Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Kaji kelas tambahan malam

View previous topic View next topic Go down

Kaji kelas tambahan malam

Post  along on Tue Jul 21, 2009 11:09 am

Kaji kelas
tambahan malam

JERANTUT 20 Julai - Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KGLMSM) meminta pihak sekolah mengkaji semula pelaksanaan kelas tambahan pada waktu malam kerana dibimbangi boleh memberi kesan negatif kepada pelajar terbabit.

Presiden KGLMSM, Jemale Paiman berkata, pelaksanaan kelas tambahan waktu malam semakin menjadi-jadi terutama menjelang peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) akan datang.

''Kita khuatir, program kelas tambahan malam di sekolah akan memberi kesan membabitkan ikatan kekeluargaan, keselamatan, perundangan, kesihatan dan kesan sampingan lain,'' katanya di sini semalam.

Menurut Jemale, kesan paling ketara ialah lunturnya ikatan kekeluargaan di kalangan guru disebabkan kesuntukan masa untuk bersama keluarga pada waktu malam.

Keadaan sama, katanya, turut dihadapi pelajar terbabit yang mempunyai masa begitu terhad untuk bersama keluarga, sedangkan, waktu malam merupakan saat paling sesuai untuk mereka merapat dan mengeratkan hubungan kasih sayang sesama ahli keluarga.

''Sepatutnya, waktu malam adalah untuk pelajar berehat, membuat kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran menerusi bimbingan keluarga.

''Soal keselamatan juga wajar difikirkan kerana sekiranya berlaku kemalangan semasa bertugas di luar waktu bekerja, boleh menimbulkan masalah perundangan membabitkan pihak terlibat,'' katanya.

Menurut Jemale lagi, tindakan sekolah mengadakan kelas tambahan waktu malam sebenarnya hanya menambahkan lagi beban pelajar dan dikhuatiri boleh menjejaskan minda dan kesihatan mereka.
avatar
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 30
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Re: Kaji kelas tambahan malam

Post  zulkbo on Tue Jul 21, 2009 11:49 am

Kena monitor lah mak bapak..budak-budak skrg byk pandai buat hal...zaman internet lah
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum