Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Jenis-jenis KURMA

View previous topic View next topic Go down

Jenis-jenis KURMA

Post  sakur@86 on Mon Dec 21, 2009 4:50 pm




Didunia ini ratusan jenis kurma, Di Arab Saudi ada
sekitar 400 jenis, belum lagi di Tunisia, Irak, Iran, Mesir dan
California dan tempat lainnya. Berikut kurma yang terkenal dan banyak
diminati oleh para pemburu kurma diseluruh dunia,


Kurma Nabi :
Hanya
tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia) dan inilah kurma pavorit Nabi
Muhammad SAW, warna hitam, tekstur lembut, tidak manis dan cita rasanya
hampir mirip kismis.


Kurma Sekki :
Ada
dua warna, atas kekuning-kuningan sedang bawah kecoklatan, bagian yang
kuning lebih keras, yang cokelat lebih empuk serta kenyal, rasanya
manis sedang.


Kurma Barhi :
Warna coklat cerah, manis sedang, tekstur lembut seperti durian, ada sedikit rasa caramel

Kurma Kholas :
Warna
cokelat terang keemasan mirip kurma barhi, hanya saja ada citarasa
coffee caramel, tekstur empuk rasa manis sedang.


Kurma Khidri :
Warna
maron gelap lebih kering, kenyal, tidak terlalu manis paling banyak
diproduksi, biasa digunakan bahan dasar olahan kurma, mulai dari kurma
isi almond, orange, hingga campuran cokelat.


Kurma Mactoumi :
Warna sedikit hitam kemerahan , permukaan agak keriput, kenyal, rasa manis,

Kurma Sokari :
Tekstur kenyal lembut tapi ada juga jenis yang keras, paling disukai di Arab Saudi, sedikit kering dan manis.

Kurma Silaj :
Warna cokelat kemerahan bentuk lonjong, tekstur lembut rasa manis sedang

Kurma Majol :
Warna cokelat sangat manis lembut dan kenyal

Kurma Monief :
Warna cokelat terang, tidak begitu besar, manis sedang dan tekstur lembut

sakur@86
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 30
Location : Bera

Back to top Go down

Re: Jenis-jenis KURMA

Post  zulkbo on Mon Dec 21, 2009 4:58 pm

Sabda Rasulullah SAW :

Code:
“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)Hadits ini menjelaskan tentang keutamaan sunnah memakan buah kurma ajwah di pagi hari. Buah kurma sebagaimana di ketahui memang mempunyai khasiat tertentu untuk pengobatan, seperti untuk meningkatkan kadar gula darah, kemudian katanya juga bisa untuk mengobati katarak pada mata dengan memakan paling sedikit 3 buah kurma selama beberapa bulan.

Pada hadits diatas dikatakan kurma ajwah (yaitu kurma yang ditanam langsung oleh rasulullah saw di madinah), jadi bukan kurma yang biasa. Kurma ini bentuknya tidak lebih besar dari kurma yang lainnya, biasanya hanya setengah ibu jari kita, warnanya lebih hitam dari kurma yang lain, ada juga yang menyebutnya kurma Nabi, karena memang ditanam langsung oleh Rasulullah.

Hadits ini menjelaskan bahwa kurma ajwah bisa untuk menangkal racun dan sihir, mungkin karena kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkan bisa untuk menetralisir racun, karena itulah nabi menganjurkannya memakan 7 buah di pagi hari. Lalu kenapa bisa untuk menangkal sihir, ini menjelaskan bahwa kurma ini membawa keberkahan bagi yang memakannya, di sebabkan Nabi saw sendiri yang menanamnya, bibit dari kurma ini telah bersentuhan dengan tangan baginda Nabi saw yang mulia, yang memang membawa keberkahan, karena itulah kurma ini bisa menangkal sihir.

Pohon kurma ajwah ini masih ada di madinah sampai sekarang, jadi sudah lebih dari 14 abad atau 1429 tahun sejak pertama kali di tanam oleh rasulullah saw, jumlahnya hanya sekitar seratusan pohon.

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Jenis-jenis KURMA

Post  sakur@86 on Mon Dec 21, 2009 5:00 pm

KHASIAT
BUAH KURMA


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa
saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada
yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara
Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma
Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan
penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah
dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari.
Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga
mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya
: "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan
dengan kurma masak.


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari
yang bermaksud :


"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang
disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir
bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal
daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".


Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang
tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah
Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang
ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.


Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang
menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna
Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di
dalam surah Maryam ayat 25 :


Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu
kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam
: 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah
kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan
Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan
kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan
kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam
al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis
perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja
atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh
dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang
menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan
yang lain.


Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam
buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi
Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat
menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam
pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara
kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling
pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan
ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.


Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma
sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :


"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya
tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan
berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda
meminum beberapa terguk air.


(Hadis
riwayat Ahmad)


Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis
lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis
yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak
mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu
pembersih.


Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah
kurma :


Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata :
"Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
"Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah
kurma.


Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu
walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar
daripada api neraka.


Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan
mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai
dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi
sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan
baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.


Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang
berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan
tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

sakur@86
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 30
Location : Bera

Back to top Go down

Re: Jenis-jenis KURMA

Post  zulkbo on Mon Dec 21, 2009 5:06 pm

moh kita meniaga kurma la pulok
ke aper..goner Sakur@..?

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Jenis-jenis KURMA

Post  MD on Tue Aug 10, 2010 12:49 pm

buoh kurma jenih apa kegemaran anda semua?

_________________
Muka nampak Garang,Dalam Hati ada Taman....

MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Re: Jenis-jenis KURMA

Post  Cik_N on Wed Aug 11, 2010 11:43 am

MD wrote:buoh kurma jenih apa kegemaran anda semua?

jenis hok free...hihihi

Cik_N
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 940
Join date : 28/11/2009
Location : Temerloh

http://cikkelisa.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jenis-jenis KURMA

Post  MD on Wed Aug 11, 2010 12:09 pm

Cik_N wrote:
jenis hok free...hihihi

nanti ade la yang ngantor tu.... Laughing

p/s - kawan suke yang jenih ade tangkai tu...warne kuning sikit...

_________________
Muka nampak Garang,Dalam Hati ada Taman....

MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Re: Jenis-jenis KURMA

Post  Sponsored content Today at 10:48 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum