Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Santuari Kelah Tarikan Baru Di Taman Negara

View previous topic View next topic Go down

Santuari Kelah Tarikan Baru Di Taman Negara

Post  along on Thu Dec 10, 2009 3:18 pm

JERANTUT, 4 Sept (Bernama) -- Taman Negara Pahang, satu nama yang tidak asing kepada pencinta alam, sememangnya terkenal dengan keindahan dan kehijauan hutan yang masih gah terpelihara walaupun usianya dipercayai mencecah 130 juta tahun.

Taman, yang berkeluasan 4,343 km persegi dan dikawalselia oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna yang tidak ternilai harganya yang perlu dipulihara sebaik mungkin.

Dengan dikelilingi hutan hujan tropika, Taman Negara menawarkan pakej percutian menarik kepada sesiapa sahaja yang mengidamkan kedamaian dan ketenangan.

Keterujaan untuk menyelusuri Sungai Tahan pasti akan terasa sebaik menjejak kaki ke Jeti Kuala Tahan melalui perjalanan dari Kuala Lumpur atau Kuantan ke Taman Negara yang mengambil masa kira-kira tiga jam perjalanan.

Pelbagai tempat menarik terdapat di sini yang boleh dilawati seperti Jambatan Gantung, Lata Berkoh, Bukit Teresek, Safari Night, Gua Telinga, Lubok Simpon, Nusa Camp dan Perkampungan Orang Asli.

Perjalanan ke Taman Negara dari pekan Jerantut boleh dilalui menerusi dua cara iaitu menerusi jalan air (menaiki bot) atau jalan darat.

PRODUK BARU DI TAMAN NEGARA

Satu lagi produk baru menanti pengunjung Taman Negara yang pasti menyeronokkan ialah Santuari Kelah Lubuk Tenor, Taman Negara.

Bukan sekadar pusat kajian dan pemuliharaan ikan kelah, santuari itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung.

Untuk sampai ke Lubuk Tenor pengunjung dari jeti Kuala Tahan perlu menyelusuri sungai dan liku jeram dengan menggunakan bot yang mengambil masa 15 minit sahaja.

Dengan hanya mengeluarkan belanja sebanyak RM120 untuk sebuah bot bagi empat penumpang (RM30 seorang) sesiapa sahaja boleh sampai ke Lubuk Tenor.

BERMAIN IKAN DI LUBUK TENOR


Antara aktiviti yang disediakan di santuari itu ialah memberi makan ikan kelah malah boleh berenang dan bermain bersama ikan kelah.

Di santuari itu semua boleh dilakukan bersama ikan kelah sama ada ingin memancing (kaedah tangkap dan lepas), memerhati anak ikan kelah kecuali ditangkap atau dipancing untuk dijadikan makanan kerana tujuan utama penubuhan santuari tersebut lebih kepada usaha memulihara ikan kelah daripada kepupusan.

Yang pasti pengunjung pasti terpegun melihat kelincahan kelah menyambar palet (makanan ikan) yang dilontarkan ke dalam sungai, daripada setenang-tenang air dengan sekelip mata sahaja permukaan air akan berkocak dan dipenuhi kelah.

Keadaan air sungai yang jernih memudahkan kelah dilihat dan walaupun ia dikategorikan sebagai spesies ikan yang sensitif namun ikan kelah di santuari itu agak jinak dengan pengunjung.

Ikan Kelah digelar sebagai Ikan Raja atau Raja Sungai. Isinya yang enak sehingga sisik kelah boleh digoreng dan dimakan seperti keropok menyebabkan harga bagi sekilogram kelah boleh mencapai beribu ringgit.

Santuari Kelah Lubuk Tenor Taman Negara ditubuhkan dengan usahasama USAINS Holdings (USM) dan Jabatan Perhilitan pada tahun 2001 sebelum ianya diambil alih oleh Golden Mahseer Sdn Bhd (GMSB) pada awal tahun ini (Januari 2008) yang mana ia diuruskan sepenuhnya oleh penduduk tempatan.

Pengarah Urusannya, Roslan Abu Kasim, 43, berkata tugas pemuliharaan kelah diserahkan kepada penduduk tempatan termasuk penglibatan penduduk orang Asli dari suku kaum Batek.

Katanya, penglibatan penduduk tempatan juga berperanan sebagai ejen dalam memperkenalkan aktiviti pelancongan baru itu kepada pengunjung.

Hampir 90 peratus daripada kira-kira 2,000 penduduk Kampung Kuala Tahan terlibat dalam industri pelancongan Taman Negara, katanya.

PROGRAM KELAH ANGKAT

Selain boleh dikunjungi pada setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pengunjung boleh memilih untuk menginap di santuari itu menerusi aktiviti perkhemahan yang disediakan.

Beliau berkata, sebanyak 30 khemah disediakan di bawah pakej penginapan 3 hari 2 malam untuk empat orang dengan harga sekitar RM350 termasuk tambang bot dan makan minum.

Menerusi pakej tersebut mereka akan melalui pelbagai aktiviti yang disediakan termasuk meredah hutan ke Bukit Kementor, berkayak, memancing, mencari anak ikan dan mandi di Lata Berkoh.

Di bawah Program Kelah Angkat, pengunjung dikenakan bayaran RM20 untuk melepaskan kelah ke dalam sungai sebagai ikan angkat dan diberikan sijil penghargaan.

Selain itu, katanya, santuari ikan Lubuk Tenor juga menyediakan tempat bagi penganjuran program tertentu seperti seminar dan bengkel yang dihadkan kepada sekitar 30 peserta.

Ia bertujuan memberi keselesaan kepada peserta selain memastikan khazanah alam di sekitarnya terus terpelihara dengan baik.

"Untuk penginapan kita ada menyediakan tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 30 orang dan saya rasa had 30 orang ini sudah memadai kerana jika tempat ini diteroka lebih ia dikhuatiri akan memberi kesan yang tidak baik kepada sistem ekologi kawasan ini.

"Malah untuk aktiviti memancing juga kita hadkan minimum empat orang dan maksimum lapan orang dan dilakukan dalam tempoh dua kali sebulan bagi mengelak ikan menjadi 'stress'," katanya.

Bagi yang berminat untuk berkunjung ke Santuari Ikan Kelah Lubuk Tenor boleh menghubungi talian 09-2663070 untuk sebarang pertanyaan.

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 29
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Re: Santuari Kelah Tarikan Baru Di Taman Negara

Post  koy101 on Thu Dec 10, 2009 3:24 pm

Huh!!! Biler nak g nih, bro????? Aku on...... Surprised Surprised Surprised

koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 43
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Re: Santuari Kelah Tarikan Baru Di Taman Negara

Post  along on Thu Dec 10, 2009 3:30 pm

koy101 wrote:Huh!!! Biler nak g nih, bro????? Aku on...... Surprised Surprised Surprised

lepas musim banjir la...
skrang air sungai besar..

along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 29
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Re: Santuari Kelah Tarikan Baru Di Taman Negara

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum