Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Warisan kolonial Kuala Lipis

+3
nuc84
zulkbo
Deto_8
7 posters

Go down

Warisan kolonial Kuala Lipis Empty Warisan kolonial Kuala Lipis

Post  Deto_8 Mon Jun 15, 2009 10:06 am

SEBAGAI bekas ibu negeri Pahang dari 1890-an hingga 1955, Kuala Lipis sudah menikmati pembangunan hasil perlombongan khazanah buminya.

Warisan penjajahan ini dapat dilihat menerusi bangunan lama dengan seni bina kolonial yang masih kukuh hingga kini.

Rumah Rehat Residen yang dibina pada 1867, Sekolah Menengah Clifford yang didirikan pada 1913 selain kompleks pejabat kerajaan dan Pahang Club menjadi tarikan pelancongan di bandar kecil ini.

Kampung halaman penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza ini turut memegang satu lagi rekod dengan Batu Tanda Kosong atau Zero Miles Stone.

Terletak berdekatan pejabat pos di tengah bandar, ia menjadi ukuran jarak tempat standard di negara ini.

Batu ini menandakan permulaan sukatan jarak bagi Pahang dan kiraan kosong bermula dari Kuala Lipis.

Kata-kata seperti 'ada kilometer kosong rupanya kat Lipis'' daripada mulut warga luar sering terdengar apabila batu yang mempunyai kedudukan istimewa ini.

Lipis dengan keluasan 527,861 hektar adalah daerah ketiga terbesar Pahang selepas Jerantut dan Rompin.

Sebahagian kawasannya dilitupi alam semula jadi seperti hutan simpan, hidupan liar, air terjun, jeram, tasik, gua dan gunung.

Bagi peminat aktiviti lasak, anda boleh meneroka Gua Bama di mukim Telang dan Taman Rimba Kenong di Hutan Simpan Yong. Ia kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna serta landskap semula jadi yang belum diterokai sepenuhnya.

Ia turut menyimpan keindahan gua batu kapur di Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangga, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau dan Gua Hijau. Ia menjadi tumpuan aktiviti jelajah gua, perkelahan, fotografi dan kayak.

Aktiviti sama boleh dilakukan di Tasik Empang Jaleh berkeluasan 73.74 hektar di Lebuhraya Timur Barat dan Taman Rekreasi Sungai Yu di mukim Batu Yon kerana aliran air sungainya yang bersih dan jernih.

Selain itu, Hutan Lipur Ulu Jerangsang (Lata Serondong) di Hutan Simpan Bukit Taching dan Pusat Rekreasi Air Jeram Besu turut menawarkan percutian rekreasi cukup menarik jika anda gemarkan aktiviti lasak.

Hutan Simpan Bukit Taching yang dibangunkan sebagai produk pelancongan pada awal 90-an kini popular dengan penemuan bunga terbesar dunia, bunga pakma atau Rafflesia.

Anda boleh meneroka keindahan Taman Negara menerusi pintu masuk Merapoh. Dan, jangan lupa melawat santuari kelah bagi merasai pengalaman berenang bersama ratusan ikan air tawar.

Jika bermalam di Taman Negara, pastikan anda menyertai acara merentas denai untuk melihat aktiviti hidupan liar. Kawasan Gua Gajah dan Gua Peningat menjadi tumpuan pelbagai spesies burung.

Kini, Lipis kian mendapat tumpuan peminat sukan motor lasak di litar Taman Tasik Burung Mandi. Dengan cerun curam dan litar berselut, ia memberikan halangan semula jadi kepada pelumba.

Jika mahu merasai percutian dalam suasana desa, Homestay Kuala Medang di mukim Ulu Jelai memang popular di kalangan pelancong asing.

Kuala Medang adalah kampung tradisional di pedalaman, jauh dari kesibukan kehidupan kota. Inilah peluang melihat pemandangan indah, jeram dan pokok bakau.

Mereka yang datang bersama ahli keluarga boleh membawa anak kecil ke Zoo Lipis di Bukit Bius, Kuala Lipis. Ia memiliki tarikan musang jebat dan beruk Jepun.

Banyak lagi yang menarik mengenai Lipis jika berpeluang merasai sendiri. Jadi, hantar borang cuti, sediakan bajet mencukupi untuk berseronok sepuas hati.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Warisan kolonial Kuala Lipis Empty Re: Warisan kolonial Kuala Lipis

Post  zulkbo Tue Jul 21, 2009 11:56 am

Ada gambar Kuala LIpis yang cantik-cantik post la ka sini D8 Very Happy Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Warisan kolonial Kuala Lipis Empty Re: Warisan kolonial Kuala Lipis

Post  Deto_8 Tue Jul 21, 2009 11:58 am

zulkbo wrote:Ada gambar Kuala LIpis yang cantik-cantik post la ka sini D8 Very Happy Very Happy

arap ke budak lepih post gambor ke sini....kawan pun dok pernoh sampai ke sana Laughing
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Warisan kolonial Kuala Lipis Empty Re: Warisan kolonial Kuala Lipis

Post  nuc84 Thu Jul 23, 2009 5:07 pm

hehehe kwn org x-kuala lepih...dah lame xjenguk sne kalo xmmg kwn dah post kn gmbo2 menarik hehehee
nuc84
nuc84
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 539
Points : 553
Join date : 14/04/2009
Age : 39
Location : Shah Alam

http://nucspace.blogspot.com

Back to top Go down

Warisan kolonial Kuala Lipis Empty Re: Warisan kolonial Kuala Lipis

Post  MD Fri Dec 04, 2009 2:18 pm

02 Disember, 2009

Mengenali Bandar Warisan Kolonial Kuala Lipis

Oleh Wan Nor Azura Mior Abd Aziz KUALA LIPIS, 2 Dis (Bernama) -- Daerah Lipis di Pahang mengangkat beberapa aspek penting dalam sejarah negeri dan negara. Selain bandarnya merupakan bekas ibu negeri Pahang dan pusat pentadbiran negeri, daerah ini juga rumah bagi beberapa nama besar Malaysia.

Antara nama-nama terkemuka ini ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Muhamad Ghazali Shafie (bekas menteri Hal Ehwal Dalam Negeri), Wartawan/penulis dan aktivis politik (allahyarham) Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako, chef selebriti Redzuwan Ismail (Chef Wan) dan penyanyi kesayangan negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Kepada tetamu ke daerah ini, nama-nama ini disebut sebagai produk kebanggaan Lipis. Semasa lawatan Program Kembara Media 2009 ke sini baru-baru ini, rombongan itu dibawa ke rumah keluarga Siti Nurhaliza. Di rumah itu, tetamu dihidangkan nasi lemak dan kuih-muih tradisional seperti kuih koci dan karipap yang dimasak sendiri oleh ibu Siti Nurhaliza, Siti Salmah Bachik.

Hidangan itu, menurut ibu Siti yang lebih mesra dengan panggilan "Mak Mah", ialah makanan yang pernah dibawa Siti Nurhaliza berjual semasa zaman beliau bersekolah. Kembara media itu membawa seramai 22 wartawan ke Kuala Lipis, ibu negeri Pahang dari 1898 hingga 1953 sebelum Kuantan diiktiraf sebagai pusat pentadbiran negeri pada 27 Ogos 1955.

DAERAH LIPIS

Lipis, daerah ketiga terbesar di Pahang selepas Jerantut dan Rompin, mempunyai keluasan 527,861 hektar. Sebahagian kawasannya dilitupi alam semula jadi hutan simpan, kawasan hidupan liar, air terjun, jeram, tasik, gua dan gunung.

Pegawai Daerah Lipis, Datuk Abu Jamal Nordin berkata Lipis mempunyai pelbagai produk pelancongan termasuk bangunan bersejarah yang dibina pada akhir 1880-an sehingga 1900 pada zaman pemerintahan British.

Sekurang-kurangnya ada 14 bangunan bersejarah di Lipis antaranya bangunan pentadbiran Daerah Lipis dibina pada 1919, Sekolah Menengah Clifford pada 1913, pejabat pos 1910, rumah kediaman bekas Setiausaha Kerajaan dan Masjid Negeri pada 1888 yang masih kekal yang dihasilkan oleh arkitek tempatan, Cina, India dan Arab.

"Bagi menambah baik dan menjadikan bandar warisan ini tumpuan pelancong, sebanyak RM50 juta setahun diperuntuk Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri bagi projek pembangunan secara menyeluruh," kata Abu Jamal.

Bagaimanapun tahun ini Kementerian Pelancongan menyediakan peruntukan lebih RM50 juta bagi pembangunan produk pelancongannya, katanya kepada Bernama selepas taklimat kepada media mengenai Pembangunan Pelancongan Lipis.

Kuala Lipis sendiri mempunyai banyak bangunan dengan seni bina menarik yang boleh dijadikan produk pelancongan.

MASJID NEGERI (MADRASATHUL FIRDAUS)

Masjid Negeri yang juga dikenali sebagai Madrasathul Firdaus merupakan bangunan tertua di bandar Kuala Lipis dan dibina pada tahun 1888 oleh saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Reka bentuknya mempunyai identiti seni bina Melayu Nusantara dan persamaan pada pengaruh Minangkabau.

Menurut seorang penduduk, Zaki Che Rahmat, satu daripada keistimewaan Masjid Negeri itu ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Kuala Lipis beberapa kali dilanda banjir besar.

Walaupun kedudukannya di tebing Sungai Jelai, Masjid Negeri ini tidak terjejas semasa banjir besar melanda pada tahun 1971, menurut Zaki yang menetap di Kuala Lipis lebih 60 tahun.

BANGUNAN BEKAS SUK PAHANG

Sebuah rumah bekas kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur terletak di atas Bukit Bius, Kuala Lipis. Di sinilah tempat lahir Perdana Menteri Keenam Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rumah bersejarah ini siap dibina pada tahun 1920 dan pernah menjadi kediaman rasmi Menteri Besar Pahang.

Bapa Najib, Perdana Menteri Kedua (allahyarham) Tun Abdul Razak Hussein pernah tinggal di sini semasa menjadi setiausaha kerajaan negeri Pahang.

Bidan kerajaan Hospital Lipis menyambut Najib semasa dilahirkan di rumah ini.

PAHANG CLUB

Kembara Media itu turut dibawa melawat Pahang Club, sebuah daripada bangunan jajahan yang terawal dibina di Pahang. Penjajah British membina bangunan itu pada tahun 1907 sebagai kediaman Hugh Clifford yang pada ketika itu memegang jawatan Suprintenden Ulu Pahang yang menetap di Kuala Lipis.

Apabila Residen British itu berpindah ke Rumah Residensi pada tahun 1922, rumah kelab itu didiami Inspektor Polis British negeri hingga tahun 1926.

Pada pertengahan tahun 1926, rumah kelab ini ditinggalkan dan kemudian kerajaan Inggeris menjadikan rumah itu sebagai kelab khas untuk pegawai-pegawai tinggi British.

Pada tahun 1957, keanggotaan kelab ialah hanya untuk orang kenamaan, orang British dan pegawai tinggi kerajaan, tetapi selepas negara mencapai kemerdekaan, keanggotaannya dibuka kepada semua termasuk rakyat tempatan.

PEJABAT POS

Keunikan bangunan Pejabat Pos Kuala Lipis ialah ia berbentuk bersegi dan bersifat simeteri di mana terdapat sebuah tangga yang berbentuk geometri di bahagian belakangnya.

Pejabat pos yang dibina pada 1910 itu mempunyai keunikan pada bumbung, tingkap dan tangga dan menjalani pelbagai pengubahsuaian hinggalah dinaik taraf pada 2002.

Satu lagi tempat bersejarah yang unik di Lipis ialah batu bertanda kosong yang terletak berdekatan Pejabat Pos di tengah-tengah bandar Kuala Lipis.

Batu yang yang terletak di tepi jalan utama Lipis-Jerantut, menandakan permulaan sukatan jarak bagi negeri Pahang, di mana perkiraan kosong bermula dari Kuala Lipis.

Batu itu dipercayai merupakan pusat bagi Semenanjung Malaysia jika diukur dari satu sudut Garis Pusat.

Bagaimanapun Jabatan Ukur Dan Pemetaan mengesahkan Batu GPS (Global Positioning System) merupakan batu tanda pengukuran yang digunakan oleh jabatan itu.

SEKOLAH MENENGAH CLIFFORD

Para wartawan turut dibawa melawat Sekolah Menengah Clifford, sekolah Siti Nurhaliza semasa remaja, yang pada mulanya dikenali sebagai Government English School.

Sekolah itu dibuka pada tahun 1913 dan dinamakan sempena Sir Hugh Clifford, bekas residen British Pahang yang merasmikan sekolah itu pada 1929.

Nama Sekolah Menengah Clifford juga tercatat dalam sejarah sebagai sekolah yang pertama mengadakan School Certificate Class dalam tahun 1936.

Ketibaan anggota media disambut dengan senyuman oleh Pengetua Kanan SMK Clifford, Datin Ragayah Omar yang memberi penerangan mengenai sejarah serta pencapaian terkini sekolah yang menjadi kebanggan rakyat Lipis ini.

Katanya Sekolah Menengah Clifford diisytiharkan Kementerian Pelajaran sebagai sebuah daripada sekolah utama di Malaysia pada tahun 1996. Setahun kemudian menjadi perintis Sekolah Indera Shahbandar Pahang yang mengambil pelajar terpilih tingkatan 4 terpilih dari Sekolah Menengah Clifford.

Di zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini dijadikan markas tentera Jepun dan Ibu pejabat Kempetai. Rombongan media turut dibawa melawat sebuah bilik darjah yang pernah dijadikan sebagai bilik tahanan dan penyeksaan sebelum tahanan dikatakan dihantar ke Melaka.

Kini bilik itu dijadikan bilik darjah pelajar Tingkatan Enam.

STESEN KERETA API KUALA LIPIS

Perkhidmatan kereta api yang mula beroperasi pada tahun 1926, merupakan jalan darat yang pertama diperkenal di Kuala Lipis di mana sebagai permulaan ia hanya menghubungkan Kuala Lipis ke Johor Baharu di selatan, Chegar Perah di utara dan ke Tumpat, Kelantan.

Ketika zaman pendudukan Jepun dahulu, landasan kereta api yang dibina pada 1920 oleh kerajaan British digunakan sebagai laluan untuk mengangkut tentera Jepun ke Selatan untuk menawan Singapura.

Selain ia penting sebagai pengangkutan utama penduduk setempat, sebahagian besar hasil ekonomi daerah Lipis juga disalurkan melalui perkhidmatan ini seperti emas dan bijih.



KESIMPULAN PROGRAM KEMBARA DAN PERANCANGAN

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Zukri Valenteno, program Kembara Media itu bertujuan membawa wakil media melihat hasil pembangunan yang dijalankan kerajaan negeri di Lipis.

Program yang memberi peluang kepada wakil media mengenali lebih dekat bandar warisan sejarah Kuala Lipis itu bertujuan untuk memberi maklumat kepada rakyat akan pembangunan yang dijalankan serta usaha menarik pelancong ke Pahang.

Program tiga hari yang bermula 15 Nov itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Majlis Daerah Lipis.

-- BERNAMA
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Warisan kolonial Kuala Lipis Empty Re: Warisan kolonial Kuala Lipis

Post  MD Fri Dec 04, 2009 2:23 pm

Batu tanda 0 Kuala Lipis
Warisan kolonial Kuala Lipis Lipisbatu0
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Warisan kolonial Kuala Lipis Empty Re: Warisan kolonial Kuala Lipis

Post  MD Fri Dec 04, 2009 2:26 pm

Sungai Lipis sekitar 1900...
Warisan kolonial Kuala Lipis Lipissungai
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Warisan kolonial Kuala Lipis Empty Re: Warisan kolonial Kuala Lipis

Post  koy101 Fri Dec 04, 2009 5:48 pm

Warisan kolonial Kuala Lipis N1316175440_30373298_5562052

Warisan kolonial Kuala Lipis N1316175440_30373299_2296858

Warisan kolonial Kuala Lipis N1316175440_30373300_6852552

Warisan kolonial Kuala Lipis N1316175440_30373301_5807893

Warisan kolonial Kuala Lipis N1316175440_30373302_1160203

Warisan kolonial Kuala Lipis N1316175440_30373303_3231415

Warisan kolonial Kuala Lipis N1316175440_30378527_61415

Warisan kolonial Kuala Lipis N1316175440_30378528_7690742

Warisan kolonial Kuala Lipis N1316175440_30378529_2349092
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Warisan kolonial Kuala Lipis Empty Re: Warisan kolonial Kuala Lipis

Post  yusraime Sat Jan 16, 2010 11:17 pm




Bandar Lipis di pinggir Sungai Jelai

Bangunan Pahang Club

Rumah Rehat Tanjung Lipis

Bangunan Pentadbiran Pejabat Tanah dan Daerah Lipis.


yusraime

Posts : 1
Points : 1
Join date : 16/01/2010
Age : 44
Location : Kuala Lipis - Kuantan

Back to top Go down

Warisan kolonial Kuala Lipis Empty Re: Warisan kolonial Kuala Lipis

Post  zulkbo Sat Jan 16, 2010 11:26 pm

nice photo..
terima kasih sema.. Very Happy
amat berguna untuk rujukan..
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Warisan kolonial Kuala Lipis Empty Re: Warisan kolonial Kuala Lipis

Post  zulkbo Sat Jan 16, 2010 11:35 pm

Warisan kolonial Kuala Lipis N1316175440_30378527_61415
Warisan kolonial Kuala Lipis Lipisbatu0

koi suka gambo ni..klasik
nape mesti "0" scratch
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Warisan kolonial Kuala Lipis Empty Re: Warisan kolonial Kuala Lipis

Post  koy101 Sun Jan 17, 2010 8:36 am

zulkbo wrote:
Warisan kolonial Kuala Lipis N1316175440_30378527_61415
Warisan kolonial Kuala Lipis Lipisbatu0

koi suka gambo ni..klasik
nape mesti "0" scratch

Sebab atas arahan Sir Clifford, pengukuran jalan kat semenanjung tanah melayu hendakler dimulakan di situ.... hehehe... zaman dulu xder GPS, jadi berdasarkan segala rekod ukur, mana yg ader, Clifford putuskan bahawa Lipis duk kat tengah-tengah semenanjung, jadi permulaan tanda '0 miles' diletakkan kat situ......
Dari 'Batu 0' tu ler, sumer jalanraya kat semenanjung diukur dan di letak tanda.
Pej. Pos tu dulu ( waktu zaman letak benda nih) kala xsilap adalah pej. gomen.. keknyer aku lupa lak pej. hapa.

p/s: Pengukuran GPS lak mengatakan bahawa, titik tengah semenanjung terletak kat Temerloh.... hahahahaha.... duk kat kawasan industri Tloh-Mtkab.. keknyer xder lak ditanda betul-betul......
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Warisan kolonial Kuala Lipis Empty Re: Warisan kolonial Kuala Lipis

Post  ann Wed Oct 06, 2010 9:47 am

Ni.... ada dua gambar... satu stesen keretapi dan bangunan peninggalan penjajah tapi tak tau nama nya.....

Warisan kolonial Kuala Lipis L46t

Warisan kolonial Kuala Lipis L07l
ann
ann
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 202
Points : 234
Join date : 06/08/2010
Location : Kuantan

http://www.ann-collection.blogspot.com

Back to top Go down

Warisan kolonial Kuala Lipis Empty Re: Warisan kolonial Kuala Lipis

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum