Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86

Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

+8
acey
koy101
MD
Mrcipizs
jasnoraizan
ozzy
zulkbo
Jeck Sparow
12 posters

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  acey Thu Nov 12, 2009 4:46 pm

jasnoraizan wrote:
Qaisara wrote:
acey wrote:jangan bagi fatwa sendiri, bahaya tu adik manis

sorry...
koi nk berkongsi citer... dn citer ni adalah kisah benar semata2...
mak koi call pg ni.... katanya 2 hari lepas sepupu koi [umur 30] rebah masa balik keja... bawak pegi hospital terus masuk icu... doktor cakap puncanya ROKOK... tar dh terlalu banyak d sekeliling jantungnya dn telah menyumbat saluran... bla... bla... bla...
mak koi pn tk bper reti nk explain...
dipendekkan citer skrg ni sepupu koi baru je keluar dr icu dn berada di wad biasa...
insya allah ada masa koi nk pegi melawat dia...

aok citer lah ..citer sedih mcmana pun...hok2 yg perokok tegar nih hanya akan memandang enteng aje dgn apayg diberitahu.... 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Icon_sad 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Icon_sad

sesungguhnya sakit itu adalah ujian dariNya kepada hambanya yang terpilih

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  strikerbuncit Wed Nov 18, 2009 9:12 am

Azamin Amin: Kenapa saya berhenti merokok?

Mereka mengaut keuntungan atas kesengsaraan si perokok. Itu tanggapan awal saya setiap kali kerajaan menaikkan duti eksais rokok dengan alasan "rokok membahayakan kesihatan."
Saya tidak pernah membantah tentang bahaya dan puakanya menghisap rokok ini. Saya setuju malah agama sendiri telah membariskan surah yang melarang kita merosakkan tubuh badan dan membahayakan kesihatan. Ramainya juga maklum perbahasan ini.

"Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan," (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Bagi saya ayat ini terpakai bukan sahaja untuk yang merokok, bahkan jika kita memandu laju di jalan raya dengan mengundang celaka kepada nyawa dan orang di sekeliling kita, ianya juga satu larangan keras dari agama.

Ya, saya bukan nak berhujah tentang surah atau bercerita seperti orang yang pandai agama tetapi nak bercerita tentang natijah dan padahnya pengalaman yang saya lalui selama menjadikan rokok sebagai teman hidup.

Saya berjinak dengan rokok, sewaktu berusia 15 tahun ketika gelodak jiwa dan perasaan dihambur seribu macam masalah yang bertimpa. Kononnya dengan merokok dapat menyelesaikan atau sekurang-kurangkan mengurang beban di fikiran. Begitulah dangkalnya minda yang belum matang.

Ternyata rokok sebagai teman duka lara tidak banyak membantu, bahkan menambahkan lagi satu masalah baru, iaitu ketagihan. Dengan harga yang mahal, sebagai pelajar seperti saya, sering mencari akal dan alasan untuk meminjam atau meminta duit daripada sang ayah untuk memenuhi kehendak nafsu itu.

Itulah sebabnya, kalau pelajar hisap rokok, mereka mesti 'steng' atau kongsi sikit seorang. Kadang-kadang sebatang kongsi lima orang. Ianya sesuatu yang 'luxury' (mewah) dan sering digambarkan sebagai seorang yang mempunyai 'gaya dan keunggulan' dan dipandang hebat di mata ramai.

Itu dari sisi pandang seorang perokok. Bagi yang memandang, pasti menyampah!

Di asrama, aneka helah dicerna untuk memastikan ketagihan itu dapat dilunasi. Bayangkanlah, kalau ditangkap kerana menghisap rokok, tak cukup tanah dikerjakan cikgu sekolah. Oleh itu pelbagai cara digunakan untuk menyembunyikan hanya sebatang rokok.

Antaranya sorok di sisi stoking, sebatang pen yang diubah suai, sesuai dengan saiz batang rokok, siling sekolah, batang-batang besi katil yang mempunyai lubang kecil dan 1001 macam cara untuk menjadi 'penjenayah' tidak bertauliah.

Saya menjadi 'social and regular smoker' pada usia 20an, ketika bertugas sebagai pengemaskini data dan sijil saham di sebuah syarikat saham di ibu kota.

Kerja adakalanya melangkaui, lewat masa dan tamat sehingga subuh hari. Mata kadang-kadang terpejam celik. Justeru, kononnya untuk menahan mata menjadi 'terang', rokok dijadikan ubat penawar.

Seperti biasa, ubat yang disangka penawar hanyalah dongengan semata tetapi menambah bala, apabila mula batuk tak berhenti pula. Yang disangka teman atau penawar, rupanya racun berbisa, tak bermata.

Tidak mudah berhenti merokok

Itulah sebabnya, saya simpati dengan si perokok dan sebenarnya tidak mudah untuk berhenti rokok. Kalau sudah terjebak, cukup perit untuk berjuang meninggalkannya.

Saya berusaha berhenti merokok tiga kali sepanjang hidup ini. Fasa pertama ketika berusia 22 tahun. Berazam tekad dengan cara berdikit-dikit. Dari 10 batang sehari, berkurang menjadi tujuh, kemudian tiga, seterusnya sebatang sehari. Akhirnya saya berjaya berhenti selama sebulan.

Terkejut juga badan. Tiga hari saya demam dan menggelisah. Macam orang ketagih dadah lagaknya. Apatah lagi bila tengok kawan-kawan berkepul asap di depan mata. Ada pula yang tidak menyokong, bahkan memberi rokok percuma berbatang-batang, supaya saya terus bersama seiring sejalan dengan mereka.

Kemudian, saya kembali semula menghisap. Kali ini lebih 'advance'. Dua kotak sehari. Satu rokok jenis biasa dan satu rokok jenis kretek. Lebih parah, ketika saya membuat kerja-kerja buruh, menanam anak benih pokok getah di kaki bukit. Waktu kerja terik di bakar mentari, lebih gian dan kuatlah rokok dicucuh api.

Fasa kedua, saya cuba cara tradisional. Ambil kelapa muda, belah dan kemudian tembakau rokok di rendam di dalam air kepala itu. Lepas itu minum. Cukup teruk rasanya dan cukup dramatiklah gayanya, apabila saya kemudiannya muntah!

Ya, bertahanlah saya selama 30 hari sahaja. Bau dan asap rokok cukup tidak menyenangkan. Tetapi lama kelamaan, ketagihan itu melebihi daripada perasaan tidak mahu merokok. Rupanya, bukan cara berhenti yang menjadi pokok pangkalnya, tetapi keazaman yang kuat.

Ada beberapa mitos, yang diceritakan bahawa tembakau rokok ini 'disemah' dan jampi terlebih dahulu. Ada juga yang kata, yang ianya dibancuh dan disiram dengan arak terlebih dahulu. Ada juga kata, rumput pertama yang dipijak syaitan, setelah ditendang keluar dari syurga itulah yang dinamakan tembakau.

Macam-macam cerita. Ada hadis dhaif dan palsu. Semuanya saya tidak tahu, yang saya tahu, ianya benar-benar membuatkan seseorang ketagih!

Kerajaan kaut untung atas derita si perokok

Sebenarnya selain Fasa Satu dan Fasa Kedua, telah ada beberapa siri kecil, saya berusaha mengadakan protes kepada rokok ini. Kerana pada saya ianya tidak menambah nilai atau memberi sebarang makna.

Cuma yang lebihnya ialah menambah satu penyakit demi penyakit dan menambah wang demi wang untuk menikmati ketagihan. Malah sumpahan, cacian dan bencinya manusia kepada si perokok juga turut menjulang tinggi. Itu sahajalah yang menambah.

Itu tidak termasuk batuk berdarah, sakit dada, semput, sukar bernafas, pening dan tak bermaya.

Selain itu, menjadi seorang perokok ini bukanlah sesuatu yang membanggakan. Bayangkan gaya hidup yang tidak sihat dan sanggup berkorban apa saja semata-mata untuk menyedut nikmat asap dan candu.

Saya sanggup bersusah payah keluar rumah jam 3.00 pagi, semata-mata, mencari bekalan rokok. Lihat betapa gian dan bahananya menghisap rokok.

Tidak cukup dengan itu, kita penting diri sendiri. Asap yang berkepul, dihidu insan tak 'berdosa' terutamanya si kecil yang tercungap-cungap, cuba menghirup udara nyaman.

Satu lagi, kalau ketandusan wang, ada masanya, terkial-kialnya mencari puntung-puntung lama, untuk dicucuh api, dan dihisap semula. Macam orang gila, mengaih sampah. Betapa, malunya watak itu, kalau ditonton ramai. Tak percaya, tanyalah kepada yang pernah melalui saat getir itu.

Satu lagi sifat merokok ini, tidak mungkin tidak, ianya ada ciri-ciri seorang 'pengotor.' Tak mungkin tidak, seorang perokok, akan membuang rokoknya di mana sahaja, bumi dipijak dan puntung dijunjung. Jalan raya, kaki jalan, taman bunga, ladang, bangunan, kubur malah kawasan hospital pun, tidak lepas dengan sikap pengotor ini.

Selepas itu, sudahlah ada ketagihan yang sukar dibendung, kerajaan pula ambil kesempatan kaut untung atas sengsara si perokok.

Betapa malunya menjadi sang perokok. Sudahlah disumpah, dicerca oleh orang ramai kerana mempunyai tabiat yang tidak elok, kemudian dianiaya pula oleh kerajaan, dengan menaikkan cukai dengan tidak semena-mena.

Dengan alasan-alasan seperti ramai perokok yang tegar, masalah kesihatan perokok yang semakin meruncing dan gejala rokok di kalangan pelajar sekolah semakin berleluasa maka kerajaan seperti biasa mencari jalan mudah dan pintas menyelesaikan masalah tersebut dengan menaikkan harga rokok!

Seorang pembaca menimbulkan persoalan sama ada bersungguh dan ikhlas kerajaan dalam memerangi rokok yang telah dibuktikan membahayakan kesihatan ini atau barangkali, kerajaan lebih suka membiarkan gejala ini berleluasa dan berterima kasih dengan ketagihan perokok ini supaya dapat mengaut keuntungan yang banyak.

Pohon kepada Allah

"Memang benar sama ada dinaikkan atau diturunkan harga, fenomena rokok amatlah sukar dibendung secara total, tetapi membiarkan perokok mendapatkan bekalan rokok dengan mudah adalah satu tindakan kerajaan yang perlu dipersoalkan," katanya dalam satu laman surat pembaca Harakahdaily.net dua tahun lalu kepada saya.

"Kerajaan dan umum mengetahui, perokok yang ketagihan akan terus berusaha dengan segala kepayahannya untuk mendapatkan bekalan rokok meskipun harganya terlalu tinggi," tulis pembaca itu.

Saya simpati kepada nasib perokok. Apalagi yang tinggal kepada si perokok kalau ketagihan mereka dipermainkan dan dijadikan umpan?

Tak mengapalah tetapi saya tidak ada cara lain lagi untuk berhenti merokok. Sudah cukup banyak ianya menyeksa saya. Wang, masa dan tenaga, dihabiskan untuk sebatang nan durjana ini. Saya tidak ada pilihan lain, melainkan berhenti dengan serta merta!

Macam-macam cara saya guna. Dan saya sering teringat kata seorang teman tentang rokok.

"Setiap hari, walaupun mungkin tidak haram tetapi kau buat kerja yang tidak disukai Allah, pasti sukar mendapat rahmat dari-Nya. Pasti, tidak ada kecukupan dan berkah dalam kehidupan," katanya membuatkan saya terkedu seketika.

Tidak ada cara lain, melainkan memohon pertolongan Allah. Allah sahaja yang tahu sengsaranya hidup sebagai sang perokok. Di luar bergaya, di dalam malapetaka.

Saya mula berdoa dengan melafazkan kata-kata khusus, supaya Allah 'mengkhatamkan' hati saya, untuk tidak merokok lagi.

"Ya Allah. Berhentikanlah tabiat menghisap rokok ini. Hanya pada-Mu sahaja yang berkuasa mengubah hati. Tutuplah hati dan perasaan ingin merokok ini. Aku tidak mahu merana lagi dan tidak mahu melakukan seuatu yang tidak kau redhai," pinta saya sewaktu sujud yang lama.

Bersungguh-sungguh saya pohon. Kerana saya yakin dan pasti, persoalan hati dan semangat yang kuat adalah urusan Allah untuk kabulkan.

Sehinggalah pada suatau malam sekitar akhir tahun 2005, ketika menyala sebatang rokok, mulut saya rasa begitu pahit dan tekak mula menjadi loya menjadikan hati saya terasa begitu mual, benci dan tidak mahu lagi untuk terjebak dengan ketagihan yang memalukan.

Alhamdullilah, doa saya yang tidak putus-putus untuk berhenti merokok, dikabulkan tuhan dan tuhan telah menyelamatkan saya sekali lagi.

Dan, kini sudah hampir empat tahun, hidup saya semakin tenang, fikiran makin matang dan nafas kembali segar dan udara untuk dihirup setiap pagi, di kala subuh terasa cukup nikmat!

Kepada yang berhajat untuk berhenti, sesungguhnya ruang pengampunan dan pertolongan Allah Maha luas, pintalah nescaya diperkenankan.

Kepada yang mahu juga mencuba, cubalah tetapi hadapilah 'azab' yang saya lalui selama 10 tahun menjadi sang perokok.

Kepada yang mahu mencuba, lupakan saja, kerana bimbang-bimbang sukar untuk kembali ke pangkal jalan!

Kepada yang ingin membantu, jangan caci dan hina si perokok tetapi bantu bimbing semangat mereka kerana mereka juga manusia biasa....

(Kepada yang ingin memberi pandangan atau menegur saya, silakan maju ke azaminamin@yahoo.com atau urespons@gmail.com )

*Hendak seribu daya,taknak dahh!!.."
Laughing
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  acey Wed Nov 18, 2009 9:25 am

alhamdulillah, baguih cerita ni, moga2 memberikan keinsafan kepada mereka yg tidak merokok. kepada yg merokok, kalu berjumpa nanti, bok mari rokok sebatang, koi punya dah habis la pulok

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  strikerbuncit Wed Nov 18, 2009 9:58 am

Kpd perokok tegar..moh la buka 1thread/topik kebaikan merokok..dpt list 10 kebaikan jadila..huhuhu Razz
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  acey Wed Nov 18, 2009 10:29 am

koi listkan sekejap lagi la, nak hisap rokok dulu, baru dapat feelllllllllnya

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  strikerbuncit Wed Nov 18, 2009 10:35 am

acey wrote:koi listkan sekejap lagi la, nak hisap rokok dulu, baru dapat feelllllllllnya

selamaatttttttttttttt... drunken
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  acey Wed Nov 18, 2009 11:21 am

1. membantu silaturahim

- dengan adanya rokok, dapatlah kita memulakan perbualan dengan orang baru yang kita jumpa. Ye la, senang bercerita dengan sesama perokok ni, ada je point nak bercakap. kalu tak de idea, cucuh lagi sebatang, datang je idea nak berborak tu. Org yg merokok tidak memandang hina pada org yang tidak merokok, tetapi org yg tidak merokok akan memandang hina kepada org yg merokok. Hanya mereka yang merokok yang boleh bersembang dengan perokok. Yang tak merokok mmg tidak suka berborak dengan perokok dan sentiasa memandang hina sahaja atas alasan kesihatan katanya ( entah2 org yg tidak merokok tu mmg dah ada sakit jantung dan menunggu masa sahaja ). Logiknya, org yg tidak merokok tadi tidak berusaha untuk mengikat silaturahim, kerana sifat memandang hina tadi

jap lagi sambung balik, koi pergi mencucuh jap

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  strikerbuncit Wed Nov 18, 2009 11:27 am

acey wrote:1. membantu silaturahim

Laughing Laughing
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  acey Wed Nov 18, 2009 11:36 am

tak sempat habis mencucuh, idea dah datang

2. menjaga kesihatan

- kita sentiasa dimomokkan dengan merokok membahayakan kesihatan. okayla tu, org yg tidak merokok ni tak mati la kot2 nye.
- org yg merokok sentiasa ingat bahawa untuk mempastikan mereka terus sihat bagi menafikan momokan merokok membahayakan kesihatan, mereka harus bersenam dengan lebih konsisten. Secara tidak langsung, berkat momokan yg hanya dinyatakan itu, org yg merokok ini akan bersenam n bersenam n bersenam lagi la pulok, dan secara logik akalnya, kesihatan mereka akan terjaga, InsyaAllah
-berbeza dengan org yg tidak merokok, mereka akan merasakan dengan egonya bahawa mereka ini sihat kerana tidak merokok. so, mereka berpotensi untuk tidak bersenam secara konsisten. Logik akalnya, mereka tiada satu daya yang kuat untuk push mereka agar bersenam dan ego ttg sihat tanpa merokok akan memakan mereka sendiri nanti.

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  acey Wed Nov 18, 2009 11:50 am

3. menggatal dengan awek n berakhir dengan poligami

- org yg tidak merokok ini sentiasa berperasaan ego ttg kesihatan kejantanan mereka. Atas alasan kesihatan kejantanan mereka yg konon2 nya la, mereka mudah untuk berlagak dengan awek2 n awek2 akan mudah tertipu dengan statement kesihatan kejantanan mereka kerana tidak merokok. entah2, hampurah juga adanya
- 10 org kawan koi yang menggatal dengan awek n berpoligami adalah tidak merokok
- org yg merokok ni akan dimomokkan dengan perkataan tidak sihat. untuk itu, pada logik akalnya, mereka ini akan lebih menghargai isteri kerana mengharapkan isteri mereka adalah tempat untuk mereka bermanja bila terkena batuk2 nanti. untuk itu, awek n poligami tidaklah menjadi bahan target perokok
- dari segi kesihatan kejantanan, InsyaAllah, akan terjaga juga bagi org yg merokok, berkat ajaran tok aki. kalu boleh main cuba2, cubalah

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  ozzy Wed Nov 18, 2009 11:54 am

acey wrote:3. menggatal dengan awek n berakhir dengan poligami

- org yg tidak merokok ini sentiasa berperasaan ego ttg kesihatan kejantanan mereka. Atas alasan kesihatan kejantanan mereka yg konon2 nya la, mereka mudah untuk berlagak dengan awek2 n awek2 akan mudah tertipu dengan statement kesihatan kejantanan mereka kerana tidak merokok. entah2, hampurah juga adanya
- 10 org kawan koi yang menggatal dengan awek n berpoligami adalah tidak merokok
- org yg merokok ni akan dimomokkan dengan perkataan tidak sihat. untuk itu, pada logik akalnya, mereka ini akan lebih menghargai isteri kerana mengharapkan isteri mereka adalah tempat untuk mereka bermanja bila terkena batuk2 nanti. untuk itu, awek n poligami tidaklah menjadi bahan target perokok
- dari segi kesihatan kejantanan, InsyaAllah, akan terjaga juga bagi org yg merokok, berkat ajaran tok aki. kalu boleh main cuba2, cubalah

wakakakaka..udah-udahla tu acey weiii.. Very Happy
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  acey Wed Nov 18, 2009 12:12 pm

ini masa koi sekolah hari tu, sebagai bukti, tapi jangan la ikut kalu tak termampu. Hanya mereka yg diberi kekuatan olehNya sahaja. Koi bukan nak ajak merokok masa sekolah la, kalu boleh merokok lepas sekolah tak de hal nye, apatah lagi di luar pagar sekolah dan didalam ladang wahwahwah
kalu dah bekerja baru merokok, amat2 digalakkan, kerana tidak menyusahkan org tua. kalu dah gitu, bak mai sebatang bai

4. Menaikkan semangat baiki diri

- pelajar yg merokok akan dipandang hina n sering dikenakan tindakan disiplin. Ye la, merokok masa sekolah ni kira samseng la bai.So geng ramai woo. Kerana itu, sentiasa dicemuh tidak akan berjaya atas masalah disiplin yg ditunjukkan, sama ada oleh guru n membawa kepada kengkawan yg lain, esp kepada yg tidak merokok
- cemuhan itu akan membangkitkan semangat untuk membuktikan bahawa mereka juga boleh berjaya. kalu tidak berjaya dalam pelajaran, mereka berjaya dalam hidup, paling kurang pun, mereka berjaya untuk tidak menghisap dadah. rokok dikaitkan dengan dadah, entahla
- selepas itu, mereka juga boleh berjaya dalam hidup, sama seperti mereka yg tidak merokok. semangat dari rokok tu

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  acey Wed Nov 18, 2009 12:32 pm

5. hormat org lain

- bagi perokok, kebersihan mulut dan diri menjadi priority. Memberus gigi dan memakai wangian akan menjadi pelengkap mereka. Kalu tidak mereka akan ada bau rokok. Tapi tak apala, bau itu bukanlah najis n bukannya tak leh bawak sembahyang. Ye, pastinya, org yg merokok juga boleh bersembahyang
- Bagi org yg merokok, bau dari kengkawan lain tak de masalah dengan mereka. Bagi perokok, mereka juga berbau rokok. Sekali lagi, bau rokok boleh dibawa sembahyang. tapi, adalah lebih baik, kalau pakai wangi2an la
- mereka yg tidak merokok akan menunjukkan rasa kurang selesa kepada kengkawan yg berbau. Macam la mereka wangi sangat. Padahal, mereka juga kentut berbau.
- mereka yg tidak merokok biasanya akan melarikan diri dr org yg merokok. tak hormat org betulla

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  acey Wed Nov 18, 2009 1:08 pm

6. membantu ekonomi

- dengan adanya org yg merokok, sumber pendapatan penanam tembakau tidak terganggu. Untuk bagi duit terus pada penanam tembakau, ianya tak digalakkan dalam Islam kerana mereka ada daya upaya. rasa2nya, penanam tembakau itupun tak mengaharapkan sedekah. Mereka harap mereka dapat rezeki yg halal sahaja. Untuk itu, pada dasarnya perokok membantu la mereka dengan membeli rokok, yang org tau rokok dibuat dari tembakau. Harap2 sedikit info ini tentang asalnya rokok dapat memberikan pengetahuan yang berguna kepada semua. Bukankah membantu sesama manusia adalah digalakkan. Moga2 diberikan pahala atas tujuan yg baik itu
- kalu citer bab sumbangan kepada ekonomi negara, kang menitik pulok airmata deme yg pakar ekonomi. koi rasa koi excuse la bab sumbangan itu
- Adakah org yg tidak merokok boleh memberikan duit kepada penanam tembakau. jawapannya tidak. So, kuranglah pahala mereka disitu

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  strikerbuncit Wed Nov 18, 2009 1:12 pm

acey wrote:6. membantu ekonomi

Rolling Eyes
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  zulkbo Wed Nov 18, 2009 1:42 pm

acey wrote:ini masa koi sekolah hari tu, sebagai bukti, tapi jangan la ikut kalu tak termampu. Hanya mereka yg diberi kekuatan olehNya sahaja. Koi bukan nak ajak merokok masa sekolah la, kalu boleh merokok lepas sekolah tak de hal nye, apatah lagi di luar pagar sekolah dan didalam ladang wahwahwah
kalu dah bekerja baru merokok, amat2 digalakkan, kerana tidak menyusahkan org tua. kalu dah gitu, bak mai sebatang bai

aok dulu sekolah ulat buku jer
mane ada merokok nih
koi rasa tekanan kerja aok
yang buat aok merokok
ler nih..betul dok Cey
Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  acey Wed Nov 18, 2009 1:51 pm

7. mudah

- org yg merokok mmg mudah. Contohnya, kalu merajuk mudah dipujuk. hulur je rokok, dia mesti oknye

8. tidak berkira

- masa kenduri kawin di kg2, kalu ada rokok, tak de masalah bg org yg merokok untuk buat kerja gotong royong, kerana tak berkira sangat. bagi mereka, ada rokok cukup la. Kalu tuan rumah tak bagi rokok, kedekut benor le tuan rumah tu.
- bagi org yg tak merokok, mereka juga harapkan balasan. Oleh kerana tidak merokok, mereka akan gantikan dengan lauk pauk la jawabnya. dia akan minta dibungkuskan lauk pauk. lecehnye nak handle org tak merokok masa kenduri kawin la cam tu

9. berjaga malam masa rukun tetangga

- org merokok akan diminta berjaga malam kerana diletakkan alasan boleh hilangkan mengantuk dengan rokok. sementara org tak merokok akan gunakan alasan awak merokok kepada org yg merokok bagi elakkan diri dia berjaga malam masa rukun tetangga. tak berguna punya jiran

10. halau nyamuk masa memancing

tqvm

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  acey Wed Nov 18, 2009 1:59 pm

zulkbo wrote:
acey wrote:ini masa koi sekolah hari tu, sebagai bukti, tapi jangan la ikut kalu tak termampu. Hanya mereka yg diberi kekuatan olehNya sahaja. Koi bukan nak ajak merokok masa sekolah la, kalu boleh merokok lepas sekolah tak de hal nye, apatah lagi di luar pagar sekolah dan didalam ladang wahwahwah
kalu dah bekerja baru merokok, amat2 digalakkan, kerana tidak menyusahkan org tua. kalu dah gitu, bak mai sebatang bai

aok dulu sekolah ulat buku jer
mane ada merokok nih
koi rasa tekanan kerja aok
yang buat aok merokok
ler nih..betul dok Cey
Very Happy

kalu ulat buku, jadi cam mazlan la, jadi teacher

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  zulkbo Wed Nov 18, 2009 2:03 pm

acey wrote:

sekarang pun dah jadi
"professor" aper
hu hu hu...
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  acey Wed Nov 18, 2009 2:06 pm

profesor am rendah ( PAR )

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  koy101 Wed Nov 18, 2009 3:34 pm

acey.... wa salute lu.... hahahaha..... nih aku up ngko nyer rep... 2 kali.... nak bg rokok sebatang, jauh amat....

idup acey..... idup acey... idup acey....
( aku paling suka tang silaturahim [ no.1 ] dan pasai kenduri tuh [no 8 ], mmg xleh nak celan nyer.... )
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  ozzy Wed Nov 18, 2009 3:45 pm

koy101 wrote:acey.... wa salute lu.... hahahaha..... nih aku up ngko nyer rep... 2 kali.... nak bg rokok sebatang, jauh amat....

idup acey..... idup acey... idup acey....
( aku paling suka tang silaturahim [ no.1 ] dan pasai kenduri tuh [no 8 ], mmg xleh nak celan nyer.... )

aku follow..no 7 ..hehe
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  Jeck Sparow Wed Nov 18, 2009 4:07 pm

7. mudah

- org yg merokok mmg mudah. Contohnya, kalu merajuk mudah dipujuk. hulur je rokok, dia mesti oknye

Senang kalau gitu..huhuhu
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  acey Wed Nov 18, 2009 4:13 pm

Jeck Sparow wrote:7. mudah

- org yg merokok mmg mudah. Contohnya, kalu merajuk mudah dipujuk. hulur je rokok, dia mesti oknye

Senang kalau gitu..huhuhu

pepatah kata, tak kenal mmg tak tau. tu la kelebihannya org yg merokok ni.

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  ozzy Wed Nov 18, 2009 4:28 pm

Jeck Sparow wrote:7. mudah

- org yg merokok mmg mudah. Contohnya, kalu merajuk mudah dipujuk. hulur je rokok, dia mesti oknye

Senang kalau gitu..huhuhu

Nok senang lagi sama2 hulur rokok.. Very Happy
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak - Page 3 Empty Re: 10 Tabiat Yang Mungkin Akan Menyebabkan kerosakkan Otak

Post  Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum