Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

SELESEMA BABI H1N1

View previous topic View next topic Go down

SELESEMA BABI H1N1

Post  zulkbo on Wed Jun 17, 2009 12:44 am

Penerangan ringkasan tentang wabak yang manusia satu dunia takut.

'H' bermaksud Hemagglutinin protein

'N' bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.



Swine Flu
atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar.





Wallahualam


Last edited by zulkbo on Tue Aug 11, 2009 8:40 am; edited 2 times in total
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  zulkbo on Fri Jul 24, 2009 3:19 am

PUTRAJAYA: Kematian seorang lelaki warga Indonesia yang dijangkiti Influenza A (H1N1) pada Selasa lepas bukan disebabkan oleh penyakit tersebut tetapi berpunca daripada denyutan jantung tidak terkawal.
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  zulkbo on Fri Jul 24, 2009 3:21 am


KESELAMATAN: Sebahagian daripada pelajar UiTM Dungun diberi penutup mulut dan hidung selepas didapati ramai pelajar mengalami demam. - Foto Rozainah Zakaria
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  zulkbo on Thu Jul 30, 2009 7:24 pm

H1N1 catat kematian keempat

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 29 Julai - Malaysia mencatatkan kes kematian keempat akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) dengan mangsa terbaru seorang perempuan dari Melaka berusia 20 tahun.

Sehubungan itu, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran angka kematian akibat H1N1 di negara ini mungkin meningkat pada kadar yang membimbangkan sekiranya usaha berjaga-jaga tidak diambil oleh semua pihak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, mangsa H1N1 keempat yang meninggal dunia semalam telah mengalami tanda-tanda influenza sejak 16 Julai lalu tetapi hanya mendapatkan rawatan di Hospital Melaka pada 26 Julai.

''Imbasan sinar X seterusnya mendapati pesakit ini mengalami pneumonia yang serius, dia dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

''Pesakit didapati mengalami pelbagai komplikasi klinikal pada 27 Julai, dia disahkan menghidap H1N1 semalam dan meninggal dunia pada hari yang sama disebabkan pneumonia yang serius," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa teknikal wabak influenza A (H1N1) di sini hari ini.

Mohd. Ismail kecewa dengan sikap sesetengah pegawai perubatan dan pesakit yang kurang kesedaran mengenai penularan dan bahaya H1N1.

''Terdapat pesakit yang enggan mendapatkan rawatan walaupun dipujuk oleh ahli keluarga mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka terlambat untuk menerima rawatan sehingga membawa kepada kematian,'' katanya.

Selain itu, beliau mengingatkan para doktor perlu mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dan mengesyaki seseorang itu dijangkiti H1N1 sekiranya mengalami tanda-tanda pneumonia.

Beliau berkata, jangkitan H1N1 boleh mengakibatkan pneumonia yang teruk khasnya ke atas pesakit yang mempunyai masalah kegemukan, diabetes, penyakit pernafasan serta imuniti yang rendah seperti penghidap HIV dan kanser.

''Pegawai perubatan justeru perlu mengambil sampel tekak pesakit yang menunjukkan tanda-tanda pneumonia serius dan rawatan antiviral perlu dimulakan dengan segera.

''Kita juga memutuskan untuk menggandakan dos antiviral ke atas pesakit pneumonia yang disyaki dijangkiti virus H1N1," katanya.
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  zulkbo on Fri Jul 31, 2009 12:24 am

Khamis Julai 30, 2009
H1N1: 6 sekolah, 1 maktab perguruan ditutup hari ini

KUALA LUMPUR: Langkah membendung penularan wabak influenza A(H1N1) diteruskan dengan enam buah sekolah dan sebuah maktab perguruan di Pahang dan Pulau Pinang ditutup hari ini selepas sejumlah pelajarnya dikesan dijangkiti penyakit seperti influenza (ILI). Empat buah sekolah di Pahang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka, Maran, Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), Kuantan, Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub dan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis diarah tutup hari ini sehingga 7 Ogos depan.

Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata tindakan itu diambil setelah pemeriksaan yang dijalankan Jabatan Kesihatan mendapati lapan pelajar dari sekolah-sekolah berkenaan disahkan positif H1N1.

Dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir dan Sekolah Agama AlIqwan, Teluk Kumbar serta Maktab Perguruan Tuanku Bainun di Pulau Pinang juga diarah tutup sehingga 7 Ogos, menjadikan jumlah institusi yang ditutup akibat jangkitan virus itu di negeri itu sehingga kini kepada 22.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Pooh berkata arahan penutupan serta merta selama seminggu itu bagi mengelak berlaku penularan virus ILI kepada pelajar lain.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa setakat ini sebanyak 11 kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Semenanjung turut ditutup selama seminggu berikutan terdapat pelatih menunjukkan tandatanda jangkitan ILI.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil ketika menjelaskan perkata itu berkata kem yang terlibat ialah Kem PLKN Bina Semangat YPJ di Mersing, Johor; Kem PLKN Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar, Perak; Kem PLKN Sri Impian, Pulau Pinang; Kem PLKN Merang Suria, Terengganu dan Kem PLKN Lagenda Gunung Ledang, Asahan, Melaka.

Kem-kem lain adalah Kem PLKN Syruz, Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Kem PLKN Rachado Bay, Port Dickson, Negeri Sembilan; Kem PLKN Jiwa Murni, Semanggol, Perak; Kem PLKN Peladang, Setiu, Terengganu; Kem PLKN Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka. Abdul Hadi berkata penutupan itu melibatkan 2,478 pelatih setelah kira-kira 450 orang pelatih dikesan dijangkiti ILI.

Terdapat 83 buah kem PLKN di seluruh negara.

"Kebanyakan pelatih menunjukkan tanda-tanda dijangkiti ILI selepas pulang daripada bercuti selama empat hari bermula 24 Julai lepas dan dalam masa yang singkat jumlah pelatih yang mempunyai tanda-tanda ini bertambah dengan banyak," Abdul Hadi memberitahu pemberita selepas membuat lawatan ke kem PLKN Temasya Rimba Templer, hari ini.

Beliau berkata mengikut prosedur Kementerian Kesihatan, sesuatu tempat yang mempunyai simptom influenza A(H1N1) akan diarah tutup sekiranya lima peratus daripada jumlah keseluruhan penghuninya didapati mengalami demam sehingga mencecah 38 darjah Celcius.

Katanya, kesemua pelatih dikehendaki melapor semula di kem masingmasing selepas tamat tempoh penutupan kecuali mereka yang mendapat surat pengesahan daripada pegawai perubatan kerajaan.
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  zulkbo on Fri Jul 31, 2009 12:24 am

Lawatan mingguan yang dibenarkan kepada ibu bapa dan keluarga ke kem-kem PLKN masih dibenarkan, tetapi tidak digalakkan, manakala pegawai, jurulatih, staf pengurusan dan kakitangan PLKN serta kakitangan pengusaha kem yang berulang-alik ke kem hendaklah memastikan mereka dalam keadaan sihat, katanya.

Mengenai Kem PLKN Temasya Rimba Templer, Abdul Hadi berkata setakat ini seramai 38 pelatih telah dikesan mengalami demam, tetapi hanya enam pelatih yang mencatat suhu badan 38 darjah Celcius. Kem itu kini berada di bawah pemantauan Jabatan Kesihatan, katanya.
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  zulkbo on Fri Jul 31, 2009 12:24 am

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga hari ini adalah sebanyak 1,302 kes termasuk empat kematian.

Daripada jumlah itu 574 (44 peratus) merupakan kes import dan 728 (56 peratus) kes jangkitan tempatan. "Daripada jumlah ini, 1,272 kes (98 peratus) telah sembuh, hanya 19 kes (satu peratus) sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan tujuh daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi (ICU). 11 orang lagi sedang menerima rawatan antiviral di rumah," katanya.
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  zulkbo on Fri Jul 31, 2009 12:25 am

Di Alor Setar, 123 orang pelajar lelaki Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, dikuarantin di Pusat Kesihatan Bandar Alor Setar selama seminggu bermula hari ini selepas mengadu demam dan sakit tekak. Bagaimanapun pihaknya belum memastikan kesemua mereka dijangkiti H1N1, kata Timbalan Pengarah Kesihatan Kedah Dr Shahidan Hashim. Pentadbiran kolej itu diarah supaya menangguhkan aktiviti pembelajaran dan riadah di kolej berkenaan serta mewajibkan pemakaian topeng penutup mulut oleh pelajar dan kakitangan kolej itu. Sementara itu, Sarawak mencatatkan 14 kes baru positif Influenza A (H1N1)hari ini, menjadikan jumlah kes 116 sehingga kini.

Bagaimanapun, tiada penutupan baru sekolah atau institusi pendidikan sejak semalam, menurut kenyataan jabatan Bilik Operasi Negeri di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya.

Menurut kenyataan itu, kes-kes baru itu adalah di Miri (10) dan Samarahan (empat) manakala jumlah kes positif yang dirawat di hospital masih kekal dengan empat di Kuching dan dua di Miri. BERNAMA
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  Deto_8 on Fri Jul 31, 2009 11:28 am

H1N1: Empat sekolah di Pahang pula ditutup

KUANTAN - Sebanyak empat buah sekolah dengan 3,288 pelajar di negeri ini ditutup sehingga Ogos ini selepas lapan pelajarnya disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1) di sini semalam.

Arahan itu membabitkan 1,220 pelajar Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Kuantan, 680 pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SMSTA) Raub, 571 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Jengka Maran dan 817 pelajar SMK Clifford Kuala Lipis.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, arahan penutupan tersebut dibuat selepas lima pelajar di SMK Clifford Kuala Lipis dan masing-masing satu di SMART, SMSTA serta SMK Sri Jengka disahkan positif H1N1.

"SMART dan SMK Clifford ditutup mulai hari ini (semalam) sehingga 7 Ogos ini, manakala SMSTA sehingga 6 Ogos. SMK Sri Jengka ditutup mulai semalam (kelmarin) sehingga 5 Ogos ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

_________________
bangga menjadi pioneer....bangga juga melihat orang lain berjaya...TAHNIAH!
avatar
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  apens7 on Fri Jul 31, 2009 1:30 pm

Virus A H1N1 ni lagi bahaya dari virus HIV. Pesakit HIV makan masa nak mati. H1N1 ni sekejap jer temu ajal.
avatar
apens7
EXCO

Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  MD on Fri Jul 31, 2009 1:33 pm

apens7 wrote:Virus A H1N1 ni lagi bahaya dari virus HIV. Pesakit HIV makan masa nak mati. H1N1 ni sekejap jer temu ajal.

betul Apens
semalam di hoapital Sg Buloh sesak dengan orang...yg sakit,buat saringan
avatar
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  MD on Thu Aug 06, 2009 1:34 pm

Angka korban selesema babi terus meningkat

KUALA LUMPUR: Empat lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan di negara ini, menjadikan jumlah korban keseluruhan virus itu meningkat kepada 13 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kematian ke-10 membabitkan budak lelaki berumur 12 tahun di Hospital Melaka pada Isnin lalu dan yang ke-11, seorang lelaki berumur 20 tahun di hospital sama pada Ahad lalu.

Dalam kenyataannya semalam, beliau berkata, kes ke-12 pula membabitkan seorang budak lelaki berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Batu Pahat pada jam 2.30 pagi semalam.

Mangsa ke-13 yang juga korban pertama H1N1 di Pahang adalah kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada jam 12.40 tengah hari semalam.

sumber www.bharian.com.my
avatar
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  zulkbo on Thu Aug 06, 2009 9:41 pm

Gi keje nak kena start pakai topeng belaka la sekarang... Very Happy
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  zulkbo on Tue Aug 11, 2009 8:28 am

Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1

KUANTAN: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAF) kerana dijangkiti Influenza A (H1N1).



Lima anakanda baginda yang berumur tujuh hingga 14 tahun, termasuk pasangan kembar yang berusia sembilan tahun dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu, manakala baginda dimasukkan keesokan harinya.

Pengarah hospital, Datuk Dr Ardi Awang ketika dihubungi, berkata keadaan baginda dan semua anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sedang dirawat di wad diraja hospital berkenaan sudah diberikan antiviral.
"Kita membuat pengawasan dan baginda serta anakanda akan dibenarkan keluar daripada hospital apabila pulih sepenuhnya," katanya.

Mereka ialah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14; Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12; pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9; dan Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7 tahun.

Sementara itu, Tunku Azizah Aminah berkata, keluarga baginda dipercayai dijangkiti daripada anakandanya, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah yang mendapat jangkitan di Sekolah Kebangsaan St Thomas, di sini.
Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  zulkbo on Tue Aug 11, 2009 8:37 am


PELAJAR Sekolah Menengah Presint 9 (2), Putrajaya memakai topeng penutup muka ketika mengambil peperiksaan, semalam.
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  zulkbo on Tue Aug 11, 2009 8:43 am

avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pahang bantu keluarga dua kanak-kanak mangsa H1N1

Post  along on Tue Aug 11, 2009 10:12 am

KUANTAN 10 Ogos - Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan kepada keluarga dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1) baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, bantuan itu sebagai tanda simpati kerajaan negeri terhadap keluarga terbabit yang kehilangan insan tersayang akibat jangkitan itu.

Beliau bagaimanapun belum menetapkan bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada keluarga terbabit.

''Meskipun bantuan ini bukan sebagai galang ganti terhadap kehilangan nyawa insan tersayang, tetapi ia sedikit sebanyak menunjukkan rasa simpati kita kepada golongan yang mengalami musibah," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Sri Pahang di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Rosnah Ismail.

Sehingga Jumaat lalu, Pahang mencatatkan dua kematian akibat H1N1 membabitkan kanak-kanak berumur lima dan enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Adnan berkata, sejak H1N1 melanda, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan mengambil langkah-langkah proaktif bagi membendung penularan wabak itu supaya tidak menjadi lebih serius.

Menurutnya, walaupun wabak itu kian meruncing tetapi ia masih terkawal apabila Pahang hanya mencatatkan dua kematian sejak kes itu dikesan di negeri ini pada 14 Jun lalu.

''Kita difahamkan punca kematian salah seorang kanak-kanak terbabit disebabkan kelewatan mangsa dirujuk ke HTAA," katanya.

Berikutan itu, beliau mengulangi gesaannya supaya semua sekolah ditutup selama seminggu bagi membendung penularan wabak tersebut.

Ini kerana, jelas beliau, kebanyakan kes penularan H1N1 di Pahang berlaku di sekolah dan ia membahayakan kanak-kanak.

Setakat ini Adnan memberitahu, sebanyak 17 atau 2.4 peratus daripada 707 sekolah di seluruh Pahang ditutup sejak wabak itu melanda.
avatar
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 29
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

SMK Jengka 18 solat hajat

Post  along on Tue Aug 11, 2009 10:17 am


SEBAHAGIAN pelajar membaca surah Yasin dan kemudian sembahyang hajat sebagai usaha menghindari penularan virus selesema babi di sekolah SMK Jengka 18 Maran, Pahang, semalam.



MARAN 10 Ogos - Seramai 600 pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 18 di sini mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat beramai-ramai sebagai usaha menghindari penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).

Majlis yang diketuai seorang pelajar tingkatan lima, Mohd. Awis Hambar, 17, itu diadakan di tapak perhimpunan sekolah bermula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 11 pagi.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Jengka 18, Mohd. Rozi Mat Sani ketika ditemui berkata, program tersebut merupakan usaha pihak sekolah selepas mendapati wabak itu semakin menular di kalangan masyarakat.

Menurut beliau, penularan itu juga yang menyebabkan beberapa sekolah di daerah ini terpaksa ditutup.

''Solat hajat dan bacaan Yasin itu diketuai seorang pelajar sekolah ini yang hafiz al-Quran," katanya kepada Utusan Malaysia di sekolah itu hari ini.

Mohd. Rozi berharap melalui bacaan Yasin dan solat hajat beramai-ramai itu, wabak H1N1 yang melanda negara ini dapat dihindari dan dijauhi.

Beliau mengakui penularan wabak H1N1 yang semakin membimbangkan memerlukan usaha lebih bersepadu daripada semua pihak di negara ini.

Dalam pada itu, katanya, pihak sekolah mengambil langkah proaktif dengan menasihati pelajar meningkatkan kebersihan diri dan penjagaan kesihatan selain mematuhi prosedur yang ditetapkan Jabatan Kesihatan.

''Mana-mana pelajar yang tidak sihat dinasihati bercuti dan tinggal di rumah, berjumpa doktor dan tidak pergi ke tempat-tempat awam bagi mengelakkan virus ini merebak.

''Jangkitan H1N1 telah menular dalam masyarakat dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh itu, setiap pelajar perlu mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan virus ini,'' katanya.
avatar
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 29
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  Deto_8 on Tue Aug 11, 2009 10:19 am

-topic locked-

buat sementara sila rujuk di topik Selsema Babi H1N1 di sub forum Sosial & Isu Semasa...topik ini akan merge kemudian...TQVM

_________________
bangga menjadi pioneer....bangga juga melihat orang lain berjaya...TAHNIAH!
avatar
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Re: SELESEMA BABI H1N1

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum