Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Tips Kesihatan

View previous topic View next topic Go down

Tips Kesihatan

Post  strikerbuncit on Sun Nov 22, 2009 10:54 pm

Di sini kwn nk berkongsi dgn aokme ttg penjagaan kesihatan
bdasarkan apa yg kwn amalkan..


Tips Sihat bersama SB

1-Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan.Jangan mengambil
mudah tentangnya kerana tubuh anda akan mengalami komplikasi
jika tidak mengambilnya terlalu lama.

2-Elakkan minuman berkarbonat terutama coca cola dan pepsi.
Amalkan air masak atau air 100Plus@Revive(sekali skala) bagi mengembalikan
garam dalam tubuh.

3-Minum air sebelum dan selepas makan sahaja,elakkan berselangseli
semasa makan.Ia boleh membuncitkan perut dan mudah lapar semula.

4-Kurangkan tabiat makan makanan ringan/jajan dan manisan yang tidak
diketahui kandungannya.Kebanyakannya mempunyai kesan negatif
untuk jangkamasa panjang.

5-Bila demam atau selsema,sebaik-baiknya cuba bertahan dan
membiarkan imun anda melawan sakit itu sendiri.Jika teruk,
makanlah ubat tetapi dengan dos yang sedikit.

6-Lakukan aktiviti riadah untuk mengeluarkan peluh dan ia dapat
mengurangkan haba dalam tubuh.Kesannya tubuh anda akan berasa
ringan dan cergas.

7-Cuba berfikiran positif kerana tubuh anda berkait dengan
fungsi otak dan cara anda berfikir.Anda fikir anda sakit,anda
akan sakit.

8-Amalkan kebersihan di sekeliling anda.Debu dan habuk akan
mengganggu saluran pernafasan dan wajah mudah terdedah
pada jerawat.

9-Jangan guna produk kecantikan seperti krim antijerawat atau pencerah
wajah sebarangan tanpa mengetahui bahan kandungannya terutamanya
produk asing.Ini kerana jika anda terguna produk tiruan yang mempunyai racun,
anda akan berisiko terhadap kanser dan juga memberi kesan kpada
bayi dalam kandungan (risiko cacat).

10-Elakkan membeli makanan atau kuih muih yang dijual di gerai-gerai
di tepi jalan kerana ia telah terdedah pada habuk dan udara kotor.
Sebab itu kita mudah sakit perut jika memakannya.

11-Elakkan membeli air minuman/bancuhan di tepi jalan atau di pasar malam kerana
kebanyakan penjaja air tidak memasak airnya dan hanya menggunakan air paip.
Hanya Air tebu,air soya,air kelapa yang mungkin selamat diminum.

12-Jangan terlalu kerap makan di luar kerana peniaga makanan biasanya
menggunakan ajinamoto dengan banyak untuk menyedapkan makanan dan
ia amat berbahaya jika kerap dimakan.

13-Amalkan bangun pagi kerana udara segar di waktu pagi baik untuk menyegarkan minda.

14-Kesihatan anda bergantung pada gaya hidup & tabiat pemakanan anda.Bertindaklah sebaiknya..
avatar
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Re: Tips Kesihatan

Post  zulkbo on Mon Nov 23, 2009 12:10 am



cita-cita koi nak wat hat ni jer
"tidak merokok" mmg sihat seluruh badan..
tak tau lah bila.. scratch Rolling Eyes

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Tips Kesihatan

Post  Deto_8 on Mon Nov 23, 2009 8:53 am

zulkbo wrote:

cita-cita koi nak wat hat ni jer
"tidak merokok" mmg sihat seluruh badan..
tak tau lah bila.. scratch Rolling Eyes

samalah kita..bilalah yerk

_________________
bangga menjadi pioneer....bangga juga melihat orang lain berjaya...TAHNIAH!
avatar
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Re: Tips Kesihatan

Post  Jeck Sparow on Mon Nov 23, 2009 8:55 am

Deto_8 wrote:
zulkbo wrote:

cita-cita koi nak wat hat ni jer
"tidak merokok" mmg sihat seluruh badan..
tak tau lah bila.. scratch Rolling Eyes

samalah kita..bilalah yerk

Kawan mendoakan semuga usaha dan niat both of u dimakbulkan.. Aminnn
avatar
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Re: Tips Kesihatan

Post  ozzy on Mon Nov 23, 2009 10:19 am

[quote="strikerbuncit"]


7-Cuba berfikiran positif kerana tubuh anda berkait dengan
fungsi otak dan cara anda berfikir.Anda fikir anda sakit,anda
akan sakit.

Ni yang koi paling suka..
avatar
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Re: Tips Kesihatan

Post  strikerbuncit on Wed Dec 09, 2009 11:40 am

Tips Mengatasi Masalah Perut Buncit

Aduh!! Perut sudah buncit. Itulah...dulu tak jaga betul2. Sekarang menyesal tak sudah. Iyalah..orang lain pakai baju apa saja pun serba kena, tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena. Kecuali T-Shirt labuh atau apa saja pakaian yg bersaiz XL atau lebih teruk XXL. Kalau pakai Jeans pun tak muat! Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung. Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup.
Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.
Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam

Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.
Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Makan perlahan-lahan

Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan
Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.


Adaptasi Dari Vision Net
Kiriman: Atiah
avatar
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Re: Tips Kesihatan

Post  strikerbuncit on Wed Dec 23, 2009 5:37 pm

Empat perkara menguatkan badan :

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan :

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata :

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata :

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran :

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Sumber:Mesej Friendster
avatar
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Re: Tips Kesihatan

Post  zulkbo on Wed Dec 23, 2009 5:55 pm

Empat perkara merosakkan mata :

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

hat no-1 tu
papaleh terr..
he he he

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Tips Kesihatan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum