Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Berita Bencana Alam

View previous topic View next topic Go down

Berita Bencana Alam

Post  Mrcipizs on Fri Nov 13, 2009 3:36 pm

Amaran hujan lebat di Pahang, Johor

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di kawasan rendah di Pahang dan Johor berikutan hujan lebat di kedua-dua negeri itu dijangka berterusan sehingga pagi esok.

Daerah yang terbabit di Pahang ialah Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin, Maran, Bera, Temerloh, manakala di Johor ialah Mersing dan Kluang.

Jabatan itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini, turut mengekalkan amaran hujan lebat peringkat kuning di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang diramal sehingga Khamis (19 November) serta di Perak dan Kedah mulai malam Isnin (16 November) hingga Jumaat (20 November).

Di Kelantan, kawasan yang terbabit ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli Gua Musang, manakala di Terengganu Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Manakala di Perak, kawasan yang terbabit ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Kerian.

Sehubungan itu, orang ramai yang tinggal di kawasan rendah diminta lebih berhati-hati dan mematuhi arahan berpindah sekiranya kawasan mereka dinaiki air.

Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 km sejam hingga 50 km sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka di perairan Samui di Kelantan dan Terengganu mulai Selasa (17 November) hingga Khamis (19 November).

Keadaan yang sama diramal di Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Kudat di utara Sabah.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," kata kenyataan itu. - Bernama
avatar
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 36
Location : Angkasa?

Back to top Go down

Re: Berita Bencana Alam

Post  zulkbo on Thu Nov 19, 2009 9:39 pm



RANAP: Proton Wira antara tiga kenderaan yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran sebuah flet di Taman Cheras Awana, Kajang hari ini. Berikutan kejadian jam 2.30 petang itu yang dipercayai akibat hujan lebat, lebih 50 penghuni daripada 11 keluarga diarahkan berpindah serta merta ke balai raya berhampiran. - Foto Bernama
Nov 18, 2009 9:57 pm

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Berita Bencana Alam

Post  zulkbo on Thu Nov 19, 2009 9:40 pm




Tiga buah kereta dan sebuah motosikal musnah ekoran kejadian tanah runtuh di kawasan Flat Taman Cheras Awana, Kuala Lumpur, setelah hujan lebat melanda Lembah Klang petang tadi. Lima puluh penghuni yang diarahkan pindah serta merta oleh Ketua Polis Daerah Kajang itu melibatkan 10 buah keluarga - foto THE STAR oleh CHAN TAK KONG

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Berita Bencana Alam

Post  zulkbo on Sat Nov 21, 2009 1:28 am

KANAK-KANAK ini leka bermain air di Jalan Bagan Serai-Selama dekat Kampung Beriah, Alor Pongsu, hari ini yang masih ditenggelami air dan hanya boleh dilalui kenderaan berat. - Foto Ikhwan Munir
Nov 19, 2009 2:52 pm


_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Berita Bencana Alam

Post  zulkbo on Sat Nov 21, 2009 2:29 pm

Sabtu November 21, 2009
Amaran Hujan Peringkat Jingga Di Kelantan Dan Terengganu

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan ditingkatkan ke peringkat Jingga pada Sabtu di semua daerah di Kelantan dan Terengganu dengan hujan monsun sederhana dijangka berterusan sehingga minggu depan.

Menurut kenyataan Jabatan itu, hujan lebat diramal berterusan sehingga Rabu depan dan boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah berdekatan sungai.

Di Pahang, hujan dari masa ke semasa dijangka berterusan hingga Selasa di daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Maran dan Rompin.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/21/mstar_berita/20091121113033&sec=mstar_berita

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Berita Bencana Alam

Post  zulkbo on Fri Jan 15, 2010 2:42 pm

Lebih 100,000 terkorban
PORT-AU-PRINCE 14 Jan. - Pemandangan menyayat hati dan keadaan panik menyelubungi suasana di ibu negara Haiti ini selepas negara ini dilanda gempa bumi kuat, kelmarin.

Mayat bergelimpangan di jalan raya, mangsa cedera terbiar tanpa bantuan dan kawasan sekitar bandar ini dipenuhui bangunan runtuh dan jeritan mangsa cedera meminta pertolongan.

Ambulans yang sibuk membawa penduduk yang cedera semalam terpaksa mengelak mayat yang bergelimpangan di jalan raya dan kumpulan lelaki yang berjalan kaki sambil membawa mangsa dengan pengusung.

SEBAHAGIAN daripada bandar raya Port-au-Prince, Haiti musnah dilanda gempa berskala 7.0 Richter, kelmarin


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Berita Bencana Alam

Post  zulkbo on Thu Apr 08, 2010 11:20 am

Aceh digegar gempa 7.2 skala Richter


JAKARTA 7 April - Gempa dengan kekuatan 7.2 skala Richter menggoncang Aceh pagi ini menyebabkan penghuni di kawasan yang pernah dilanda tsunami pada tahun 2004 itu bertempiaran menyelamatkan diri.

Badan Meteorologi dan Geofizik Indonesia sempat mengeluarkan amaran tsunami, tetapi kemudiannya menariknya semula kira-kira dua jam selepas itu.

Belasan orang dilaporkan cedera dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5.15 pagi itu dan berpusat di Sinabang, Pulau Simeuleu dengan kedalaman 34 kilometer.

Pengarah Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Indonesia, Dr. Fauzi berkata, kejadian itu tidak menyebabkan kerosakan yang serius kerana kawasan terbabit mempunyai tanah yang kukuh.

"Keadaan itu berbeza ketika gempa di Padang yang terjadi di kawasan tanahnya lembut," ujar kata beliau dipetik Detikcom di sini hari ini.

Hingga kini belum ada laporan mangsa terkorban di Sinabang dan hanya sejumlah bangunan retak dan tiang elektrik dilaporkan tumbang.

Sehingga petang ini, aktiviti di Banda Aceh kembali seperti biasa, walaupun sebelumnya bekalan elektrik terputus seketika akibat kejadian itu.

Agensi berita Antara melaporkan melaporkan, penduduk yang lari ke kawasan tinggi kerana bimbang kejadian tsunami juga telah pulang ke rumah masing-masing.

Sementara itu Timbalan Gabenor Aceh, Mohammad Nazar berkata, pihaknya akan terus memantau situasi pasca gempa.

Gempa susulan yang dicatatkan juga semakin perlahan iaitu 5.1 dan 5.2 skala Richter.

Sementara itu sejumlah 165 pelajar Malaysia di Aceh dilaporkan selamat dalam kejadian tersebut.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia, Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar ketika dihubungi berkata, beliau dimaklumkan oleh pemimpin pelajar di Aceh bahawa mereka semuanya selamat.

Dalam kejadian pada tahun 2004, Aceh antara lokasi yang terburuk dilanda tsunami yang berpunca daripada gempa 9.2 skala Richter yang menyebabkan 230,000 orang terkorban 12 buah negara termasuk Malaysia. - Utusan

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Berita Bencana Alam

Post  zulkbo on Thu Apr 08, 2010 11:22 am


SEORANG petugas penyelamat memangku seorang bayi sementara ibu dan bapanya menyusul di belakang semasa operasi pemindahan di Campo Grande, Rio de Janeiro, kelmarin yang teruk dilanda banjir dan tanah runtuh. - AP

95 korban banjir, tanah runtuh di Rio de Janeiro


RIO DE JANEIRO 7 April - Hujan paling lebat dalam sejarah kota ini semalam menyebabkan banyak kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh ketika bah mengubah jalan-jalan raya menjadi 'sungai' dan melumpuhkan kota kedua terbesar di Brazil itu.

Keadaan tanah akibat hujan berkenaan menyebabkan lereng-lereng bukit runtuh membentuk apa yang kelihatan seperti laluan merah-perang. Rumah-rumah papan dan konkrit di kawasan berkenaan turut runtuh dan menghempap struktur lain.

Hampir semua aktiviti rutin di bandar raya yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan bola sepak Piala Dunia itu terhenti. Datuk Bandar, Eduardo Paes meminta semua pekerja tidak keluar rumah dan menutup semua sekolah.

Presiden Brazil, Inacio Lula da Silva meminta orang ramai supaya berdoa agar hujan berhenti.

''Ini merupakan banjir terburuk dalam sejarah Rio de Janeiro, hujan paling lebat dan sehari. Jadi apabila berlaku kejadian seperti ini kita hanya boleh meminta Tuhan untuk menghentikannya agar kita boleh meneruskan kehidupan di kota ini,'' katanya.

Seorang wakil Jabatan Bomba yang menyelaras kerja-kerja menyelamat berkata, seramai 95 orang maut dan 100 lagi cedera. Kebanyakan mangsa adalah dari kejiranan lereng bukit yang menyaksikan rumah mereka terbenam dalam tanah dan lumpur.

''Kami menjangka angka kematian akan meningkat," katanya yang enggan dikenali.

Ribuan pemandu terperangkap di lebuh-lebuh raya akibat peningkatan paras air.

Ketua Jabatan Pertahanan Awam, Sergio Simoes memberitahu stesen televisyen Globo TV, kuantiti air dari hujan mencapai jumlah yang tidak mampu ditampung oleh mana-mana kota.

Dua kejohanan besar, Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik 2016 tidak akan berlangsung ketika musim hujan Brazil yang kebiasaannya adalah dalam tempoh Disember hingga Februari namun berterusan hingga April pada tahun ini.

Silva menolak kemungkinan hujan serupa akan menamatkan peluang Brazil menganjurkan kejohanan paling besar pernah berlangsung di bumi nagara berkenaan. - AP

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Berita Bencana Alam

Post  zulkbo on Thu Apr 08, 2010 11:25 am

TERBARU!!!


Khamis April 8, 2010

Gempa Bumi Kuat Di Papua New Guinea

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Papua New Guinea iaitu 858km barat laut Port Moresby pada pukul 10.33 malam semalam.

Jabatan Meterologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa bumi itu, yang berlaku kira-kira 2,794km tenggara Kunak, Sabah, tidak membawa ancaman tsunami.-BERNAMA

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Berita Bencana Alam

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum