Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

MSL l FAM puas hati Stadium Temerloh

3 posters

Go down

MSL l FAM puas hati Stadium Temerloh Empty MSL l FAM puas hati Stadium Temerloh

Post  Deto_8 Wed Mar 31, 2010 12:33 pm

TEMERLOH – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpuas hati dengan persediaan dan kualiti kemudahan Stadium Mini Temerloh yang dicadangkan sebagai gelanggang rasmi pasukan Shahzan Muda untuk mengharungi Liga Perdana musim ini.

Beberapa kemudahan seperti lampu limpah, bilik persalinan pemain dan bilik media antara kemudahan yang mendapat pujian FAM sewaktu tinjauan kali keempat dijalankan semalam.

FAM menghantar Penolong Setiausaha Agungnya Ahmad Fuad Daud sebagai wakil meninjau persiapan terbabit.

Ahmad Fuad berkata, terdapat peningkatan sehingga 90 peratus sejak lawatan pertama diadakan November tahun lalu.

Menurutnya, keadaan padang bertambah baik namun masih perlu pembaikan sekurang-kurangnya 15 peratus lagi kualiti rumput dan permukaan yang ada.

“FAM juga mahu papan markah (score board) sedia ada diganti mengikut standard Liga Perdana. Dari segi keselamatan pula kita mahukan jaminan daripada tuan rumah sendiri,” katanya semasa lawatan semalam.

Ditanya adakah Stadium Temerloh akan menjadi gelanggang utama bagi perlawanan Shahzan Muda pada 18 April ini, Ahmad Fuad berkata, ia bergantung pada mesyuarat jawatankuasa pertandingan yang bersidang 31 Mac ini.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Akbar VV Abu berkata, beliau yakin Stadium Temerloh akan menjadi gelanggang utama Shahzan Muda dan Pahang selepas kerja pembaikan dijalankan dengan bertungkus-lumus sebelum ini.

Menurutnya, kita juga berterima kasih kepada FAM yang banyak memberi tunjuk ajar dalam menyediakan gelanggang terbaik untuk pemain dan penonton.

“Penghargaan juga kepada Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang berjaya melaksanakan pembaharuan ini sepanjang tiga bulan lalu,” katanya.

Akbar yang juga Setiausaha Agung Kelab Sukan Shahzan Muda berkata, usaha menjadikan Stadium Temerloh sebagai gelanggang utama pasukan Pahang dan Shahzan Muda itu juga adalah cita-cita Presiden PBNP, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak negeri di samping mengembalikan zaman kegemilangan dan kecemerlangan bola sepak negeri Pahang.

Beliau berkata, selepas kejayaan menjadikan Stadium Temerloh sebagai gelanggang utama Shahzan Muda pada 2005 dalam pertandingan Liga FAM yang terbukti menarik minat dan kecenderungan ramai peminat dalam kalangan masyarakat Pahang Tengah membanjiri stadium Temerloh, Tengku Abdul Rahman berhasrat menjadikan ia sebagai gelanggang utama pertandingan bola sepak yang lebih tinggi tarafnya ke Temerloh.

Akbar berkata, dengan menjadikan Stadium Temerloh sebagai gelanggang utama liga Malaysia 2010 akan meningkatkan lagi kecemerlangan anak muda khususnya dari daerah ini dan berhampiran di samping menyediakan peluang perniagaan lebih luas kepada masyarakat serta menjadikan daerah Temerloh lebih aktif.

“Inilah peluang kita untuk melihat bintang bola sepak beraksi di Temerloh selain memantapkan mutu bola sepak tempatan,” katanya
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

MSL l FAM puas hati Stadium Temerloh Empty Re: MSL l FAM puas hati Stadium Temerloh

Post  MD Wed Mar 31, 2010 12:54 pm

teringat kisah DS dibilik persalinan di stadium Pancarona sebelum ni...hampir menjadi kenyataan...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

MSL l FAM puas hati Stadium Temerloh Empty Re: MSL l FAM puas hati Stadium Temerloh

Post  jbfc Tue Jul 27, 2010 12:34 pm

boleh kita wat prendly la dgn Temerloh United kat sini? ke goner?

jbfc
Orang Kampung
Orang Kampung

Posts : 70
Points : 71
Join date : 23/04/2009
Location : Temerloh Darul Naim

Back to top Go down

MSL l FAM puas hati Stadium Temerloh Empty Re: MSL l FAM puas hati Stadium Temerloh

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum