Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Sukarnya mendapat buah taban

View previous topic View next topic Go down

Sukarnya mendapat buah taban

Post  along on Fri Aug 14, 2009 10:41 am


OTHMAN Mohamad (tengah), Wan Ahmad Yusri Wan Umar (kiri) dan seorang rakan menunjukkan buah taban yang baru diambil di hutan Hulu Tembeling berdekatan Kampung Pengau, Jerantut, Pahang, baru-baru ini.


ERANTUT 10 Ogos - Nama buah taban mungkin tidak pernah didengar oleh sebahagian daripada kita. Ini kerana, buah taban hanya banyak ditemui di hutan Taman Negara Kuala Tahan dan Hulu Tembeling.

Bagi masyarakat Hulu Tembeling dekat sini, aktiviti mencari buah taban menjadi amalan apabila tiba musimnya.

Malah penduduk di Hulu Tembeling sanggup berada dalam hutan berhari-hari dan berhadapan dengan risiko terserempak binatang buas ketika mengambil buah taban.

Ada sebabnya mereka sanggup masuk ke hutan berhari-hari mencari buah liar.

Jawapannya ialah buah taban yang semakin pupus itu mempunyai nilai komersial yang tinggi dan enak dimakan.

Buah taban merupakan antara buah-buahan hutan yang boleh dimakan selain kepayang, bangkung, tampoi, mencepu, berangan, perah dan durian tuang.

Tinggi pokok taban ini ialah antara 20 hingga 30 meter.

Jika dilihat sekilas lalu, taban seakan-akan buah tampoi tetapi menurut penduduk Hulu Tembeling, kedua-dua buah berkenaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan biologinya.

Seorang penduduk Kampung Pengau, Othman Mohamad, 60, memberitahu, antara perbezaannya - buah taban tumbuh di bahagian batang pokok manakala tampoi tumbuh di bahagian dahan.

''Namun, proses mengeluarkan buahnya adalah sama iaitu bermula dengan bunga, berputik dan bertangkai," katanya.

Jelas beliau, walaupun warna dan rasa seakan sama tetapi bentuk buah taban lebih bulat berbanding buah tampoi yang sedikit tirus di bahagian bawah.

Kulit buah taban, menurutnya, berwarna hijau ketika muda, bergetah dan bertukar kelabu setelah buahnya masak dan matang.

''Isi buahnya seakan bentuk buah manggis. Rasanya manis dan sedikit masam. Ia amat sesuai dimakan ketika bersantai bersama keluarga dan tetamu," katanya.

Berbanding dengan tumbuhan lain, pokok taban menghasilkan buah antara empat hingga lima tahun sekali, ujarnya.

Menurut Othman, tempoh menunggu untuk buah taban bermusim agak panjang iaitu kadang-kadang sehingga lima tahun menyebabkan ia sukar dan jarang diperoleh penduduk.

Menceritakan proses mendapatkan buah taban, Othman memberitahu, dia perlu memanjat di bahagian dahan untuk mengambil buahnya di bahagian batang.

''Kita tidak boleh memanjat batang pokok taban kerana buahnya lebat di bahagian berkenaan dan dibimbangi merosakkan buah yang masak ranum.

''Untuk menurunkan buah taban, kita perlu membawa bekas atau baldi dan diunjurkan ke bawah pokok dengan menggunakan tali," katanya.

Othman menegaskan, usaha mendapatkan buah taban juga bukan kerja senang.

Selain terpaksa memanjat pokok yang tinggi, pengutip buah sentiasa berhadapan dengan risiko keselamatan iaitu terserempak dengan binatang buas seperti landak, beruang dan babi hutan yang sememangnya merayau-rayau mencari buah taban yang gugur.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Mat Daling, Wan Ahmad Yusri Wan Umar, 32, berkata, penduduk di situ terpaksa mengambil masa berhari-hari lamanya masuk ke hutan untuk mencari buah taban.

''Oleh kerana untuk menunggu musimnya agak lama, kita perlu masuk ke hutan terlebih dahulu untuk mengesan sama ada pokok itu berbunga atau berputik.

''Selepas tiga bulan, barulah kita masuk semula untuk mengambil buah taban. Kedudukan buahnya memang sedap mata memandang apatah lagi jika dirakam menerusi kamera," katanya.
avatar
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 29
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Re: Sukarnya mendapat buah taban

Post  Deto_8 on Fri Aug 14, 2009 11:37 am

bila balik?...nak kirim... Laughing

_________________
bangga menjadi pioneer....bangga juga melihat orang lain berjaya...TAHNIAH!
avatar
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Re: Sukarnya mendapat buah taban

Post  along on Fri Aug 14, 2009 11:40 am

Deto_8 wrote:bila balik?...nak kirim... Laughing

klau keh blik pun keh tknok amik tempahan buah ni...
baler bapok susoh nye nak dapat buah nie...
nak pg kat tmpat dlm brita nie pun kna naik bot 5 jam tkde jln darat...
jenoh keh....
avatar
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 29
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Re: Sukarnya mendapat buah taban

Post  Yassin on Fri Aug 14, 2009 11:42 am

along wrote:
Deto_8 wrote:bila balik?...nak kirim... Laughing

klau keh blik pun keh tknok amik tempahan buah ni...
baler bapok susoh nye nak dapat buah nie...
nak pg kat tmpat dlm brita nie pun kna naik bot 5 jam tkde jln darat...
jenoh keh....

Buah ni kala kira butir buleh beli kala kira kilo usoh ditebing kulit je dah brape berat... Very Happy
avatar
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: Sukarnya mendapat buah taban

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum