Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

'Hantu Hing' gamit pelancong

View previous topic View next topic Go down

'Hantu Hing' gamit pelancong

Post  along on Tue Jul 21, 2009 4:13 pm


SEBAHAGIAN daripada patung kayu hasil ukiran Orang Asli suku Jahut siap untuk dijual kepada pelancong yang singgah di Kampung Sungai Koi, Damak, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 16 Julai - Suatu ketika dahulu, ukiran patung kayu menjadi salah satu alat dalam perubatan tradisional dan pemujaan di kalangan masyarakat Orang Asli suku Jahut di daerah ini.

Dalam perubatan tradisional, bomoh atau dukun suku Jahut meletakkan patung di hadapan seseorang pesakit bagi tujuan menghalau makhluk halus yang dipercayai datang mengganggu.

Lantaran itu, ukiran patung amat ditakuti apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan jin, hantu dan makhluk ghaib di kalangan masyarakat Jahut.

Maka tidak hairanlah patung kayu itu diukir dalam bentuk jin, hantu dan makhluk ghaib berasaskan imiginasi pengukir berkenaan.

Imiginasi hantu dan jin ditumpahkan menerusi ukiran wajah dan tangannya yang panjang, bertelinga lebar, kepala bersegi dan pelbagai rupa yang menakutkan orang yang melihatnya.

Sesuai dengan adaptasi watak dan rupa jin, hantu dan makhluk ghaib itu, ukiran patung itu dizahirkan dengan pelbagai nama seperti 'Hantu Hing', 'Kemokjah', 'Kemusu' dan beberapa panggilan lain.

Itu dulu. Kini, akibat perubahan zaman, patung kayu yang diukir oleh masyarakat tersebut menjadi tarikan komersial terutama kepada pelancong yang berkunjung di daerah ini.

Malah, ada hasil kraf tangan suku Jahut itu menghiasi sudut galeri di muzium, hotel dan premis yang menjual cenderamata di pusat pelancongan negara ini.

Hasil kraf tangan tersebut kini dikagumi kerana kehalusan seni ukirannya selain menambah seri di sudut premis.

Di Kampung Orang Asli Sungai Koi, Damak dekat sini, masyarakat Jahut masih lagi menghidupkan warisan turun-temurun itu walaupun zaman silih berganti.

Hasil kraf tangan itu mampu menambah pendapatan apabila menjadi tarikan pelancong yang singgah di Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini.

Tok Batin Sungai Koi, Fauzi Majid, 51, berkata, ukiran patung itu merupakan kegiatan sampingan untuk menampung pendapatan penduduk yang rata-ratanya bekerja sebagai buruh dan mencari sumber hutan.

''Pada waktu pagi, kami menoreh getah, masuk hutan dan menjadi buruh di ladang tetapi sebelah petang kami mengukir patung secara serius untuk dijual kepada pelancong," katanya kepada Utusan Malaysia di Sungai Koi baru-baru ini.

Bagaimanapun, jelasnya, aktiviti tersebut semakin kurang diminati terutama di kalangan generasi muda masyarakat itu.

Daripada 31 orang penduduk kaum Jahut Sungai Koi, kata beliau, hanya beberapa orang sahaja yang masih menjalankan aktiviti itu.

Menceritakan bagaimana kerja-kerja mengukir itu dijalankan, katanya, patung diukir menggunakan kayu lembut dan berkualiti yang diperoleh dari hutan Taman Negara.

Menurut beliau, kerja-kerja mengukir sebuah patung memakan masa hampir seminggu dengan mengunakan pelbagai jenis pisau dan pahat kecil.

''Kehalusan dan keunikan patung terletak pada ukiran yang dilakukan dengan cukup teliti dan cermat, malah kemahiran pengukir boleh melahirkan pelbagai rupa dan wajah," katanya.

Fauzi juga tidak menafikan patung kayu tersebut dikaitkan dengan proses perubatan tradisional dan pemujaan di kalangan masyarakat Jahut suatu ketika dahulu.

Beliau memberitahu, usaha mengukir patung juga mendapat sokongan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Pahang bertujuan membantu meningkatkan imej kampung itu dalam sektor pelancongan di daerah ini.

''Kini, menerusi industri kecil dan sederhana (IKS), projek kraf tangan ukiran patung dan anyaman tikar membolehkan penduduk memperoleh pendapatan sampingan untuk menampung sara hidup dan belanja persekolahan anak-anak," katanya.

Usaha berkenaan, tambah beliau, membantu meningkatkan imej Kampung Sungai Koi sekali gus membuka rangkaian perniagaan dengan pengusaha di Lembah Klang.

Harga sebuah patung yang dijual, katanya, boleh mencecah antara RM200 hingga RM1,000 bergantung kepada kualiti ukiran, kehalusan seni, saiz dan bentuk kraf tangan berkenaan.

Sementara itu, seorang penduduk Lembah Kiol, Taib Pandak, 60, berkata, kegiatan mengukir patung sering mendapat perhatian pelancong asing dan penuntut universiti tempatan untuk melihat sendiri pelbagai ciri kesenian bagi tujuan dokumentasi.

''Kita akan mengukir selagi patung ini laku dijual," katanya.

Namun, Taib melahirkan rasa bimbang kerana kemahiran mengukir tidak lagi diminati oleh generasi hari ini yang lebih gemar menunggang motosikal, melepak dan berhibur dengan telefon selular selain membuang masa di bandar Jerantut.

''Jika anak muda tidak belajar mengukir, warisan nenek moyang kami akan pupus ditelan zaman," katanya.

Tambahnya, patung tidak lagi menjadi bahan pemujaan, menghalau jin atau hantu dan mengubati penyakit kerana nilai komersialnya yang dilihat lebih tinggi.

Selain itu, katanya, tahap pendidikan dan pemikiran masyarakat Jahut semakin berubah dan tidak lagi mempercayai kepada perkara karut-marut.
avatar
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 30
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Re: 'Hantu Hing' gamit pelancong

Post  zulkbo on Sat Jul 25, 2009 3:13 am

macam-macam orang asli ni... Very Happy
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: 'Hantu Hing' gamit pelancong

Post  T.O.K.A.N on Mon Jul 27, 2009 5:27 pm

hasil seni yang dapat mendatangkan keuntungan..
avatar
T.O.K.A.N
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 157
Points : 156
Join date : 03/07/2009

Back to top Go down

Re: 'Hantu Hing' gamit pelancong

Post  koy101 on Wed Dec 23, 2009 2:12 am

xkan ler kita nak beli patung gini letak dalam umah....
mmg beraya sakan le suku kaum aku lak....
Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil
avatar
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 43
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Re: 'Hantu Hing' gamit pelancong

Post  Awangmaseru on Wed Dec 23, 2009 12:18 pm

koy101 wrote:xkan ler kita nak beli patung gini letak dalam umah....
mmg beraya sakan le suku kaum aku lak....
Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

dekat kg aku suku kaum buat patung ni. tak tau pulak ada jual . nnti boleh le beli

Awangmaseru
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 252
Points : 294
Join date : 30/11/2009
Age : 55
Location : ulu cheka/jerantut

http://www.mohlaweh.multiply.com

Back to top Go down

Re: 'Hantu Hing' gamit pelancong

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum