Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Empat penunggang maut dalam tiga kes berasingan

2 posters

Go down

Empat penunggang maut dalam tiga kes berasingan Empty Empat penunggang maut dalam tiga kes berasingan

Post  faisalmik Wed Jun 03, 2009 9:51 am

KUANTAN – Empat penunggang maut dalam tiga kes berasingan masing-masing berlaku di Lipis, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Pekan, kelmarin.

Kejadian pertama berlaku di Kilometer 351 Jalan Raub – Lipis membabitkan motosikal dan kereta.

Asistem Suprintendan Zainal Abidin Othman berkata, kejadian dipercayai apabila penunggang motosikal, Mohamad Afirudin Abd Rashid, 22 merempuh belakang kereta yang sedang menghala ke simpang dalam perjalanan ke Sempalit.

“Mangsa yang berasal dari Padang Tengku dan bekerja sendiri meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, semalam.

Sementara itu, katanya, dalam kejadian berasingan, seorang kakitangan swasta, Mohd Nizam Abdul Manaf, 28 maut selepas dipercayai terbabas dan jatuh ke kanan jalan.

Menurutnya, mangsa dipercayai menunggang motosikalnya dengan laju lalu terbabas sebelum terjatuh di atas jalan raya. Mangsa bagaimanapun meninggal ketika dalam perjalanan mendapat rawatan di Lipis.

“Satu lagi kejadian membabitkan pemandu motosikal di Kilometer 199.8, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) apabila pemandu motosikal dari arah Kuantan menghala ke Triang hilang kawalan dan merempuh besi penghadang jalan sebelum dilanggar kenderaan pacuan empat roda,” katanya.

Menurutnya, pemandu kenderaan selamat manakala pemandu motosikal, Faiz Juljaini, 18, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil memberi kerjasama dan maklumat lanjut kepada polis,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penunggang motosikal supaya tidak memandu laju dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.

Bagi kes di Pekan, di Kilometer 78, Jalan Chini – Kuantan, dua penunggang motosikal maut apabila bertembung dari arah bertentangan.

“Kejadian berlaku ketika Asri a/l Puteh dan Mohd Firdaus Albar, 20, bertembung di pertengahan jalan ke Bandar Dara Chini. Mereka disahkan meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan kejadian masih dalam siasatan,” katanya.
faisalmik
faisalmik
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 698
Points : 744
Join date : 15/04/2009
Age : 49
Location : Wangsa Maju/Teluk Baharu

http://www.tokgajah.com

Back to top Go down

Empat penunggang maut dalam tiga kes berasingan Empty Re: Empat penunggang maut dalam tiga kes berasingan

Post  zulkbo Sat Jul 25, 2009 2:17 am

banyak kemalangan sekarang nih,nak kata jalan tak elok mungkin jugak keadaan kenderaan nk kena servis selalu jugak...apa yang penting driver kena "fit"fo drive.idak lah ngantuk bila memandu Laughing Laughing
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum