Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Tasbih manik warisan Mat Kilau berusia 125 tahun

View previous topic View next topic Go down

Tasbih manik warisan Mat Kilau berusia 125 tahun

Post  RoyKay33 on Wed Dec 30, 2009 10:13 am

JERANTUT 29 Dis. - Seorang waris Mat Kilau, Datuk Mazlan Jamaluddin, 77, mendakwa masih lagi menyimpan tasbih manik lama yang pernah digunakan oleh pahlawan terbilang Melayu itu.

Mazlan berkata, tasbih itu diberikan oleh ibunya yang merupakan salah seorang cucu Tok Gajah iaitu bapa Mat Kilau, yang turut berpesan supaya menggantikan tali tasbih berkenaan yang telah putus.

''Tasbih ini saya simpan dengan baik dalam sapu tangan walaupun sudah ada sesetengah maniknya berlubang kecil kerana usianya yang lama, tetapi ia masih tulen.

''Ia dianggarkan berusia 125 tahun dan pernah digunakan oleh moyang kami sebelum diserahkan kepada ibu saya untuk digunakan," katanya di Masjid Lama Mat Kilau, Kampung Masjid, Pulau Tawar di sini baru-baru ini.

Beliau menunjukkan tasbih berkenaan sempena program pertemuan Persatuan Waris dan Keturunan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau di masjid berkenaan, sehingga mengejutkan seramai 150 ahli persatuan dan penduduk yang turut hadir.

Mengikut sejarah, Mat Kilau merupakan pahlawan Melayu yang menentang penjajahan Inggeris di Pahang bersama-sama Tok Gajah dan Datuk Bahaman sekitar tahun 1890-an.

Mazlan yang juga Penasihat Persatuan itu berkata, ibunya pernah memberitahu, bilangan manik tasbih yang mempunyai 99 biji itu pernah berkurangan menyebabkannya ia agak longgar.

''Apa yang pelik dan memeranjatkan saya, setelah kembali daripada mengerjakan haji baru-baru ini, tasbih itu kembali lengkap bilangan maniknya," katanya.

Katanya lagi, banyak lagi khazanah sejarah peninggalan moyangnya iaitu Tok Shahrom dan Tok Gajah yang disimpan sebagai peninggalan khazanah bagi mengenang kembali perjuangan mereka menentang penjajah.

Justeru, Mazlan mencadangkan supaya kerajaan negeri mewujudkan sebuah galeri khusus untuk menempatkan barangan peninggalan pahlawan terdahulu seperti Mat Kilau untuk tatapan umum termasuk pelancong asing.

Katanya, kewujudan galeri itu kelak bukan sahaja berperanan sebagai rujukan mengenai sejarah perjuangan Mat Kilau dan pahlawan Melayu lain, tetapi juga bakal menjadi destinasi pelancongan baru di daerah ini.
avatar
RoyKay33
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum