Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Maran l Harimau Putih janji saingan hebat

3 posters

Go down

Maran l Harimau Putih janji saingan hebat Empty Maran l Harimau Putih janji saingan hebat

Post  Deto_8 Tue Feb 02, 2010 9:44 pm

JENGKA – Kepakaran terutamanya daripada jurulatih berpengalaman menjadikan Kelab Harimau Putih di bawah kendalian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sri Chenderai, Matau, Jengka antara pasukan yang memberikan saingan hebat dalam arena sukan Muay Thai.

Pengurus pasukan, Mokhtar Mat Rafa berkata, walaupun pasukan ini masih baru ditubuhkan namun kesungguhan yang ditunjukkan pemain mempamerkan potensi bahawa pasukan ini mampu memberikan saingan yang hebat dalam setiap kejohanan.

Menurutnya, malah setakat ini beberapa peninju telah bertanding di kejohanan yang dianjurkan di kawasan ini dan mereka mempemarkan aksi yang cukup hebat untuk diketengahkan.

“Sukan ini mula mendapat tempat di hati masyarakat terutamanya di Bandar Jengka ini apabila kerapkali penganjuran kejohanan diadakan di kawasan ini dan memberi peluang kepada peninju yang ada untuk mempamerkan bakat mereka.

“Melihatkan penerimaan ini KRT Seri Chenderai, Matau, Bandar Jengka mengambil inisiatif membuka gelanggang bagi memudahkan latihan bagi peninju di samping turut menarik golongan muda terutamanya supaya mempunyai aktiviti yang lebih berfaedah,” katanya.

Jurulatih Kelab Harimau Putih, Fauzi Ismail berkata, sukan Muay Thai ini bukanlah sukan ganas seperti yang dianggap sesetengah pihak namun mereka harus faham bahawa sukan Muay Thai ini adalah seni mempertahankan diri.

“Setiap peninju harus mengamalkan disiplin diri seterusnya membentuk niali kemanusiaan yang tinggi dalam diri mereka yang membentuk jati diri terutamanya bagi golongan belia.

“Ada peraturan yang kita amalkan dalam permainan ini iaitu setiap pemain haruslah mempunyai disiplin, menghormati pihak lawan dan juga orang yang lebih tua daripada mereka serta bertarung bukan untuk tunjuk samseng tetapi untuk mempertahankan diri,” katanya.

Fauzi berkata, nilai murni ini ditekankan dalam diri setiap peninju dan dilihat mampu membantu golongan remaja terutamanya untuk mengelakkan mereka daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat.

“Dengan kerjasama KRT maka kita dapat mewujudkan gelanggang untuk kemudahan peninju berlatih di samping menggalakkan penyertaan warga veteran dalam setiap sesi latihan bagi memainkan alat muzik mengiringi perlawanan.

“Gabungan tenaga ini mewujudkan keserasian antara penduduk demi kebaikan bersama. Kami amat menggalakkan penyertaan golongan belia terutamanya bagi memberi mereka peluang mengetengahkan bakat serta memastikan mereka tidak terlibat dengan gejala sosial terutamanya,” katanya.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Maran l Harimau Putih janji saingan hebat Empty Re: Maran l Harimau Putih janji saingan hebat

Post  zulkbo Tue Feb 02, 2010 9:47 pm

saudara kita Noyiee
orang kuat sukan Muay Thai ni
bolehlah dia komen..
Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Maran l Harimau Putih janji saingan hebat Empty Re: Maran l Harimau Putih janji saingan hebat

Post  jasnoraizan Wed Feb 03, 2010 10:14 am

tak brape minat sgt ngan muay thai nih....? Maran l Harimau Putih janji saingan hebat Icon_lol Maran l Harimau Putih janji saingan hebat Icon_lol
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

Maran l Harimau Putih janji saingan hebat Empty Re: Maran l Harimau Putih janji saingan hebat

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum