Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Felda bina lebih 3,000 unit PWF di 10 rancangan

3 posters

Go down

Felda bina lebih 3,000 unit PWF di 10 rancangan Empty Felda bina lebih 3,000 unit PWF di 10 rancangan

Post  zulkbo Sat Oct 31, 2009 5:23 pm

ROMPIN: Pembinaan sebanyak 3,579 unit projek Perumahan Warga Felda (PWF) untuk generasi kedua tanah rancangan itu di 10 rancangan Felda di seluruh negara dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Kawasan terbabit ialah Felda Pasak dan Felda Sungai Sibul di Johor, Felda Jengka 19, Felda Triang 3, Felda Jengka 11 dan Felda Chini 3 di Pahang; Felda Chiku 5 di Kelantan; Felda Nerang 1 di Terengganu; Felda Chuping di Perlis; dan Felda Raja Alias di Negeri Sembilan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata

daripada jumlah itu, 2,331 unit adalah rumah kos sederhana rendah berharga sekitar RM35,000 manakala 1,003 unit rumah kos rendah berharga RM35,000 dan 35 unit kedai berharga RM100,000.

"Tiga daripada 10 PWF iaitu Felda Pasak, Jengka 19 dan Triang 3 sudah mula dilaksanakan manakala tujuh lagi dalam proses kelulusan tapak dan melantik perunding. Kita jangkakan keseluruhan projek ini yang bertujuan untuk membantu generasi kedua memiliki rumah yang sempurna dan selesa dapat diduduki pada tahun 2011," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci projek PWF Desa Keratong Indah di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini Felda telah melaksanakan enam PWF di mana hanya satu PWF masih dalam proses pembinaan iaitu di Taman Pasak Impian di Johor.

Ahmad berkata, empat lagi projek terbabit yang semuanya di Pahang adalah di Taman Mempaga Utama, Bentong; Taman Bukit Goh Perdana, Kuantan; Taman Lepar Hilir Saujana, Kuantan dan Taman Desa Keratong Indah, Rompin.

"Kos keenam-enam projek itu adalah RM86 juta dan bilangan unit adalah 2,255 unit," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata Felda turut menyediakan subsidi antara RM15,000 hingga RM20,000 bagi membolehkan generasi kedua Felda memiliki rumah sendiri seterusnya menetap di tanah rancangan masing-masing.

Katanya, bagi membantu generasi kedua memiliki rumah sendiri, Felda menawarkan skim sewa beli kepada mereka yang tidak berpendapatan tetap atau tidak mempunyai slip gaji untuk membuat pinjaman di bank.

Mengulas cadangan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, supaya generasi kedua Felda yang tidak mampu membeli rumah menerusi projek PWF, ditawarkan lot tanah dengan harga yang berpatutan, Ahmad berkata Felda akan berbincang dengan kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Turut hadir pada majlis itu adalah Jamaluddin yang juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Dakwah Islamiah dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz. - Bernama
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Felda bina lebih 3,000 unit PWF di 10 rancangan Empty Re: Felda bina lebih 3,000 unit PWF di 10 rancangan

Post  zulkbo Sun Nov 01, 2009 9:18 pm

rasanya kalau koi nak beli
mesti dah habis nih..
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Felda bina lebih 3,000 unit PWF di 10 rancangan Empty Re: Felda bina lebih 3,000 unit PWF di 10 rancangan

Post  MD Mon Nov 02, 2009 12:53 pm

zulkbo wrote:rasanya kalau koi nak beli
mesti dah habis nih..

Zul,
seingat kawan dulu ada rancangan nak bukak perumahan kat jengka 7 yang menghadap LPT...taktau jadi ke tidak...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Felda bina lebih 3,000 unit PWF di 10 rancangan Empty Re: Felda bina lebih 3,000 unit PWF di 10 rancangan

Post  jasnoraizan Mon Nov 02, 2009 2:02 pm

MD wrote:
zulkbo wrote:rasanya kalau koi nak beli
mesti dah habis nih..

Zul,
seingat kawan dulu ada rancangan nak bukak perumahan kat jengka 7 yang menghadap LPT...taktau jadi ke tidak...

kita hok anak2 peneroka yg duduk kat luor nih blh ke kalau nak beli..... Felda bina lebih 3,000 unit PWF di 10 rancangan Icon_lol
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Felda bina lebih 3,000 unit PWF di 10 rancangan Empty Re: Felda bina lebih 3,000 unit PWF di 10 rancangan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum