Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Menyambung tradisi diraja

2 posters

Go down

Menyambung tradisi diraja Empty Menyambung tradisi diraja

Post  along Tue Jul 28, 2009 10:45 am

Menyambung tradisi diraja Wt_01_15
TENGKU Abdullah (kanan) menimbang bola takraw sambil diperhatikan oleh penyanyi terkenal, Hattan semasa lawatan di Kampung Bantal, Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang, baru-baru ini.



JERANTUT 27 Julai - Keberangkatan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ke Kampung Bantal, Hulu Tembeling, dekat sini baru-baru ini menggamit nostalgia di kalangan penduduk kawasan pedalaman itu.

Bagi penduduk kawasan terbabit, keberangkatan Tengku Abdullah ke daerah pedalaman itu amat besar ertinya, apatah lagi untuk ke penempatan mereka perlu menaiki bot penambang berikutan tiada perhubungan darat selain jalan balak.

Tradisi 'mencemar duli' itu telah diamalkan oleh nenda Tengku Mahkota iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang menjadikan perkampungan di Hulu Tembeling sebagai persinggahan baginda untuk menzahirkan keakraban hubungan istana dengan rakyat.

Meskipun Sultan Abu Bakar telah tiada namun tradisi tersebut tetap dihidupkan oleh para pewaris tahktanya iaitu anakandanya, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan cucundanya, Tengku Abdullah.

Keberangkatan Tengku Abdullah ke Hulu Tembeling menterjemahkan maksud konsep 'raja berjiwa rakyat' dengan mengenepikan sebarang protokol semata-mata mahu bermesra dan terlibat dalam aktiviti bersama rakyat jelata.

Kemesraan Tengku Abdullah jelas terpancar dalam lawatan baginda ke Kampung Bantal, Hulu Tembeling untuk bertemu dengan penduduk dan menyertai beberapa acara yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Jerantut dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Program pengisian lawatan itu turut melibatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, jabatan-jabatan kerajaan dan pihak swasta.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak dan Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Ismail Mohd. Ali.

Jadual ketat lawatan Tengku Abdullah di Kampung Bantai bermula dengan melayani setiap masalah yang dikemukakan oleh kira-kira 3,000 penduduk yang datang dari empat lagi kampung berhampiran iaitu Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Mat Daling dan Kampung Gusai.

Baginda juga berkenan mendengar taklimat daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Felcra mengenai projek pembangunan di Hulu Tembeling.

Ketangkasan dan kemahiran Tengku Abdullah menimbang dan mengawal bola raga serta mengetuai kesebelasan bekas pemain bola sepak Pahang di padang sentiasa mendapat tepukan gemuruh dan menghiburkan penonton.

Dalam pertandingan bola sepak antara pasukan baginda yang dibarisi oleh bekas pemain Pahang tahun 1980-an, pasukan Kampung Bantal kecundang dengan jaringan 2-0.

Tengku Abdullah juga tidak ketinggalan menyertai acara panjat tiang licin, pukul bantal, menganyam ketupat daun kelapa, melontar buah kelapa dan tarik tali.

Aktiviti lain yang turut dilakukan Tengku Abdullah ialah menanam pokok dan melepaskan anak ikan ke Sungai Tembeling.

Pada sebelah malamnya pula, Tengku Mahkota dan penduduk Tembeling mengisi keheningan dan kesejukan malam di Kampung Bantal dengan mengikuti forum perdana yang disampaikan oleh dua pendakwah bebas.

Pada malam berikutnya, penduduk turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal seperti Hattan, Farah AF5, Syura dan beberapa penyanyi badan kesenian kerajaan negeri.

Sempena lawatan tiga hari itu, Tengku Abdullah bertitah supaya golongan belia memanfaatkan sumber tempatan dan kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan untuk memajukan diri.

Baginda meminta penduduk sentiasa mengamalkan sikap persefahaman dan bantu-membantu selain menguasai ilmu dan kemahiran serta taat kepada ajaran Islam.

Keberangkatan Tengku Abdullah ke Hulu Tembeling membuktikan keprihatinan pihak istana terhadap pembangunan dan kehidupan rakyat khususnya di luar bandar serta pedalaman.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Menyambung tradisi diraja Empty Re: Menyambung tradisi diraja

Post  zulkbo Fri Jul 31, 2009 12:19 am

Hidupp..Tengku Mahkota,raja berjiwa rakyat... Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum