Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Zzati Rashid

4 posters

Go down

Zzati Rashid Empty Zzati Rashid

Post  MD Thu Jul 15, 2010 12:04 pm

Zzati Rashid Zzatirashidpcc

Nama : Zzati Rashid
Asal : Jengka,Pahang


gambar keratan Harian Metro*


Last edited by MD on Thu Jul 15, 2010 12:07 pm; edited 1 time in total
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Zzati Rashid Empty Re: Zzati Rashid

Post  MD Thu Jul 15, 2010 12:06 pm


Zzati jelajah negara


Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my
2010/07/12


MASIH muda, namun Nur Izzati Mohd Rashid, 17, berbakat besar dalam nyanyian.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2, Pahang ini sudah menjuarai beberapa pertandingan antaranya juara karaoke anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2007, juara Proton Idol pada 2008 dan juara Metro Idol juga pada 2008.


Tuah turut menyebelahi anak sulung daripada dua beradik yang mesra dipanggil Zzati ini apabila diangkat menjadi Duta SKMM untuk kempen Pendigitalan 1Malaysia yang diadakan di seluruh negara. "Saya bertuah kerana program ini dilancarkan Perdana Menteri di Pekan, Pahang. Selepas itu ia diadakan di Pagoh, Johor dan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri dan Jelebu, Negeri Sembilan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan.


"Kemenangan sebagai Metro Idol yang diadakan sempena karnival Jom Heboh! di Kuantan, Pahang juga bawa rezeki kerana selepas itu saya dilantik sebagai residen artis Metro dan sering diundang buat persembahan untuk setiap acara yang diadakan di seluruh negara," katanya.


Bakat nyanyian Zzati dikesan secara spontan ketika mengikut ayahnya yang bekerja sebagai jurutera bunyi. Ketika 'sound check', ayahnya sering menyuruh dia menyanyi bagi memastikan sistem bunyi berada dalam keadaan baik.


Katanya, tak sangka pula bila orang lain dengar, mereka tertarik dan kata dia ada potensi untuk menyanyi serta panggil Zzati menyanyi untuk majlis makan malam di sekitar Pahang. Saya pun terus asah bakat menyanyi supaya lebih mantap. Untung kerana saya boleh menyanyi pelbagai jenis lagu.


"Pernah ketika berusia 15 tahun, abang Mus (MAY) lamar saya jadi artis rakaman, tapi ayah menolak kerana rasa belum waktunya. Abang Mus berminat nak ambil saya ketika kami bertemu dalam satu persembahan. Ketika itu ayah lihat saya masih muda dan belum bersedia. Tambah lagi saya masih belajar.


"Namun lama-kelamaan saya mula minat untuk buat album. Akhirnya pada 2009, ayah keluarkan modal untuk terbitkan single yang memuatkan lagu Bukan Sombong dan Tiga Langkah hasil ciptaan bapa saudara saya, Single ini bukan dijual sebaliknya dihantar ke radio untuk promosi lagu saya kepada peminat. "Boleh dikatakan lagunya dimainkan juga di radio serta pernah masuk carta lagu popular Pahang FM. Seronok kerana usaha ini berjaya, tapi kami rasa penat buat sendiri semua kerja. Tambah lagi bidang ini perlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi terutama untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak dalam industri.


"Ayah mencari pihak yang berminat nak ambil saya. Dia berjumpa syarikat rakaman Music Valley dan akhirnya pulang dengan berita gembira, saya diterima jadi artis dengan kontrak selama tiga tahun," katanya. Zzati kini sudah merakam lagu Akanku Nanti ciptaan Harry Khalifah dan lirik Azam Dungun serta Cintaku Hanya Padamu ciptaan Lan Laga dan lirik Ahmad Fedtri Yahya yang dipilih sebagai single pertama. Dengan kebenaran Music Valley, dia turut menyanyi untuk album Rosli Mohalim sempena 30 tahun pembabitan pemain gitar itu dalam industri seni.


"Lagunya berentak rock berjudul Jangan Laju-Laju dan Kau Berikan Cinta. Lagu Jangan Laju-Laju juga sudah diambil Skop Production untuk dijadikan lagu tema drama mereka. Untuk album saya pula, konsep yang ditampilkan ialah pop rock dan balada. Album penuh akan dikeluarkan jika respon peminat terhadap single saya menggalakkan," katanya.


Mengulas mengenai pembahagian masa, Zzati berkata dia tetap fokus pada pelajaran, lebih-lebih lagi dia akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada Oktober nanti. Dia yang bergelar pengawas turut bersyukur kerana guru-gurunya menyokong minatnya asalkan dia tidak abaikan pelajaran.

credit to : Harian Metro
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Zzati Rashid Empty Re: Zzati Rashid

Post  zulkbo Sat Jul 17, 2010 4:55 pm

masih menanti-nanti juga anak Jengka
yang lepas pusingan awal 'AKEDEMI AL-QURAN'
tak pun 'IMAM MUDA'..arghhhh..rindunya..
Sad
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Zzati Rashid Empty Re: Zzati Rashid

Post  SailorMoon Sat Jul 17, 2010 6:38 pm

zulkbo wrote:masih menanti-nanti juga anak Jengka
yang lepas pusingan awal 'AKEDEMI AL-QURAN'
tak pun 'IMAM MUDA'..arghhhh..rindunya..
Sad


hahaha...bisaaaa...!!!
Pekan pun sama,ramai artis jek..
Ade artis asal dr sane,ade artis yg kawen ngn org sane...
Rolling Eyes
SailorMoon
SailorMoon
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1071
Points : 1110
Join date : 22/02/2010
Location : Pekan - Sepang - Sg Petani

http://fiverobindas.blogspot.com

Back to top Go down

Zzati Rashid Empty Re: Zzati Rashid

Post  Cik_N Sat Jul 17, 2010 9:29 pm

zulkbo wrote:masih menanti-nanti juga anak Jengka
yang lepas pusingan awal 'AKEDEMI AL-QURAN'
tak pun 'IMAM MUDA'..arghhhh..rindunya..
Sad

pe kata aok yg try zulkbo.. isteri aok kan ustazah.. molek amat lah tue....koi bangga kalu ander wakil dr org pahang...

ketnya wakil bera adalah juga yg leh la dibangakan sbb ada artis nasyid (suhaimi ex-inteam) yg berasal dr tementi....

Cik_N
Cik_N
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 940
Join date : 28/11/2009
Location : Temerloh

http://cikkelisa.blogspot.com

Back to top Go down

Zzati Rashid Empty Re: Zzati Rashid

Post  zulkbo Sun Jul 18, 2010 12:23 am

Cik_N wrote:
zulkbo wrote:masih menanti-nanti juga anak Jengka
yang lepas pusingan awal 'AKEDEMI AL-QURAN'
tak pun 'IMAM MUDA'..arghhhh..rindunya..
Sad

pe kata aok yg try zulkbo.. isteri aok kan ustazah.. molek amat lah tue....koi bangga kalu ander wakil dr org pahang...

ketnya wakil bera adalah juga yg leh la dibangakan sbb ada artis nasyid (suhaimi ex-inteam) yg berasal dr tementi....


dia(my laling) orang Kedah..
mana layak wakil Pahang@Jengka..
doakanlah anak jantan koi ke?
rasa nak nganto tahfiz..cer rekemen sket?
Rolling Eyes
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Zzati Rashid Empty Re: Zzati Rashid

Post  Cik_N Sun Jul 18, 2010 12:43 am

zulkbo wrote:


dia(my laling) orang Kedah..
mana layak wakil Pahang@Jengka..
doakanlah anak jantan koi ke?
rasa nak nganto tahfiz..cer rekemen sket?
Rolling Eyes [/quote]

koi kabo aok la wakil pahang...huhuhu.. tahfiz?? sekoloh tahfiz le ni mcm pisang goreng panas lebih2 lah bawah yayasan pahang kt kontan ter.. kat jerantut pun kt sg salan kalu x silap.. ketnya byk persaingan la..
Cik_N
Cik_N
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 940
Join date : 28/11/2009
Location : Temerloh

http://cikkelisa.blogspot.com

Back to top Go down

Zzati Rashid Empty Re: Zzati Rashid

Post  zulkbo Sun Jul 18, 2010 2:27 am

Cik_N wrote:

koi kabo aok la wakil pahang...huhuhu.. tahfiz?? sekoloh tahfiz le ni mcm pisang goreng panas lebih2 lah bawah yayasan pahang kt kontan ter.. kat jerantut pun kt sg salan kalu x silap.. ketnya byk persaingan la..

koi ke..?
mana layak
'taranaum' tak cukup
ranum lagi..baru nak berputik
he he..aok je la..
Embarassed
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Zzati Rashid Empty Re: Zzati Rashid

Post  MD Mon Jul 19, 2010 12:55 pm

deme kena tengok betul betul [ jangan hanya memperkatakan saje... Laughing ]

finalis Akedemi Al Quran musim pertama ada orang dari Rompin,Imam Muda sekarang peserta Nuri juga dari Pahang....
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Zzati Rashid Empty Re: Zzati Rashid

Post  MD Mon Aug 23, 2010 12:16 pm

MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Zzati Rashid Empty Re: Zzati Rashid

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum