Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Tasik Bera

View previous topic View next topic Go down

Tasik Bera

Post  Deto_8 on Mon Nov 09, 2009 7:33 pm

Tasik Bera khazanah negara
Oleh ALI MAHMOOD


Jeti Tasik Bera yang sering menjadi objek rakaman lensa kamera peminat fotografi ketika menjelang senja. – utusan/ALI MAHMOOD

BERA 1 Nov. – Dengan menggunakan kenu batang pokok yang ditebuk, Miran Lundu menyusuri Tasik Bera di celah-celah pokok mengkuang dan helaian daun Pandanus mencari lokasi yang sesuai untuk memancing ikan.

Watak Miran itu adalah gambaran sebahagian daripada kehidupan masyarakat Orang Asli kaum Semelai yang mendiami sekitar Tasik Bera, Pahang sejak 600 tahun lampau.

Sekalipun telah menjangkau ratusan tahun, namun aktiviti itu masih lagi diamalkan oleh sebahagian masyarakat Orang Asli yang mendiami sekitar tasik terbesar di Malaysia itu.

Bukan sahaja Miran, malah ratusan lagi penduduk Orang Asli di sekitar Tasik Bera terutama kaum Semelai masih bergantung hidup dengan memancing ikan.

Tasik Bera yang merangkumi keluasan 6,150 hektar membekalkan sumber makanan semula jadi, menjadi nadi tempat bergantung hidup lebih 4,000 penduduk kaum Semelai yang tinggal berselerak di 14 buah kampung sekitar tasik berkenaan.

Menurut Penguasa Tasik Bera, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Aminuddin Mat Jamin, kehidupan kaum Semelai tidak dapat dipisahkan dengan kewujudan Tasik Bera itu sendiri.

‘‘Namun begitu kehidupan mereka tidak terpisah daripada dunia luar kerana mendapat pelbagai bantuan daripada kerajaan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

‘‘Mereka turut dilibat bersama dengan aktiviti pelancongan inap desa (homestay) dan eko-adventur serta program kebudayaan menerusi pertubuhan Semelai Association for Boating and Tourism (SABOT),” kata Aminuddin.

Selain kehidupan masyarakat kaum Semelai, Tasik Bera yang kaya dengan pelbagai khazanah biodiversiti telah diisytihar di peringkat antarabangsa sebagai tapak Ramsar atau kawasan tanah lembab pertama di negara ini pada 1994.

Tasik ini terdiri daripada tujuh lembah dibanjiri air sungai yang membentuk ekosistem tasik sungai berukuran 35 kilometer (km) panjang dan lebar 20 km. adalah takungan air tawar terbesar di Malaysia.

Kewujudan tasik yang membentuk kawasan paya gambut lanar ini juga menampung komuniti biologi yang unik dari segi saintifik, rekreasi, pendidikan serta ekonomi.

Terdapat lebih 100 spesies ikan air tawar, 200 spesies burung dan 68 spesies mamalia hidup di persekitarannya termasuk spesies yang diancam kepupusan seperti gajah Asia, harimau belang, harimau dahan, badak cipan (tapir), Arowana Asia dan buaya julung-julung (Malayan gharial).

Terdapat dua musim hujan dan panas dengan musim hujan dialami dari April hingga Mei dan September hingga Januari.
Manakala paras air pula akan naik dan turun mengikut musim, daripada kedalaman satu meter semasa musim panas iaitu dari Februari hingga April dan Jun hingga Ogos hingga tujuh meter semasa tempoh monsun.

Aminuddin berkata, pelbagai undang-undang telah diperkenalkan untuk melindungi ekosistem Tasik Bera agar terus kekal apabila diklasifikasikan sebagai Rizab Hidupan Liar.

Kawasan teras tasik itu, yang terdiri daripada kira-kira 32 hektar hanya boleh dimajukan sebagai kawasan pelancongan berasaskan kepada alam semula jadi turut membabitkan pembabitan kaum Semelai.

Selain Tasik Bera, Malaysia kini mempunyai enam tapak Ramsar iaitu Pulau Kukup, Tanjung Piai dan Sungai Pulai di Johor, Tanah Lembab Kuching di Sarawak dan Tanah Lembab Hilir Kinabatangan-Segama di Sabah.

‘‘Pelancongan berasaskan ekosistem ini memberi peluang kepada pelancong untuk mengenali lebih dekat hidupan, flora dan fauna, serangga dan bagaimana sumber-sumber semula jadi hutan digunakan.

‘‘Malah kita dapat melihat bekas tapak kaki haiwan berlainan yang boleh ditemui di sekitar tasik termasuk harimau yang di ambang kepupusan, babi hutan, harimau dahan, beruang dan kancil,” katanya.

Tambah Aminuddin, pemandu pelancong akan mengadakan demonstrasi bagaimana damar dikeluarkan daripada pokok keruing dengan memotong kulit pokok dan menyalakan api dalam lubang yang dibuat pada batang di mana damar akan mengalir keluar.

Damar pernah digunakan oleh pedagang Arab dan India untuk menyediakan wangian, lilin, perekat membina bot dan sebagai bahan api untuk obor.

Tasik Bera yang dipenuhi daun Pandanus menguasai pemandangan tasik, mewujudkan laluan air yang berselirat serta teluk-teluk terpencil.

Dengan menggunakan kenu tradisional, pelancong berpeluang melihat haiwan yang bersembunyi atau yang tinggal di celah-celah daun. Mereka juga ditunjukkan dengan lebih 50 cara masyarakat Semelai menangkap ikan.

Menurut Aminuddin, kraf tangan kaum Semelai dianggap sebagai lebih unik berbanding hasil kerja tangan masyarakat Orang Asli lain di negara ini.

‘‘Mereka begitu mahir membuat peralatan muzik tradisional, perangkap haiwan, peralatan kebun, kenu minatur dan model rumah Semelai.

‘‘Kaum wanitanya pula cekap menenun daun mengkuang untuk membuat bakul, tikar, topi dan dompet yang cantik. Para pelawat juga boleh ikut serta dengan penduduk kampung menari tarian tradisional sewang,” katanya.

Mengenai penginapan, para pelancong boleh memilih untuk menginap di Persona Lake Resort yang menawarkan pelbagai chalet, bilik mewah dan asrama.

Selain kemudahan asas, tetamu boleh melakukan aktiviti mengayuh kayak dan treking hutan dengan pengembaraan ala filem Indiana Jones’ di pelbagai lokasi sekitar tasik.

Jika bernasib baik, pelawat boleh melihat selayang pandang unggas air yang jarang boleh ditemui, kancil, landak dan banyak lagi.

Kem-kem hutan yang terdapat di situ ialah Kem Hutan Kampung Chenderung, Tapak Kem Kampung Sembilan, Tapak Kem Kampung Dato dan Tapak Kem Kampung Mikok.

Pelancong juga boleh memilih untuk bermalam di rumah tradisional Semelai atau menikmati kemesraan penduduk tempatan menerusi inap desa.

Program inap desa ini memberi peluang kepada pelawat untuk bermalam di sebuah rumah tradisional Semelai serta melalui kehidupan harian keluarga Semelai.

Jika pelawat memilih untuk berada lebih dekat dengan alam semula jadi dan mempunyai khemah sendiri, mereka boleh mendirikannya berhampiran rumah tradisi atau mana-mana khemah hutan.

_________________
bangga menjadi pioneer....bangga juga melihat orang lain berjaya...TAHNIAH!
avatar
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum