Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Bercinta sampai ke Syurga

View previous topic View next topic Go down

Bercinta sampai ke Syurga

Post  Jeck Sparow on Wed Dec 30, 2009 12:16 pm


Pasangan yang bercinta , mereka mencari Syurga. Mencari bahagia kepuasan santapan Jiwa. Biar Runtuh awan di Langit, Biar Gegar Dilantai Bumi, Lautan Api Sanggup direnangi . Itulah Kuasa Cinta. Pengorbanan yang ditawarkan dengan sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.

Tada insan yang sengaja mencari Derita seperti Ikan mencari Air si Dahaga mendamba Seteguk minuman Mata mengnatuk mencari bantal, demekianlah setiap insan mengerumuni cinta.Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.

Namun, dalam asyiknya manusia bercinta dikala itulah jualah manusia semakin derita, Rumah tangga musnah, hidup berantakan. Tatkala Inai masih dijari anak belum pun sempat berdiri, tiang rumah tangga cinta roboh dirempuh badai.

Luar biasa........

Mereka bukan dipaksa menerima kahwin itu bukan kahwin dera atau kahwin paksa ia adalah cinta sama cinta suka sama suka. Jika kedua belah pihak sudah saling menerima dan kenal isi kulit pasangan sehati sejiwa,dimanakah cacatnya dimanakah celanya hingga hujan tidak sempat menunggu ke petang?

Bukankah syurga dunia yang dibina itu mahu dilangsungkan hingga ke Syurga sana.Itulah realitinya. Bahawa biar sehangat manapun cinta yang membakar perhubungan dua insan yang berkasih sayang, mereka akan menjadi musuh diantara satu sama lain di Padang Mashsyar, jika dahulunya mereka menolak pertolongan yang ditawarkan demi kebahagaian sebenar, hari itu mereka pula saling bermusuh dengan permusuhan yang tidak mampu lagi ditolong

Mengapa Cinta menjadi Permusuhan?
Apakah yang menguji manusia di Mashyar hingga pasangan yang akrab menjadi musuh yang mementingkan diri sendiri?

Sesungguhnya Mahsyar itu mengheret manusia kepada sebuah tekanan.Itulah Ujian terbesarnya. Segala yang didustakan selama ini terbentang di depan mata barulah kelihatan kesan segala perbuatan. Bahawa Dunia memang sementara,namun kesan amal berkekalan selamanya.Pada Hari Mahsyar itu , setiap insan berada dibawah tekanan yang amat dahsyat.

Ibu sanggup menggadaikan anak untuk menyelamatkan diri, Dua kekasih sanggup mengorbankan pasangannya demi terbebas daripada seksaan yang sedang menanti.

Dalam keaadan yang begitu terdesak dan penuh tekanan, cinta berubah menjadi permusuhan, Dua kekasih saling menyerang pasangan masing masing, mementingkan diri, demi sebuah keselamatan

Kecuali manusia bertakwa.

Wahai pasangan yang bermadu kasih !!! ingatkah kepada khutbah yang mengiringi lafaz, "Aku terima Nikahnya" Suatu hari dahulu!! tiga ayat yang dibacakan padamu, segalanya berbicara tentang takwa,

Pesan itu adalah pesan Tuhanmu.Pesan yang disampaikan dilisan Nabimu. Pesan yang di perpanjangkan kepada Khutbahmu. Bahawa tiada bahagia tanpa takwa.

Hanya Derita pemusnah cinta, Manusia tersnugkur dipantai derita, meneguk Neraka Dunia sebelum Neraka Disana....

Wallah huallam...

Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Re: Bercinta sampai ke Syurga

Post  Awangmaseru on Wed Dec 30, 2009 3:22 pm

Tanpa cintamu aku tak ingin dunia ini
biar ku menjadi batu yang tak tahu
rela ku menjadi air yang membeku

Tanpa cintamu ku nampak kosong dunia ini
hembusan angin pun tak dapat ku rasai
mentahari terbenam berkali-kali tak ku sedari

Tanpa cintamu
bagaimana nak ku pandang dunia ini
bagaimana nak ku sedut udara yang wangi
bagaimana nak ku hirup kudrat alam ini

Tanpa cintamu karamlah , musnahlah aku
terkejanglah aku di sakratulmaut
kelu lidah menjawab soal mungkar nangkir
tergelincir di sirotalmustaqim

mana lafaz untuk ku shahadah
manakah kaabah untuk ku tawaf
manakah kitab nak ku tatap
mana sejadahku ..

sampaikah aku,
hadirkah aku di sidratulmuntaha
seandainya tanpa cintamu.

Awangmaseru
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 252
Points : 294
Join date : 30/11/2009
Age : 55
Location : ulu cheka/jerantut

http://www.mohlaweh.multiply.com

Back to top Go down

Re: Bercinta sampai ke Syurga

Post  Jeck Sparow on Wed Dec 30, 2009 3:29 pm

Waduh waduh Romantisnyerrrrrrrrrrrrrr hehehehe Laughing Laughing

Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Re: Bercinta sampai ke Syurga

Post  zulkbo on Wed Dec 30, 2009 4:32 pm

romantis dan puitis
nasib baiik tak tragis..
he he Very Happy

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................جزاك اللهُ خيراً‎ ..................................
http://www.zulkbo.com/

zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Re: Bercinta sampai ke Syurga

Post  Jeck Sparow on Wed Dec 30, 2009 4:57 pm

zulkbo wrote:romantis dan puitis
nasib baiik tak tragis..
he he Very Happy

Kalau Sampai ke tahap Tragis tu tahap maxsimum ler... hehehe Laughing Laughing

Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Re: Bercinta sampai ke Syurga

Post  WADY on Thu Dec 31, 2009 3:36 pm

kreatif betul korang bab ayat puitis nih....

WADY
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 148
Points : 169
Join date : 07/11/2009
Age : 40
Location : Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan Pahang Darul Makmur {PCC 142}

Back to top Go down

Re: Bercinta sampai ke Syurga

Post  Sponsored content Today at 4:19 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum