Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Cari pendekatan baru rawat penagih

View previous topic View next topic Go down

Cari pendekatan baru rawat penagih

Post  along on Thu Dec 10, 2009 10:04 am

JERANTUT 9 Dis. - Pegawai dan kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diminta mencari pendekatan baru dalam merawat dan memulihkan penagih dadah yang ditempatkan di pusat-pusat pemulihan.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Abd. Bakir Zin berkata, pendekatan baru itu diperlukan untuk memastikan golongan penagih yang mendapatkan rawatan tidak kembali ke tabiat lama selepas keluar pusat pemulihan.

"Pendekatan baru merawat dan pemulihan di kalangan penagih di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) diperlukan berasaskan keadaan semasa," katanya merasmikan Majlis Hari Kualiti Puspen Jerantut 2009 di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) Tekam dekat sini, kelmarin.

Hadir sama Komandan Puspen Jerantut, Rosland Hussen.

Abd. Bakir berkata, walaupun AADK berbangga dengan peningkatan kualiti kerja pegawai dan kakitangannya, namun mereka perlu melakukan penambahbaikan peranan dalam merawat penagih tanpa peningkatan kos.

''Walaupun kita berbangga dengan peningkatan kualiti kerja, tetapi ia tidak sepadan jika kos rawatan, pemulihan dan mengurus kebajikan kian meningkat yang kadangkala berlaku pembaziran," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, kehadiran pegawai yang berintegriti dan kos penyelenggaraan yang menjimatkan, membolehkan sesebuah institusi atau jabatan kerajaan itu dianggap cemerlang dan boleh diteladani.

Abd. Bakir turut meminta pegawai dan kakitangan AADK supaya meningkatkan persaingan sesama mereka dalam memberikan perkhidmatan bermutu dan ikhlas kepada negara dan masyarakat.

''Kita perlu bersaing bagi meningkatkan mutu kerja dengan ikhlas dan komitmen yang tinggi agar tidak tersasar dari tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan.

''Fokus AADK untuk memenuhi manifestasi kerajaan bagi membangunkan kesejahteraan semua pihak menerusi perkhidmatan terbaik sepanjang masa," katanya.
avatar
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 29
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Re: Cari pendekatan baru rawat penagih

Post  along on Thu Dec 10, 2009 10:04 am

boleh ke????
avatar
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 29
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Re: Cari pendekatan baru rawat penagih

Post  zulkbo on Thu Dec 10, 2009 10:17 am

rawat cam mana pun..
kalau berkawan salah orang
keluar esok ngisap balik..
pengalaman koi ngan anak-anak
jengka ni..hampuras belaka.. Evil or Very Mad Razz

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Cari pendekatan baru rawat penagih

Post  strikerbuncit on Thu Dec 10, 2009 10:33 am

kalau tak silap,kos makan banduan/penagih dlm pjara RM20-30 seorang..dan ia menghabiskan berjuta2 duit rakyat setahun utk uruskan mereka..itu blum lg kos rawatan kpd penagih,ubat2an,pengurusan.dll..

kalau nk jimatkan duit rakyat tu..ataupun nak mudahkan cara,hukuman tembak sampai mati je pd diorang..sng cite..baik banduan mahupun penagih dadah..kalau boleh,bg roti kosong je stiap hari..sampai ada banduan yg dah bebas sggup buat jenayah smata2 nk masuk pnjara smula..kenapa? - sbb dpt makan free..slimut&baju ada org basuhkan..sngnya hidupp..

tp kita masih btimbang rasa..sbbnya kita bg pluang kt mereka spya berubah dan mnjadi insan bguna dkmudian hari..spya dapat bbakti pd kluarga dan myumbang tenaga kpd kmajuan negara..Islam pun tak pnh suruh mbenci pd org yg dah tersilap..kena bimbing..tp stigma masyarakat sukar utk terima banduan ni dlm khidupan mereka..skali title banduan/penagih melekat kt seseorang,sampai dia dlm kubur pun org akn ungkit..

sbg rakyat,kita kena sokong sbrg usaha mereka utk pulihkan penagih dadah ni..bukan mudah nk uruskan mereka ni..kita diluar lebih mudah je berkata2..tp 1usaha pun xda..sokongan? lagila xda..Cuma cadangan saya agar penagih dadah ni perlu dipulih dgn pdekatan agama.rawatan jasmani perlu seiring dgn rawatan rohani..kdg2 jasmani mereka dah pulih tp rohani mereka yg lemah dan ksong..xhairanlah mereka mudah terjebak smula slpa kluar pusat pmulihan..kalaulah kedua2 nya mantap..nescaya mereka ingat tentang dosa pahala dimana saja mereka berada..

peringatan ni adalah utk diri saya sendiri,dan diharap pd smua orang juga.kerana sebaik2 perancangan manusia,perancangan Allah juga yg lebih baik..wallahualam Idea
avatar
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Re: Cari pendekatan baru rawat penagih

Post  zulkbo on Thu Dec 10, 2009 10:38 am

Code:
kalau nk jimatkan duit rakyat tu..ataupun nak mudahkan cara,hukuman tembak sampai mati je pd diorang..sng cite..baik banduan mahupun penagih dadah..kalau boleh,bg roti kosong je stiap hari..sampai ada banduan yg dah bebas sggup buat jenayah smata2 nk masuk pnjara smula..kenapa? - sbb dpt makan free..slimut&baju ada org basuhkan..sngnya hidupp..


kesian pulok kat mak ayah dia...
koi rasa..pengedar dadah tu hukum
tarik keta kuda cam zaman King Arthur
buat kat public baru taakut sket pengedar
nak bawak dadah kesini...
Evil or Very Mad

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Cari pendekatan baru rawat penagih

Post  Deto_8 on Thu Dec 10, 2009 11:32 am

zulkbo wrote:rawat cam mana pun..
kalau berkawan salah orang
keluar esok ngisap balik..
pengalaman koi ngan anak-anak
jengka ni..hampuras belaka.. Evil or Very Mad Razz

Jengka - pusat menghisap dadah terbesar di Asia Tenggara
venue : dalam ladang Laughing

_________________
bangga menjadi pioneer....bangga juga melihat orang lain berjaya...TAHNIAH!
avatar
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Re: Cari pendekatan baru rawat penagih

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum