Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Motivasi l Iktibar dari kereta api

2 posters

Go down

Motivasi l Iktibar dari kereta api Empty Motivasi l Iktibar dari kereta api

Post  Deto_8 Tue Mar 02, 2010 10:44 am

ARTIKEL saya minggu lalu menyentuh pembelian sistem kereta api baru oleh Malaysia menggunakan teknologi Korea Selatan serta perancangan Arab Saudi membina sistem kereta api canggih bagi kegunaan umat Islam mengerjakan ibadat haji dan umrah menggunakan teknologi China.

Umat Islam yang pernah menguasai ekonomi dan tamadun dunia, akhirnya kini terpaksa tunduk setelah hilang keupayaan apabila Barat menguasai kecanggihan teknologi termasuk perkapalan dan sistem pengangkutan laut yang canggih.

Kini perhatian harus diberikan kepada kebangkitan teknologi China dan Korea Selatan. Pembelian sistem kereta api baru oleh Malaysia dari Korea Selatan dan Arab Saudi menggunakan teknologi China seolah-olah membayangkan betapa umat Islam hanya bergantung kepada bekalan teknologi jika dulu dari Barat, kini Jepun, China dan Korea Selatan.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Motivasi l Iktibar dari kereta api Empty Re: Motivasi l Iktibar dari kereta api

Post  Deto_8 Tue Mar 02, 2010 10:45 am

Di mana keperkasaan umat Islam yang dijanjikan sebagai umat terbaik dan khalifah di muka bumi? Mana jalan keluarnya untuk Muslim? Saya berpendapat jalan keluar sebenarnya ada pada minda kita sendiri terutamanya pada persepsi, fahaman terhadap apa yang boleh dilakukan dan cara bagaimana pembaharuan harus dilaksana. Kita tidak akan dapat mengubah nasib kita selagi tidak diperbaharui apa yang ada pada diri dan dalam minda kita.

Negara Islam yang memiliki kekuatan ekonomi seperti Malaysia dan Arab Saudi tidak harus mencari jalan mudah menggunakan kekayaan untuk membeli apa saja yang dijual oleh orang lain tanpa berusaha mencari jalan menghasilkannya sendiri. Kita wajib menguasai ilmu dan teknologi yang diperlukan untuk maju bagi mengelak kita terus dilabel sebagai pengguna.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Motivasi l Iktibar dari kereta api Empty Re: Motivasi l Iktibar dari kereta api

Post  Deto_8 Tue Mar 02, 2010 10:46 am

Malaysia sebenarnya mempunyai keupayaan sendiri. Kita memiliki beberapa institusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan serta percambahan teknologi. Namun, keupayaan sains dan teknologi tempatan hanya satu daripada dua prasyarat utama pembinaan keupayaan negara. Satu lagi prasyarat yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam ialah ‘teknologi organisasi’ yang boleh membawa manfaat kepada penguasaan sains dan teknologi. Istilah ‘teknologi organisasi’ pernah digunakan oleh Peter F Drucker di awal penulisannya (lihat Drucker; ‘Innovation and Entrepreneurship’). Ia merujuk kepada segala ilmu dan amalan terbaik berkaitan pembinaan, pengurusan dan pengendalian organisasi bagi menghasilkan daya keusahawanan serta daya saing tinggi dalam menjana harta kekayaan yang menjadi sumber kemakmuran, kesejahteraan dan pembangunan masyarakat secara berkesinambungan. Drucker menyifatkan teknologi organisasi sebagai sangat penting, malah mungkin jauh lebih penting daripada penguasaan ‘sains teknologi’. Beliau memberikan contoh penemuan sains perubatan, misalnya dalam mencipta ubat untuk menyembuh penyakit. Persoalan yang berbangkit ialah penemuan ubat-ubatan penting tetapi tidak mencukupi andai tidak didampingi penubuhan organisasi hospital yang cekap dan berkesan menyampaikan ubat-ubatan kepada pesakit yang memerlukannya dengan kos paling rendah dan cekap.

Tegasnya, ilmu pengurusan di sebalik teknologi organisasi akan menentukan manfaat perubatan dinikmati seramai mungkin yang memerlukan mengikut kaedah ekonomi paling berkesan. Demikian juga, peranan usahawan dalam sistem ekonomi untuk menentukan matlamat penyampaian ini diuruskan sebaik mungkin. Malangnya, pada pandangan saya, penguasaan teknologi organisasi ini tidak mendapat perhatian sewajarnya dalam pemikiran orang Melayu serta tidak diberi keutamaan dalam perancangan pembangunan di Malaysia, lebih-lebih lagi dalam konteks senario pembangunan yang diterajui dasar kerajaan yang mengutamakan penggunaan jentera kerajaan untuk penyampaian ini. Andainya berterusan, ketidakprihatinan ini akan menjadi faktor yang melemahkan keupayaan jangka panjang negara.

Dasar dan strategi persaingan yang digariskan kerajaan jarang sekali menyentuh faktor pembinaan teknologi organisasi. Peranan organisasi dan hubung kaitnya dengan pembangunan daya keusahawanan dalam sistem ekonomi juga tidak diberi keutamaan.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Motivasi l Iktibar dari kereta api Empty Re: Motivasi l Iktibar dari kereta api

Post  Deto_8 Tue Mar 02, 2010 10:52 am

Sebenarnya, pada kereta api juga terdapat pengajaran dan contoh yang membantu Melayu dan umat Islam memahami peranan penting teknologi dan ‘teknologi organisasi’, seterusnya mencari jalan keluar dan membina semula keperkasaan umat. Renungkan bagaimana kereta api baru seperti Shinkansen, TGV dan Maglev mampu mencapai kelajuan melebihi 300 kilometer sejam sedangkan kereta api lama masih perlahan, ketinggalan dan kerap tergelincir?

Sebenarnya, kereta api lama tidak mampu bergerak pantas kerana segala beban bagi menarik berpuluh-puluh gerabak diletakkan kepada kepala kereta api. Ini berbeza dengan sistem digunakan kereta api baru. Sekalipun sumber utama kuasa dan kawalannya berpusat di kepala kereta api, kemajuan teknologi membolehkan setiap gerabak memiliki sumber tenaganya sendiri. Rodanya turut dilengkapi tenaga yang saling memacu. Ini membuatkan setiap gerabak kereta api baru bukan lagi beban kepada kepalanya sebagaimana kereta api lama.

Motivasi l Iktibar dari kereta api 220px-Shinkansen_500_Kyoto_2005-03-19
Shinkansen

Motivasi l Iktibar dari kereta api File:Velaro_RUS_Innotrans_2008
Velaro

Motivasi l Iktibar dari kereta api 220px-Chennai_local_14003
MRTS
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Motivasi l Iktibar dari kereta api Empty Re: Motivasi l Iktibar dari kereta api

Post  Deto_8 Tue Mar 02, 2010 10:55 am

Demikianlah pembaharuan yang diperlukan organisasi zaman ini. Pertama, organisasi dalam masyarakat (sama ada organisasi politik, pentadbiran kerajaan atau kementerian, organisasi akademik seperti IPTA/IPTS, badan atau agensi kerajaan mahupun syarikat dan organisasi korporat) tidak harus dibiar memusatkan segala kuasa kepada pemimpin di puncak hierarki. Keberkesanan dan kecekapan tidak akan dapat diperoleh selagi pemimpin, umpama kepala kereta api, membolot semua kuasa lalu menjadi penggerak semua inisiatif dan penyelesai segala masalah.

Kedua, setiap individu dan setiap unit dalam apa jua organisasi, wajib menyumbang dan memainkan peranan merealisasikan matlamat perjuangan bersama. Perhatikan betapa daya kreatif, inovasi dan inisiatif tidak terdapat pada organisasi bercorak kereta api lama.

Realitinya, kita yang masih terikat dengan cara kereta api lama mengharapkan pemimpin di puncak hierarki menyelesaikan segala masalah. Umat Islam adalah umat jemaah. Corak kepemimpinan peribadi tidak lagi sesuai untuk mencapai kelajuan dan kepantasan. Perlu kita terapkan budaya kerja secara berorganisasi dan tersusun dengan menggembleng seluruh daya dan kekuatan bersama sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah As Saff, 61:4 yang bermaksud: ”Sesungguhnya Allah Taala amat menyukai orang yang berjihad pada jalannya dalam barisan yang teratur seolah-olah mereka seperti binaan yang tersusun kukuh.” Terdapat bukti yang jelas menunjukkan corak organisasi amalan Barat (dan kini Korea Selatan serta China) adalah faktor yang memberi mereka kekuatan dan kelebihan bersaing. Malangnya, diperhatikan orang Melayu dan umat Islam tidak memberi perhatian serius terhadap konsep organisasi serta peranannya dalam memenuhi keperluan bermasyarakat dalam masyarakat moden.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Motivasi l Iktibar dari kereta api Empty Re: Motivasi l Iktibar dari kereta api

Post  Deto_8 Tue Mar 02, 2010 10:56 am

Jelas juga kelihatan kelemahan daya saing umat Islam berpunca daripada kelemahan organisasi mereka yang tewas kepada kecanggihan organisasi Barat dan lainnya. Apabila organisasi tidak lagi dianggap penting, masyarakat melihat segala aktiviti kehidupan yang perlu untuk hidup disandarkan kepada individu atau institusi keluarga. Konsep organisasi sosial yang berpaksikan institusi keluarga memadai untuk masyarakat yang ringkas dan tidak kompleks. Namun, dalam suasana persaingan yang kompleks dan terbuka, kelihatan masyarakat yang berpaksi kepada sistem organisasi canggih mempunyai kelebihan untuk menang bersaing. Sebagai contoh, harta kekayaan yang disandarkan kepada milik syarikat dan organisasi korporat akan lebih berdaya tahan hak milikya berbanding dengan harta kekayaan yang disandarkan kepada pegangan individu atau keluarga.

Akibat daripada fahaman terhadap organisasi yang berbeza, hari ini pegangan harta kekayaan di kalangan umat Islam lemah sekali. Perhatikan bagaimana perdagangan dunia kini berada di tangan syarikat dan organisasi korporat milik Barat dan Timur yang sangat panjang hayatnya. Sedangkan umat Islam menyerahkan kuasa hak milik harta tidak ke tangan organisasi tetapi lebih ke tangan individu dan keluarga. Dengan demikian, susunan struktur organisasi, sistem pengurusan, nilai teras yang dibudayakan dan gaya kepemimpinan yang diamalkan sangat penting. Kerana semua ini akan menentukan tinggi atau rendahnya semangat kerja dan tahap motivasi serta pencapaian anggota dalam organisasi. Andainya aspek organisasi tidak diberi perhatian, pengurusannya akan mudah tergelincir daripada landasan, jadual akan tergendala dan matlamat akan terpesong. Inilah yang berlaku pada organisasi di negara membangun menyebabkan mereka terus ketinggalan
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Motivasi l Iktibar dari kereta api Empty Re: Motivasi l Iktibar dari kereta api

Post  Deto_8 Tue Mar 02, 2010 10:57 am

Artikel dari Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Motivasi l Iktibar dari kereta api Empty Re: Motivasi l Iktibar dari kereta api

Post  strikerbuncit Wed Mar 03, 2010 1:34 pm

Nice article...but,kwn nk nambah sket..

sbnrnya kita tak aplikasi "pembinaan smula" teknologi2 yg sedia ada..kita hanya mampu menjadi pengikut dan pembeli,bukan perintis.Ia disebabkan kekurangan tenaga pakar,modal,budaya kerja dan sokongan pihak kerajaan dan swasta,dll..contohnya Jepun,dulu mereka mcm kta jugak..hanya menjadi pembeli dan pengimport..malah mereka bermula dgn 'zero' iaitu bermula dri bawah kerana kesan peperangan dunia kedua yg menyebabkan kmusnahan negara mereka spt tragedi bom atom..akhirnya mereka bangkit dan fokus kpd pembinaan negara dan teknologi..mereka mengimport teknologi baru pd masa itu dari negara industri hebat spt jerman,britain,amerika,perancis,dll..kemudian mereka melerai,meniru dan membina smula teknologi dan memperbaiki dri msa ke semasa..situasi yg sama sdg berlaku di china,taiwan dan korea skrg..dan korea skrg dah mengikut rapat jepun dalam penghasilan teknologi terkini.contohnya Kereta Kia,samsung,dll..manakala China sdg mencuba dgn kereta shangyong,gajet2 tiruan dri nokia,sony ericsonn,dll..taiwan pula dengan pgeluaran motosikal spt Comel,kmudian mereka berkembang dgn pesat dan kualiti smakin baik dri hari ke hari..smua ini memerlukan kerjasama erat pelbagai sektor dlm negara kita jika mahu menjadi spt mereka..dari satu sudut,kita perlu membiasakan diri dgn budaya kerja yg berdisiplin,komited dan len2 sikap positif spt mana pd org2 jepun skrg..mentaliti lapuk harus diubah..toyota mengambil masa lebih 50 tahun utk menjadi spt skrg..ttpi kita slalu menjadi tamak dan gelojoh,akhirnya banyak industri bumiputra di malaysia tak bertahan lama..mudah2an Malaysia terus maju dan menjadi negara islam moden dan menjadi contoh bahawa Islam tidak membelakangkan kemajuan,malah menggalakkannya krn ia adalah fardhu kifayah..

wallahualam..
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Motivasi l Iktibar dari kereta api Empty Re: Motivasi l Iktibar dari kereta api

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum