riau Indonesia (1991), di Fukuoka Jepun (1986) dan di Teajon dan Seoul, Korea (1993).

Pada tahun 2000 balik ke Temerloh dan menubuhkan Anggun Performing Arts, anggun telah menjalankan kegiatan kecil dan besar setiap bulan termasuk bengkel2 sastera, teater dan lain2. Festival Temerloh ialah acara terbesar dijalankan dgn kerjasama MPT selama 5 tahun berturut - turut. Bakat - bakat yang lahir dari pelbagai pertandingan bercorak kesenian yang diadakan oleh Anggun kini ramai yang sudah mendapat diploma di ASWARA dan ada yang sedang mengambil ijazah di universiti tempatan.

Hingga kini beliau telah menerbitkan empat album, iaitu :
1. Menghilir Sungai Pahang (2002)
2. Puisi Warisan (2007),
3. Seloka Pak kaduk (2008)
4. Koleksi Puisi Tradisional (2009)
5. sekarang sedang merakamkan album kelima iaitu Lemak Manis.

Beliau aktif memberi bimbingan lagu rakyat dan puisi tradisional di sekolah, maktab dan universiti. Sering diundang menjadi juri dalam pertandingan bercorak kesenian tradisional.
Bergiat dalam bidang sastera dan pernah menerima Anugerah Sastera Utusan/ExxoMobil kategori puisi pada tahun 2006.
Turut terlibat dalam industri perfileman pada tahun 1986, bila dilantik sebagai pengarah seni untuk filem Riang Tirana, sampai sekarang beliau terus menulis skrip, berlakon, mengarah drama tv dan teater.
Lanjutan dari sumbangan dan jasa didalam bidang seni, Roslan Madun telah dikurniakan PKC 2003, AAP 2006 & SMP 2009 oleh KDYMM Sultan Pahang.

Lain lain jawatan yang disandang oleh Roslan Madun iaitu Ahli Lembaga Pengarah Muzium Negeri Pahang dan Penyelaras Program Penghayatan Sastera dan Budaya bagi Negeri Melaka dan beliau juga merupakan Presiden Majlis Teater negeri Pahang sekarang.
Beliau kini menjadi Penggiat Seni sepenuh masa, selain menyanyi beliau juga sering diundang menjadi pengacara.

PCC mengucapkan Terima Kasih kepada Roslan Madun .
gambar ini mendapat kebenaran esklusif secara terus dari Roslan Madun untuk tatapan semua yang melayari www.pahangcommunity.com

MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  Cik_N Thu Jun 03, 2010 5:56 pm

gud info.. bangga dgn perjuangan beliau terhadap kesusteraan & kesenian traditional melayu...
Cik_N
Cik_N
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 940
Join date : 28/11/2009
Location : Temerloh

http://cikkelisa.blogspot.com

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  zulkbo Thu Jun 03, 2010 10:35 pm

good job bro..
sampaikan salam koi
padanya.. Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  Laporpo Sat Jun 05, 2010 4:43 am

tahniah...kalau boleh banyakan lagi info2 tentang penggiat seni pahang... Smile
Laporpo
Laporpo

Posts : 8
Points : 8
Join date : 06/05/2010
Age : 46
Location : Temerloh / Kuala Medang

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  MD Mon Jun 07, 2010 1:45 pm

"Perjuangan atas 3 prinsip "Seni Jambatan Silatulrahim", "Seni Zat Yang Menyuburkan Jiwa Manusia", "Seni Mendekatkan Diri Dengan Allah" dan atas kecintaan Saya pada Anak Bangsa, Saya popularkan dan wariskan seni tradisional peninggalan cendekiawan dan ulamak dahulukala..." ini antara ungkapan yang penuh bermakna dari Roslan Madun bila menceritakan perjuangan dan sumbangan beliau dalam bidang seni.

Cik_N,Zulkbo,Laporpo - terima kasih,yang lain lain akan menyusul insya Allah.
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  kapakraja Mon Jun 07, 2010 2:08 pm

cmne yer nak dapatkan sume lagu2 rakayat pahang..kawan teringin sgt..kawan nak satu..nak bagi mak ayah kawan satu...

kapakraja

Posts : 8
Points : 8
Join date : 07/11/2009

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  MD Mon Jun 07, 2010 3:47 pm

kapakraja wrote:cmne yer nak dapatkan sume lagu2 rakayat pahang..kawan teringin sgt..kawan nak satu..nak bagi mak ayah kawan satu...

CD Roslan Madun. dengan harga RM20.00 setiap satu.Judul album
1. LEMAK MANIS
2. SELOKA PAK KADUK
3. KOLEKSI PUISI TRADISIONAL

beliau menjual terus CD album ini,dan kalau berminat Kawan/PCC cuba bantu...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  Deto_8 Mon Jun 07, 2010 3:59 pm

MD, cuba bukak order...laku rasanya... Very Happy
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  MD Mon Jun 07, 2010 4:07 pm

Deto_8 wrote:MD, cuba bukak order...laku rasanya... Very Happy

ok Boss.. Laughing ,
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  MD Wed Jun 09, 2010 1:00 pm

Malam ini Roslan Madun ada membuat persembahan seni di Kota Bahru sempena permahsyuran Waris Puteri Sadong..
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  MD Fri Jun 11, 2010 5:43 pm

Sepatutnya Roslan Madun berada di Kuang,Sungai Buloh untuk shooting drama tv, tp dah tukar location ke KL, [Deto,melepas nak shoot gambar/Temubual...takpa lain masa ada lagi...]


Program Beliau akan datang :
19/6/2010 - Menyanyi & Jadi MC di Sg. Lembing,
23/6/2010 - Menjadi juri pertandingan lagu retro di KL,
3/7/2010 - Menyanyi lagu rakyat "malam puisi utusan" di Istana Budaya,
4 & 5/7/2010 - Berlakon teater "Menang Sorak Kampung Tergadai" di Kota Bharu (yg ni belum confirm betul2 lg),
17/7/2010 - Roslan Madun akan mementaskan teater "Menunggu Kata Dari Tuhan" lakonan Sabri Yunus dan Sani Sudin di Temerloh.
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  MD Fri Jun 11, 2010 6:00 pm

Info tambahan,
Dalam Lagu Menghilir DiSungai Pahang terdapat penggunaan penyanyi latar.Kumpulan Anok Semantan merupakan penyanyi latar tersebut [ semasa diorang kecil lagi ]
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  MD Mon Jul 12, 2010 12:25 pm

Anggun Performing Arts - membawakan kepada warga Temerloh teater "Menunggu Kata Dari Tuhan" lakonan Sabri Yunus dan Sani Sudin, pada 24 Julai 2010 jam 8.45 malam, di Dewan Tun Abd Razak Temerloh.

p/s deme yang duk Temerloh jangan lepaskan peluang nih...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  MD Mon Oct 11, 2010 1:23 pm

Mohd Kamal,
aok ade gambo dengan RM,buh sini weh.... Laughing
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  MD Sat Dec 18, 2010 10:40 am

Info dari Roslan Madun :

majlis teater pahang akan mengadakan festival teater laman 28 hingga 31 disember 8.30 malam di oditorium taman budaya kuantan, jom menonton "menunggu kata dari Tuhan" - dinsman "dendam durjana" - samarudin buman "songsang" - ak hidayat dan "natijah" - suzana ms
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  MD Sat Dec 18, 2010 10:52 am

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Komsas

CD Puisi Tradisional KOMSAS...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  MD Wed Dec 22, 2010 12:13 pm

Info dari Roslan Madun :

esok 23hb "baca puisi & lagu2 puisi santai bersama sani sudin kopratasa" di dataran bahaman lanchang pahang mulai jam 8.30 mlm, turut dipersembahkan lagu2 rakyat bertemakan keIslaman, termasuk gurindam, syair dan nazam, semua dijemput datang!
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  MD Wed Dec 22, 2010 12:26 pm

Pade seme rodong,aokme dan kengkawan sekelian ini pesanan Bang Roslan Madun =
''bagitahu kalau sesiapa nak baca puisi pun boleh, dtg jumpa saya sebelum persembahan bermula, masa tgh2 persembahan pun takpe, kita santai je....''

p/s - pade yang berminat,berkelapangan jangan lepaskan peluang menunjukkan bakat seni yang ada...!!
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  MD Fri Apr 29, 2011 5:30 pm

Sibuk dan padat jadual Roslan Madun -
tadi Beliau di smk sri tualang, esok kat gambang, dituruti maran, dan kota bharu...

p/s - Selamat maju jaya Abang Lan...!!!
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni Empty Re: Roslan Madun - Penyanyi Lagu Rakyat & Penggiat Seni

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum