Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Denda RM500 tidak solat Jumaat

View previous topic View next topic Go down

Denda RM500 tidak solat Jumaat

Post  along on Tue Jul 21, 2009 4:32 pm

JERANTUT 19 Jun - Pejabat Kadi Jerantut memandang serius sikap segelintir lelaki Islam di beberapa kampung dan mukim di daerah ini yang sengaja meninggalkan solat Jumaat.

Kadi daerah ini, Ahmad Nizam Abdul Manan berkata, pihaknya menerima laporan daripada ahli jawatankuasa masjid setempat yang mengadu terdapat segelintir lelaki Islam yang sengaja tidak menunaikan kewajipan itu.

Ahmad Nizam berkata, mereka yang sengaja tidak menunaikan solat Jumaat, walaupun telah diberi nasihat, boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

"Di bawah Seksyen 135 enakmen berkenaan, adalah menjadi satu kesalahan mana-mana lelaki Islam berumur 15 tahun atau lebih, tidak menunaikan solat fardu Jumaat di masjid mukimnya dan sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM500 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya," katanya.

Katanya, solat Jumaat merupakan perhimpunan mingguan bagi umat Islam untuk bertemu dan beribadat dan sewajarnya dihormati.

"Mereka tidak menunaikan solat Jumaat, sebaliknya melakukan urusan lain atau duduk sahaja di rumah pada hari berkenaan.

"Tindakan seumpama itu sebenarnya boleh mencemarkan kesucian Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Ahmad Nizam, Pejabat Kadi telah memantau perkembangan berkenaan dan akan meminta kerjasama imam-imam serta ahli jawatankuasa masjid supaya menasihati mereka yang meninggalkan solat Jumaat.

Selain itu katanya, pihak beliau sendiri akan memberi nasihat dan panduan untuk meningkatkan pemahaman kepentingan solat wajib dan Jumaat di kalangan masyarakat Islam.

Menurutnya, Pejabat Kadi daerah juga akan lebih kerap menganjurkan program dakwah dan ziarah sosial khususnya di masjid di kawasan pedalaman termasuk melibatkan saudara baru di kalangan Orang Asli.
avatar
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 30
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Re: Denda RM500 tidak solat Jumaat

Post  zulkbo on Sat Jul 25, 2009 2:26 am

bagus lah begitu...tapi mesti ada tentangan,tak caye tunggu lah nanti Very Happy Very Happy
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum