Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 4:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 12:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

HERBA DAN ULAMAN

Page 4 of 6 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

View previous topic View next topic Go down

Mambu boleh redakan demam panas dan campak

Post  along on Wed Jul 29, 2009 11:15 am



SEMEMANGNYA suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan bahawa sebahagian besar daripada kita gemar menanam pokok di persekitaran rumah sama ada tumbuhan hiasan ataupun sayur-sayuran.

Aktiviti ini digemari bukan hanya untuk menceriakan diri sendiri, bahkan mengindahkan suasana sekitar rumah.

Lagipun, dari sudut sains kehadiran tumbuhan hidup meningkatkan kandungan oksigen dalam udara yang penting untuk pertumbuhan minda.

Namun begitu, pemilihan pokok untuk ditanam sama ada di halaman atau di dalam rumah berdasarkan kepada beberapa ciri, antaranya spesies yang mempunyai khasiat dan sudut kesihatan diri atau penawar penyakit tertentu.

Contohnya pokok mambu atau Azadirachta indica danipada keluarga Meliaceae.

Tumbuhan ini, walaupun biasanya tumbuh liar kadangkala ditanam sebagai pokok teduhan kerana ia senang berkembang.

Tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya lebih jelas dan berwarna sedikit kekuningan.

Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan FRIM, Dr Azizol Abdul Kadir, daun pokok mambu mempunyai beberapa kegunaan dalam perubatan tradisional.

Menurut beliau, berdasarkan temu bual dengan pengamal perubatan tradisional tempatan, daun mambu boleh digunakan untuk merawat bisa pokok jelatang gajah, demam campak dan meredakan demam panas.

"Malah, daun mambu yang bersifat antiserangga juga boleh digunakan untuk mengelak serangan serangga pada tanaman," katanya.

Menurut beliau, kaedah penggunaan pokok mambu untuk menghilangkan rasa gatal kerana demam campak ialah dengan mengambil beberapa helai daun kemudian ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu sapulah daun tersebut ke badan pesakit.

Bagi mengurangkan demam panas pula, rebus akar pokok mambu sehingga mendidih, kemudian ditapis bagi mendapatkan air rebusannya. Air tersebut diminum apabila suam.

"Bagi merawat bisa terkena pokok jelatang gajah pula, ambil beberapa helai daun pokok mambu yang segar, dibersihkan terlebih dahulu kemudian dikunyah mentah.

Rasanya yang berangin seperti pudina bukan sahaja boleh mengurangkan bisa malah boleh menyegarkan mulut," katanya.

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts: 1090
Points: 1280
Join date: 15/06/2009
Age: 27
Location: jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Khasiat pokok semalu kepada wanita

Post  along on Wed Jul 29, 2009 11:17 am




KALAU kita berjalan di kawasan-kawasan yang terbiar lapang ataupun halaman rumah sendiri, kita pasti ketemu dengan sejenis tumbuhan liar yang mangecut bila disentuh.

Kita biasa memanggilnya sebagai pokok semalu tetapi masyarakat di sebelah utara pula menggelarkannya dengan panggilan duri keman.

Walau apa pun nama atau gelarannya, tumbuhan ini senang dikenali kerana ia dari jenis yang cepat mengecut apabila kita menyentuhnya.

"Pokok yang nama saintifiknya mimosa pudica L ini senang dikenali. Tandanya ialah apabila disentuh, ia akan mengecut," kata Pegawai Penyelidik MARDI Hilir Perak, Mohd. Jelani Bahauddin.

Ternyata, beliau menambah, dengan sifatnya yang sebegitu, tidak hairanlah ramai yang kurang mengetahui tentang kelebihannya.

Lebih-lebih lagi, ujarnya lagi ketika ditemui baru-baru ini, khasiat pokok semalu tersebut dari sudut penjagaan kesihatan diri.

"Tidak seperti sifatnya seperti malu-malu, khasiatnya dalam penjagaan kesihatan diri sememangnya terbukti sejak zaman-berzaman lagi," katanya.

Lagipun, ujar beliau, keberkesanan ini adalah berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional dan juga mereka yang mengamalkannya sebagai bahan penjagaan kesihatan diri.

"Kajian saintifik ke atasnya memang belum ada lagi, tetapi keberkesanannya terbukti berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional dan mereka yang mengamalkannya.

"Cuma mungkin sekarang ini, amalan penjagaan kesihatan sedemikian agak terpinggir kerana kita lebih tertumpu kepada rawatan moden," katanya lagi.

Antara khasiatnya yang agak popular ialah sesuai untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid.

Tetapi, tambah Jelani lagi, khasiat ini adalah untuk dijadikan mandian dan bukannya sebagai bahan minuman.

"Caranya adalah ambil beberapa batang pokok sumalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu.

Masukkan dalam sebuah bekas (periuk) yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan.

Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi dan bukan untuk diminum," katanya lagi.

Dalam pada itu juga, beliau turut menjelaskan bahawa pakok semalu juga sesuai untuk merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pecah-pecah kerana di makan air.

"Caranya amat mudah iaitu ambil beberapa batang pokok smmalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat.

Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut, insya-Allah luka pecah tadi akan kering dan sembuh," katanya lagi.

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts: 1090
Points: 1280
Join date: 15/06/2009
Age: 27
Location: jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Tongkat ali baiki edaran darah.

Post  along on Wed Jul 29, 2009 11:19 am




SEKIRANYA kita ke pasar atau ke kampung-kampung mencari pokok herba yangdikenali sebagai tongkat ali, pasti ramai yang akan beranggapan bahawa keperluan tersebut semata mata untuk meningkatkan tenaga batin.

Apa tidaknya, sejak terkeluarnya cerita mengenai tumbuhan herba tersebut, ia sering dikaitkan secara langsung kepada golongan yang mengalami masalah tenaga batin. Ini menyebabkan permintaan di pasaran terbuka cukup menjadi hangat.

Bagaimanapun ketika berkunjung ke Taman Herba MARDI, Sungkai, Perak tidak lama dahulu, Pegawai Penyelidik MARDI, Hilir Perak, Mohd.Jelani Bahauddin, memberikan pandangan yang berbeza tentang khasiat tongkat ali.

Hakikat ini turut diakui oleh Renjer FRIM, Baharuddin Alias. Beliau menegaskan adalah tidak tepat untuk meyatakan tongkat ali khusus untuk keperluan tenaga batin sahaja.

Mohd. Jelani berkata, tumbuhan herba yang dikenali dengan nama saintifiknya Eurycoma longifolia, jnga berkhasiat untuk melancarkan peredaran darah dalam badan kita.

Malah, beiau menambah, berdasarkan pengakuan pengamal perubatan herba, tongkat ali sesuai untuk menghilangkan rasa letih setelah melakukan aktiviti lasak.

"Tapi penggunaan rawatan herba ini adalah ketika diperlukan sahaja dan tidak sesuai dijadikan sebagai amalan seharian.

"Biasanya, pengamalan ini hanya dilakukan sama ada sebelum atau selepas melakukan aktiviti yang lasak ataupun kerja berat sahaja," ujarnya lagi.

Cara untuk menggunakannya, katanya, mudah sekali iaitu dengan mengambil akarnya lalu dibersihkan dan dikeringkan.

Kemudian, akar tersebut diracik halus-halus. Ambil sedikit sahaja akar yang di racik itu dan rendamkannya ke dalam segelas air panas.

"Bila sudah suam, air itu ditapis terlebih dahulu sebelum diminum. Ini kerana serbuk yang direndam itu tidak sesuai untuk dlminum bersama," katanya.

Berdasarkan penerangan Baharuddin Alias, serbuk tongkat ali, walaupun diracik sehalus mungkin masih kasar dan tidak mudah hadam.

"Ia mungkin boleh mencalarkan saluran darah atau najis dan juga ada ketikanya, mungkin boleh mendap dalam buah pinggang kita," katanya.

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts: 1090
Points: 1280
Join date: 15/06/2009
Age: 27
Location: jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Daun Kaduk sedap dimakan mujarab untuk penyakit

Post  along on Wed Jul 29, 2009 11:21 am




Tidak dinafikan dibumi yang begini subur terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, dan ada diantranya yang baik untuk kesihatan, tak kiralah pokok tersebut terbiar ditepi-tepi longkang ataupun yang biasa ditanam dan dijaga dengan baik.

Dan biasanya pokok-pokok yang menjadi hiasan di halaman atau dalam rumah kita, sememangnya mempunyai khasiat pada sudut perubatan herba yang mungkin selama ini tidak kita ketahui.

Mungkin sesetangah daripada kita mengetahui hakikat tersebut atau kelebihannya. Sebab itulah pokok tersebut ditanan kerana mudah apabila hendak digunakan dan kita tidak perlu meredah hutan atau kampung untuk mendapatkannya.

Tetapi rasanya lebih ramai dikalangan kita yang lebih mengetahui kegunaan tumbuhan itu sekadar untuk hiasan halaman rumah sahaja. Antara pokok tersebut adalah kadok atau nama saintifiknya, Piper sarmentosum. Daunnya seperti daun sirih tetapi lebih lembut. Kehijauannya agak lebih tua dan rasanya sedikit pedar dan pedas.

Menurut Pegawai Penyelidik MARDI Hilir Perak Mihd Jelani Bahaudin, terdapat banyak khasian sama ada pada sudut penjagaan kesihatan dan juga rawatan penyakit tertentu.

Ini adalah berdasarkan pertemuaan saya dengan pengamal-pengamal perubatan tradisional dan mereka yang mengamalkannya.

"Malah, pucuk pokok kadok turut digunakan sebagai ulam. Daunnya pula digunakan sebagai bahan penyedap dalam masakan lemak," katanya. Beliau yang ditemui baru-baru ini menyatakan, antara khasiat yang agak popular adalah untuk merawat penyakit sembelit, sakit gigi, malaria, cacing, lemah dan skit dalam tulang, batuk dan panau.

Tambahanya lagi, kebayakan cara rawatan penyakit tersebut kecuali cacing, panau dan batuk, adalah merebus seluruh pokok kaduk tersebut, bersama akarnya sekali dan rebus sehingga mendidih.

"Bila sudah mendidih sejukkan sekejap hingga ia sudah menjadi agak suam sedikit, ambil air rebusan tersebut tan minulah perlahan-lahan," kata Mohd Jelani lagi. Tetapi bagi merawat cacing dalam perut, ujar beliau adalah dengan mengambil beberapa helai daun kaduk yang segar.

"Daun-daun tersebut diramas-ramas setelah itu, dicampurkan dengan air. Kemudian, siramkan air itu keseluruh badan," katanya.

Bagi batuk pula beliau menyatakan caranya ialah ambil beberapa helai daun kaduk - kisarkannya dengan sedikit air sehingga agak lumat dan setelah itu, ambil daun yang telah dikisarkan untuk disapukan pada leher. Sama juga untuk merawat penyakit panau. Jelas Mohd Jelani, ambil beberapa helai daunnya untuk ditumbuk sehingga lumat.

"Kemudian pupukkannya pada bahagian yang dijangkiti panau tersebut," katanya.

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts: 1090
Points: 1280
Join date: 15/06/2009
Age: 27
Location: jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Khasiat istemewa akar kelulut

Post  along on Wed Jul 29, 2009 11:23 am




Ketika sebelum era sains dan teknologi ini, antara permainan yang cukup popular adalah buah daripada pokok kelulut.

Apa tidaknya, selain pokok itu dendiri senang ditemui kerana habitatny dikawasan tanah terbiar, buahnya juga mempunyai fungsi sebagai bahan permainan.

Walaupun buahnya adalah sebesar bijik mancis, tetapi ia sememangnya cukup senang terlekat pada pakian atau kain sesaorang.

Ini disebkan buahnya itu disaluti oleh bulu yang sememangnya agak sensitif pada pakaian ataupun kain yang kita pakai.

Oleh itu, tidak hairanlah, selain dari membalingnya, kalau kita terlanggar pokok itu pun, buah-buahnya akan terlekat pada fabrik kita.

Bagaimanapun menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, pokok ini turut mempunyai keistimewaan dari aspek perubatan herba.

"Kelulut atau nama saintifiknya, Urena lobata, mempunyai keistimewaan yang nyata jika dilihat pada aspek perubatan herba atau tradisional," katanya.

Beliau menambah, hakikat ini adalah berdasarkan kepada pengakuan pengamal-pengamal perubatan tradisional," katanya lagi.

Antara keistimewaannya, jelas beliau adalah untuk mengurangkan sakit gigi. Caranya ialah mengambil akar pokok kelulut tersebut.

Caranya yang sering diamalkan adalah ambil akar pokok kelulut dan bersihkannya terlebih dahulu. Kemudian kunyahkanny perlahan-lahan.

Akar pokok kelulut juga, tambah Dr Zamzam lagi, turut digunakan bagi merawat demam yang berpanjangan. Katanya akar tersebut ditumbuk terlebih dahulu sehingga agak lumat sedikit dan setelah itu, kisarkanya dengan sedikit air.

Selepas itu, tapiskannya bagi mendapatkan air atau jusnya. Dan minumlah secara perlahan-lahan.

Tetapi untuk merawat luka-luka pula, kata beliau, adalah agaknya berlainan sedikit, walaupun ia mudah dilakukan.

"Caranya adalah ambil beberapa helai daunnya. Tumbuk sehingga lumat dan pupukkannya ditempat luka tersebut," katanya.

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts: 1090
Points: 1280
Join date: 15/06/2009
Age: 27
Location: jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Biji kecubung sebagai pelali

Post  along on Wed Jul 29, 2009 11:29 am




Pada zaman dahulu kala untuk merawat luka-luka yang serius dan mengelakkan sesaorang pesakit meraung kesakitan, ahli-ahli perubatan menggunakan herba sebagai ubat pelali yang tidak mengandungi dadah sebagaimana yang lazim digunakan sekarang.

Masyarakat dimasa itu menggunakan biji kecubung (atau dalam saintifiknya Datura metel) yang telah dikeringkan dan ditumbuksehingga hancur. Ia dicampurkan dalam minuman atau diasapkan dengan kayau gaharu.

Sesiapa yang terkena asapnya dikatakan akan terasa khayal atau pengsan dalam tempoh beberapa ketika.

Menurut ketua Institut Sains biologi Universiti Malaya, Prof. Mohamed Abdul Majid, penjenayah zaman dahulu sering menggunakan biji tumbuhan ini untuk tujuan jahat.

Beliau menambah, golongan ini turut menggunakan tumbuhan tersebut untuk tujuan memukau mangsa mereka.

"Mereka akan tumbuk biji pokok kecubung yang telah dikeringkan sehingga hancur dan mereka bakar biji itu.

Ada ketikanya untuk elakkan bau pokok kecubung, mereka campur sedikaitdengan kayu gaharu untuk menimbulkan bau wangi," katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, tumbuhan beracun yang senang ditemui dipadang ini turut mempunyai khasiat yang baik dari segi perubatan herba.

Antaranya ialah untuk merawat penyakit kulit, bisul dan sendi serta terseliuh sama ada kaki atupun tangan.

Prof. Mohamed berkata, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional yang ditemui, tumpuan rawatan tersebut adalah pada daunnya.

"Dalam masyarakat Melayu daun kecubung digunakan untuk merawat penyakit kulit, bisul, sakit-sakit sendi dan terseliuh," ujarnya.

Caranya jelas beliau, adalah mudah - iaitu dengan mengambil beberapa helai daun pokok kecubung yang segar dan layurkan atas api beberapa ketika.

"Layurkannya sehingga terbit bintik-bintik air pada daunnya. Bila sudah agak sejuk tampallah daun itu pada tempat yang terkena penyakit tersebut.

Ada juga yang menumbuk beberapa helai daun pokok kecubung sehingga hancur. Campurkan sedikit dengan minyak kelapa dan sapulah ditempat yang terkena penyakit itu", katnya.

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts: 1090
Points: 1280
Join date: 15/06/2009
Age: 27
Location: jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Belimbing buluh rawat darah tinggi

Post  along on Wed Jul 29, 2009 11:32 am




Tidak lama dulu ketika berkesempatan mengunjungi sebuah kampung di Hulu Langat, Selangor saya agak terperanjat.

BOleh dikatakan setiap penduduk di kampung itu lebih selesa menggunakan tumbuhan herba.

Dalam merawat apa juga penyakit, mereka lebih selesa menggunakan tumbuhan herba kecuali kalau penyakit itu benar-benat memerlukan perubatan moden.

Perubatan alternatif digunakan kerana jarak perjalanan dari kampung itu dengan pekan yang terdekat adalah jauh dan untuk kesana ia memerlukan belanja yang tinggi.

Di kampung itu, tumbuhan herba digunakan dengan pelbagai cara.

Ada yang dibuat jus, dicampurkan dalam masakan tertentu ataupun dijadikan sebagai ulam sayuran.

Aantaranya ialah belimbing buluh. Buahnya seperti buah mengkudu, tetapi warnanya lebih kepada hijau muda dan saiznya agak kecil.

Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr.Mohd Said Saad memperkenalkan tanaman herba tesebut.

Beliau menjelaskan, pokok belimbing buluh adalah jenis pokok yang dijadikan pilihan sebagai tanaman dihalaman rumah.

Pokok ini senang membesar dan agak rendang. Ia sesuai sebgai pokok teduhan dihalaman rumah.

"Berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional, mereka menyatakan pokok ini sesuai untuk darah tinggi dan merawat demam panas," katanya.

Ubat untuk darah tinggi diperolehi daripada buah tumbuhan yang dalam bahasa saintifiknya dipanggil Averrhoa bilimbii ini.

"Caranya ialah ambil beberapa buah belimbing buluh yang segar dan kemudianya dikisar buah tersebut sehingga lumat.

Tapiskan untuk dapatkan airnya. Campukan sedikit bahan perasa kerana rasanya agak pahit. Minumlah pada waktu pagi ataupun petang," kata Dr. Mohd Said.

Bagi merawat demam panas pula, ambil beberapa helai daunnya yang segar.

Ramas dedaun itu dengan sedikait air sehingga agak lumat dan dan letakkannya diatas sehelai kain.

Demahkannya diatas kepala. Lakukan sehingga rasa panas berkurangan.

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts: 1090
Points: 1280
Join date: 15/06/2009
Age: 27
Location: jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Re: HERBA DAN ULAMAN

Post  J.Milan22 on Wed Jul 29, 2009 11:37 am

aok memang raja ulam....kwn raserr Razz

J.Milan22
EXCO

Posts: 2416
Points: 2494
Join date: 14/04/2009
Location: Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Mengurangkan rasa sakit gigi

Post  along on Wed Jul 29, 2009 11:40 am




SAKIT gigi atau gusi bengkak, sememangnya antara penyakit yang kita kurang senangi. Kerana kesakitannya sahaja boleh mengganggu sebahagian besar rutin harian kita.

Lebih-lebih lagi, kalau rutin harian kita memerlukan banyak bercakap dan bergerak ke sana ke mari.

Bagaimanapun, terdapat sejenis tumbuhan herba yang dipanggil subang nenek atau butang baju siti fatimah yang boleh mengurangkan rasa kesakitan tersebut.

"Tumbuhan herba ini sesuai digunakan sementara untuk ke klinik pergigian," menurut Pegawai Penyelidik MARDI Hilir Perak, Mohd. Jelani Bahaudin.

Menurut beliau, keberkesanan tumbuhan ini adalah berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional yang ditemui.

"Saya sendiri yang menemui dan selepas menemubual beberapa pengamal perubatan tradisionai tentang khasiat pokok tersebut.

"Mereka menyatakan keberkesanannya sudah terbukti sejak beberapa generasi sebelum ini, kata beliau ketika ditemui, baru-baru ini.

Jelasnya tumbuhan yang nama saintifiknya, Sthenodesme Temtanara ini adalah senang tumbuh, khususnya di kawasan yang lembap seperti tepi-tepi longkang yang berair.

Lebih-lebih lagi ujarnya, di kawasan kampung-kampung. Ia ditanam di tepi-tepi rumah sama ada sebagai landskap ataupun herba.

"Pokok ini sememangnya senang tumbuh. Ia tidak memerlukan kita menyiram atau membajanya setiap hari," katanya.

Oleh itu tambahnya lagi, tidak hairanlah cara untuk menjadikannya sebagai bahan rawatan adalah agak mudah.

"Caranya adalah ambil beberapa helai daunnya dan bersihkan daun-daun tersebut terlebih dahulu. Kemudian, tumbuklah daun-daun tersebut sehingga lumat dan selepas itu, sapulah di gigi atau gusi yang terasa sakit itu.

Selepas itu, anda pasti akan terasa semacam kebas di bahagian gigi atau gigi yang sakit, dan secara tidak langsung ia boleh mengurangkan rasa sakit gigi," jelasnya lagi.

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts: 1090
Points: 1280
Join date: 15/06/2009
Age: 27
Location: jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Gelenggang mujarab rawat penyakit kulit

Post  along on Wed Jul 29, 2009 11:43 am




Penyakit kulit, khususnya kurap, kudis buta ataupun panau, adalah jenis penyakit yang ingin kita semua elakkan.

Selain dari mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, penyakit tersebut boleh menyebabkan pergerakan seharian kita agak terbatas kerana malu diketahui rakan-rakan.

Biasanya untuk mencegah penyakit tersebut, kita perlu ke hospital. Kalau tidakpun kita akan keklinik untuk mendapatkan rawatan penyakit itu.

Tetapi terdapat sejenis tumbuhan herba yang boleh merawat penyakit tersebut. Nama umumnya adalah gelenggang atau sintifiknya dipanggil sebagai Cassia Alata.

Lazimnya, menurut Pegawai Penyelidikan MARDI, Hilir Perak, Mohd Jelani Bahaudin, tumbuhan tersebut sengang tumbuh di tepi-tepi sungai, berpaya dan kawasan kampung yang lembab.

Malah pokok ini juga sering digunakan sebagai salah satu landskap halaman rumah kerana mempunyai warna bunga yang cantik," katanya.

Menurutnya keberkesanan pokok ini dalam merawat penyakit tersebut adalah melalui temu bual dengan orang-orang yang pernah mengamalkanya, termasuk dengan pengamal perubatan tradisional.

"Lagipun berdasarkan kajian saintifik ia menganduni chrysophanol, emodin, allo-emodin, tannin dan rhein yang bersifat antifungal," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Berdasarkan temubual tersebut juga, beliau menjelaskan, kaedah untuk menggunakannya adalah mudah dengan mengambil beberapa helai daunnya.

"Bersihkannya terrlebih dahulu, kemudian tumbuk daun tersebut bersama sedikit minyak tanah sehingga lumat.

Seterlah itu gosokkan daun yang telah lumat tersebut pada bahagian yang dijangkiti penyakit itu," katanya lagi.

Bagaimanapun beliau turut menambah bahawa daun pokok gelenggang juga sesuai untuk dijadikan sebagai ulam sayuran.

"Pemakanannya selain juga bertindak sebagai ulam sayuran daun pokok gelenggang juga boleh bertindak melawaskan sembelit," katanya.

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts: 1090
Points: 1280
Join date: 15/06/2009
Age: 27
Location: jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Tutup bumi hilangkan selsema & batuk

Post  along on Wed Jul 29, 2009 11:46 am




Kalau disebut jenis tumbuhan tutup bumi atau nama saintifiknya Elaphantopus Scaber pasti ramai yang kurang mengenalinya.

Mungkin popularitinya kurang menyerlah disebabkan, tumbuhan ini bukan daripada jenis tumbuhan yang boleh dijadikan bahan hiasan dalaman atau halaman luar rumah.

Tetapi pada dasarnya, tumbuhan yang daunnya berbulu di kedua-dua permukaan dan bergerigi, ditepi ini, memang selalu kita lihat, khususnya bila kita ingin membersihkan kawasan halaman atau persekitaran rumah kita.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semulajadi, MARDI, Serdang, Selangor Dr. Ahmah Zamzam Mohamed, ia senang tumbuh di kawasan padang rumput, tepi jalan ataupun tanah terbuka.

Malah ia juga sering ditemui di kawasan tempat letak kereta," katanya ketika ditemui dipejabatnya, baru-baru ini.

Menurut beliau berdasarkan rujkan ethnobotani dan temubual dengan pengamal perubatan tradisional, tumbuhan ini mempunyai khasiat yang istemewa.

"Walaupun ia mudah ditemui tetapi tumbuhan tutup bumi ini sememangnya mempunyai khasiat yang sesuai untuk penjagaan kesihatan diri," ujarnya.

Katanya, antara khasiat yang agak ketara adalah merawat selsema, sakit tekak batuk, anemia (wanita dan kanak-kanak) dan juga haid tidk teratur.

Tetapi tambah beliau lagi, rawatan tersebut bergantung pada bahagian tertentu tumbuhan tutup bumi itu sendiri.

"Contohnya, kalau untuk merawat selsema dan sakit tekak, kita perlu merebus kesemua bahagian tumbuhan tersebut sehingga mendidih.

"Bagi pesakit anemia pula, hanya akarnya diperlukan. Cara menggunakannya adalah dengan merebuskan sehingga mendidih dan minumlah perlahan-lahan.

Untuk batuk pula daunnya perlu disalai diatas api dan digosok keleher, manakala haid tidak teratur pula, hanya batang dan daun direbus sehingga mendidih dan minumlah perlahan-lahan," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau turut menegaskan sebelum menggunakan tumbuhan tutup bumi ini perlu dibersihkan dahulu.

Selain itu, beliau memberitahu, pihak MARDI akan mengeluarkan sebuah buku tentang herba di Malaysia tidak lama lagi.

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts: 1090
Points: 1280
Join date: 15/06/2009
Age: 27
Location: jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Keistimewaan air rebusan pokok letup-letup

Post  along on Wed Jul 29, 2009 11:49 am




Kalau anda kekawasan kampung, khususnya di ladang getah atau kelapa sawit, anda mungkin akan bertemu dengan sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai tanaman penutup bumi.

Pemilihan tersebut mungkin berdasarkan tumbuhan ini senang tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi kerana ia sejenis tumbuhan liar.

Malah menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, habitat tumbuhan letup-letup ini sememang mudah hidup di kawasan-kawasan tanah terbiar,

Sudut Perubatan
"Sering juga ia ditemui sebagai tanaman penutup bumi di ladang getah ataupun kelapa sawit," katanya yang turut menambah, nama saintifiknya ialah Passiflora foetida.

Bagaimanapun, beliau menyatakan walaupun habitatnya dikawasan terbiar, tetapi ia mempunyai khasiat baik pada sudut perubatan herba.

Ujarnya lagi, berdasarkan kepada pengamal-pengamal perubatan tradisional yang ditemui, ia sesuai merawat gatal-gatal kulit, luka dan batuk.

"Tidak bermakna kalau habitat sesuatu tumbuhan itu tumbuh di kawasan terbiar, maka ia dianggap sebagai tumbuhan tidak berguna.

Begitulah juga dengan pokok letup-letup ini. Mempunyai khasiat yang baik untuk penjagaan kesihatan," katanya,

Bagi merawat gatal-gatal kulit, jelas beliau, adalah mujarab dengan mengambil beberapa batang pokok letup-letup. Ambil keseluruhan pokoknya termasuk akarnya sekali. Buangkan segala kotoran yang ada pada pokok itu terlebih dahulu.

Kemudian rebuskannya sehingga mendidih. Kemudian tunggulah ia sehingga suam sedikit sebelum mengambil airnya sahajauntuk digunakan sebagai air basuhan," katanya lagi.

"Dalam merawat luka, ujar Dr.Zamzam lagi, adalah dengan menggunakan beberapa helai daun yang dilumatkan.

Daun yang telah dilumatkan itu dipupuk dibahagian yang luka tersebut", tambahnya.

Merawat batuk pula kata beliau, caranya adalah dengan merebuskan beberapa batang pokok letup-letup tersebut. Air rebusan seluruh pokok tersebut hendaklah diminum airnya setelah ia suam.

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts: 1090
Points: 1280
Join date: 15/06/2009
Age: 27
Location: jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Khasiat bunga, daun dan akar pokok cempaka

Post  along on Wed Jul 29, 2009 11:50 am




Bunga cempaka sememangnya cantik. Kecantikan tersebut tidak hanya pada bunganya tetapi juga tertumpu kepada namanya sendiri.

Dengan kecantikan tersebut tidk hairanlah ia mampu menarik perhatian sebahagian besar daripada kita untuk dijadikan hiasan atau pohon teduhan dihalaman rumah.

Bahkan ia juga menarik perhatian masyarakat kita menjadikannya sebagai nama panggilan dan juga menggunakannya sebagai kata-kata dalam rangkap pantun, syair, sajak atau gurindam.

Tetapi dalam kecantikan tersebut, bunga cempaka ternyata turut mempunyai keistimewaan sebagai perubatan herba.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, ia mempunyai keistimewaan dari sudut penjagaan kesihatan diri.

"Tidak kiralah sama ada bunga cempaka kuning (Michelia champaca) atau putih (Michelia alba) kedua-duanya mempunyai khasiat pada kesihatan diri," katanya.

Beliau yang ditemui di pejabatnya baru-baru ini menyatakan bahawa bagi bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema.

"Untuk cxempaka putih pula, pokok ini berguna untuk merawat pitam, bisul dan bronchitis atau radang tengkok," tambahnya.

kesusuaian ini adalah berdasarkan rujukan pihak MARDI pada buku-buku dan pengakuan pengamal perubatan tradisional tempatan.

Menurut Dr.Zamzam, kegunaan dan penyediaan bagi pokok cempaka kuning untuk wanita selepas bersalin adalah dengan cara mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkannya terlebih dahulu.

Kemudian rebuslah sehingga mendidih dan setelah airnya suam kuku barulah diminum.

Bagi kencing tidak lawas beliau menambah ambil beberapa kuntum bunganya dan bersihkan terlebih dahulu. Selepas itu rebus sehingga mendidih dan kemudian tunggulah sehingga suam untuk diminum.

Untuk demam selsema, ambil akarnya dititik atau pech-pechkannya. Kemudian direbus sehingga mendidih dan tunggulah ia suam dulu barulah diminum perlahan-lahan.

"Bagi pokok cempaka putih," kata Dr.Zamzam, "ia biasanya digunakan untuk merawat pitam, iaitu dengan cara mengambil bberapa kuntum bunga untuk direbus".

Untuk merawat bronchitis sama juga caranya dalam merawat pitam. Cunma ia ditambah dengan madu sebelum diminum.

Jelasnya lagi, "untuk penyakit bisul pula, cara menggunakannya adalah mudah dengan mengambil beberapa helai daunnya yang segar dan ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu tepekkan ia ditempat yang kena bisul tadi," katanya.

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts: 1090
Points: 1280
Join date: 15/06/2009
Age: 27
Location: jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Khasiat bunga pokok misai kucing

Post  along on Wed Jul 29, 2009 11:52 am




Kalau diliht dari peribahasa ataupun kiasan Melayu yang dituturkan oleh generasi lama, memang menakjubkan.

Bukan sahaja tepat pada sasarannya bahkan penggunaan perkataannya cukup halus dan berpadanan antara satu sama lain.

Keindahan ini turut mempengaruhi panggilan mereka kepada pokok atau tumbuhan yang ada di sekeliling kita.

Ada yang melucukan bila mendengarnya. Ada juga nama panggilan sesaorang agak pelik, tetapi bersesuaian dengan rupa bentuk dan habitat flora tersebut.

Antaranya ialah pokok misai kucing. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.

Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.

bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar 'sembang-sembang di kedai kopi'.

Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.

"Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan," katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.

Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.

Tambahnya lagi, tumpuan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.

"Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering," ujarnya lagi.

Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.

"Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis," jelasnya.

Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.

"Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisan tersebut diambil dengan cara diprah atau tapis kemudian dicampukan dengan setengah air panas.

Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan," ujarnya.

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts: 1090
Points: 1280
Join date: 15/06/2009
Age: 27
Location: jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Daun cemperai ubat ulser mulut

Post  along on Wed Jul 29, 2009 11:53 am




ULAM seolah-olah ada pertalian rapat dengan masyarakat Melayu. Mereka mempercayai amalan pemakanan ulam setiap hari akan menjadikan seseorang awet muda.

"Ada benarnyn keyakinan mereka kerana memakan ulam boleh menyebabkan peredaran darah berjalan lancar dan ia boIeh menyebabkan kulit kita selalu tegang," kata Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd. Said Saad.

Katanya, ulam juga mempunyai kelebihan dalam merawat beberapa jenis penyakit tertentu.

Antara ulam yang berkhasiat ialah CEMPERAI atau nama botaninya Champereia griffihii.

"Selalunya daun pokok cemperai digunakan sebagai ulam, walaupun rasanya agak kelat," kata Dr. Mohd. Said.

Pokok cemperai yang sederhana besar mudah ditemui di kawasan kebun getah atau kelapa sawit. Daunnyn agak keras dan bentuknya lurus menajam.

"Tetapi kita harus berhati-hati. Jika pokok cemperai ini tumbuh berhampiran pokok getah atau kelapa sawit, ia mungkin beracub".

Antara kegunaan cemperai ialah untuk merawat ulser mulut. Menurut Dr. Mohd. Said, caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun yang segar dan tumbuklah ia sehingga lumat.

"Bila sudah lumat, tampallah ia di kawasan mulut yang terkena ulser," ujarnya.

Rebusan akar pokok itu pula dipercayai dapat mengatasi masalah lemah anggota badan atau sengal-sengal tulang.

"Rebus daunnyn dengan tiga gelas air hingga tinggal satu gelas. Minumlah pada waktu malam," katanya.

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts: 1090
Points: 1280
Join date: 15/06/2009
Age: 27
Location: jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Page 4 of 6 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum