Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

BEZA INTELEK,ILMUAN.....

View previous topic View next topic Go down

BEZA INTELEK,ILMUAN.....

Post  J.Milan22 on Tue May 12, 2009 11:06 am

Acap kali kita merumuskan individu yang tamat pengajian di universiti ialah seorang intelektual. Benarkah begitu?


ADAKAH semua orang mampu menjadi intelektual? - Gambar hiasan


THE Cambridge Dictionary Of Sociology Intelektual mendifinasikan mengenai intelektual.
TRANSFORMING Leadership mengupas mengenai intelektual
MEN of Ideas karangan Lewis A. Coser


Beza intelek, ilmuwan


BERBEZA dengan kaum intelegensia (terpelajar) sebagai 'orang yang berpendidikan', kaum intelektual (cendekiawan) ialah mereka yang berilmu dan memiliki rasa tanggungjawab untuk mencari dan mewujudkan kebenaran agar terbentuknya kehidupan masyarakat yang lebih baik.

Perkataan intelektual berasal daripada bahasa Inggeris iaitu intellectual bererti memiliki atau menunjukkan kekuatan-kekuatan mental dan pemahaman yang baik.

Sedangkan intellect juga diertikan sebagai kekuatan pemikiran yang dengannya kita mengetahui penalaran (dapat memahami buruk baik) dan berfikir di samping menjadi sebagai seseorang yang memiliki potensi.

Secara umumnya pengertian intelektual dapat disimpulkan sebagai 'pemikir-pemikir' yang memiliki kemampuan menganalisis terhadap masalah-masalah tertentu.

Dengan pengertian umum tersebut, apakah semua orang mampu menjadi intelektual? Dalam pemahaman bahasa yang mudah, intelektual sering dikaitkan dengan sarjana dan ilmuwan.

Sarjana dapat diertikan sebagai orang yang lulus dari institusi pengajian tinggi dan jumlahnya terlalu banyak kerana setiap tahun universiti melahirkan graduan sarjana.

Ilmuwan pula ialah orang yang mendalami ilmunya kemudian mengembangkan ilmunya, baik dengan pengamatan mahupun dengan analisisnya sendiri.

Di antara sekian banyak sarjana, beberapa orang sajalah yang kemudian berkembang menjadi ilmuwan. Sebahagian besar terbenam dalam kegiatan rutin dan menjadi tukang-tukang profesional.

Pengertian intelektual

Kaum intelektual bukanlah sarjana yang menunjukkan kelompok atau golongan yang melalui pendidikan tinggi dan memperoleh pelbagai gelaran akademik.

Kaum intelektual juga bukan sekadar ilmuwan yang mendalami dan mengembangkan ilmu dengan penalaran dan penelitian.

Mereka ialah kelompok yang berasa terpanggil untuk membaiki, membimbing dan memahami aspirasi masyarakat dan merumuskannya dalam bahasa yang dapat difahami oleh setiap orang.

Dari situ mereka menawarkan strategi dan alternatif pemecahan masalah.

Walaubagaimanapun, pengertian intelektual ini pelbagai dan tiada kesatuan pendapat mengenainya.

Menurut James Maccregor Burns dalam bukunya Leaderships, intelektual ialah a devotee of ideas, knowledge and values atau seorang yang terlibat secara kritis dengan nilai, tujuan dan cita-cita yang diperjuangkan.

Sementara George A. Theodorson dan Archilles G. Theodorson dalam buku A Modern Dictionary of Sociology mendefinisikan intelektual sebagai anggota masyarakat yang mengabdikan diri kepada pengembangan gagasan asli dan terlibat dalam usaha-usaha intelektual kreatif.

Kaum intelektual merupakan sebuah segmen yang kreatif daripada lapisan intelegensia. Mereka memberikan kepemimpinan intelektual kepada lapisan intelegensia lainnya.

Seorang sosiologis tersohor, Edward Shills yang terkenal dengan kajian-kajiannya tentang dunia intelektual menyatakan bahawa intelektual ialah orang terpilih dalam masyarakat yang sering menggunakan simbol-simbol bersifat umum dan rujukan abstrak tentang manusia, masyarakat, alam dan kosmos.

Lebih lanjut lagi Shills dalam tulisannya The Intellectuals and the powers: Some Perspectives for comparative analysis, menyatakan bahawa kaum intelektual ialah orang yang mencari kebenaran.

Mereka mencari prinsip-prinsip yang terkandung dalam kejadian atau dalam proses penyaluran hubungan antara peribadi (the self) dan hakikat (the essential), baik hubungan yang bercorak pengenal (cognitive), penilaian (appreciative) atau pengutaraan (expressive).

Menurut Shills, tugas intelektual ialah mentafsirkan pengalaman masalah masyarakat, mendidik pemuda dalam tradisi dan keterampilan masyarakatnya; membimbing pengalaman estetik dan keagamaan dalam berbagai lapisan masyarakat.

Bagi Lewis Coser pula dalam tulisannya Men of Ideas, intelektual ialah orang yang kelihatan tidak pernah puas menerima kenyataan seadanya.

Mereka bertanya kebenaran yang berlaku pada suatu saat dalam hubungannya dengan kebenaran yang lebih tinggi dan luas.

Daripada beberapa pengertian di atas, terlihat bahawa intelektual berbeza dengan intelegensia. Pada umumnya intelegensia dirumuskan sebagai orang terpelajar, khususnya graduan universiti.

Intelektual boleh jadi bukan lulusan universiti dan mungkin saja berkelulusan sekolah rendah tetapi mampu mengembangkan pemikirannya.

Mereka mampu berfikir bebas, mencakupi pengamatan yang cermat terhadap gejala-gejala di suatu lingkungan, pemahaman tentang sebab gejala itu dan korelasinya dengan gejala lain. Pada akhirnya ia merumuskan suatu kesimpulan yang dapat dikomunikasikan kepada masyarakat dalam bahasa yang jelas.
avatar
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Re: BEZA INTELEK,ILMUAN.....

Post  adidas on Tue May 12, 2009 2:12 pm

ada yg terpelajar ttp tidak terdidik....ada yg matang umur dan pemikiran ttp tidak matang jiwanya...

kadang2 kedapatan org yg arif dan mahir dlm ilmiah pengkajian sarjana dan doktoratnya sahaja ttp buntu dlm lain2 hal...
avatar
adidas
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 101
Points : 111
Join date : 15/04/2009

Back to top Go down

Re: BEZA INTELEK,ILMUAN.....

Post  sam on Tue May 12, 2009 4:05 pm

yg byk skg ni kalangan bijak pandai aje..
tp tak ramai bijaksana Laughing
avatar
sam
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR

Back to top Go down

Re: BEZA INTELEK,ILMUAN.....

Post  J.Milan22 on Tue May 12, 2009 4:30 pm

klu macam DR M,nik aziz or ungku aziz...
kite bole gelar pe ek...
22 ke salah 1....
avatar
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Re: BEZA INTELEK,ILMUAN.....

Post  J.Milan22 on Fri May 22, 2009 12:01 pm

Siapakah intelektual Muslim?


Antara yang paling menonjol adalah Ziauddin Sardar. Beliau ialah seorang intelektual Muslim tersohor.

--------------------------------------------------------------------------------



DALAM perspektif Islam, seorang intelektual bukan sahaja memahami sejarah bangsanya, melahirkan gagasan dan analisis yang cemerlang tetapi harus menguasai ajaran Islam termasuk bersikap kritikal dalam menilai sejarah serta berpegang teguh pada kejujuran ilmiah. Perkataan intelektual dalam Islam dapat dirujuk kepada perkataan ulul-albab yang disebut sebanyak 16 kali dalam al-Quran. Menurut al-Quran, ulul-albab adalah kelompok manusia yang diberi keistimewaan oleh Allah.

Di antara keistimewaannya adalah diberi hikmah (kebijaksanaan) dan pengetahuan. Kajian dan wacana tentang peranan intelektual Muslim telah banyak diperkatakan oleh sekian banyak sarjana dan pemikir. Antara yang paling menonjol adalah Ziauddin Sardar. Beliau ialah seorang intelektual Muslim tersohor. Dalam bukunya, The Future of Muslim Civilization, beliau menegaskan: "Apakah yang dimaksudkan dengan intelektual Muslim? Intelektual Muslim adalah suatu segmen Muslim terdidik yang memiliki akses khusus kepada nilai-nilai budaya yang kerana itu dapat mengambil posisi kepemimpinan. Orang-orang terdidik tidak dengan sendirinya intelektual, mereka sering tidak peduli kepada hal apa pun, kecuali ilmu teknik atau bidang masing-masing. Modus pemikiran yang menjadi ciri intelektual adalah ideologi iaitu sebuah ideologi yang mengekspresikan pandangan dunia dan nilai-nilai budaya mereka." Dengan demikian, intelektual Muslim adalah lapisan Muslim terdidik yang mempunyai peranan khusus dalam mengembangkan nilai-nilai budaya. Kerana itulah, mereka dapat menjadi pemegang kepemimpinan dalam masyarakat. Manakala Deliar Noer, seorang intelektual Muslim Indonesia dalam bukunya, Masalah Ulama Intelektual atau Intelektual Ulama berpendapat, intelektual Muslim adalah para cendekiawan yang benar-benar bernafaskan Islam. Pemikiran mereka bukan terikat pada ilmu dan teologi, tetapi pada 'ideologi' Islam yang menjadi landasan berfikir dan pandangan hidupnya. Keterikatan mereka kepada ideologi Islam tidak mungkin ditawar-tawar, kerana mereka adalah intelektual yang menghayati Islam dan memperjuangkan kehidupan Islam di dalam masyarakat.

Manakala seorang lagi intelektual Muslim Indonesia, Azyurmadi Azra, dalam bukunya bertajuk Esei-Esei Intelektual Muslim & Pendidikan Islam menjelaskan peranan intelektual Muslim di dalam masyarakat. Pertama, peranan intelektual Muslim adalah menciptakan dan menyebarkan kebudayaan tinggi. Ia merupakan fungsi utama golongan intelektual. Dalam hal ini, kegiatan intelektual Muslim berusaha mengolah warisan kebudayaan, memperhalus, mengorek dan mengubah warisan-warisan itu dalam bentuk karya-karya baru. Edward Shills, seorang pemikir terkenal mengatakan: "Setiap angkatan cendekiawan melakukan fungsi ini bagi generasinya dan generasi berikutnya." Kaum intelektual Muslim menjadi ahli waris pusaka cendekiawan semua peradaban sebelumnya. Intelektual Muslim menerima dan mengolah pusaka itu menjadi sebuah peradaban dan kebudayaan baru. Untuk itu, para intelektual Muslim berkarya bukanlah terbatas untuk masyarakatnya sendiri, tetapi lebih jauh untuk kepentingan nasional dan antarabangsa, bahkan melahirkan kebudayaan yang bersifat antarabangsa.

Kedua, intelektual Muslim berperanan membina kebudayaan bersama. Dalam hal ini, intelektual Muslim membina masyarakat dengan landasan-landasan kebudayaan umum melalui lembaga-lembaga intelektual reproduktif seperti media, institusi pendidikan dan masjid. Melalui institusi-institusi ini, orang-orang awam menjadi 'sedar' akan adanya orang lain yang mampu memberikan anjakan paradigma baru kepada warga masyarakat. Dengan demikian, kaum intelektual Muslim tidak memencilkan diri atau terasing dengan masyarakatnya.

Peranan ketiga adalah mempengaruhi perubahan sosial. Dengan memberikan contoh-contoh dan norma-norma serta menampilkan lambang yang dapat dihargai, para intelektual berperanan membangkitkan, membimbing dan membentuk bakat-bakat dan daya-daya ekspresif di dalam masyarakat. Tetapi ini tidaklah bererti bahawa kehidupan ekspresif dalam suatu masyarakat secara eksklusif dikuasai oleh cendekiawan. Berkenaan dengan peranan ini, Muhammad Natsir dalam bukunya, Peranan Cendekiawan Muslim menegaskan: "Seandainya para cendekiawan Muslim kurang menyedari tempatnya dalam masyarakat, maka ia akan menjadi orang. 'Ahli' yang memberi nasihat menurut pesanan orang yang meminta. Tetapi kalau ia mengerti kedudukannya, maka si cendekiawan Muslim itu akan menjadi pusat gagasan dan sumber yang penuh kreativiti, penuh idea dan gagasan, memberikan perspektif dan pengarahan kepada lingkungan di sekelilingnya."

Di samping itu, para intelektual Muslim dituntut menghidupkan semangat persatuan di tengah umat yang berpecah hanya kerana perbezaan mazhab, mencari titik pertemuan daripada berbagai aliran pemikiran, menolak penafsiran agama yang melemahkan umat. Di samping itu juga, ia berusaha menanamkan sikap keterbukaan dan saling menghargai pendapat dalam masyarakat Islam selagi masih berada dalam acuan Islam. Namun, yang paling pentingnya adalah seorang intelektual harus memahami sejarah agama dan sejarah bangsanya dan bersikap kritikal dalam menilai sejarah kerana sejarah yang kita warisi banyak membentuk doktrin agama yang kita pegang dan tidak terlepas daripada kepentingan diri serta diwarnai oleh percaturan politik yang diabsahkan dalam bentuk doktrin agama. Oleh itu, para intelektual Muslim amat dituntut untuk berpegang teguh kepada kejujuran ilmiah tanpa dipengaruhi oleh sebarang 'kepentingan'. Dengan kata lain, peranan intelektual Muslim bukan sahaja memastikan umat atau masyarakat yang dipimpinnya berjaya di dunia dan dihormati tetapi juga membimbing masyarakatnya mendapat kejayaan di akhirat
avatar
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Re: BEZA INTELEK,ILMUAN.....

Post  labu sayong on Tue Jun 09, 2009 5:05 pm

adidas wrote:ada yg terpelajar ttp tidak terdidik....ada yg matang umur dan pemikiran ttp tidak matang jiwanya...

kadang2 kedapatan org yg arif dan mahir dlm ilmiah pengkajian sarjana dan doktoratnya sahaja ttp buntu dlm lain2 hal...

bagaimana yang dikatakan mtg umur dan pemikiran.ttpi tdk mtg jiwa?
avatar
labu sayong
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 31
Location : Johor/Jengka 4

Back to top Go down

Re: BEZA INTELEK,ILMUAN.....

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum