Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

MARAN l RM167 juta diperlukan baik pulih paip Jengka

2 posters

Go down

MARAN l RM167 juta diperlukan baik pulih paip Jengka Empty MARAN l RM167 juta diperlukan baik pulih paip Jengka

Post  Deto_8 Fri Apr 16, 2010 11:52 pm

JENGKA 19 – Masalah gangguan bekalan air yang sering di alami oleh penduduk di Bandar Jengka dan kawasan sekitarnya bukanlah perkara baru dan sering menjadi fokus utama dalam setiap kali sidang dewan yang dihadiri wakil rakyat bagi mendapatkan keselesaan penduduk di kawasan Jengka terutamanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, faktor usia paip yang diguna pakai oleh penduduk juga antara salah satu faktor kepada gangguan bekalan air di kawasan ini.

Menurutnya, paip yang digunakan di sekitar rancangan ialah paip asbestos berusia melebihi 30 tahun ini juga antara faktor kepada masalah gangguan bekalan air apabila paip uzur ini sering kali pecah.

“Disebabkan itu, pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) tidak boleh melepaskan air dari loji dengan tekanan yang sangat tinggi kerana saluran paip yang berusia itu akan pecah dan menyebabkan timbulnya masalah lain.

“Faktor ketinggian juga menjadi penyebab penduduk tidak menerima bekalan air sempurna dan bagi langkah jangka pendek, membina kolah dan tangki air untuk mendapatkan bekalan air selepas waktu kemuncak dapat membantu penduduk,” katanya.

Beliau berkata, bagi usaha untuk menaik taraf keseluruhan sistem perpaipan kawasan Jengka memerlukan peruntukan RM167 juta dan ini salah satu projek keutamaan yang akan dibentangkan kepada Perdana Menteri bagi membangunkan kawasan Jengka.

“Antara lima projek keutamaan kepada Perdana Menteri yang dijangkakan akan melawat kawasan Jengka beberapa bulan akan datang termasuklah usaha pembesaran jalan raya sekitar kawasan jengka juga menaik taraf masjid ,” katanya.

Wan Salman berkata, penambahan penduduk juga antara faktor berlakunya gangguan bekalan air memandangkan kapasiti air loji sedia ada tidak dapat menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah.

“Jika dulu pembinaan dua loji di kawasan ini bagi menampung penduduk di kawasan Jengka yang terdiri daripada peneroka di setiap tanah rancangan Felda Wilayah Jengka dan beberapa perumahan di kawasan Bandar Jengka.

“Kini kawasan Bandar Jengka semakin pesat membangun dengan pembinaan beberapa lagi kawasan perumahan, institusi pendidikan menyebabkan kadar penggunaan air semakin meningkat namun kapasiti air yang ditanggung oleh loji masih di tahap yang sama,” katanya ketika menjawab permasalahan penduduk ketika menghadiri Program Jejak Aspirasi bersama penduduk Jengka 19.

Turut hadir di majlis Pegawai Seranta, Mohd Mustaza Omar, Pegawai Jabatan Kebajikan Masya-rakat (JKM) Jengka, Roslan Zakaria, Pengurus Felda Jengka 19, Hamidun Mohd Kelan, Pengerusi Komuniti Bistari Jengka 19, Mohd Ayub Shahri.

Menurutnya, loji air Batu Sawar kini menyalurkan air ke enam kawasan berhampiran iaitu Felda Seri Pagi Jengka 17, Felda Seroja Jengka 18, Felda Siantan Jengka 19, Felda Tonkin Jengka 23, Sungai Nerek dan Kampung Awah manakala loji Jengka Utama menyalurkan air ke lebih sepuluh kawasan sekitarnya.

“Masalah air ini sering menjadi keutamaan bagi mendapatkan penyelesaian namun pendekatannya diadakan secara berperingkat di mana penyelesaiannya dimulakan di peringkat loji dahulu,” katanya.

Majlis turut menyaksikan sumbangan yang disampaikan Wan Salman kepada 30 pelajar Pusat dalam Komuniti Sri Siantan Jengka 19.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

MARAN l RM167 juta diperlukan baik pulih paip Jengka Empty Re: MARAN l RM167 juta diperlukan baik pulih paip Jengka

Post  termizi2010 Sat Apr 17, 2010 12:01 pm

pembangunan di jengka semakin pesat...harap2 kemudahan asas di kawasan jengka ditingkatkan.....
termizi2010
termizi2010
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 155
Points : 164
Join date : 15/04/2010
Age : 39
Location : shah alam/jengka 7

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum