Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Sejarah JENGKA

+6
jasnoraizan
J.Milan22
Deto_8
ozzy
MD
zulkbo
10 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Sejarah JENGKA Empty Sejarah JENGKA

Post  zulkbo Sat Jul 18, 2009 4:02 am

Wilayah Jengka merupakan penempatan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Wilayah Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran.

Sejarah JENGKA 80636e11

Dengan adanya tanah-tanah rancangan FELDA ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Jengka.

Bandar jengka adalah satu inspirasi bekas perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.

Tetapi kini Bandar Jengka yang telah diubah nama kepada Bandar Tun Razak Jengka, tidak lagi dimonopoli oleh orang melayu sahaja, kerana di kawasan Jengka 15 terdapat satu deret kedai yang telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu.

Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang terdapat di sini iaitu sungai Jengka. Wilayah Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah.

Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25, di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga.

Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenal pasti kawasan yang lebih awal dibuka. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25.

Dalam kawasan jengka juga terdapat tanah rancangan felda yang tidak menggunakan nama jengka, kerana ianya di tubuhkan lebih dahulu dari jengka itu sendiri, antaranya ialah felda kampong awah 1963, felda ulu jempol 1965, felda sungai nerek 1967.

Setiap kawasan penempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga, sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai 'peneroka felda' manakala isteri mereka di panggil 'Penerokawati ' dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.

Penduduk

Para peneroka tersebut datang daripada seluruh Malaysia yang terdiri daripada rakyat termiskin (di bawah paras kemiskinan). Ramai kalangan peneroka Jengka berasal daripada negeri-negeri utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dan juga negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, Selain itu terdapat juga peneroka yang berasal dari negeri lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, selain daripada penduduk asal Pahang.

Justeru dapat dilihat adat dan budaya yang bercampur-campur diamalkan di Jengka memandangkan para pendatang ini mengekalkan adat dan budaya kampung asal masing-masing.

Terdapat juga peneroka dari kalangan kaum Cina dan kaum India namun majoriti peneroka adalah kalangan kaum Melayu. Hal ini kerana majoriti rakyat termiskin adalah kaum Melayu. Manakala kaum India pula hanya mewakili beberapa peratus sahaja dari penduduk Malaysia.

Pelancongan

Terdapat beberapa destinasi menarik berhampiran kawasan jengka, antaranya Pusat Latihan Pertanian Tun Abdul Razak (Tekam Plantation Resort) yang menawarkan pelancongan bertemakan pertanian, kompleks gua Kota Gelanggi, dan rangkaian gua-gua di Gunung Senyum.

Berhampiran dengan Felda Ulu Jempol terdapat satu kawasan pelancungan berasaskan air terjun, kawasan ini diberi nama Lubuk Yu, kedinginan airnya dan kehijauan hutannya telah menarik ratusan pengunjung pada hujung minggu, kedudukannya hanya 15km dari Bandar Jengka.

1. Gunung Senyum

Sejarah JENGKA Gua_gu10

Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).

Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Antara gua menarik di sini ialah Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh.

Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN, terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini.

Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda, namun tidak ada seorang pun yang tahu mengenainya, sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum.

Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut.

Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang dengan menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan, tetapi terkini sebuah Jambatan sedang dibina, dan dijangka siap pertengahan tahun 2010 nanti .


2. Pekan Sungai Jerik

Pekan Sungai Jerik terletak berhampiran dengan Wilayah FELDA Jengka dan Ulu Jempol, Pahang. Dahulunya tempat ini dikenali sebagai pekan "Tongkiat" bersempena nama seorang tauke berbangsa Cina yang membuka kilang di kawasan berkenaan. Dihuni oleh kebanyakannya kaum Cina. Suatu masa dahulu, tempat ini adalah kawasan hitam kerana ancaman daripada komunis.

3. Kota Gelanggi

Gua Kota Gelanggi merupakan tempat yang menarik untuk dilawati, gua ini terletak di daerah Jerantut di negeri Pahang.

Di dalam kompleks ini terdapat banyak gua, antaranya ialah Gua Tongkat, Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Kota Balai, Gua Penyu, dan Gua Kelawar. Apabila sampai di gua ini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang, di dalamnya terdapat alur air yang mengalir air jernih lagi sejuk.

Gua Kota Balai telah berlaku perubahan bentuk kerana suatu masa dahulu (sekitar 1970an) telah berlaku aktiviti penggalian dan pengambilan najis kelawar secara besar-besaran untuk dijadikan baja tanaman. Nama Gua Tangga diambil sempena tangga besi yang ada di situ. Tangga itu telah dibina oleh pengusaha yang mengambil tahi kelawar pada masa itu.

Perihal gua-gua ini ada disebut di dalam buku Sejarah Melayu dengan sebutan Kota Kelangkio. Dikatakan puteri Onangkio daripada Siam telah singgah di sini semasa mengikuti rombongan ke Pahang.

Terdapat sebatang anak sungai berhampiran kawasan ini dinamakan Sungai Siam (Sungai Siang) menurut dakwaan lisan daripada penduduk tempatan, bahawa kononnya gua ini boleh dihubungkan dengan negeri-negeri lain diPantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan atau Siam, melalui sebuah terowong rahsia .

Dakwaan ini berpunca daripada hubungan dengan Siam dan juga perihal Pahlawan Mat Kilau yang berjaya lari ke Siam tanpa diketahui oleh orang ramai, namun dakwaan tersebut tidak dapat disahkan, kerana terowong tersebut tidak pernah ditemui .

Ada juga dakwaan daripada penduduk tempatan bahawa kononnya, Gua kota Gelanggi juga adalah merupakan perkampungan orang-orang bunian, iaitu sejenis makhluk yang mirip manusia, tetapi sangat kecil, yang kononnya tidak boleh dilihat oleh mata kasar .

Gua Kota Gelanggi ini terletak berhampiran kampung Pulau Tawar iaitu tempat asal pahlawan Melayu Mat Kilau.

Sebuah gugusan Felda yang berhampiran gua ini juga dinamakan Felda kota Gelanggi, iaitu meliputi Felda Kota Gelanggi 01, 02, 03, dan 04 .

Keunikan gua ini telah menarik minat pengeluar filem Sumpah Semerah Padi untuk menjadikannya sebagai lokasi penggambaran filem tersebut.

Rangkaian gua-gua di sini agak terancam dengan adanya usaha-usaha pihak tertentu membuka kuari berhampirannya bagi mengambil batu-batan, tetapi mujurlah kuari tersebut telah ditutup
beberapa tahun yang lampau .

Bandar paling hampir ialah Jerantut dan Bandar Tun Razak Jengka.

Bandar Tun Razak Jengka



Bandar Tun Razak Jengka atau dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka, adalah sebuah bandar utama ditengah-tengah segitiga Jengka Pahang, atau dikenali sebagai FELDA Jengka, Segitiga Jengka ini ialah sebuah gugusan terbesar FELDA di Malaysia .

Dibandar Tun Razak Jengka juga terdapat sebuah pusat pengajian tinggi iaitu UiTM Jengka yang dihuni oleh lebih dari 3,000 orang pelajar dari seluruh Malaysia .


Senarai pembentukan FELDA di Segitiga Jengka


Jengka 1 FELDA Anggerik
Jengka 2 FELDA Cempaka
Jengka 3 FELDA Dahlia
Jengka 4 FELDA Kemboja
Jengka 5 FELDA Kekwa
Jengka 6 FELDA Keembung
Jengka 7 FELDA Kenanga
Jengka 8 FELDA Kesidang
Jengka 9 FELDA Kesumba
Jengka 10 FELDA Mawar
Jengka 11 FELDA Melati
Jengka 12 FELDA Melor
Jengka 13 FELDA Puteri Malu
Jengka 14 FELDA Raya
Jengka 15 FELDA Semarak
Jengka 16 FELDA Sena
Jengka 17 FELDA Seri Pagi
Jengka 18 FELDA Seroja
Jengka 19 FELDA Siantan
Jengka 20 FELDA Tanjung
Jengka 21 FELDA Teratai
Jengka 22 FELDA Terkis
Jengka 23 FELDA Tonkin
Jengka 24 FELDA ?
Jengka 25 FELDA ?

Lain-lain :

FELDA Ulu Jempol
FELDA Kampung Awah
FELDA Sungai Tekam


Last edited by zulkbo on Sat Jul 18, 2009 11:24 pm; edited 2 times in total
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  zulkbo Sat Jul 18, 2009 4:04 am

Mitos 1
Tersebutlah kisah dua orang asli. Seorang lelaki dan perempuan. Mereka tinggal harmoni di sebuah teratak behampiran dengan sebatang sungai yang mengalir deras. Si suami memang bijak memburu, lantaran seharian beliau keluar mencari rezeki. Manakala si isteri pula, sambil menunggu kepulangan suaminya, bertenun kainlah sepanjang hari. Adapun alat yang digunakan oleh isterinya dipanggil jangka . Entah bagaimana pada suatu hari jatuhlah jangka itu ke dalam air, menangislah si isteri sehingga kepulangan suaminya. Mencarilah si suami apabila pulang, namun tidak menjumpainya, dan akhirnya ia dinamakan Sungai Jengka berdasarkan peristiwa ini.

Mitos 2
Adapun pada suatu hari, seorang perempuan asli telah terkena kerasukan yang amat teruk. Dia langsung tidak boleh menjejak tanah. Lantaran tok batin tempat tersebut berusaha untuk mengubatinya. Maka, dalam tafsirannya pesakit tadi perlu di bawa ke sebatang sungai tidak bernama untuk dimandikan. Lantara sebatang sungai yang mengalir deras telah dipilih di tengah rimba. Apabila mencecahnya kaki pesakit tadi ke air, ternampaklah orang ramai satu kelibat di dalam air. Maka berkatalah orang ramai “Jin ke tu?”. Dari sinilah Jengka mendapat nama.
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  zulkbo Sat Jul 18, 2009 4:42 am

Antara tanaman utama di Jengka- Kelapa sawit


Sejarah JENGKA Web_3710


Sejarah JENGKA Kelapa10
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  zulkbo Sat Jul 18, 2009 4:44 am

Pokok Getah....


Sejarah JENGKA Pokok_11

Sejarah JENGKA Web-po10
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  zulkbo Sat Jul 18, 2009 4:54 am

Lembu-lembu pun banyak dibela (ekonomi tambahan) tapi sayang,banyak yang berkeliaran di jalan dari dalam kandang Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes

Sejarah JENGKA Lembur10
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  MD Sat Jul 18, 2009 10:24 am

Thanks Zulkbo-----very good info
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  MD Sat Jul 18, 2009 10:24 am

zulkbo wrote:Lembu-lembu pun banyak dibela (ekonomi tambahan) tapi sayang,banyak yang berkeliaran di jalan dari dalam kandang Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes

Sejarah JENGKA Lembur10

ni lembu Australia ke? hehehhehe....dulukan top lembu autralia
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  zulkbo Sat Jul 18, 2009 10:02 pm

MD wrote:
zulkbo wrote:Lembu-lembu pun banyak dibela (ekonomi tambahan) tapi sayang,banyak yang berkeliaran di jalan dari dalam kandang Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes

Sejarah JENGKA Lembur10

ni lembu Australia ke? hehehhehe....dulukan top lembu autralia



Ada sapa-sapa nak buat korban tahun ni boleh order awal..adik ipar saya towkey lembu Very Happy Very Happy seriuss....
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  zulkbo Sat Jul 18, 2009 11:14 pm

PEJABAT FELDA WILAYAH JENGKA

26400 Bandar Jengka
Pahang Darul Makmur



RANCANGAN PENGURUS NO. TELEFON NO. FAX
1. Bukit Tajau Abdul Karim Bin Abd Rahman 09-4775212 09-4771212
2. Jengka 01 (Anggerik) Ibrahim Bin Abd Majid 09-4719120 09-4719120
3. Jengka 02 (Cempaka) Mohd Yazid Bin Abdullah 09-4674288 09-4764288
4. Jengka 03 (Dahlia) A Rahman Bin Kasim 09-4764327 09-4764327

5. Jengka 05 (Kekwa)

6. Jengka 04
Ismail Bin Hashim 09-4671003 09-4671003
7. Jengka 06 (Keembong) Yunus Bin Hamzah 09-4764408 09-4764408
8. Jengka 07 (Kenanga) Hussein Bin Ahmed 09-4671300 09-4764300
9. Jengka 08 (Kesidang) Mohd Yusoff Bin Abdul 09-2081630 09-2081629
10. Jengka 09 (Kesumba) Nik Sin Bin Che Ya 09-4861900 09-4861900
11. Jengka 10 (Mawar) Abdullah Omar Bin Selamat 09-4663292 09-4663292
12. Jengka 11 (Melati) Md Ali Bin Dogoi 09-4662454 09-4662454
13. Jengka 12 (Melor) Razak Bin Samad 09-4861831 -
14. Jengka 13 (Puteri Malu) A Rahman Bin Ali 09-4861588 09-4861588
15. Jengka 14 (Raya) Mohd Amran Bin Yunus 09-4662412 09-4662412
16. Jengka 15 (Semarak) A Hamid Bin Mohd Ali 09-4666410 -
17. Jengka 16 (Sena) Yahaya Bin Md Latim 09-4662505 09-4662505
18. Jengka 17 (Sri Pagi) Yaacob Bin Mohamed 09-4851304 09-4851720
19. Jengka 18 (Seroja) Mazlan Bin Abdul Khalid 09-4852714 09-4852714
20. Jengka 19 (Siantan) Hamidun Bin Mohd Kelan 09-4851467 09-4851467
21. Jengka 20 (Tanjung) Aman Bin Aloi 09-4662141 09-4662141
22. Jengka 21 (Teratai) Md Nasir Bin Md Shah 09-4861580 09-4861580
23. Jengka 22 (Terkis) Mohamad Yasin Bin Sardi 09-4861634 09-4861634
24. Jengka 23 (Tonkin) Samsudin Bin Jantan@ Mohamad 09-4851597 09-4851597
25. Jengka 24 Roslan Bin Sidek 09-4863262 09-4863262
26. Jengka 25 Zolkopli Bin Soik 09-4863275 09-4863258
27. Kota Gelanggi 01 Hamid Bin Mohamad 09-2051306 09-2051306
28. Kota Gelanggi 03 Rusley Bin Basharudin 09-2051307 09-2051307

29. Kota Gelanggi 04

30. Kota Gelanggi 02
Nik Hin Bin Nik Hassan 09-4811604 -
31. Kg. Awah Shafee Bin Mohamad 09-2987217 09-2987217
32. Padang Piol Sapie Bin Embong 09-2668350 09-2668350
33. Sungai Nerek Rosdy Bin Yusof 09-2987430 09-2987430
34. Sungai Retang Shasudin Bin Abu Samah 09-3132832 09-2668832
35. Sungai Tekam Mohamad Anuar Ridi Bin Mohamad 09-4718500 09-4718500
36. Sungai Tekam Utara Mohammad Nizam Bin Tik - -
37. Ulu Jempol Mohamad Daud Bin Ahmad 09-2131262 09-2131262
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  zulkbo Sat Jul 18, 2009 11:18 pm

Seramai 91,161 daripada 112,635 peneroka atau 81.0 peratus telah menjelaskan Bayaran Kembali (BK) manakala bakinya seramai 21,471 peneroka lagi masih belum selesai menjelaskan BK. Seramai 73,807 orang atau 66.0 peratus peneroka telah menerima surat hak milik daripada Kerajaan Negeri berbanding seramai 72,009 pada tahun 2007. Kedudukan peneroka yang telah menerima hak milik mengikut negeri adalah seperti jadual di bawah :

Kedudukan Peneroka Menerima Hak Milik Mengikut Negeri

Negeri Bil. Rancangan Bil. Peneroka Bil.Terima
Hak Milik
Sawit Getah Jumlah 2008
Pahang 115 40,500 2,623 43,123 33,060
Johor 73 24,483 3,158 27,641 17,371
Negeri Sembilan 49 6,846 9,583 16,429 9,595
Terengganu 21 7,133 330 7,463 4,225
Perak 17 4,154 1,760 5,914 3,860
Kedah 10 108 3,077 3,185 1,957
Kelantan 11 3,115 0 3,115 627
Sabah 9 1,649 0 1,649 0
Melaka 5 801 529 1,330 1,330
Perlis 3 0 857 857 0
Selangor 4 1,722 207 1,929 1,782
Jumlah 317 90,511 22,124 112,635 73,807


Perwarisan / Pengganti Peneroka
alt Jika peneroka meninggal dunia pengganti perlu dilantik dari kalangan warisnya.
alt Pengganti peneroka perlu dilantik secara sah dari segi undang-undang yang ditentukan oleh Unit
Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1995 - Akta 98.

Sumber:http://www.felda.net.my/felda2008/index.php/bm/pembangunan-peneroka/hak-milik.html
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  ozzy Sun Jul 19, 2009 12:14 am

2. Pekan Sungai Jerik

Pekan Sungai Jerik terletak berhampiran dengan Wilayah FELDA Jengka dan Ulu Jempol, Pahang. Dahulunya tempat ini dikenali sebagai pekan "Tongkiat" bersempena nama seorang tauke berbangsa Cina yang membuka kilang di kawasan berkenaan. Dihuni oleh kebanyakannya kaum Cina. Suatu masa dahulu, tempat ini adalah kawasan hitam kerana ancaman daripada komunis.


Teringat kenangan port utama ponteng skolah dulu...main snooker.. bounce bounce ekekeekeke
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  zulkbo Sun Jul 19, 2009 12:48 am

fourzy wrote:2. Pekan Sungai Jerik

Pekan Sungai Jerik terletak berhampiran dengan Wilayah FELDA Jengka dan Ulu Jempol, Pahang. Dahulunya tempat ini dikenali sebagai pekan "Tongkiat" bersempena nama seorang tauke berbangsa Cina yang membuka kilang di kawasan berkenaan. Dihuni oleh kebanyakannya kaum Cina. Suatu masa dahulu, tempat ini adalah kawasan hitam kerana ancaman daripada komunis.


Teringat kenangan port utama ponteng skolah dulu...main snooker.. bounce bounce ekekeekeke


Dikejar polis tonngkiat...wah kah kah.. bounce bounce bounce
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  Deto_8 Sun Jul 19, 2009 11:53 am

takkan snooker aje...main buoh tak de ke?
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  zulkbo Mon Jul 20, 2009 1:23 am

Deto_8 wrote:takkan snooker aje...main buoh tak de ke?



zaman saya ngan fourzy rasanya tak de game buah lagi Laughing Laughing
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  J.Milan22 Mon Jul 20, 2009 10:28 am

zulkbo wrote:
fourzy wrote:2. Pekan Sungai Jerik

Pekan Sungai Jerik terletak berhampiran dengan Wilayah FELDA Jengka dan Ulu Jempol, Pahang. Dahulunya tempat ini dikenali sebagai pekan "Tongkiat" bersempena nama seorang tauke berbangsa Cina yang membuka kilang di kawasan berkenaan. Dihuni oleh kebanyakannya kaum Cina. Suatu masa dahulu, tempat ini adalah kawasan hitam kerana ancaman daripada komunis.


Teringat kenangan port utama ponteng skolah dulu...main snooker.. bounce bounce ekekeekeke


Dikejar polis tonngkiat...wah kah kah.. bounce bounce bounce

tongkiat amat popular dengan mat2 motor...huhuhuhu pirat
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re ;SEJARAH JENGKA

Post  jasnoraizan Mon Jul 20, 2009 12:02 pm

zulkbo wrote:
Deto_8 wrote:takkan snooker aje...main buoh tak de ke?



zaman saya ngan fourzy rasanya tak de game buah lagi Laughing Laughing


teringat masa kena tangkap ngan polis kat jerantut, pasal main mesin buah ...pkl 2pm.kedai takde lesen....
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  zulkbo Mon Jul 20, 2009 5:42 pm

jasnoraizan wrote:
zulkbo wrote:
Deto_8 wrote:takkan snooker aje...main buoh tak de ke?



zaman saya ngan fourzy rasanya tak de game buah lagi Laughing Laughing


teringat masa kena tangkap ngan polis kat jerantut, pasal main mesin buah ...pkl 2pm.kedai takde lesen....

Teruk la awak,sampai kena tangkapp...tido lokap ke?
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Ank Jati Jengka

Post  Fizi@Kapakj8 Thu Jan 21, 2010 6:43 pm

Bangga aku jadi ank jengka ....Hidup jengka Nk wat duit RM3K sebulan tepon aku 019-9053984 FIZI JENGKA 8 cheers


Last edited by Fizi@Kapakj8 on Thu Jan 21, 2010 6:44 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : wrong wrote)

Fizi@Kapakj8

Posts : 1
Points : 1
Join date : 21/01/2010
Age : 32
Location : Jengka 8 Pahang

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  zulkbo Thu Jan 21, 2010 10:14 pm

samalah saya pun berbangga jadi anak
jengka ni.....alhamdulillah sunny
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  termizi2010 Wed Apr 28, 2010 11:11 am

zulkbo wrote:samalah saya pun berbangga jadi anak
jengka ni.....alhamdulillah sunny
saya jugak bounce bounce
termizi2010
termizi2010
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 155
Points : 164
Join date : 15/04/2010
Age : 39
Location : shah alam/jengka 7

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  jasnoraizan Wed Apr 28, 2010 11:49 am

Fizi@Kapakj8 wrote:Bangga aku jadi ank jengka ....Hidup jengka Nk wat duit RM3K sebulan tepon aku 019-9053984 FIZI JENGKA 8 cheers

tak mudpoh lah aok wehhh..anok jengka 8 rupanye yee...tp kwn ada menanya aok dulu tp aok buat dekkk je wehhh...aok anok sape weh..jengka lapan tehhhhh....duduk blok manaer...?
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  iyul8386 Wed Apr 28, 2010 11:53 am

jasnoraizan wrote:
Fizi@Kapakj8 wrote:Bangga aku jadi ank jengka ....Hidup jengka Nk wat duit RM3K sebulan tepon aku 019-9053984 FIZI JENGKA 8 cheers

tak mudpoh lah aok wehhh..anok jengka 8 rupanye yee...tp kwn ada menanya aok dulu tp aok buat dekkk je wehhh...aok anok sape weh..jengka lapan tehhhhh....duduk blok manaer...?
aok call la die tanye..hehehe
iyul8386
iyul8386
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 114
Points : 118
Join date : 16/11/2009

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  jasnoraizan Wed Apr 28, 2010 11:55 am

iyul8386 wrote:
jasnoraizan wrote:
Fizi@Kapakj8 wrote:Bangga aku jadi ank jengka ....Hidup jengka Nk wat duit RM3K sebulan tepon aku 019-9053984 FIZI JENGKA 8 cheers

tak mudpoh lah aok wehhh..anok jengka 8 rupanye yee...tp kwn ada menanya aok dulu tp aok buat dekkk je wehhh...aok anok sape weh..jengka lapan tehhhhh....duduk blok manaer...?
aok call la die tanye..hehehe

nak call karang...kena charge...bill tel...kat sini blh lah freee .iyul..hi..hi...
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  iyul8386 Wed Apr 28, 2010 12:06 pm

jasnoraizan wrote:
iyul8386 wrote:
jasnoraizan wrote:
Fizi@Kapakj8 wrote:Bangga aku jadi ank jengka ....Hidup jengka Nk wat duit RM3K sebulan tepon aku 019-9053984 FIZI JENGKA 8 cheers

tak mudpoh lah aok wehhh..anok jengka 8 rupanye yee...tp kwn ada menanya aok dulu tp aok buat dekkk je wehhh...aok anok sape weh..jengka lapan tehhhhh....duduk blok manaer...?
aok call la die tanye..hehehe

nak call karang...kena charge...bill tel...kat sini blh lah freee .iyul..hi..hi...

no komen..hehehhe.....
awk pinjam la fon member ofis..hehee
iyul8386
iyul8386
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 114
Points : 118
Join date : 16/11/2009

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  jasmi Fri May 21, 2010 11:09 pm

Ada yang tanya apasal Jengka 1 hingga Jengka 25 ni tak duduk sebaris? Jengka 1 dihujung sana, dekat tongkiat. Kalau orang luar datang di cari ikut urutan nombor. Kalau malu bertanya sesat.. Antara sebabnya , perhubungan dahulu mengikut Jalan Kuala Sentul- Jerantut. Jalan Jengka ke Kg Awah tiada lagi.. So Jengka 1 dibangunkan dulu... Dulu, masa orang lepar masuk rancangan, semua ikut jalan ini dan Sri Jaya (ikut estet Hokbi).. Susahnya orang tua kita masuk rancangan..
jasmi
jasmi

Posts : 44
Points : 82
Join date : 11/05/2010
Age : 49
Location : Kg New Zealand

http://justme-newzealand.blogspot.com

Back to top Go down

Sejarah JENGKA Empty Re: Sejarah JENGKA

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum