Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

SUKAN REMAJA PAHANG 19-23 JUN 09, JENGKA

Go down

SUKAN REMAJA PAHANG 19-23 JUN 09, JENGKA Empty SUKAN REMAJA PAHANG 19-23 JUN 09, JENGKA

Post  Deto_8 Mon Jun 15, 2009 10:08 am

Sukan Remaja Pahang Sebagai Persediaan Sukma

KUANTAN, 13 Mei (Bernama) -- Seramai 2,000 atlet remaja seluruh Pahang bakal berentap dalam 13 acara yang dipertandingkan pada Kejohanan Sukan Remaja Negeri Pahang di Kompleks Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka dekat Maran mulai 19 hingga 23 Jun ini.

Antara acara yang dipertandingkan ialah angkat berat, badminton, bola keranjang, bola jaring, bola sepak, memanah, olahraga, sepak takraw, berbasikal, patanque, pencak silat, hoki dan permainan terbaru iaitu silambam.

Exco Belia dan Sukan Negeri Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata kejohanan yang berkonsepkan mini Sukan Malaysia (Sukma) itu adalah sebagai persediaan awal atlet untuk menyertai Sukma tahun depan.

"Kejohanan yang terhad kepada remaja berusia 22 tahun ke bawah ini juga bagi menggalakkan penyertaan daripada remaja dari luar bandar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata acara silambam diperkenalkan dalam kejohanan itu adalah sebagai pendedahan kepada atlet memandangkan ia adalah acara baru pada Sukma akan datang.

Wan Adnan berkata peserta yang akan beraksi pada Sukma nanti akan dipilih daripada kejohanan itu.

-- BERNAMA
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

SUKAN REMAJA PAHANG 19-23 JUN 09, JENGKA Empty 2,000 sertai SRP di UiTM Jengka

Post  Deto_8 Mon Jun 15, 2009 10:09 am

KUANTAN 5 Jun - Kira-kira 2,000 atlet remaja dari seluruh negeri ini akan berkampung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Maran untuk bersaing dalam Kejohanan Sukan Remaja Pahang (SRP) 2009 yang akan diadakan di kompleks sukan universiti itu pada 19 hingga 23 Jun ini.

Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP), Suhaimi Mohd. Yunus berkata, kejohanan dwi tahunan itu untuk memilih atlet yang akan mewakili Pahang dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2010 di Melaka tahun depan.

Menurut beliau, kejohanan berkonsepkan mini Sukma itu juga bagi mencungkil lebih ramai atlet negeri ini untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

''Ini merupakan platform terbaik untuk memberi peluang kepada atlet-atlet remaja Pahang menunjukkan kemampuan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengundian sukan berpasukan di Dewan Seminar Utama Wisma Belia Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa dan Teknikal SRP 2009, Datuk Ibrahim Mohd. Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan SRP 2009, Datuk Muhammad Ubaidillah.

Suhaimi memberitahu, sebanyak 13 acara sukan dipertandingkan dalam kejohanan yang ditumpukan kepada remaja bawah 22 tahun itu.

''Acara-acara yang dipertandingkan ialah angkat berat, badminton, bola keranjang, bola jaring, bola sepak, memanah, olahraga, sepak takraw, berbasikal, pencak silat, hoki dan sukan masyarakat kaum India iaitu silambam," katanya.

Pada SRP 2007, tambahnya, johan keseluruhan dimenangi daerah Kuantan apabila meraih 26 emas, 22 perak dan 18 gangsa, diikuti Temerloh sebagai naib johan dengan menggondol 22 emas, 11 perak dan 16 gangsa.

Tempat ketiga, katanya, dimenangi daerah Cameron Highlands yang membawa pulang 10 emas, satu perak dan dua gangsa.

- UTUSAN MALAYSIA
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum