Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Pensyarah antara yang berkhatan

View previous topic View next topic Go down

Pensyarah antara yang berkhatan

Post  zulkbo on Wed Dec 16, 2009 1:34 am

15/12/2009 9:05pm

ROMPIN 15 Dis. - Berkhatan selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak sebagai memasuki alam dewasa tetapi lain pula ceritanya di Kampung Pontian Jaya di sini hari ini.

Di majlis tersebut, seorang pensyarah dan suri rumah antara yang terlibat menjayakan majlis khatan beramai-ramai anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Menurut Pegawai Agama Islam Daerah Rompin, Adnan Mohamad, selain 15 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan, majlis tersebut turut melibatkan empat orang dewasa iaitu masing-masing dua lelaki dan perempuan. - Utusan

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Pensyarah antara yang berkhatan

Post  zulkbo on Wed Dec 16, 2009 2:36 am

Di majlis tersebut, seorang pensyarah dan suri rumah antara yang terlibat menjayakan majlis khatan beramai-ramai anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).



koi tak heran yang jantan tu bersunat
dah tua pun kena sbb kotor..yang koi heran
yang suri rumah tu nak bersunat..goner gayernyer
cer aok me kabo ke koi yang bodoh lagi hina ni Razz Razz

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Pensyarah antara yang berkhatan

Post  zulkbo on Wed Dec 16, 2009 2:48 am

:::BERKHATAN:::

Code:
Berkhatan adalah termasuk dalam sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud:" Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda: lima perkara yang menjadi sunnah nabi-nabi iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencukur misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak "(Riwayat Muslim)

Hukum berkhatan bagi lelaki dan perempuan adalah wajib mengikut imam Syafi'i sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :" Daripada 'Uthaim bin Kulaib daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawasanya ia datang menemui Nabi s.a.w sambil berkata: "Sesungguhnya aku telah memeluk Islam lalu baginda s.a.w bersabda: "Cukurlah rambutmu ketika kafir dan berkhatanlah ". (Riwayat Ahmad)

Mengenai berkhatan bagi kaum perempuan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:" Daripada Ummu 'Atiyyah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, janganlah engkau berlebih-lebihan ketika berkhatan kerana yang demikian itu akan memberi kebaikan kepada wanita dan disukai oleh suami" (Riwayat Abu Daud).

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. – (Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkhatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.

Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.

Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas melihat hadith2 Nabi saw, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .

"Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.." dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan,di akhirnya pakar perubatan ini berkata :" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)

Maklumat yang ummi sha dapat daripada kawan-kawan, rata-rata ibubapa di kawasan-kawasan tertentu di Perlis ini tidak mengkhatankan anak perempuan mereka sebaliknya bila anak lelaki yang dikhatankan, kenduri berkhatan dilakukan secara besar-besaran dan kadang-kadang mengalahkan kenduri kahwin!
Waullahualam..

Apa pendapat anda sekelian...?

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Pensyarah antara yang berkhatan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum