Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Berita Bergambar Menarik Hari nih....

+35
sayed7
noyie
iyul8386
faisalmik
RoyKay33
Gemini_gurl
cikacung
Awangmaseru
edi
Cik_N
ainie rashid
zila
nordin ahmad
SHARK
along
sakur@86
Jeck Sparow
kawanorgmaRan
Deto_8
WADY
ebe
apens7
ozzy
Abang Jem
sam
Mrcipizs
Oesandro Jr.
jasnoraizan
lepat_ubi
strikerbuncit
MD
koy101
J.Milan22
Yassin
zulkbo
39 posters

Page 26 of 31 Previous  1 ... 14 ... 25, 26, 27 ... 31  Next

Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Mon Jan 18, 2010 10:41 pm

Tertuduh, A.Murugan di bawa ke lokap selepas perbicaraan kes bunuh pembantu rumah warga Indonesia, Mantik Hani di Mahkamah Tinggi Shah Alam ditangguhkan, 18 Januari. - Utusan/MOHD. SHAHARANI SAIBI

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Bunuh-10


http://www.utusan.com.my/
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Tue Jan 19, 2010 1:47 am

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 86ea920fecb24138920750bac5064074

gambar hanya hiasan

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh balkoni apartmen


JOHOR BAHRU: Kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari balkoni di tingkat lapan Apartmen Larkin Idaman di sini, hari ini.

Kejadian yang menimpa A Sanjit itu disedari bapa saudaranya kira-kira jam 7 pagi selepas beliau dan isteri pulang daripada menghantar ibu kanak-kanak itu, S Sarasvati, 29, ke Terminal Bas Larkin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaakob, berkata kanak-kanak itu ditinggalkan bersendirian di apartmen terbabit kerana masih tidur ketika keluarganya keluar dari rumah itu.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20100118201119/Article/index_html
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Tue Jan 19, 2010 1:49 am

Perompak tebuk 3 kedai


IPOH 17 Jan. - Macam-macam cara digunakan oleh penjenayah untuk merompak. Terbaru, sekumpulan penjenayah di sini, sanggup menebuk tiga buah kedai sekali gus untuk melaksanakan kegiatan jenayah mereka itu.

Hasilnya sejumlah barang kemas bernilai RM400,000 dilarikan dari sebuah kedai emas di Gunung Rapat, yang ditebuk penjenayah terbabit awal pagi ini.

Kejadian dipercayai berlaku di antara pukul 12 tengah malam dan 3 pagi tadi. Ia hanya disedari oleh pengurus kedai emas berkenaan, Mejar (B) Roslan Zakaria, 52, ketika hendak membuka premis itu kira-kira pukul 8.30 pagi ini.

Menurutnya, dia dimaklumkan oleh pemilik kedai gunting di sebelah premisnya itu tentang sebuah lubang besar pada dinding kedai tersebut.

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Je_01_10
Kesan tebuk pada dinding kedai emas manakala gambar atas kelihatan peti besi yang dirompak di Gunung Rapat, Ipoh, Perak, semalam. -UTUSAN/RoyAzis Abd. Aziz



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  syiraz77 Tue Jan 19, 2010 7:31 am

info berita yang baik Cool
syiraz77
syiraz77

Posts : 11
Points : 12
Join date : 18/01/2010

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Tue Jan 19, 2010 8:24 am

Bank Negara singkatkan tempoh hutang tak berbayar mulai 1 Januari
Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Bank_n10
KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari lalu, pengkelasan tempoh hutang tidak berbayar (NPL) bank bagi semua jenis kemudahan kredit diselaraskan kepada tiga bulan berbanding sehingga enam bulan sebelum ini.
Berikutan keputusan Bank Negara Malaysia itu, bank dijangka lebih berhati-hati ketika meluluskan permohonan pinjaman, selain tegas terhadap pengguna yang gagal melunaskan pinjaman mereka mengikut jadual.
Difahamkan, Bank Negara baru-baru ini menghantar pekeliling kepada syarikat kewangan tempatan mengenai perubahan tempoh NPL dan peruntukan pelarasan membaik pulih pinjaman.
Difahamkan, Bank Negara mengambil keputusan itu untuk memenuhi keperluan piawaian antarabangsa di bawah Standard Laporan Kewangan 139 (FRS139).
Langkah memendekkan tempoh pengkelasan NPL daripada enam bulan kepada tiga bulan itu turut membabitkan kemudahan overdraf, pinjaman berjangka, pajakan, sewa beli, pusingan kredit dan pinjaman lain.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20100118235124/Article
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Wed Jan 20, 2010 3:16 pm

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Jerebu10

KEADAAN jerebu sekitar ibunegara menenggelamkan bangunan KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Keadaan ini dirakamkan pada jam 11pagi dari bulatan Segambut susur keluar Jalan Kucing menuju Pusat Bandar. - Foto Rosdan Wahid
Jan 20, 2010 11:58 am

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/index_html
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Wed Jan 20, 2010 3:36 pm

Kanak-kanak Mati Dihempap Televisyen

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Cydi_y11

Cyndi Yeo, 3, meninggal dunia selepas dihempap televisyen berukuran 24 inci di rumahnya.

JOHOR BAHARU: Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun meninggal dunia selepas dihempap televisyen berukuran 24 inci di rumahnya di Bandar Putra, Kulaijaya, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supritendan Zulkefly Yahya berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 malam ketika mangsa, Cyndi Yeo, sedang menonton berseorangan di dalam bilik belakang di rumah tersebut.

"Kejadian disedari bapanya, Yeo Sung Wah, 38, yang terdengar bunyi sesuatu benda terjatuh di dalam bilik berkenaan dan disusuli jeritan anak perempuannya itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata Yeo yang ketika itu berada di ruang tamu terus bergegas ke bilik berkenaan lalu menemui anaknya yang tertiarap dihempap televisyen tersebut.

Katanya, Yeo yang merupakan seorang peniaga terus membawa Cyndi ke Hospital Kulai dan kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada pukul 12.20 tengah hari tadi selepas kecederaan teruk di kepala.

Cyndi katanya dipercayai tertarik wayar televisyen tersebut menggunakan kakinya yang menyebabkan televisyen itu terjatuh dari rak sebelum menghempap kanak-kanak itu.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.- BERNAMA



http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/19/mstar_berita/20100119192126&sec=mstar_berita
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Wed Jan 20, 2010 3:38 pm

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Gereja+terbakar+006

Dua beradik antara 8 ditahan berhubung kes kebakaran gereja



KUALA LUMPUR: Dua beradik dan bapa saudara mereka antara lapan lelaki yang ditahan berhubung kes pembakaran gereja Metro Tabernacle Ag di Desa Melawati, Wangsa Maju di sini, baru-baru ini.

Mereka berumur antara 21 hingga 26 tahun ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang bermula petang semalam hingga pagi ini selepas 12 hari kejadian kebakaran gereja yang berlaku pada 8 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata suspek pertama ditahan di Hospital Kuala Lumpur petang semalam.



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20100120143347/Article
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Wed Jan 20, 2010 3:39 pm

Rang Daftar Pemilih Tambahan suku tahun keempat 2009 mula dipamerkan

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 23171810

PUTRAJAYA: Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun keempat 2009 mula dipamerkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini sehingga Selasa minggu depan di 999 tempat pameran seluruh negara.

Ia akan dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri; pejabat Pos Berkomputer; kompleks atau pejabat kerajaan; pejabat daerah atau pejabat tanah; Majlis Daerah atau perbandaran; Dewan Serbaguna, Rukun Tetanga, Balai Raya dan lain-lain tempat.

SPR dalam satu kenyataan hari ini meminta semua warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang memohon pertukaran alamat pusat mengundi supaya untuk membuat semakan.



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20100120141842/Article/
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Thu Jan 21, 2010 10:59 am

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Redsau10
Gambar hanya hiasan

Lapan remaja dimasukkan ke hospital akibat sos cili




BERLIN 21 Jan. - Lapan remaja dimasukkan ke hospital selepas menguji keberanian dengan meminum sos cili yang 200 kali lebih pedas daripada biasanya.

Pasukan Palang Merah di selatan bandar Augsburg berkata, seramai 10 remaja lelaki berusia antara 13 dan 14 tahun dipercayai telah bertindak meminum sos itu semalam di sekolah.

Agensi berita Jerman, DAPD memetik Palang Merah sebagai berkata, kumpulan remaja itu telah mengadu sakit dan kesemua mereka kemudiannya dibawa ke hospital.

Mereka juga dirawat semalaman untuk pemantauan.

Palang Merah berkata, mengikut skala Scoville, yang mengukur tahap kepedasan sos, sos itu dikatakan 535,000 lebih pedas berbanding 2,500 bagi sos Tabasco normal. - AP



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  jasnoraizan Thu Jan 21, 2010 11:00 am

zulkbo wrote:Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Redsau10
Gambar hanya hiasan

Lapan remaja dimasukkan ke hospital akibat sos cili




BERLIN 21 Jan. - Lapan remaja dimasukkan ke hospital selepas menguji keberanian dengan meminum sos cili yang 200 kali lebih pedas daripada biasanya.

Pasukan Palang Merah di selatan bandar Augsburg berkata, seramai 10 remaja lelaki berusia antara 13 dan 14 tahun dipercayai telah bertindak meminum sos itu semalam di sekolah.

Agensi berita Jerman, DAPD memetik Palang Merah sebagai berkata, kumpulan remaja itu telah mengadu sakit dan kesemua mereka kemudiannya dibawa ke hospital.

Mereka juga dirawat semalaman untuk pemantauan.

Palang Merah berkata, mengikut skala Scoville, yang mengukur tahap kepedasan sos, sos itu dikatakan 535,000 lebih pedas berbanding 2,500 bagi sos Tabasco normal. - AP



[url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm[/quote[/url]]

cari penyakit betuiiiil..... Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Icon_lol
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Thu Jan 21, 2010 11:03 am

budok-budok..
jangan cakap kat europe nuh..
kat mesia ni pun mcm-mcm ragam jugak.. Evil or Very Mad Evil or Very Mad
dah nyusoh mok bapok..
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  jasnoraizan Thu Jan 21, 2010 11:55 am

Ibu ke sekolah balas lempang

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
2010/01/21

KANGAR: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini, sekali lagi dikejutkan dengan insiden kekecohan apabila berlaku kejadian menampar membabitkan pelajar dan guru sekolah terbabit, kelmarin. Dalam kejadian terbaru itu, seorang pelajar lelaki ditampar seorang guru berusia 28 tahun sebelum berlaku tindak balas daripada ibu pelajar berkenaan yang hadir ke sekolah untuk menampar guru berkenaan. Kejadian guru ditampar itu turut disaksikan pengetua serta guru disiplin SMK Perlis, ketika satu pertemuan membabitkan pihak sekolah dan ibu bapa pelajar terbabit diadakan, tengah hari kelmarin. Susulan kejadian terbabit, guru dan pelajar tingkatan satu sekolah itu bertindak membuat laporan polis bagi mempertahankan perbuatan mereka di Balai Polis Kangar, di sini. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, yang mengesahkan kejadian terbabit berkata, pihaknya menerima laporan daripada dua individu iaitu guru dan pelajar berhubung kejadian tampar-menampar itu. Berdasarkan maklumat, katanya, kejadian dikatakan berpunca daripada tindakan guru lelaki berkenaan yang menampar seorang pelajar tingkatan satu berikutan masalah disiplin, dalam satu kejadian kira-kira jam 10.40 pagi. Difahamkan guru berkenaan dikatakan memanggil pelajar terbabit yang membuat bising di luar kelas, sehingga mengganggu pelajar lain yang belajar. Selepas berita mengenai insiden itu tersebar, pengetua sekolah dikatakan memanggil guru berkenaan untuk mendapatkan penjelasan, sebelum satu perbincangan diadakan antara guru dan ibu pelajar. Bagaimanapun, sesi pertemuan untuk menjernihkan keadaan itu bertukar panas, sebelum diikuti pertikaman lidah antara kedua-dua pihak sehinggalah ibu pelajar terbabit mula menampar pipi guru lelaki berkenaan. Abdul Rahman berkata, guru berkenaan membuat laporan polis pada jam 1.30 tengah hari disusuli laporan daripada pelajar tingkatan satu SMK Perlis kira-kira dua jam kemudian, dengan mendakwa ditampar guru terbabit. “Kedua-dua kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali. “Buat masa sekarang, kes sudah dimajukan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dan kami akan memanggil semua pihak termasuk ibu kepada pelajar terbabit untuk diambil keterangan,” katanya. --CER BACA ADA KENA MENGENA NGAN MELAYARI PCC ke....hi..hi...hi...hi.....KE NGAJOR PASAL PCC KAT ANOK2 MURID...HAHHHA...HAAAA..HAAA.HAAA.HA....
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Thu Jan 21, 2010 12:08 pm

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ketika melawat satu daripada empat buah rumah yang terbakar di Bandar Tun Razak, Cheras di Kuala Lumpur, sebelum menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran itu semalam. - foto BERNAMA

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Rumah10


http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/21/mstar_berita/20100120214228&sec=mstar_berita
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Thu Jan 21, 2010 1:39 pm

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Bayi0910
Gambar hanya hiasan


Kadar kelahiran negara kekal sihat

KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut kedatangan 516,645 bayi tahun lalu, meningkat 3.9 peratus atau 20,231 berbanding tahun 2008.

Selangor kekal dengan kadar kelahiran paling tinggi iaitu 80,110 diikuti dengan Sabah mencatatkan 60,190 dan Johor seramai 58,597, menurut statistik yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pada 2008, Selangor mendahului dengan 76,932, Johor 58,517 dan Sabah 51,773.



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20100121103329/Article/index_html
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  jasnoraizan Thu Jan 21, 2010 1:43 pm

zulkbo wrote:Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Bayi0910
Gambar hanya hiasan


Kadar kelahiran negara kekal sihat

KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut kedatangan 516,645 bayi tahun lalu, meningkat 3.9 peratus atau 20,231 berbanding tahun 2008.

Selangor kekal dengan kadar kelahiran paling tinggi iaitu 80,110 diikuti dengan Sabah mencatatkan 60,190 dan Johor seramai 58,597, menurut statistik yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pada 2008, Selangor mendahului dengan 76,932, Johor 58,517 dan Sabah 51,773.



[url=http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20100121103329/Article/index_html
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20100121103329/Article/index_html[/quote[/url]]

bagus lah gitu...cuma kwn je yg tak namboh lg wehhh dua aje laa....buat mase nih....
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Thu Jan 21, 2010 1:47 pm

jasnoraizan wrote:

bagus lah gitu...cuma kwn je yg tak namboh lg wehhh dua aje laa....buat mase nih....

koi mencadang aok tanboh cawangan
he he he..goner hat muda..yang boleh beranok la
hu hu.. Razz
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  jasnoraizan Thu Jan 21, 2010 1:49 pm

zulkbo wrote:
jasnoraizan wrote:

bagus lah gitu...cuma kwn je yg tak namboh lg wehhh dua aje laa....buat mase nih....

koi mencadang aok tanboh cawangan
he he he..goner hat muda..yang boleh beranok la
hu hu.. Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Icon_razz

bkn kerana ibu zul....hok ada blh tamboh ..tp buat mase nih tok adee rezeki lg agok2nyeeee.... Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Icon_lol
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Fri Jan 22, 2010 9:15 pm

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Tunkui10

TENGKU Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini. Pengumuman dibuat Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berikutan kegeringan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail. - Foto NSTP


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20100122173742/Article
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  koy101 Sat Jan 23, 2010 11:05 am

zulkbo wrote:Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Tunkui10

TENGKU Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini. Pengumuman dibuat Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berikutan kegeringan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail. - Foto NSTP


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20100122173742/Article

Ni kira, ari ni trus istiadat naik takhta la kan????
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  shuk2442 Sat Jan 23, 2010 9:36 pm

koy101 wrote:
zulkbo wrote:Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Tunkui10

TENGKU Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini. Pengumuman dibuat Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berikutan kegeringan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail. - Foto NSTP


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20100122173742/Article

Ni kira, ari ni trus istiadat naik takhta la kan????


~daulat tuan ku~
shuk2442
shuk2442
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 100
Points : 112
Join date : 15/01/2010
Age : 43
Location : jengka 3...ampang selangor

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  shuk2442 Sat Jan 23, 2010 11:29 pm

kt sini koi nk berkongsi cita pasal salasilah kesultan johor..


Sultan Mahmud Shah I
(1511-1528)
Sultan Johor 1
Pada 15 Ogos 1511, Melaka telah diserang oleh Portugis lalu baginda Sultan Mahmud Shah I telah melarikan diri ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh seterusnya ke Pahang, Bentan dan akhir sekali Kampar. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1528 disebut "Marhum Kampar".


Sultan Alauddin Riayat Shah II
(Raja Ali / Raja Alauddin / 1528-1564)
Sultan Johor 2
Sultan Alauddin Riayat Shah II telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah (Sultan Pahang 5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah - Sultan Pahang 4). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara). Pada tahun 1535, seramai 400 askar Portugis yang diketuai Estavao Da Gamma telah menyerang Johor. Baginda telah melarikan diri ke hulu iaitu Rebat, Sayong. Seri Nara Diraja (pembesar sultan) kemudiannya meninggal di Sayong disebut "Datuk Nisan Besar". Susulan peristiwa itu Sultan Muzaffar Shah (Sultan Pahang 6) telah datang ke Sayong. Bagaimanapun pada tahun 1536, Estavoa Da Gamma telah menyerang Kota Kara kerana adiknya Paulo Da Gamma dan 30 orang Portugis telah dibunuh oleh orang Melayu. Justeru itu, satu perdamaian telah dimeterai antara kedua-dua belah pihak. Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama. Baginda telah pergi ke Aru bagi membantu Ratu Aru dari ancaman Acheh. Pada tahun 1564, Sultan Acheh Sultan Alauddin al-Qahar mengalahkan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian Sultan Acheh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II ditawan dan dibawa ke Acheh dan dibunuh disana disebut "Marhum Syahid di Acheh".


Sultan Muzaffar Shah II
(Raja Muzafar / Radin Bahar / 1564-1570)
Sultan Johor 3
Sultan Muzaffar Shah II bersemayam di Johor Lama sebelum berpindah ke Seluyut pada tahun 1565. Baginda tidak suka Johor tunduk kepada Acheh. Pada tahun 1568, baginda menghantar tentera membantu Portugis sekaligus mengundang kemarahan Acheh. Pada tahun 1570, baginda mangkat di Seluyut disebut "Marhum Mangkat di Seluyut".


Sultan Abd. Jalil Shah I
(Raja Abdul Jalil / 1570/1571)
Sultan Johor 4
Sultan Abdul Jalil Shah I adalah anak kepada Sultan Muzaffar Shah II. Ketika berusia 8 tahun baginda telah ditabalkan sebagai Sultan, melalui wasiat Sultan Muzaffar Shah II. Sultan Abdul Jalil Shah I mangkat tiba-tiba dipercayai mungkin diracun Bendahara Tun Isap Misai (pembesar sultan) meninggal dan dikebumikan di Seluyut.


Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
(Raja Umar / 1570 / 71-1597)
Sultan Johor 5
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berasal dari Pahang, suami kepada Raja Fatimah (adik Sultan Muzaffar Shah II, bapa kepada Sultan Abdul Jalil Shah I). Pada asalnya pembesar ingin melanti Raja Abdullah, anak Sultan Muzaffar Shah II, tetapi dibantah oleh Raja Fatimah dan mahukan suaminya dilantik sebagai Sultan. Tun Sri Lanang dilantik sebagai Bendahara. Pada tahun 1571 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih selama dua tahun. Pada tahun 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Johor Lama dan membaik pulih semula kota Johor Lama. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II bersahabat semula dengan Acheh (Acheh bergabung dengan Johor menentang Portugis). Pada tahun 1576 dan 1578 Portugis menyerang Johor Lama tetapi ditewaskan. Januari 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada tahun 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke Johor membedil Kota Johor Lama dan merampas harta. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri. Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah Iidatang semula ke Batu Sawar memulihkan semula kekuatan. Pada tahun 1596, Raja Fatimah mangkat, dan dikebumikan di Seluyut bersebelahan anaknya Sultan Abdul Jalil Shah I dan abangnya Sultan Muzaffar Shah II. Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut "Marhum Batu Sawar".


Sultan Alauddin Riayat Shah III
(Raja Mansur / 1597-1615)
Sultan Johor 6
Sultan Alauddin Riayat Shah III (anakanda Sultan Ali Jalla Abdul Jalil) bersemayam di Batu Sawar. Pemerintahan diserah kepada sepupu / saudara (berlainan ibu) Raja Abdullahdengan gelaran "Yang DiPertuan Hilir" di Kota Seberang bertentangan Batu Sawar menjadikan ia masyhur. Sultan Alauddin Riayat Shah III mengadakan hubungan baik dengan Belanda serta membenarkan Belanda meletakkan pegawainya di Batu Sawar. Selama 11 tahun Sultan Alauddin Riayat Shah III memerintah di Batu Sawar. Pada tahun 1608 Sultan Alauddin Riayat Shah III berpindah ke Pasir Raja, tetapi Batu Sawar masih berfungsi sebagai pusat pemerintahan. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja dengan BEndahara Tun Seri Lanang. Pada tahun 1610, Sultan Alauddin Riayat Shah III berbaik dengan Portugis menyebabkan Acheh berasa marah sewaktu dibawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Jun 1613, Acheh telah menyerang Johor hingga berlarutan selama dua bulan, namun Johor telah ditewaskan. Sultan Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah, Tun Seri Lanang, pembesar dan puluh orang Belanda ditawan serta dibawa ke Acheh. Kemudian kedua-dua belah pihak membuat [erdamaian dan Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama tahanan dibenarkan pulang ke Johor. Tetapi Sultan Alauddin Riayat Shah III tetap meneruskan hubungan dengan Portugis dan Belanda, tindakan ini menimbulkan kemarahan kepada Acheh lalu Sultan Alauddin Riayat Shah III ditangkap, dan dibawa ke Acheh semula dan dihukum bunuh. Pada 1615, Sultan Alauddin Riayat Shah III mangkat di Acheh.

Sultan Abdullah Ma'ayat Shah
(Raja Mansur / 1615-1623)
Sultan Johor 7
Sultan Abdullah Ma'ayat Shah diangkat oleh Sultan Acheh sebagai Sultan Abdullah Ma'ayat Shah dan bersemayam di Batu Sawar. Pada tahun 1618, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah berpindah ke Lingga (Daik) dengan meminta bantuan Belanda dan Orang Laut melawan Acheh. Pada tahun 1623, Acheh menyerang Pulau Lingga untuk memburu Raja Bujang (anak Sultan Alauddin Riayat Shah III). Sultan Abdullah Ma'ayat Shah melarikan diri bersama-sama Raja Bujang ke Pulau Tambelan. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah mangkat di Pulau Tambelan disebut "Marhum Pulau Tambelan".


Sultan Abdul Jalil Shah III
(Raja Bujang / 1623-1677)
Sultan Johor 8
Sultan Abdul Jalil Shah III merupakan anak saudara Marhum Tambelan, putera Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pulau Tambelan. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah III menubuhkan Jemaah Orang Kaya. Pada tahun 1629, ancaman Acheh berkurangan kerana kekalahan teruk kepada Portugis. Pakatan Johor-Belanda berjaya menakluki semula Melaka pada 14 Januari 1640. Belanda berjaya menakluki Melaka pada 1641, manakala Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda mangkat pada 1636 dan Sultan Iskandar Thani mangkat pada 1641 dan Acheh kemudian diperintah oleh Raja Perempuan Ratu Sultanah Tajul Alam. Pada 1641, Sultan Abdul Jalil Shah III datang ke tanah besar Johor iaitu pusat pemerintahan di Makam Tauhid. Selama dua tahun Sultan Abdul Jalil Shah III di Makam Tauhid sebelum berpindah menyeberangi Sungai Damar ke Pasir Raja yang juga dikenali sebagai Batu Sawar pada Oktober 1642. Sultan Abdul Jalil Shah III kekal di Pasir Raja hingga 1673 sebelum bermusuhan dengan Jambi dan meletusnya perang antara Jambi-Johor. Sultan Abdul Jalil Shah III melarikan diri ke Pahang dan bersemayam di Pahang selama empat tahun dan mangkat di Kuala Pahang disebut 'Marhum Mangkat di Pahang @ Marhum Besar"


Sultan Ibrahim Shah
(Raja Ibrahim / Putera Raja Bajau / 1677-1685)
Sultan Johor 9
Sultan Ibrahim Shah merupakan anak Sultan Abdul Jalil Shah III dilantik sebagai Sultan di Pahang pada 1677. Pada 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil mengajak Sultan Ibrahim Shah berpindah dari Pahang ke Riau. Sultan Ibrahim Shah cuba untuk membina semula Kota Johor Lama tetapi tidak kesampaian. Sultan Ibrahim Shah mangkat di Pulau Riau pada 1685 disebut 'Marhum Bongsu".


Sultan Mahmud Shah II
(Raja Mahmud / 1685-1699)
Sultan Johor 10
Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi, dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Disinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".


Sultan Abdul Jalil IV
(Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil / 1699-1720)
Sultan Johor 11
Sultan Abdul Jalil IV ditabalkan sebagai sultan kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan sultan pertama dari keturunan Bendahara. Selepas bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1702, istana di Bukit Tukul terbakar. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor. Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam semula di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar "Kota Lama". Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sultan. Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang".


Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah
(Raja Kecil / Yang Dipertuan Johor / 1718-1722)
Sultan Johor 12
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) merampas kuasa sultan dari Sultan Abdul Jalil IV dan 'mengaku' waris Sultan Mahmud Shah II yang sah. Pada tahun 1719, cubaan merampas semula kuasa oleh Sultan Abdul Jalil IV dan anaknya Raja Sulaiman dan Tun Abas, yang berkubu di Seluyut gagal. Sultan Abdul Jalil IV lari ke Kuala Pahang. Raja Kecil telah berpindah ke Riau dan mentadbir Johor dari Riau. Sultan Abdul Jalil IV dari Kuala Pahang ke Kuala Terengganu dan pada tahun 1720 balik semula ke Pahang. Raja Kecil telah menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV. Raja Sulaiman dan Tun Abas dibawa ke Riau tetapi Raja Sulaiman dan Tun Abas tidak mahu tunduk kepada Raja Kecil dan berpakat dengan Bugis Lima Bersaudara dan berjaya mengalahkan Raja Kecil halau balik ke Siak.


Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
(Raja Sulaiman / Yang Dipertuan besar Johor-Riau / 1722-1760)
Sultan Johor 13
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau oleh Bugis 5 Saudara. Kesultanan Johor diperintah semula oleh keturunan Bendahara. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kemudiannya dilantik Daing Merewah (Kelana Jaya Putera) sebagai Yamtuan Muda Johor Pertama. Di bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, kuasa membuat keputusan bukan lagi dari menteri dan jemaah. Hubungan dengan Belanda terjalin disebut Perjanjian 1754. Perjanjian 1756 memberi hak monopoli perdagangan timah di Linggi, Kelang, Kuala Selangor tanpa keizinan raja memerintah. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat di Riau pada Ogos 1760 disebut "Marhum Batangan".


Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
(1760-1761)
Sultan Johor 14
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah dilantik sebagai sultan menggantikan ayahandanya, tetapi Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah menetap di Kuala Selangor sedang gering. Lima bulan selepas kemangkatan ayahandanya, tiba-tiba Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah mangkat dipercayai diracun. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah disemayamkan di Riau, berhampiran makam ayahandanya.


Sultan Ahmad Riayat Shah
(1761)
Sultan Johor 15
Sultan Ahmad Riayat Shah dilantik menggantikan ayahandanya ketika berusia sembilan tahun. Kuasa pemerintahannya dipegang oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah bersemayam di Kampung Bulang, Riau. Pada tahun 1761, pegawai Belanda telah dating dari Melaka menuntut wang gantirugi perang sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Sultan Sulaiman dahulu. Yamtuan Muda Daeng Kemboja sanggup membayar gantirugi tersebut dan ini mengukuhkan lagi kuasa Yamtuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah mangkat di Riau dalam usia yang muda dipercayai diracun dan disebut "Marhum Tengah".



Sultan Mahmud Shah III

(Raja Mahmud / 1761-1812)

Sultan Johor 16

Sultan Mahmud Shah III menjadi pemerintah Johor-Riau-Lingga. Akibat daripada perpecahan pentadbiran kerajaan Johor, tiga negeri diperintah oleh pemerintah yang berlainan seperti Singapura-Temenggung, Riau-Yamtuan Muda dan Lingga-Sultan. Pada tahun 1812, Sultan Mahmud Shah III mangkat di Lingga.



Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah

(Tengku Abdul Rahman / 1812-1819)

Sultan Johor 17
Berlaku perebutan kuasa yang mana sepatutnya Tengku Husin (Tengku Long) anak sulung Sultan Mahmud Shah III dilantik sebagai sultan. Perlantikan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah disokong kuat oleh Belanda kerana akan mendapat kuasa mentadbir pelabuhan seluruh negeri Johor kecuali Riau dan Lingga. British mula hendak campurtangan atas kepentingan Singapura dan cuba mempengaruhi Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah melantik Tengku Husin sebagai sultan.



Sultan Hussain Shah

(Tengku Husin / Tengku Long / 1819-1835)

Sultan Johor 18
Campurtangan British memberi peluang kepada Sultan Husin Shah menjadi Sultan Johor, tetapi sebelum Sultan Husin Shah tiba ke Singapura, Raffles telah membuat perhubungan dengan Temenggung untuk membenarkan pembinaan loji dan meletakkan satu kompeni askarnya di Singapura. Sultan Husin Shah dilantik sebagai sultan pada 6 Februari 1819. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 18 Mac 1824 membawa kepada perpecahan Empayar Kesultanan Melayu Johor. Kuasa Sultan Husin Shah ke atas Singapura hilang setelah menandatangani perjanjian pada 2 Ogos 1824 dengan British (John Crawford) untuk menyerahkan Singapura dan pulau sekitarnya. Sultan Husin Shah berpindah ke Melaka pada 1834 dan mangkat di Tengkera setahun kemudian.



Sultan Ali (tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris)

(Tengku Ali / 1835-1877)

Sultan Johor 19

Sultan Ali diisytiharkan sebagai sultan pada 16 September 1840. Berlaku persaingan kuasa dan kekayaan Johor antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim. Pada 10 Mac 1855, termeterai satu perjanjian menyerahkan kedaulatan Johor kepada Temenggung kecuali Muar dan Kesang. Sultan Ali kemudiannya mangkat di Umbai, Melaka pada 20 Jun 1877.



Raja Temenggung Tun Ibrahim Seri Maharaja Johor

(Temenggung Tun Daeng Ibrahim / 1855-1862)

Sultan Johor 20
Tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali. Raja Temenggung Tun Ibrahim membuka Iskandar Puteri atau Tanjung Puteri sebagai pusat pentadbiran kerajaan. Raja Temenggung Tun Ibrahim juga mewujudkan sistem pentadbiran kerajaan yang teratur dan tersusun. Pada 1 Februari 1862, Raja Temenggung Tun Ibrahim mangkat.



DYMM Sultan Abu Bakar

(Temenggung Che Wan Abu Bakar / Ungku Abu Bakar / 1862-1895)

Sultan Johor 21

Memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Berusaha memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung. Membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadi pusat pentadbiran kerajaan Johor. Maharaja Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu". Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan "Perang Jementah" pada 1879 tetapi gagal. Bagi mengukuhkan azam Maharaja Abu Bakar, baginda memakai gelaran Sultan Johor pada 1 Julai 1886 dengan gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor. Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbiran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat. Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah mangkat di Eropah pada 10 Mei 1895 dan disemayamkan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.



Dymm Sultan Ibrahim

(1895-1959)

Sultan Johor 22

Dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota pada 23 Mei 1891 dan ditabalkan sebagai pengganti pada 7 September 1895. Dimahkotakan pula sebagai sultan pada 2 November 1985. Sewaktu pemerintahannya, gagasan Civil Service diperkembangkan secara meluas ke seluruh negeri Johor. Ketua jabatan terdiri daripada pegawai Melayu, British hanya membantu, dasar ini menyebabkan British sukar bertapak di negeri Johor. Sultan Ibrahim membubarkan Sistem Kangcu pada 1917 dan ekonomi negeri terus berkembang dengan membina infrastruktur jalan keretapi pada 1904, dan sebagainya. Sultan Ibrahim mangkat di Eropah pada tahun 1959 dimakamkan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.



DYMM Sultan Ismail

(1959-1981)

Sultan Johor 23

Negeri Johor semakin maju dibawah pemerintahan Sultan Ismail. Pembukaan lading-ladang FELDA, KEJORA, rancangan perparitan Johor Barat, Pelabuhan Pasir Gudang, Lapangan Terbang Sultan Ismail, dan kawasan perindustrian diwujudkan dan dibina. Sultan Ismail mangkat pada 10 Mei 1981 di Hospital Besar Johor Bahru dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.



DYMM Almutawakkil 'Alallah

Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj

(1981-kini)

Sultan Johor 24

Dilantik menggantikan ayahandanya pada 11 Mei 1981. Dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong kelapan pada tahun 1984. Merupakan pemimpin yang berkarisma, berjaya menggerakkan rakyat untuk memajukan Johor dalam perniagaan, perindustrian, perusahaan, pertubuhan dan badan sukarela.


Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Tunkui10

ni TENGKU Mahkota Johor yg bru, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmood Iskandar dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini. Pengumuman dibuat Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berikutan kegeringan Sultan Johor, Sultan Mahmood Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail...(23-jan-2010)

sumber>http://arjunapicisan.blogdrive.com/comments?id=43

Very Happy Very Happy Very Happy
shuk2442
shuk2442
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 100
Points : 112
Join date : 15/01/2010
Age : 43
Location : jengka 3...ampang selangor

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sun Jan 24, 2010 1:20 am

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 014496109

Orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di Istana Besar, Johor Baru. - Foto The Star oleh MOHD SAHAR MISNI



http://mstar.com.my/
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sun Jan 24, 2010 1:23 am

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Zulnor10

Zulkifli buat laporan polis terhadap Khalid

AHLI Parlimen Kulim Bandar Baru dari PKR, Zulkifli Noordin menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (Pas) berhubung kalimah Allah di Balai Polis Masjid India, Kuala Lumpur 23 Januari. - Utusan/WAHIDAH ZAINAL


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  zulkbo Sun Jan 24, 2010 1:26 am

MALAYSIA BOLEH: Pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei (atas) dan pasangan beregu utama negara, Koo Keng Kiat dan Tan Boon Heong puas selepas masing-masing berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan Badminton terbuka Malaysia-Proton 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil, petang tadi.
Jan 23, 2010 7:46 pm

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Badmin11


http://www.bharian.com.my/index.html
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Berita Bergambar Menarik Hari nih.... - Page 26 Empty Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 26 of 31 Previous  1 ... 14 ... 25, 26, 27 ... 31  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum