Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

JERAWAT? OH...TIDAK!

View previous topic View next topic Go down

JERAWAT? OH...TIDAK!

Post  strikerbuncit on Wed Dec 02, 2009 4:34 pm

APA ITU JERAWAT DAN APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN TERHADAPNYA?

Sekiranya anda seorang remaja, kemungkinan untuk mendapat jerawat amatlah besar. Hampir 8 daripada 10 orang remaja mempunyai jerawat. Jerawat adalah perkara biasa dan ia dianggap sebagai sebahagian daripada tanda baligh.

Apakah itu jerawat dan apakah puncanya?


Jerawat ialah beberapa jenis benggolan atau benjolan di kulit. Jerawat selalunya terdapat di muka, leher, bahu, belakang badan dan dada kebanyakan remaja. Folikel-folikel rambut atau liang-liang roma di dalam kulit anda mengandungi kelenjar-kelenjar sebum (juga dikenali sebagai kelenjar minyak) yang menghasilkan sebum iaitu minyak yang melicinkan rambut dan kulit. Dalam keadaan biasa kelenjar-kelenjar ini menghasilkan jumlah sebum yang betul dan liang-liang roma akan berkeadaan baik. Jerawat terjadi apabila liang-liang roma tersumbat dengan sebum yang terhasil dengan banyak dan juga sel-sel kulit yang mati.

Mengapa ramai remaja mendapat jerawat?

Remaja mendapat jerawat disebabkan hormon yang hadir ketika baligh. Semasa badan anda membesar dan bertambah matang, hormon-hormon ini merangsang kelenjar-kelenjar sebum untuk menghasilkan lebih banyak sebum, atau minyak. Rangsangan ini membuatkan kelenjar-kelenjar tersebut menjadi terlalu aktif. Apabila terlalu banyak sebum dihasilkan, liang-liang roma akan tersumbat, maka terjadilah jerawat. Kebanyakan orang, jerawat akan hilang hampir kesemuanya apabila tamat zaman remajanya. Sekiranya ibubapa anda mempunyai jerawat semasa remaja, kemungkinan anda juga akan mendapatnya.

Apa yang tidak menyebabkan jerawat?

Banyak benda yang tidak menyebabkan jerawat, tetapi ramai orang mempunyai idea yang salah mengenainya. Punca sebenar jerawat ialah kelenjar-kelenjar minyak di dalam kulit yang terlalu aktif - itu sahaja. Jerawat bukanlah disebabkan oleh makanan yang berminyak seperti kentang goreng, coklat atau minuman soda. Tidak semestinya disebabkan oleh pemakaian alat solek, terutamanya jika alat solek itu berlabel "bebas minyak", "noncomedogenic" atau "nonacnegenic". Tekanan perasaan biasanya tidak menyebabkan jerawat kepada remaja (tetapi ia boleh berlaku kepada orang dewasa).

Apa perlu saya buat?

Untuk menghalang terbinanya minyak yang menyebabkan jerawat:
o Cuci muka anda dua kali sehari dengan sabun dan air suam. Jangan sental muka dengan tuala muka - jerawat tidak boleh disental untuk menghilangkannya, dan menyental sebenarnya boleh membuat kulit bertambah teruk.
o Sekiranya anda memakai alat solek, pastikan ia berlabel "bebas minyak," "noncomedogenic" atau "nonacnegenic". Apabila anda mencuci muka anda, pastikan anda menghilangkan semua kesan alat solek anda.
o Sekiranya anda menggunakan semburan rambut atau gel, cuba elakkan daripada terkena muka anda sebab ia juga boleh menyumbat liang-liang roma.
o Sekiranya rambut anda yang panjang menyentuh muka, pastikan anda mencucinya sekerap mungkin untuk menjauhkan minyak.
o Sekiranya anda bekerja sambilan yang bersentuhan dengan minyak - seperti restoran makanan segera atau stesen minyak - pastikan anda mencuci muka anda bersih-bersih apabila sampai di rumah.
o Juga cuci muka anda selepas anda bersenam yang mengeluarkan peluh dengan banyak.

Terdapat banyak losyen dan krim di kedai-kedai farmasi untuk menghindarkan jerawat dan menghilangkannya sekaligus. Pastikan anda mengikut arahan dengan betul - jangan gunakan lebih daripada yang sepatutnya pada satu masa (kulit anda akan menjadi terlalu kering dan bertambah teruk), dan ikut arahan untuk memastikan anda tidak alah terhadapnya.

Bagaimana kalau saya masih mendapat jerawat juga?

Kadang-kala walaupun dengan mencuci muka, menggunakan krim-krim dan alat solek bebas minyak, remaja masih mendapat jerawat juga - ini masih merupakan perkara biasa. Malahan, sesetengah remaja perempuan yang biasanya boleh mengawal jerawat, akan mendapat jerawat beberapa hari sebelum mereka datang haid. Ini dipanggil jerawat pra-haid yang disebabkan oleh pertukaran hormon dalam badan dan lebih kurang 7 daripada 10 wanita mengalaminya.

Sekiranya anda melihat muka anda di cermin dan ternampak jerawat, jangan sentuh, picit atau kutil jerawat itu. Ini mungkin susah untuk dilakukan. Tetapi apabila anda mengusik-ngusik jerawat anda, anda boleh membuatnya bertambah teruk. Ditambah lagi dengan minyak daripada tangan anda. Mengutil jerawat boleh meninggalkan parut-parut kecil yang kekal di muka anda!

Remaja yang mengalami jerawat yang teruk boleh mendapatkan bantuan daripada doktor atau ahli dermatologi (pakar kulit), yang boleh merawatnya dengan ubat. Ini bermakna menggunakan krim yang lebih kuat daripada krim yang dibeli di kedai, bergantung pada jerawat seseorang itu, atau mengambil antibiotik bagi membunuh bakteria yang membantu menghasilkan jerawat. Kadang-kala dalam sesetengah kes, pembedahan kecil boleh dilakukan.

Apa yang penting di sini ialah bukan anda seorang sahaja yang mempunyai jerawat. Lihat rakan-rakan di sekeliling anda, anda akan dapati ramai di kalangan remaja yang mempunyai jerawat!

Ingatlah anda tidak akan mempunyai jerawat untuk selama-lamanya, dalam masa beberapa tahun lagi ia akan hilang!

strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Re: JERAWAT? OH...TIDAK!

Post  sakur@86 on Wed Dec 02, 2009 4:43 pm

orang kate bila kite dah kawen nnti jerawat2 yang ade kat muke akan hilang...contoh hak depan mate pun koi dah ader....akak koi zaman anak dara die mmg muke xlawo..jerawat penuh satu muke...siap ader resdung lagi...tapi pas jek die kawen n ader anak alhamdulillah xdek dah jerawat kat muke die..kalo ader pun yang kenit2 jek...sebabnye bila bersalin segala darah kotor dalam tubuh badan kite kuar sama...tapi ntohler...wallahuallam..... Smile Smile

sakur@86
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 30
Location : Bera

Back to top Go down

Re: JERAWAT? OH...TIDAK!

Post  acey on Wed Dec 02, 2009 4:45 pm

sakur@86 wrote:orang kate bila kite dah kawen nnti jerawat2 yang ade kat muke akan hilang...contoh hak depan mate pun koi dah ader....akak koi zaman anak dara die mmg muke xlawo..jerawat penuh satu muke...siap ader resdung lagi...tapi pas jek die kawen n ader anak alhamdulillah xdek dah jerawat kat muke die..kalo ader pun yang kenit2 jek...sebabnye bila bersalin segala darah kotor dalam tubuh badan kite kuar sama...tapi ntohler...wallahuallam..... Smile Smile

koi rasa dia dapat vitamin bagus tu

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

Re: JERAWAT? OH...TIDAK!

Post  Yassin on Wed Dec 02, 2009 4:46 pm

sakur@86 wrote:orang kate bila kite dah kawen nnti jerawat2 yang ade kat muke akan hilang...contoh hak depan mate pun koi dah ader....akak koi zaman anak dara die mmg muke xlawo..jerawat penuh satu muke...siap ader resdung lagi...tapi pas jek die kawen n ader anak alhamdulillah xdek dah jerawat kat muke die..kalo ader pun yang kenit2 jek...sebabnye bila bersalin segala darah kotor dalam tubuh badan kite kuar sama...tapi ntohler...wallahuallam..... Smile Smile


Agak kawan dia dah tak mikir macam mana dia penah berfikir masa dia anak dara dulu...
Razz

Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Re: JERAWAT? OH...TIDAK!

Post  strikerbuncit on Wed Dec 02, 2009 4:47 pm

acey wrote:
sakur@86 wrote:orang kate bila kite dah kawen nnti jerawat2 yang ade kat muke akan hilang...contoh hak depan mate pun koi dah ader....akak koi zaman anak dara die mmg muke xlawo..jerawat penuh satu muke...siap ader resdung lagi...tapi pas jek die kawen n ader anak alhamdulillah xdek dah jerawat kat muke die..kalo ader pun yang kenit2 jek...sebabnye bila bersalin segala darah kotor dalam tubuh badan kite kuar sama...tapi ntohler...wallahuallam..... Smile Smile

koi rasa dia dapat vitamin bagus tu

gred A.. tongue

strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Re: JERAWAT? OH...TIDAK!

Post  zulkbo on Wed Dec 02, 2009 5:19 pm

kat muka rasanya dah tak ada
kat ketiak ada kut..adusss..
hu hu hu Very Happy cheers

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: JERAWAT? OH...TIDAK!

Post  acey on Wed Dec 02, 2009 5:24 pm

zulkbo wrote:kat muka rasanya dah tak ada
kat ketiak ada kut..adusss..
hu hu hu Very Happy cheers

tu bukan jerawat tu, entah2 bisul, cuba awok check betul2

acey
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 266
Points : 269
Join date : 23/07/2009

Back to top Go down

Re: JERAWAT? OH...TIDAK!

Post  zulkbo on Wed Dec 02, 2009 8:35 pm

acey wrote:
zulkbo wrote:kat muka rasanya dah tak ada
kat ketiak ada kut..adusss..
hu hu hu Very Happy cheers

tu bukan jerawat tu, entah2 bisul, cuba awok check betul2

wah wah wah pirat cheers

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: JERAWAT? OH...TIDAK!

Post  Sponsored content Today at 5:50 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum