Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Kisah Pokok Epal

View previous topic View next topic Go down

Kisah Pokok Epal

Post  strikerbuncit on Thu Dec 17, 2009 12:14 pm

Pada suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang
kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini
setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal
sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu
pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat
permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja.
Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok
epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal
tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan
engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah
budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada
padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan
pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu
merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu
merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan
wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk
keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong
dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok
epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu
memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok
epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana
budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia
sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok
epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di
sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi
budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku
mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya,aku tidak mempunyai bot.
Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh
memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar
dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi
selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia,
datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah
bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku
sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang
hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya,
aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak
mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku
merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.
Mereka berdua menangis kegembiraan.


CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITA BERFIKIR TENTANG
PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG
DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA
KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT
REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA
TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI
DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN
APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.

ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP
POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN
ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA
KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI
IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.

SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA
avatar
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Re: Kisah Pokok Epal

Post  jasnoraizan on Thu Dec 17, 2009 12:18 pm

bila kwn baca ...rasa mcm nok blk kg terus weh.....hari ni gak kwn nok blkkkkkkk.....
avatar
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Re: Kisah Pokok Epal

Post  Jeck Sparow on Thu Dec 17, 2009 12:31 pm

Mok...kawan sayang ker mok ayaoh dah tak der dialah ibu dialah ayah bagi kawan selama 31 tahun ni
avatar
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Re: Kisah Pokok Epal

Post  zulkbo on Thu Dec 17, 2009 12:48 pm

begitulah roda hidup ini
sekarang masa kita pulak la yang bergelar mak &ayah
perlakulah sebaiknya untuk kedua orang tua kita
pasti kita tak mahu anak kita memperlakukan kat kita
pulok nanti..

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/
avatar
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Kisah Pokok Epal

Post  lepat_ubi on Sat Dec 19, 2009 9:42 pm

jasnoraizan wrote:bila kwn baca ...rasa mcm nok blk kg terus weh.....hari ni gak kwn nok blkkkkkkk.....

huaaa...... Sad Sad Sad Sad koi nak balik jugek....kek nye lmbt la....bln 2 baru cuti pulok...
avatar
lepat_ubi
A.D.O
A.D.O

Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 28
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04

Back to top Go down

Re: Kisah Pokok Epal

Post  Cik_N on Sun Dec 20, 2009 1:50 am

Hm.. artikel yg bagus.. sedih bila membacanya..moga dpt dijadikan peringatan utk kite semua...

Mari baca doa utk mak ayah kita sama2:

YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka dan tempatkan mereka di kalangan orang2 yg beriman, Aminn yaraball a'lamin. ..."
avatar
Cik_N
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 940
Join date : 28/11/2009
Location : Temerloh

http://cikkelisa.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Kisah Pokok Epal

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum