Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau

2 posters

Go down

Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau Empty Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau

Post  Deto_8 Wed Dec 16, 2009 11:20 am

Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau 6185662

KERLING – Selangor sebagai pengguna tenaga elektrik terbesar di negara ini, kini mempunyai alternatif dalam mendapatkan sumber tenaga itu menerusi penjanaan kuasa hydro.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Ali berkata, menerusi Small Renewal Energy Program (SREP), Selangor sudah mampu melaksanakan sistem penjanaan kuasa elektrik Mini Hydro.

Menurutnya, dengan menggunakan Teknologi Hijau, penjanaan kuasa elektrik itu akan lebih berkesan selain mengekalkan ekosistem yang selamat.

“Operasi secara jelas ini walaupun pada skala yang kecil namun ia mampu menghasilkan tenaga elektrik yang diperlukan dan dapat diperluaskan pada masa akan datang.

“Sementara, penekanan dalam penggunaan Teknologi Hijau juga akan menjamin ekosistem yang selamat dan mampu mengurangkan aktiviti pemanasan global yang dialami kini,” katanya kepada Sinar Harian selepas melawat Operasi Mini Hydro pertama seumpamanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia.

Turut serta, Unit Perancang Ekonomi Selangor diwakili, Mohd Badrul Nizam Mustafa dan Pengerusi Eksekutif Majulia Group, Datuk Shamsuddin Hayroni serta beberapa wakil Sirim Berhad.

Pusat operasinya terletak pada ketinggian 330 meter dari aras laut, kira-kira 14 kilometer daripada Pekan Kerling.

Dr Hasan berkata, teknologi kecil seumpama itu mampu diperluaskan bersesuaian dengan penekanan penggunaan Teknologi Hijau, sumber asli dan bagi merungkai persoalan mengenai persekitaran yang sihat.

Usaha dan pendekatan yang dilakukan juga katanya, mampu mengatasi masalah pemanasan global dan ancaman penipisan lapisan ozon yang kian serius.

Beliau juga memuji usaha yang dilakukan oleh syarikat persendirian dan kagum dengan kejayaan mereka menggunakan pakar-pakar tempatan dan 100 peratus Bumiputera.

“Saya cukup kagum dengan usaha yang dilakukan syarikat persendirian ini mengambil daya utama menggunakan pakar tempatan dari segi perancangannya, prinsip pembelajarannya dan teknologi kejuruteraan yang digunakan, semuanya menggunakan 100 peratus Bumiputera.

“Kalau dulu saya merasakan kemahiran menggunakan teknologi seperti ini tidak ada anak-anak Bumiputera yang akan ke depan dan mampu menjalankannya, tetapi hari ini kita dapat menyaksikan mereka di hadapan mata sendiri,” katanya.

Menurutnya, beliau akan sentiasa memantau projek-projek seumpama itu dan menyokong usahanya agar dapat dikembangkan di Selangor.

Beliau berkata, Selangor juga mengizinkan syarikat-syarikat swasta menjalankan usaha sedemikian yang disifatkannya baik dan dapat membantu kerajaan.

Katanya, pendekatan itu juga bertepatan dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor yang menanam modal sebanyak RM50 bilion dalam usaha seumpama itu.

Sementara itu, Shamsuddin berkata, penjanaan kuasa elektrik di kawasan itu mampu menghasilkan kuasa maksima 2.2 megawatt untuk disalurkan kepada pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Menurutnya, kuasa elektrik itu disalurkan bukan sahaja kepada penduduk tempatan malah ke seluruh Selangor.
--------------------------------------------------------
company kawan punya project mini hydro...sama macam koy101...kalau koy101 kata nak masuk hutan tu maknanya turn dia jaga mini hydro tu

sesiapa berminat nak melawat Kerling ni boleh di arrange
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau Empty Re: Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau

Post  koy101 Wed Dec 16, 2009 4:01 pm

Hahaha...... promosi baik nyer aaaa........ hehehehe.....
keknyer.... selangor tinggal satu jer sungai lagi hok leh di bangunkan.... camner... hehehe.......

oit!! mekala nak g kerling reramai nu.... bgtau aaaa..... leh aku merosakkan lagi jalan masuk tuh... hehehe.... best ooooo......
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau Empty Re: Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau

Post  Deto_8 Wed Dec 16, 2009 4:04 pm

koy101 wrote:Hahaha...... promosi baik nyer aaaa........ hehehehe.....
keknyer.... selangor tinggal satu jer sungai lagi hok leh di bangunkan.... camner... hehehe.......

oit!! mekala nak g kerling reramai nu.... bgtau aaaa..... leh aku merosakkan lagi jalan masuk tuh... hehehe.... best ooooo......

tak heranlah sungai kat selangor ni...gi sri lanka pulak...

dalam paper tu gambor nik bapok jelasnya tengah melayan hassan ali
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau Empty Re: Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau

Post  koy101 Wed Dec 16, 2009 4:10 pm

hahaha..... tu yg aku pelik gak tuh.... punyaler besor kat sri langka.... senyap jer..... hehehe......

Ok ler tuh..... aku lum baca paper lagi nih.....drunken Sleep drunken Sleep drunken Sleep dr 8pg semalam.... kul 3 tadi baru sampai umah...... trus masuk sini.... Tido pun lum lagi nih..... Paper mana???
Bergaya ler si Nik aaaa..... ntah hapa dikelentongnya ..... hahaha..... Razz Razz Razz
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau Empty Re: Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau

Post  koy101 Thu Jan 14, 2010 1:36 am

Deto... amacam...
xmao ker ajak PCCians g kemping kat kem aircond atas nu......???
hahaha......
sku pun lama gak xmasuk kerling nih...
plan off-road taun 2010 k.net lum kuar lagi.... hehehe....
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau Empty Re: Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau

Post  Deto_8 Thu Jan 14, 2010 8:33 am

tak bukak citer lagi kat PCCians ni...cuma 2-3 orang je yang dah bukak citer cam geng2 ayam hutan ngan geng mancing
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau Empty Re: Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau

Post  koy101 Thu Jan 14, 2010 12:59 pm

Deto_8 wrote:tak bukak citer lagi kat PCCians ni...cuma 2-3 orang je yang dah bukak citer cam geng2 ayam hutan ngan geng mancing

Ooooo... bukan geng geng aku la kalu cam tuh... hehehehe....
aku geng kaki lepak dlm sungai jer..... hehehehe.....
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau Empty Re: Selangor bakal jana elektrik guna Teknologi Hijau

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum