Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Patut ke UPSR dan PMR dimansuhkan?

3 posters

Go down

Patut ke UPSR dan PMR dimansuhkan? Empty Patut ke UPSR dan PMR dimansuhkan?

Post  jasmi Wed Jun 23, 2010 9:55 pm

Nampak gayanya, semakin banyak yang nak berubah dan diubah.. Ada pro dan kontranya. Mungkin memudahkan pelajar tetapi ada juga keburukkannya dari segi semangat dan hala tuju mereka. Tiada aspek penilaian, akan menyebabkan motivasi pelajar akan kendur. Guru sekolah rendah pun akan hilang motivasi. Mungkin guru yang ngajar sekolah menengah pula yang jelous kepada guru sekolah rendah yang akan duduk senang lenang.. entah le..Ada baik dan burukknya. namun begitu, bagi saya eloklah dikekalkan. Cuma ubah dari segi mekanisme peperiksaannya. Begitulah jadi kalau semakin ramai yang cerdik-pandai. Yang jadi mangsanya ialah pelajar dan cikgunya.. Aok macamana? Ada komen?
jasmi
jasmi

Posts : 44
Points : 82
Join date : 11/05/2010
Age : 49
Location : Kg New Zealand

http://justme-newzealand.blogspot.com

Back to top Go down

Patut ke UPSR dan PMR dimansuhkan? Empty Re: Patut ke UPSR dan PMR dimansuhkan?

Post  koy101 Sat Jun 26, 2010 3:02 am

Apa-apa pun..... jangan la skali lagi bebudok tuh dijadikan mangsa percubaan... mangsa eksperimen... dek idea hok duk atas kertas jer....

Memang maru nanti weh!! La nih, org kuar U menderita, kursus xdi iktiraf dek JPA,... jgn sok lusa.... bebudok abis skolah.. nak mintak keje.... dikata SPM dok diiktiraf gak... mmg bebetul maru..... Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Patut ke UPSR dan PMR dimansuhkan? Empty Re: Patut ke UPSR dan PMR dimansuhkan?

Post  rodongtemerloh Thu Jul 08, 2010 11:34 am

Koi rasa ginilah...

Sistem peperiksaan peringkat sekoloh WAJIB dirombak secara menyeluruh. Gantikan ngn sistem penilaian yg baru supaya sesuai ngn semua jenis budok. Awok bayangkanlah pereksa kat sekoloh ni terlalu condong sangat ke aroh akademik semata2.

Koi rasa dh tiba masanya utk kite wat transformasi untuk yg lbh menjurus kepada penilaian berasaskan kreativiti dan komunikasi.Dlm menuju era globalisasi sudah tentu kite taknok anok2 kite hanya cerdik jer tapi tak berguna pada masyarakat.

Mcm nila, bior koi berterus-terang, ramai antara kite ni yg ada anok lelaki kan. Tapi taukah aokme, sistem pendidikan di Malaysia akan menjadikan anok2 lelaki kte ni lembik, kurang maskulin dan pasif. Kalo x caye, cuba chek jadual diaorg setiap hari belajo dari pagi sampai ptg, mlm pulok tuisyen, sabtu ahad kadang2 ada kelas tambahan. Masa bila pulok diaorg ni ada masa utk mengasoh bakat atau kebolehan yg mereka ada.

Koi bercakap ni berdasarkan pemerhatian koi.Awok bayangkanlah berapa ramai budok2
lelaki yg tak menjadi. Sebab ape ? Sebab diaorg rasa tak selesa ngn sistem persekolahan yang terlalu menumpukan soal belajor semata2. Bagi pelajor pomp, memang xde masaloh sbb sistem pendidikan skrg memang serasi ngn diaorg. Org pomp ni kalo hok belajo memang bole fokus dan senang ikut. Tapi sebaliknya bagi budok2 lelaki, kite kena rangsang kebolehan dan bakat yang ada pada diaorg.

Di negara2 maju mcm kat Jepon, diaorg bukan sahaja menilai aspek IQ semata-mata, malahan aspek EQ jugak. Dalam suratkabo, ramai yg persoalkan kenapa majoriti budok2 'U' org pomp, kat Jabatan Kerajaan pon ramai yg pangkat beso pon dikuasai oleh org pomp. Ketidakstabilan gender terutamanya dlm aspek kerjaya gred A (doktor,loyer,engineer dll) adalah natijah daripada sistem pendidikan yg kite amalkan selama ni.

Budok lelaki ni bukannye malas, cuma persekitaran sekoloh yg tak mesra ngn diaorg. Skrg ni byk peruntukan sekolah digunakan semata-mata utk P&P, untuk wat aktiviti Koko atau aktiviti luar darjah kadang-kadang terpaksa mintok sumbangan dari org luar(biasanya kantung PIBG la jadi mangsa).

Rombakan yg koi cadangkan ialah seharusnya sistem pendidikan baru, bole menjadikan budok2 lelaki ni lebih kreatif dan inovatif, lebih tahan lasak, lebih berbakat, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi, berkebolehan dalam aspek pengurusan organisasi serta aktif dalam aktiviti-aktiviti luar darjah (seperti sukan dan unit beruniform).

Penilaian baru jugak harus dilihat dari segi komunikasi berkesan seperti public speaking, presentation, berani berhujah dan berani mengeluarkan pendapat yg kontra(kritis).

Oleh itu, koi bersetuju 100% supaya kedua-dua pereksa tu dimansuhkan atau sekurang2nya paling tidok pon dimodified atau dioberhoul supaya semua anok2 kte menjadi, tak kira lelaki atau pomp. Lagi satu berikan kebebasan 100% kpd guru supaya diaorg lbh kreatif dlm membentuk anak bangsa kte. Pada masa yg sama diharapkan jgak ngn sistem baru ni, cikgu2 tidak lagi terlalu terikat kepada silibus atau buku teks.






rodongtemerloh
rodongtemerloh

Posts : 17
Points : 23
Join date : 26/05/2010
Location : Kerdau

http://rodongtemerloh.blogspot.com

Back to top Go down

Patut ke UPSR dan PMR dimansuhkan? Empty Re: Patut ke UPSR dan PMR dimansuhkan?

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum