Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

SEJARAH PAHANG

+2
RAFtegang
Pahlawan Hilir
6 posters

Go down

SEJARAH PAHANG Empty SEJARAH PAHANG

Post  Pahlawan Hilir Sun May 09, 2010 11:17 pm

Salam,..yang nie keh COPY jeh dari saloh satu laman web..Cume nok kongsi ngan rodong2 jer.. Very Happy Very Happy [/i]Very Happy [/b]


Sejarah Pahang

PENDAHULUAN

Saya akan memulakan penceritaan dengan mengambil secara terus petikan-petikan berkaitan dalam Buku Tradisi Persejarahan Pahang. Kemudian nanti, baru akan dikupas hubungkait antara satu dengan yang lainnya. Sebenarnya saya sendiri dalam proses mengumpul dan memilih maklumat. Perlu tapisan lanjut..perlu temuramah orang yang lebih tahu. Penceritaan ini adalah berfokus kepada latar sejarah Bukit Segumpal dan ENCIK MAT AKIL untuk memenuhi objektif utama penulis sendiri.



1.0 BAB SINOPSIS HIKAYAT PAHANG

a. Cetera kedua puluh;

“Pada keesokan harinya, peperangan bermula. Di sebelah kanan, Panglima Perang mengetuai angkatan bersama Imam Perang Raja dan Panglima Dalam. Angkatan perang di sebelah kiri pula diketuai oleh Wan Daud, Tok Kaya Lipis, dan Imam Perang Rasu. Peperangan hanya berhenti apabila hari malam.

Esoknya, Enik Mat Akil, Khatib Bahrain, Pak Hitam dan Encik Embok berhampiran dengan Makam Tuan Sentang. Tiba-tiba, hujan ribut berlaku tapi perang diteruskan.

ORANG BUKIT SEGUMPAL pula melanggar kubu Panglima Haron, di Chenor, keesokan harinya. Kubu Panglima Haron hampir musnah sebelum dapat diselamatkan oleh ENCIK MAT AKIL. Justeru itu, para pembesar yang setia kepada Encik Engku Aman telah berundur tetapi dihalang oleh ORANG BUKIT SEGUMPAL di Batu Gajah. Wlaupun demikian perjalanan tersebut diteruskan juga ke Pekan. Ketika di Pulau Lebak, ramai orang bugis terkorban.

Akhirnya, rombongan Encik Engku Aman tiba di Chenor. Orang-orang Chenor telah bersumpah akan taat setia kepadanya. Tuk Kaya Temerloh pula perhi ke Sungai Duri.” (Dipetik dari muka surat 41, Buku Tradisi Persejarahan Pahang)

b.Cetera kedua puluh dua;

“Angkatan dari Teluk Belanga dan Johor bertolak melalui Bera dan Serting di bawah pimpinan Syeikh Muhammad Taib.

Raja berangkat mudik, bersama para pembesar dan hulubalangnya. Tiba di Chenor, angkatan tersebut pergi kerumah Haji Husin yang memberitahu Wan Ahmad tentang kegagalan utusan ke Rembau. Hal ini membimbangkan Wan Ahmad. Walaupun begitu, orang-orang Chenor dan BUKIT SEGUMPAL pergi juga berperang.” (Dipetik dari muka surat 42, Buku Tradisi Persejarahan Pahang)

2.0 HIKAYAT PAHANG

a. Kemudian, pagi-pagi ENCIK MAT AKIL, Khatib Bahrain, Pak Hitam Latif dan Encik Embok mudik berhadapan. Di Sentang, naik ke darat, berperang dengan pihak di sebelah hulu, tempat Makam Tuan Sentang yang keramat. Ada sejurus perangnya, ribut besar turun dengan hujan sangat lebatnya.

Maka, berperanglah antara keduanya. Khatib Bahrain berkubu di Kampung Nyak, Encik Embok di Tanjung, ENCIK MAT AKIL dipanggil balik ke Chenor.

Maka, keesokan hari, ORANG BUKIT SEGUMPAL pun melanggarlah kubu Panglima Harun di Chenor. Mala pelurunya sampaai ke kenaikan Encik Engku Aman, Engku Sayyid, seperti layang-layang mandi. Maka gentarlah dan berdebarlah sekelian hati. Orang besar-besar sudah belot dan kubu Panglima Harun hampirlah pecah, tiada seorang membantunya.

Maka, ENCIK MAT AKIL pun menyeberang, menindih, sembilan orang. Maka masa itulah zahirlah beraninya dipandang sekalian orang tiada berhingga; ditembak oleh musuh, tiada diindahkan. Sampailah ia di sebelah hilir kubu. Ia menerkamke hulu dengan pedang. Maka undurlah pihak yang melanggar sedikit. Ia pun masuk kubu, hari pun malam.

Maka sekalian kepala-kepala pun berkiralah mengundurkan raja. Dengan seketika, habislah semuanya hilir. ORANG BUKIT SEGUMPAL mengadang di Batu Gajah masa Encik Emgku Aman hilir. Maka berteriaklah mereka itu akan Encik Engku Aman , ” Encik Engku Aman raja yang jahat, zalim. Engku Sayyid yang dengki khianat kepada orang-orang. Ambillah bekas tangan anak BUKIT SEGUMPAL ini”.

Ia pun menembaklah dengan ramainya. Tetapi tiada yang cederanya. Teruslah ke Pekan. Masa di Pulau Lebak itu, Bugis sahaja yang mati.


Gambar Hiasan (Ihsan : http://lyadienabatik.blogspot.com/)

b. Pertempuran di Antara Pihak Hulu dan Hilir

Angkatan di sebelah hilir mudik mengambil Pulau Pelak. Imam Perang, Encik Gendut, Encik Wan Ahmad Teluk Bekanga, Encik Hamid Batu Pahat, serta sekalian orangnya, ENCIK MAT AKIL, Khatib Bahrain, Pak Hitam Latiff, di sebelah kanan; mudik disebelah kiri Datuk Syahbandar.

………………(lain-lain riwayat)…………..

Masa bertolak di Pulau tadi, ENCIK MAT AKIL berjalan dengan dua ratus orangnya. Pihak di sebelah hulu: Pangliam Perang, Imam Perang Raja, Panglima Raja, Panglima Tunggal, Panglima Dalam Ali, Panglima Garang; berjalan darat. Pada masa tongkang berlabuh itu, bertentang dengan ENCIK MAT AKIL, Khatib Bahrain. Di darat, perang berdampar seberang-menyeberang.

c. Raja Melawat Kubu Peperangan

Peperangan di Pulau Temai; dengan kelamaan bertanding kubu sebelah menyebelah. Berlakulah perbuatan Khatib Bahrain, IMAM PERANG MAT AKIL, dan Sayyid Deraman, dengan usahanya kononya menggali di dalam tanah dengan beberapa jauhnya. Tiga bulan lamanya ia berusaha itu, sampailah bertentangan dengan kubu Awang Din, ORANG BUKIT SEGUMPAL sangat beraninya, dan tetap hatinya. Jika panjang unur harus juga dapat pangkat yang besar, kerana raja kasih padanya.

Maka, lubang ituditaruh oleh Khatib Bahrain dan IMAM PERANG MAT AKIL ubat bedil, kayu, batu, tembikar. Siap sekalian tongkang di tengah sungai, seberang menyeberang., dilanggarnya dengan sehabis-habis keras langgarnya. Ada sejurus berperang, sekalian orang di sebelah pihak hulu semuanya menolong sekalian kubu-kubu, dihantar orang melawan langgar musuh itu.

d. Pertempuran dan Kematian Bendahara Wan Mutahir

…………………….(lain-lain riwayat)……….

Masa itulah bunyi meriam dan senapang tiada berhenti; tiada apa kedengaran yang lain. Berhadapan IMAM PERANG MAT AKIL, khatibBahrain, Sayyid Deraman dengan Panglima Perang, Imam Perang Rasu, Panglima Raja, Panglima Bebas, Panglima Kanan, Panglima Kakap, mendirikan keberaninannya, berperang sampai larut malam, pukul satu. Maka tewaslah di sebelah hilir. Sekaliannya habis turun ke perahu dan tongkang.

………………….(lain-lain riwayat)……………..

Di dalam beberapa kali berundur, maka sebelah menyebelah, perang Beruas, dan perang di Makam, perang di perahu; beberapa yang luka, matinya sebelah menyebelah. Dan IMAM PERANG MAT AKIL, Khatib Bahrain dan Sayyid Deraman, maka zahirlah gagah perkasa dan beraninya, rajin usahanya. Tiadalah salah lagi kepadanya. Hanyalah tuah raja sudah habis. Datang qada Allah taala kepadanya.

BERSAMBUNG..………..

Pahlawan Hilir

Posts : 11
Points : 19
Join date : 09/05/2010

Back to top Go down

SEJARAH PAHANG Empty Re: SEJARAH PAHANG

Post  RAFtegang Mon May 10, 2010 3:05 pm

sedap gak aku baca sejarah Pahang ni tapi aku ni tak berapa paham sgt cite ni....sape perang dgn sape pastu pasal apa....Bukit Segumpal ni lak kat mana...apa lak org2 Johor, Bugis ni menyebok kat Pahang pulak....takde negara sendiri ke apa... nanti sambung cite ni...aku nak baca...
RAFtegang
RAFtegang
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 744
Points : 761
Join date : 07/10/2009
Age : 52
Location : KOLUMPO je..alaaa depan Carrefour Cheras...

Back to top Go down

SEJARAH PAHANG Empty Re: SEJARAH PAHANG

Post  Deto_8 Mon May 10, 2010 3:20 pm

terima kasih kerana sudi berkongsi info...harap ada sambungannya
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

SEJARAH PAHANG Empty Re: SEJARAH PAHANG

Post  Pahlawan Hilir Mon May 10, 2010 4:55 pm

RAFtegang wrote:sedap gak aku baca sejarah Pahang ni tapi aku ni tak berapa paham sgt cite ni....sape perang dgn sape pastu pasal apa....Bukit Segumpal ni lak kat mana...apa lak org2 Johor, Bugis ni menyebok kat Pahang pulak....takde negara sendiri ke apa... nanti sambung cite ni...aku nak baca...


Perang Saudara antara tun Ahmad dan Tun Mutahir..Beliu berdua ini adalah Anaknda kepada Tun ALI..Bedahara Raja di pahang..
PERANG SAUDARA PAHANG 1857 -1863 .

Perang saudara di Pahang dibahagikan kepada kepada tiga peringkat, iaitu Peringkat Pertama, atau Perang Kemaman dalam tahun 1857M, Peringkat Kedua, atau Perang Endau & Kuantan dalam tahun 1861M, dan Peringkat Ketiga, atau Perang Temai yang berlaku pada awal tahun 1863M yang berakhir dengan tragedi kemangkatan Tun Mutahir dua beranak akibat luka parah di Kuala Sedili pada bulan Mei1863M.

Perang Peringkat Pertama (Perang Kemaman) dilancarkan pada tahun 1857M, hanya selang beberapa bulan sahaja selepas kemangkatan Bendahara Tun Ali. Perang ini menggunakan kaedah tipu helah dan pertolongan Sultan Baginda Omar dari istana Terengganu. Sultan Baginda telah mengerahkan Orang Besarnya membantu Tun Ahmad jika tidak mahu dihukum bunuh. Bendahara Tun Mutahir pula mendapat surat dari istana Terengganu yang kononnya mengecam tindakan Tun Ahmad dalam persiapannya untuk melanggar Pahang. Pada masa yang sama British telah memaklumkan Sultan Trengganu bahawa baginda boleh masuk campur hal-ehwal Pahang dengan restu Inggeris . Sedangkan pihak Inggeris telah sekeras-kerasnya menghalang Temenggung Ibrahim, Temenggung Johor, iaitu sekutu kuat Tun Mutahir dari masuk campur dan perkara ini dimaklumkan jua didalam surat Inggeris ke Sultan Baginda Omar. Dengan restu senyap-senyap Inggeris Tun Ahmad mengumpul tenaga di Singapura.

Tun Mutahir yang merasa lapang dengan berita ini telah melonggarkan kawalan negeri serta menitahkan puteranya Tun Koris ke Singapura untuk berkahwin dengan puteri Temenggung Ibrahim Johor. Pemergian Tun Koris ditemani oleh adindanya Tun Aman dan Tun Da beserta beberapa orang pengikut. Semasa ketiadaan putera-putera Tun Mutahir, Tun Ahmad melanggar Pekan dan Gancung dalam masa beberapa hari sahaja. Banyak harta dapat dirampas termasuklah dari istana Gancung. Dalam peristiwa tersebut, Tun Ahmad sempat dilantik oleh orang Kemaman sebagai Bendahara Siwa Raja? tidak melalui adatnya. Kejadian ini berlaku hanya lebih kurang 5 bulan selepas kemangkatan Bendahara Tun Ali pada tahun 1857M. Walaubagaimanapun, Pekan dan Gancong kemudiannya dapat ditawan semula sekembalinya putera-putera Tun Mutahir dari Singapura dan strategi mengusir Tun Ahmad dan para pengikutnya disusun dengan lebih kemas dan teratur. Pada tahap ini, kesemua rakyat Pahang beserta para pembesarnya berada di pihak Tun Mutahir.

Perang Peringkat Kedua (Perang Endau & Kuantan), berlaku dalam tahun 1861M. Kali ini ikhtiar Tun Ahmad untuk menawan Pahang mendapat sokongan dan dokongan dari salah seorang Orang Besar Berempat Pahang yang paling berpengaruh, iaitu Maharaja Perba dari Jelai yang bernama Tok Raja Wan Idris. Peristiwa Tok Raja berpaling tadah berpunca dari kemunculan Sultan Mahmud Syah Lingga yang baru dimakzulkan oleh Belanda dalam tahun 1857M. Sultan Mahmud yang pergi ke Pekan, Pahang dalam tahun 1858M telah disambut dengan penuh adat istiadat oleh Bendahara Tun Mutahir. Dalam waktu ziarah baginda ke Pekan, berlangsung 3 majlis perkahwinan, iaitu diantara baginda dengan puteri Tun Mutahir, antara putera Tun Mutahir dengan saudara perempuan Sultan Mahmud dan juga kemudiannya diantara seorang lagi puteri Tun Mutahir dengan putera Temenggung Johor ketika itu yang bernama Enche Wan Abu Bakar (kemudiannya menjadi Sultan Johor yang pertama dari darah Temenggung). Dalam tempuh ini tiada sebarang ura-ura yang menunjukkan bekas Sultan di Lingga itu menuntut Bendahara Tun Mutahir agar merajakan baginda di bumi Pahang. Kemudiannya Sultan Mahmud telah pergi ke daerah Jelai buat beberapa bulan lamanya, iaitu sebuah jajahan Maharaja Perba Tok Raja. Tok Raja merupakan ?de facto? raja bagi rakyat Jelai dan sangat dimulia dan dibesarkan oleh mereka.

Dari Jelai, terdengar khabar yang bergolak mengatakan Tok Raja berpaling sembah. Tidak berapa lama kemudian, Tok Raja dan puteranya Wan Muhammad telah mengiringi angkatan bekas Sultan Lingga itu kembali ke Pekan. Tun Mutahir yang mendapat khabar tentang tindakan Tok Raja mengubah kesetiaannya, tentang persiapan Tun Ahmad untuk melanggar Pahang buat kali kedua, serta mendapat surat dari British pula yang memberikan amaran keras kepadanya supaya jangan ?elindungi? Sultan Mahmud, dengan ancaman untuk menyerang Pahang, telah bersikap dingin sekembalinya Sultan Mahmud ke Pekan.

Sultan Mahmud kemudiannya berangkat ke Terengganu dengan diiringi oleh Tok Raja berserta puteranya Wan Muhammad untuk berjumpa dengan Sultan Baginda Omar, ayah saudara baginda. Selepas itu, Sultan Mahmud pergi menemui Tun Ahmad di Kemaman. Di sini, baginda telah memberikan restunya atas ikhtiar Tun Ahmad untuk menawan negeri Pahang dan menyuruh Tun Ahmad mengambil khidmat dari Tok Raja. Tidak berapa lama kemudian British membedil Kuala Trengganu kerana Sultan Mahmud dilindungi di Trengganu. Sultan Mahmud serta keluarganya lantas pergi ke Bangkok mencari bantuan.

Semasa ketiadaan Tok Raja dua beranak di Pahang, anakndanya yang bernama Wan Embong yang menjadi penggantinya sebagai ketua di jajahan Jelai telah mencetuskan suatu pemberontakan. Pemberontakan ini tercetus semasa ketiadaan Tun Mutahir (baginda berada di Dungun pada waktu itu), dan ada kena mengena dengan tindakan ayahnda dan saudara Wan Embong berpaling tadah kepada Tun Mutahir. Dalam pemberontakan tersebut, Wan Embong akhirnya dibunuh oleh para pengikut Tun Mutahir. Tok Raja yang mendapat perkhabaran mengenai kematian puteranya itu langsung bulat hatinya untuk membalas dendam dan bersedia mencurahkan segala tenaga dan kesetiaannya pada Tun Ahmad.

Suatu lagi peristiwa yang berlaku dalam tempuh terjadinya Perang Saudara Peringkat Kedua di Pahang, ialah buat pertama kalinya semenjak kemangkatan Tun Ali, timbul isu keujudan surat wasiat Al-Marhum, dimana Tun Ahmad mendakwa kekandanya melanggar amanat ayahnda mereka dalam surat wasiat tersebut. Gabenor Cavenagh yang mendapat maklumat mengenai isu surat wasiat tersebut telah bertindak berjumpa sendiri dengan Tun Mutahir bagi mendapatkan pengesahan baginda. Dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri Engku Sayyid telah memaklumkan kepada Cavenagh bahawa surat wasiat tersebut sebenarnya merupakan suatu komplot salah seorang isteri Tun Ali. Beliau juga menegaskan bahawa Tun Ali telah sempat berwasiat kepada Tun Mutahir untuk mengusir Ahmad dari negeri Pahang kerana telah maklum akan siasahnya.

Dalam perjumpaan tersebut, Cavenagh telah meminta Tun Mutahir untuk ke meja rundingan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antaranya dengan Tun Ahmad.Cavenagh juga mendapat jaminan dari Tun Mutahir untuk memberikan sara hidup kepada Tun Ahmad walau apapun keputusan yang bakal dibuat dalam rundingan yang bakal diadakan itu. Tun Ahmad yang pada masa itu sedang terkepung di Kuantan telah berjaya meloloskan dirinya kerana kawalan keselamatan yang longgar (penumpuan keselamatan difokus pada Cavenagh dan pengikutnya). Surat perjanjian yang ditandatangani oleh Tun Mutahir mengenai hal kesediaan baginda ke meja rundingan telah dihantar kepada Tun Ahmad, namun surat tersebut ditolak bulat-bulat oleh Tun Ahmad, dan menegaskan bahawa ia akan tetap menawan Pahang samada hidup atau mati. Rundingan itu berlaku dalam Ahmad terkepung dan campurtangan pihak Britishlah yang melepaskan Ahmad.

Pada peringkat ini, Ahmad telah berjaya mendapat sokongan dan dokongan Maharaja Perba Tok Raja yang amat berpengaruh di daerah Ulu Pahang itu . Kesetiaan rakyat Jelai pada Tun Mutahir mula dicurigai kerana mereka lebih setia pada Tok Raja .Walaubagaimanapun Perang Saudara Peringkat Kedua tetap tidak memihak pada angkatan Tun Ahmad, walupun pada mulanya pihak Tun Mutahir menghadapi tentangan yang hebat darinya. Setelah terkepung, Tun Ahmad dan para pengikutnya berjaya meloloskan diri dan berundur kembali ke Terengganu, kemudian pergi menuju ke Kelantan dan berdiam diri di situ sehinggalah tercetusnya Perang Saudara Peringkat Ketiga dan yang terakhir.

Perang Saudara Peringkat Ketiga (Perang Temai), menyusul suatu kejadian pemberontakan yang dicetuskan pada awal tahun 1862M, oleh salah seorang kerabat Tok Raja (Wan Daud) yang ingin membalas dendam di atas kematian saudara sepupunya Wan Embong. Sebilangan rakyat di Ulu Pahang yang didenda oleh Tun Aman kerana mengkhianati Bendahara Tun Mutahir juga masuk ke kem Wan Daud. Bagaimanapun, bilangan mereka tidak banyak. Oleh itu, orang-orang Rawa (orang luar) seramai 400 orang telah diupah untuk melakukan pemberontakan di kawasan Ulu Pahang. Pemberontakan pada mulanya nampak berpihak pada Wan Daud dan para pengikutnya, tetapi kemudiannya dapat dicantas oleh angkatan Tun Mutahir. Wan Daud beserta orang-orangnya telah dapat dikepung

Susulan darinya, Wan Daud telah menghantar utusan pergi berjumpa dengan Tok Raja yang ketika itu bersama dengan Tun Ahmad di Kelantan bagi meminta pertolongannya. Tok Raja bersetuju untuk kembali membantu pemberontakan di Ulu Pahang dengan mendapat restu dari Tun Ahmad. Sekembalinya Tok Raja ke tanah jajahannya telah menaikkan semangat orang-orangnya yang terus membuat keputusan menyokong pendiriannya. Pemberontakan demi pemberontakan yang berlaku di Ulu Pahang akhirnya telah memihak kepada Tok Raja, beberapa daerah kecil jatuh ke tangan para pemberontak tersebut.. Dengan keyakinan baru, Tok Raja dengan para pengikutnya menjemput Tun Ahmad kembali ke Pahang. Sampai di Tembeling, Tun Ahmad telah disambut secara besara-besaran. Dalam tempuh beberapa bulan berikutnya, Tun Ahmad dengan dokongan Tok Raja serta rakyatnya di Ulu Pahang telah berjaya mengambil satu demi satu daerah Pahang.

Beberapa perkara yang terjadi dalam tempuh ini telah dilihat sebagai faktor yang merugikan pihak Tun Mutahir. Antara yang terbesar ialah sikap menantunya Temenggong Abu Bakar yang agresif dalam tindak-tanduknya membantu Tun Mutahir menangkis serangan dari kem Tun Ahmad dan Tok Raja. Dalam keadaan Tun Mutahir tersepit itu sekonyong-konyong British memberi restu kepada Temenggung Abu Bakar Johor iaitu putera Temenggung Ibrahim untuk masuk campur. Walhal Almarhum Temenggung Ibrahim dihalang sekeras-kerasnya. Berbanding dengan ayahandanya, Temenggung Abu Bakar lebih disenangi Inggeris. Bantuan Temenggung Abu Bakar itu bukanlah percuma walaupun Tun Mutahir itu mertuanya. Tun Mutahir terpaksa menerima kerana hanya Johor sanggup membantu memandangkan seluruh Tanah Melayu ketika itu bergolak dengan hebat.

Temenggung Abu Bakar telah membuat suatu pengisytiharan bahawa ?ahang telah diamanahkan di bawah jagaannya?, atau seperti kenyataannya kepada beberapa pemerintah di Tanah Melayu bahawa ?udah terserah negeri Pahang itu kepada Seri Paduka anaknda jahat baiknya?. Temenggung Abu Bakar juga menawarkan hadiah bernilai $500 pada sesiapa yang dapat membunuh Tun Ahmad. Malangnya, sikap agresif yang ditunjukkan oleh Temenggung Abu Bakar telah menimbulkan kemarahan para pembesar tempatan di Pahang yang melihat tindakan baginda sebagai suatu campurtangan dari orang luar yang cuba mengambil alih kekuasaan dari mereka dalam urusan perang saudara di Pahang itu. Gabungan angkatan perang Temenggung Abu Bakar dari Rembau, Perak, Muar, dari tempat-tempat lain dan askar-askar upahan Bugis juga telah menyebabkan Orang-Orang Besar Pahang mula merasa tergugat dan terpinggir.

Pihak Tun Ahmad cepat-cepat mengambil kesempatan dari sini untuk mengisytiharkan ?perang sabil? dengan teriakan; ?kerana wajib mempertahankan orang yang mahu membinasakan negeri kita.? Susulan darinya, rakyat Pahang mula berpecah, ada yang masih setia kepada Tun Mutahir, namun ada yang mengalih sokongan kepada pihak Tun Ahmad. Kini perang saudara tidak lagi dilihat sebagai perang antara adik beradik, tetapi menjadi perang diantara orang Pahang dengan ?orang luar?. Malangnya ?orang luar? ini dilihat sebagai pendokong utama kepada Bendahara Tun Mutahir, maka bagindalah yang menjadi mangsa keadaan. Selepas Maharaja Perba, Orang Kaya Temerloh dan Orang Kaya Lipis pula berpaling tadah. Hanya Orang Kaya Chenor dan Orang Kaya Syahbandar sahaja yang masih setia kepada Tun Mutahir.

Muslihat British yang terus menerus membiarkan orang Jelai dan angkatan Tun Ahmad dari Kemaman melakukan pemberontakan dan menghuru-harakan negeri Pahang untuk beberapa bulan lamanya telah juga membantu ?erjuangan? Tun Ahmad untuk menawan bumi Pahang. Akhirnya, Tun Mutahir dan anakndanya Bendahara Muda Tun Koris mangkat semasa baginda sedang berundur di Kuala Sedili dan terus dibawa ke Johor dan dimakamkan di Tanjung Puteri.

Raja Bendahara Tun Abdul Rahman menyambung perjuangan
Dalam keadaan yang menyedihkan ini putera Tun Mutahir iaitu Tun Aman (Abdul Rahman) diangkat oleh Orang-Orang Kaya dipimpin oleh Orang Kaya Syahbandar sebagai Raja Bendahara Seri Maharaja , mengambil gelaran Almarhum ayahandanya serta meneruskan perjuangan Al-Marhum ayahandanya .Baginda dilantik dengan beradat menurut tradisi Bendahara-Bendahara dan Raja-Raja. Perjuangan Al-Marhum Tun Mutahir Tun Ali diteruskan oleh anakndanya Tun atau Engku Abdul Rahman (Wan Aman) sebagai Raja Bendahara Seri Maharaja , Engku Da (Wan Da) dan Engku Abdullah (Wan Abdullah). Tun Abdul Rahman yang dilantik sebagai Bendahara Seri Maharaja selepas kemangkatan ayahnda serta kekandanya Tun Koris telah bekerja keras bersama kedua-dua adindanya selama beberapa tahun untuk menuntut kembali teraju pemerintahan negeri Pahang. Malangnya, takdir tidak berpihak kepada mereka.

Buku-buku sejarah yang memperincikan perjuangan Tun Abdul Rahman telah mencatatkan bahawa Sultan Abu Bakar Johor, yang pada asalnya bergelar Temenggung telah memerintahkannya menolong dalam perang saudara di Selangor serta mencari pengaruh dan bantuan dalam ikhtiarnya untuk merampas kembali kekuasaan dari bendahara Tun Ahmad. Kali terakhir catatan mengenai Tun Abdul Rahman emperihalkan peristiwa dimana ia ditawan oleh Sayyid Mashur di Kelang iaitu dalam tahun 1871M. Adinda Tun Abdul Rahman yang bernama Tun Da itu kemudiannya dikatakan berbaik semula dengan Bendahara Tun Ahmad dan kembali semula bermastautin di Pahang. Keturunannya dikatakan masih berkembang biak diTembeling.

Itulah serba ringkasnya sejarah sebenar peristiwa perang saudara di Pahang. Akhirnya, diharapkan semoga pensejarahan ini berupaya membuka lembaran baru dalam pengkisahan-pengkisahan sejarah perang saudara di Pahang yang lebih neutral, seimbang dan realistik. Semoga pengkaji-pengkaji sejarah Pahang di masa-masa akan datang dapat berlaku adil dalam menelusi sejarah sebenar Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali

Perang ini juga melibatkan orang-orang Lipis di Hulu Jelai, apabila Tok Raja yang berpengaruh pada mulanya memihak kepada Tun Mutahir berpaling sembah kepada Tun Ahmad yang telah menjadi Sultan Pahang Pertama.

Pahlawan Hilir

Posts : 11
Points : 19
Join date : 09/05/2010

Back to top Go down

SEJARAH PAHANG Empty Re: SEJARAH PAHANG

Post  MD Mon May 10, 2010 5:04 pm

Sejarah Pahang jugak menarik kisahnya...

p/s - nak mintak group Peran Opera buat teater berkaitan dengan sejarah Pahang ni...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

SEJARAH PAHANG Empty Re: SEJARAH PAHANG

Post  Pahlawan Hilir Mon May 10, 2010 5:24 pm

Tahun 1857, adalah tahun permulaan kepada sengketa atau perang saudara di Pahang setelah Bendahara Tun Ali yang memerintah negeri Pahang mangkat.Perebutan kuasa terjadi antara Tun Mutahir dan Tun Ahmad yang merupakan anak Bendahara Tun Ali dari ibu yang berlainan walaupun sebelum mangkat tugas untuk menggantikannya telah diwasiatkan dihadapan Tok Gajah kepada Tun Ahmad. Tun Mutahir iaitu kakanda kepada Tun Ahmad telah membatalkan surat wasiat ayahandanya dan melantik dirinya sebagai Bendahara atau pemerintah Pahang dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja Pahang..Ini menimbulkan kemarahan adiknya Tun Ahmad.Perbalahan adik beradik merebut kuasa inilah sebenarnya punca atau titik bermulanya campur tangan Inggeris di Pahang.Tun Ahmad mendapat sokongan dari Sultan Trengganu dan Raja siam manakala Tun Mutahir mendapat sokongan Inggeris dan Johor.Pada akhir tahun 1857 Tun Ahmad dengan bantuan Tok Gajah berjaya merampas kuasa dari Tun Mutahir.

Pahlawan Hilir

Posts : 11
Points : 19
Join date : 09/05/2010

Back to top Go down

SEJARAH PAHANG Empty Re: SEJARAH PAHANG

Post  RAFtegang Mon May 10, 2010 5:55 pm

hui panjangnya cite...bertambah2 pening kepala aku...hahahahaha
RAFtegang
RAFtegang
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 744
Points : 761
Join date : 07/10/2009
Age : 52
Location : KOLUMPO je..alaaa depan Carrefour Cheras...

Back to top Go down

SEJARAH PAHANG Empty Re: SEJARAH PAHANG

Post  zulkbo Mon May 10, 2010 9:37 pm

hebat..
ok jer
buat pengetahuan
pada yang tak tahu
terima kasih.. sunny
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

SEJARAH PAHANG Empty Re: SEJARAH PAHANG

Post  Bederun Tue May 11, 2010 12:36 pm

Mmg hebat.. teruskan 'perjuangan' aok Pahlawan Hilir.. keh sokong sesangat info sejarah aok te.. Smile
Bederun
Bederun
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 160
Points : 171
Join date : 25/03/2010
Age : 47
Location : Jerantut - Sintok - Damansara - Muar

Back to top Go down

SEJARAH PAHANG Empty Re: SEJARAH PAHANG

Post  Pahlawan Hilir Wed Jun 16, 2010 2:47 am

Salam, Semua.. Aku dapat info nie dari satu web..tak tau la betul ke tidok..pikir2 kan lah..


Kebenaran Foto Durbar Pertama Palsu Belaka!!! Tegakkan Kebenarannya!!!




~> FOTO DURBAR PERTAMA 14-17 JULAI 1897 <~



Selama puluhan tahun gambar foto Raja-Raja Melayu yang bermesyuarat buat kali pertama di Astana Negara, Kuala Kangsar, Perak telah disalahtafsir secara bebas tanpa sebarang teguran oleh pihak yang berkenaan, terutama sekali pihak Arkib Negara Malaysia dan Muzium Negara. Apakah kesalahan yang paling menjolok mata di dalam pentafsiran masyarakat itu? Mereka mengatakan bahawa terdapat sebilangan tokoh pahlawan Pahang yang ikut serta di dalam sesi foto tersebut iaitu Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau dan Mat Lela.


Umum mengetahui bahawa Perang Bahaman telah tamat di Pahang pada tahun 1895 dengan berundurnya para pemimpin ulung perjuangan tersebut iaitu Tok Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah ke Terengganu, Kelantan dan Siam. Antara mereka, ada yang kononnya dikatakan “telah mati”, dibawa askar Siam ke Bangkok atau pun menghilang begitu sahaja tanpa khabar berita. Tiga tokoh pahlawan Pahang tersebut adalah duri dalam daging bagi pemerintah kolonial British, dan sejumlah wang ditawarkan bagi menangkap mereka, sama ada hidup atau pun mati. Marilah masyarakat sama-sama berfikir, ajakan ini terutama sekali ditujukan buat anak-anak Pahang dan para pewaris pahlawan Pahang yang disebutkan namanya itu, apakah logik Pahlawan Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang sudah berundur diri ke luar Pahang pada tahun 1895 tiba-tiba kembali pula mengiringi Sultan Ahmad ke Kuala Kangsar pada tahun 1897 dan seterusnya ikut bergambar bersama para pegawai penjajah yang sangat ingin melihat mereka mati di tali gantung selama ini??


Ketahuilah bahawa tokoh yang dianggap sebagai Tok Gajah di dalam gambar tersebut (duduk bersila memakai serban, memikul pedang kerajaan) sebenarnya adalah hulubalang Tuanku Muhammad Negeri Sembilan di samping tokoh yang berserban dan memikul keris panjang kerajaan yang dikatakan sebagai Tok Bahaman (A dan B, lihat gambar). Rajin-rajinlah pergi menyelidik dokumen dan gambar lama Kerajaan Negeri Sembilan di Arkib Negara, nescaya kita akan lihat kedua-dua tokoh tersebut berdiri terpacak di samping Tuanku Muhammad sambil menyandang senjata kebesaran Kerajaan Negeri Sembilan yang sama... Tokoh yang dikatakan sebagai Mat Kilau dan Mat Lela pula (C dan D, lihat gambar) sebenarnya adalah dua daripada “Tiga Kundang” iaitu penjawat Sultan Idris Perak. Kalau dilihat lain-lain gambar foto Kerajaan Negeri Perak, kita akan bertemu juga dengan wajah tokoh-tokoh tersebut di dalamnya.


Lebih mengharukan lagi apabila sesetengah pihak dengan penuh keyakinan menunjuk pula tokoh yang duduk bersila di hadapan Sultan Ahmad Pahang, memakai songkok hitam dan memangku Puan Kerajaan Pahang sebagai almarhum Orang Kaya Haji Lipis (Wan Daud bin Wan Pahang), sedangkan beliau telah kembali ke rahmatullah lapan tahun terdahulu apabila terbunuh ditembak dengan peluru emas pada penghujung Disember tahun 1889!!


Sesetengah pihak di Pahang malah lebih hebat lagi dengan menukar tarikh foto tersebut kepada 1878 pula demi untuk mengesahkan keberadaan atau kewujudan setiap tokoh pahlawan kesayangan mereka di dalamnya. Ketahuilah, bahawa tindak-tanduk yang melampau seumpama inilah yang akan menjadikan para pahlawan yang juga nenek moyang kita itu sebagai bahan senda-gurau generasi terkemudian, apalagi oleh bangsa asing yang sentiasa meremehkan perjuangan bangsa kita untuk kemerdekaan tanah air yang tercinta.


Mereka-mereka itu memang pahlawan yang patut kita cintai dan teladani, setiap anak-anak Pahang yang menghargai perjuangan para pahlawan mereka masih terasa kehangatan perjuangan mereka hingga kini, apatah lagi majoriti daripada kita ini saling bertali darah kekeluargaan dengan mereka, tetapi hendaknya tempatkanlah mereka itu di singgahsana kemuliaan yang sepatutnya berlandaskan hak-hak agama, jangan disaluti dengan ketaksuban dan dihiasi dengan bunga-bunga dongeng yang tidak tentu hujung pangkalnya!


Bahkan amat mendukacitakan sekali kerana pernah dijumpai artikel pameran yang dibuat oleh Arkib Negara sendiri telah terikut-ikut dengan penyebaran fakta yang tidak benar tersebut.


Lihatlah pula rekod di Arkib Negara sendiri yang mencatatkan mengenai kehadiran wakil-wakil Pahang sempena Durbar di Kuala Kangsar tersebut.



Minutes of the Session of The Council of Chiefs of the Federated Malay States Held at The Astana Negara, Kuala Kangsar
on the 14th, 15th, 16th and 17th Days of July 1897
Sumber - MISC, Koleksi Terbitan Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur, hlmn 2


SEJARAH PAHANG Clip_image001


Yang hadir seperti rekod adalah (perwakilan Pahang) :


1. Sultan Ahmad ibni Bendahara Tun Ali
2. Tengku Ali bin Sultan Ahmad
3. Engku Muda Wan Mansur bin Bendahara Tun Ali
4. Engku Bendahara Sri Maharaja, Engku Ngah bin Engku Tanjung
5. Tuan Mandak Said Ali al-Jufri
6. Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim bin Jaafar
7. Imam Perang Indera Setia Raja Che Samat


Inilah sahaja jumlah Orang Besar-Besar Pahang yang hadir pada mesyuarat tersebut mengiringi Marhum Sultan Ahmad. Yang direkodkan tidak hadir ialah Tengku Mahmud bin Sultan Ahmad.


Oleh itu, pendapat masyhur yang menyenaraikan “kehadiran” Orang Kaya Haji Wan Daud, Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela, Mat Kelubi dan sebagainya di dalam gambar beramai-ramai ketika mesyuarat tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali! Sejarah tetap sejarah! Yang benar berdiri dengan sendirinya!



SEJARAH PAHANG Clip_image001

TUANKU MUHAMMAD SYAH dengan pembesar Negeri Sembilan tahun 1897
Sumber gambar dari, Arkib Negara.



Inilah gambar Tuanku Muhammad Syah dengan pembesar Negeri Sembilan tahun 1897.

Duduk atas kerusi dari kiri: Datuk Klana Ma’amor (Undang Sungai Ujong), Tuanku Muhammad Syah dan Dato’ Bidin (Undang Rembau).

Perhatikan pembesar/hulubalang yang duduk bersila no.2 dari kiri (inilah tokoh yang selalu disangka sebagai Dato’ Bahaman).

Perhatikan pula hulubalang yang berdiri di belakang, no.2 dari kanan (ini pula tokoh yang disangka sebagai Tok Gajah). Mereka masih menyandang senjata kebesaran Kerajaan Negeri Sembilan yang sama seperti di DURBAR Kuala Kangsar 14-17 Julai 1897. Entahlah bagaimana pula boleh tersilap cam, mungkin pandangan dikaburi oleh asap-asap yang tercemar. Kasihan...




Al-Fatihah teristimewa,
Buat para pahlawan ku yang tercinta,
Penegak daulat alam Melayu Pahang,
Takkan padam puntung berapi Orang Kaya Haji,
Ke manakah larinya gagah Datuk Bahaman,
Takkan luluh martabat Maharaja Perba Jelai oleh nista dan adu domba,
Buntat embun Pahlawan Mat Kilau segar selamanya,
Betapa pun banyak tanah kubur yang engkau tinggalkan,
Biarkan pun jutaan tanda tanya yang menjadi gumpalan tak terurai,
Betapa pun banyak kejian dan fitnah yang dilunggukkan ke atas kepalamu,
Pahlawan keris lembingkah engkau,
pahlawan peluru berpandukah engkau,
pahlawan zaman batukah engkau,
biarkan saja Allah Yang Maha Kaya menilainya,
biar apa pun pendapat dan tafsiran insan segenap penjuru,
engkau sekeliannya tetap kupandang sebagai sebuah rembulan mengambang penuh,
yang pada suatu ketika pernah menerangi bumi Pahang yang tercinta,
walaupun sesetengah memandangmu dari sisi yang gelap!!



JAUHAR ALAM SYAH


p/s: Maka akhirnya terluahlah segala perkara yang telah lama bersarang di dalam diri. Kebenaran mesti ditegakkan agar tidak dikata melakukan pembohongan di hari kemudian kelak. Diminta mana-mana pihak berwajib memandang isu ini sebagai isu besar yang akan mendatangkan kekeliruan dan menjadi masalah dalam sejarah kita. Sedikit kesilapan yang diperbuat, kesannya cukup berbekas dan meninggalkan kesan yang lama. Ingat! Sejarah itu bukti tentang peradaban manusia! Yang hak tetap hak, yang batil bakal lenyap! Malas nak ulas panjang-panjang, bacalah saja dari pangkal sampai ke hujungnya. Tak sangka sungguh, selama ini jelas yang aku tertipu dengan fakta. Dan yang terpaling teruk apabila fakta itu ada yang sudah dibukutekskan! Malangnya... Nampaknya antara faktor yang menjatuhkan bangsa Melayu berpunca dari kesilapan menulis fakta! Kasihan. Kepada mereka2 di luar sana, jangan pepandai nak edit balik artikel ini. Amaran keras, perbuatan anda dilarang sama sekali. Sebarang copy2 hendaklah berhubung dengan tuan punya blog. Sekian...

Pahlawan Hilir

Posts : 11
Points : 19
Join date : 09/05/2010

Back to top Go down

SEJARAH PAHANG Empty Re: SEJARAH PAHANG

Post  Pahlawan Hilir Wed Jun 16, 2010 2:52 am


Pahlawan Hilir

Posts : 11
Points : 19
Join date : 09/05/2010

Back to top Go down

SEJARAH PAHANG Empty Re: SEJARAH PAHANG

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum