Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Page 5 of 6 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  adidas on Wed Dec 02, 2009 11:23 am

sakur@86 wrote:
adidas wrote:Esok adalah tarikh tutup pesat pantun peringkat PCC....sessi penjurian sedang dijalankan...

sapelah menang yek...masing2 hebat berpantun....
Very Happy Very Happy

hebat hebat tp ada yg tak menepati syarat2... Very Happy
avatar
adidas
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 101
Points : 111
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  sakur@86 on Wed Dec 02, 2009 11:32 am

adidas wrote:
sakur@86 wrote:
adidas wrote:Esok adalah tarikh tutup pesat pantun peringkat PCC....sessi penjurian sedang dijalankan...

sapelah menang yek...masing2 hebat berpantun....
Very Happy Very Happy

hebat hebat tp ada yg tak menepati syarat2... Very Happy

xpelah serah pada juri untuk wat pemilihan......
Very Happy Smile
avatar
sakur@86
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 30
Location : Bera

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  adidas on Wed Dec 02, 2009 11:48 am

sakur@86 wrote:
adidas wrote:
sakur@86 wrote:
adidas wrote:Esok adalah tarikh tutup pesat pantun peringkat PCC....sessi penjurian sedang dijalankan...

sapelah menang yek...masing2 hebat berpantun....
Very Happy Very Happy

hebat hebat tp ada yg tak menepati syarat2... Very Happy

xpelah serah pada juri untuk wat pemilihan......
Very Happy Smile

juri tgh bersidang ni.. Very Happy
avatar
adidas
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 101
Points : 111
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  Jeck Sparow on Wed Dec 02, 2009 11:50 am

Baik baik la bersidang tu huhuhuhuhhu
avatar
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  strikerbuncit on Wed Dec 02, 2009 11:57 am

Saudara zack sudah bersuara,
tamatlah sudah pesta pantun di PCC,
jangan dilupa anjurkan semula
kerana tradisi kita takkan mati..

Menang dan kalah adat permainan,
kita semua tiada hasad dengki,
sesiapa yang menang kita raikan,
pada yang kalah,cubalah lagi..


*hehe..leh terima ke penyertaan terakhir ni? tak mng xpela,janji puas hati dpt berpantun..
avatar
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  sakur@86 on Wed Dec 02, 2009 12:03 pm

strikerbuncit wrote:Saudara zack sudah bersuara,
tamatlah sudah pesta pantun di PCC,
jangan dilupa anjurkan semula
kerana tradisi kita takkan mati..

Menang dan kalah adat permainan,
kita semua tiada hasad dengki,
sesiapa yang menang kita raikan,
pada yang kalah,cubalah lagi..


*hehe..leh terima ke penyertaan terakhir ni? tak mng xpela,janji puas hati dpt berpantun..

juri sekalian sila pertimbangkan penyertaan rodong kite yang terakhir ni....hehe
Crying or Very sad Razz lol!
avatar
sakur@86
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 30
Location : Bera

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  adidas on Wed Dec 02, 2009 12:08 pm

SB...silap, tarikh tutup hari ni tp sampai jam 12 tgh mlm ni..

sakura...syarat2 dah cukup mmg dlm pertimbangan..
avatar
adidas
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 101
Points : 111
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  sakur@86 on Wed Dec 02, 2009 12:18 pm

adidas wrote:SB...silap, tarikh tutup hari ni tp sampai jam 12 tgh mlm ni..

sakura...syarat2 dah cukup mmg dlm pertimbangan..

kalau ge2 keputusannye esOk la yek....menang dapat hadiah pe?
scratch
avatar
sakur@86
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 30
Location : Bera

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  jasnoraizan on Wed Dec 02, 2009 12:29 pm

Sesak sungguh di kaki lima
Penat berjalan sakitlah peha
PCC Boleh slogan bersama
Asalkan ada daya usaha

Dapur kotor mahu disental
Habis tertumpah isi kerisi
Jatidiri hendaklah kental
Semangat waja membangunkan PCC

Masuk hutan menembak rusa
Nikmat rezeki Tuhan kurnia
Marilah bersama membuat jasa
PCC harum di persada dunia
avatar
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  strikerbuncit on Wed Dec 02, 2009 12:32 pm

power la aok jas..
tetiba kwn rasa mcm nk surrender jek..huhu
apepun,terserah pd juri yg adil lg bijaksana..

*tiada niat mengipas juri pun..
avatar
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  adidas on Thu Dec 03, 2009 8:17 am

keputusan akan diumumkan lewat sikit sbb juri sibuk dgn jom heboh..

harap bersabar...
avatar
adidas
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 101
Points : 111
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  strikerbuncit on Fri Dec 04, 2009 5:07 pm

adidas wrote:

Bilalah nak dapat red guava nih? keptusan asik tgguh je..ke dah takde stok?? xpela,dpt air sirap jadilah sbg hadiah...ekekeke
avatar
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  labu sayong on Sun Dec 06, 2009 4:05 pm

Koi pun rase mcm dpt minum air sirap je ni..huhu..
avatar
labu sayong
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 31
Location : Johor/Jengka 4

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  zulkbo on Sun Dec 06, 2009 10:51 pm

Dari Temerloh Berkereta Ke Pekan
Singgah Minum Di Pekan Bera
Salam Ukhwah Saya Hulurkan
Pada Yang Sudi Berbual Bicara

jawab jangan tak jawab
cak pong..cak pong
hu hu hu Razz

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  adidas on Wed Dec 09, 2009 7:36 am

penyertaan dan kempen telah ditutup pada 2 disember 2009 yg lalu...disertakan kembali syrt2 penyertaan utk ingatan bersama..


jom berpantun..

Syarat2 penyertaan:

- terbuka kepada semua ahli PCC yang bermastautin di MALAYSIA sahaja.
- Tarikh TUTUP: 2 dISEMBER 2009, keputusan akan diumumkan pada 6 Disember 2009.
- Setiap individu boleh menghantar seberapa banyak pantun penyertaan.
- Setiap penyertaan mestilah menyediakan 2 rangkap pantun 4 kerat
- Setiap pantun mestilah mempunyai perkataan atau berkaitan PAHANG dan PCC sahaja.
- Pantun mestilah karya asli peserta
- Pantun mestilah guna perkataan penuh, bukan singkatan.
- Pantun mestilah menggunakan BAHASA KEBANGSAAN dan tidak dirojakkan.
- Pantun boleh juga sebagai menjawab/bertingkah/bersahutan dengan pantun rakan-rakan yg lain.
- Penyertaan adalah PERCUMA
- Keputusan juri adalah MUKTAMAD

HADIAH :

1 kotak x 1 peserta
avatar
adidas
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 101
Points : 111
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  adidas on Wed Dec 09, 2009 7:55 am

senarai pantun2 yg layak memasuki penyertaan

1.Jasnorizan

kumasak-masak sugi sedulang
malang nasibku lepat ubi yg jadi
andai ada masa yang terluang
silalah melayari masuk PCC,

jajahan tok gajah amat dihormati
labu sayong bersopan santun
sungguh megah gembiranya hati
melihat PCC mula berpantun

pergi kuantan pakai sepatu
sambil berjalan terincat-rincat
kalau PCC selalu bersatu
segala extvt mudah dibuat,

jikalau NUC'S mengambil peti
tolong ambilkan selembar benang
jikalau PCC bersatu hati
kerja yg susah menjadi senang
------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. yassin

Dari Jerantut ke Kuantan
singah di Temerloh membeli patin
Bila berkawan perlukan keikhlasan
agar hidup lebih kemesraan.

Peria dipotong bersegi-segi
mari dimakan bersama lepat ubi
ceriakan hati, ceriakan PCC
agar kita saling menghormati.

Pergi ke Benta mencari kabung
Kabung dibawa ke kuala Retang
Bila kita sudah bergabung
Pasti ceria PCC dimasa akan datang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Deto

tarik upih kedalam gelanggang,
sayang tercarik di tepi palang,
PCC ibarat sirih pulang ke gagang,
buat orang senyum melirik hati nan girang,

Hendak ku sukat air madu
dari guri ke dalam loyang
PCC semakin dekat semakin rindu
Saban hari semakin sayang

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. jasnorizan

ayam hutan terbang ke hutan
tali tersangkut di KLCC
TGC bukan kelate.net pun bukan
hati terpaut kerana PCC

abg jem pergi ke bandar kuantan
pergi membawa sebuah raga
PCC juga jadi ingatan
seribu tahun terkenang juga

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. labu sayong

Indah harum bunga cempaka
lalu disunting oleh perawan
kala hati dilanda duka
ruangan PCC tempat curahan

Telah kucurah air tempayan
sayang sekali hujan tak jadi
Walau indah negeri kayangan
Pahang tetap berada di hati

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

6.stikerbuncit

Datang hamba dari selatan,
Ke ibu kota membawa diri,
Biarpun jauh dari kampung halaman,
Namun PCC,dekat di hati..

Tiada darah tiada saudara,
Hamba datang menumpang kaki,
Di PCC lah mendapat saudara,
Terasa bagaikan keluarga sendiri

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

7. Sakura@86

SALAM DIHULUR PEMBUKA BICARA,
BUAT TEMAN PCC SEKALIAN,
SAKURA DATANG DARI BERA,
SALAH DAN SILAP TOLONG TUNJUKKAN.

ADIK MUDA ABANG DAH TUA,
TUA ABANG PENUH PENGALAMAN,
MUDA ADIK PENUH KESALAHAN,
SALAH DAN SILAP HARAP DAPAT DIMAAFKAN.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

8.ozzy

MERENDAH DIRI AMALAN MULIA,
ITU AJARAN ORANG BERA,
BUKAN TAK MAHU MENUNJUK RUPA,
TAKUT DIKATA BERIA-RIA.


Mencari pula buah pala
sakit kaki tersepak bata
Apa salah sekali sekala
Menunjuk rupa yang katanya jelita

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

9. Strikerbuncit

Jauh di mata tidak bermakna jauh di hati,
Biarpun ia sejauh di daerah Bera,
Kalaulah tak kerana PCC,
Sukar jugalah hendak bermesra..

Ku petik bunga taik ayam,
Hendak ku beri pada gadis rupawan,
Bukan niat nak memalukan,
Sebab duit tak cukup nak belanja makan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

10. strikerbuncit

Saudara zack sudah bersuara,
tamatlah sudah pesta pantun di PCC,
jangan dilupa anjurkan semula
kerana tradisi kita takkan mati..

Menang dan kalah adat permainan,
kita semua tiada hasad dengki,
sesiapa yang menang kita raikan,
pada yang kalah,cubalah lagi..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

11.jasnorizan

Sesak sungguh di kaki lima
Penat berjalan sakitlah peha
PCC Boleh slogan bersama
Asalkan ada daya usaha

Dapur kotor mahu disental
Habis tertumpah isi kerisi
Jatidiri hendaklah kental
Semangat waja membangunkan PCC

Masuk hutan menembak rusa
Nikmat rezeki Tuhan kurnia
Marilah bersama membuat jasa
PCC harum di persada dunia

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
avatar
adidas
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 101
Points : 111
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  adidas on Wed Dec 09, 2009 8:04 am

BIMBINGAN BERKARYA - PANTUN

PENGENALAN


Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.

Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.

Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.

Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.

Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:

Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa.


Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.

Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

KANDUNGAN PANTUN MELAYU

Pembayang atau sampiran


Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

Maksud atau isi

Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).

Perkataan

Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

Suku kata

Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

Rima atau bunyi

Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.

Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :

Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.



CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK

Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

-mengandungi 4 kerat/baris
-jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
-jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
-ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
-bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
-bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
-maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
-sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud,mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.
avatar
adidas
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 101
Points : 111
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  adidas on Wed Dec 09, 2009 8:18 am

berdasarkan panduan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka di atas dan syarat2 utama penyertan iaitu :

- Setiap penyertaan mestilah menyediakan 2 rangkap pantun 4 kerat
- Setiap pantun mestilah mempunyai perkataan atau berkaitan PAHANG dan PCC sahaja.
- Pantun mestilah karya asli peserta
- Pantun mestilah menggunakan BAHASA KEBANGSAAN dan tidak dirojakkan.


maka dengan ini DIISYTIHARKAN bahawa pemenang PERTANDINGAN PANTUN sempena KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN jatuh kepada pantun berikut >>


TEMPAT PERTAMA

tarik upih kedalam gelanggang,
sayang tercarik di tepi palang,
PCC ibarat sirih pulang ke gagang,
buat orang senyum melirik hati nan girang,

Hendak ku sukat air madu
dari guri ke dalam loyang
PCC semakin dekat semakin rindu
Saban hari semakin sayang



TEMPAT KE 2

Indah harum bunga cempaka
lalu disunting oleh perawan
kala hati dilanda duka
ruangan PCC tempat curahan

Telah kucurah air tempayan
sayang sekali hujan tak jadi
Walau indah negeri kayangan
Pahang tetap berada di hati


oleh kerana hadiah diperuntukkan untuk satu pemenang sahaja, maka hanya tempat pertama sahaja yg akan menerima hadiah tersebut.Satu majlis penyampaian hadiah yg gilang gemilang akan diadakan.



ulasan pihak juri

sambutan agak menggalakkan tetapi bukan amat menggalakkan.Setiap peserta berusaha menghasilkan yg terbaik tetapi kadangkala tersasar dari syarat-syarat penyertaan utama iaitu perlu menyediakan 2 rangkap pantun 4 kerat dan yg berkaitan dgn PCC dan Pahang.

Pemenang dipilih di antara yg terbaik dan menepati ciri-ciri pantun yg baik mengikut panduan dari DBP di atas iaitu :

-mengandungi 4 kerat/baris
-jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
-jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
-ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
-bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
-bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
-maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
-sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.


SEKIAN, jumpa lagi dalam pesta/pertandingan yg lain di masa akan dtg.


KEPUTUSAN PIHAK JURI ADALAH MUKTAMAD
avatar
adidas
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 101
Points : 111
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  jasnoraizan on Wed Dec 09, 2009 8:49 am

...tah...nia...ah.... para pemenang....


Last edited by jasnoraizan on Wed Dec 09, 2009 9:09 am; edited 1 time in total
avatar
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  ozzy on Wed Dec 09, 2009 9:07 am

Tahniah pada pemenangnya..koi x de bende nak bantahnya sebab koi x berapa reti pun bab pantun ni..anggap saja sekadar hiburan..
avatar
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  edi on Wed Dec 09, 2009 9:39 am

Kambing hitam makan nangka,
Tercekik biji lalu mati,
Adat budaya jgn dilupa,
Kelak rugi diri sendiri....
avatar
edi
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 302
Points : 303
Join date : 11/11/2009

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  edi on Wed Dec 09, 2009 9:58 am

Kalau tuan hendak ke kemaman,
Jgn lupa snggah kuantan,
Al-quran dan sunnah jgn dilupakan,
Buat panduan dalam kehidupan...
avatar
edi
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 302
Points : 303
Join date : 11/11/2009

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  strikerbuncit on Wed Dec 09, 2009 10:10 am

Tahniah kepada Deto sbg pemenang utama & LS juga kerana dpt no.2..kwn dpt jd finalist pun dah bangga yg amat..t.kaseh kpd saudara zack krn anjur pertandingan yg bermakna ini.. sunny cheers
avatar
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  labu sayong on Wed Dec 09, 2009 11:15 am

Terasa dingin air di kali
Tempat bermain si pari-pari
Kasih saya pada PCC
semakin bercambah di dalam hati

Embun menitik di pagi hari
Jatuh menimpa rumput di bumi
Terima kasih daun keladi
Lain kali anjurlah lagi

Very Happy Very Happy

p/s..tahniah abg deto.. tahniah jugak kpd yg menyertai...xleh lawan lah org berpengalaman...RGC tu share tau... Very Happy
avatar
labu sayong
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 31
Location : Johor/Jengka 4

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  lepat_ubi on Wed Dec 09, 2009 12:11 pm

strikerbuncit wrote:Tahniah kepada Deto sbg pemenang utama & LS juga kerana dpt no.2..kwn dpt jd finalist pun dah bangga yg amat..t.kaseh kpd saudara zack krn anjur pertandingan yg bermakna ini.. sunny cheers

ceee....mcm ayat artis tuh...
avatar
lepat_ubi
A.D.O
A.D.O

Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 28
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04

Back to top Go down

Re: jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 5 of 6 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum