Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

+3
SailorMoon
ainie rashid
MD
7 posters

Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  MD Mon Oct 11, 2010 11:53 am

KUANTAN - Gara-gara 50 sen, rugi RM400. Itu situasi yang terpaksa dihadapi oleh seorang pekerja kontrak dekat Permatang Badak di sini, yang mendakwa dia dipukau oleh dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai warga Pakistan menyebabkan dia kerugian RM400.

Hadnordin Shahadan, 53, mendakwa, warga Pakistan berkenaan menggunakan wang syiling 50 sen dan beberapa helai wang kertas untuk tujuan pukau dalam kejadian pada 5 Oktober lalu.

Katanya, warga Pakistan itu berpura-pura bertanyakan arah kedai makan yang terdekat sebelum menunjukkan beberapa helai wang kertas kepadanya.

”Ketika itu, saya berada di hadapan rumah sedang membakar sampah kira-kira jam 5.30 petang sebelum didatangi sebuah kereta Proton Gen-2 yang berhenti di depan rumah.

”Penumpang yang duduk di belakang kemudiannya menurunkan tingkap dan melambai saya supaya menghampirinya dan saya menurutinya tanpa mengesyaki apa-apa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, lelaki Pakistan dalam lingkungan usia 50-an itu bertanyakan arah kedai makan dalam bahasa Inggeris yang pelat sambil memegang sehelai peta.

”Dia kemudiannya mengambil dompetnya dan mengeluarkan wang kertas RM5 dan diikuti wang RM1 kepada saya sambil bertanya nilai wang berkenaan.

”Selepas itu dia meminta saya menunjukkan wang RM50 dan saya meminta izin masuk ke dalam rumah kerana tidak mempunyai beg duit ketika itu,” katanya.

Hadnordin berkata, ketika itulah seorang lagi lelaki yang duduk di tempat pemandu menunjukkan wang syiling 50 sen yang dipusing-pusing di antara jari telunjuk dan jari hantu ke arahnya.

”Perlakuan lelaki itu turut disedari oleh isteri, Kamasiah Awang Chik, 50, yang berada di dalam rumah malah dia sempat menegur saya yang kelihatan pucat sewaktu masuk ke dalam rumah untuk mengambil duit RM50.

”Duit berjumlah RM500 yang dibawa keluar itu berada di dalam plastik dan bercampur-campur antara duit RM1, RM50 dan juga RM10,” katanya.

Menurutnya, dia seolah-olah tidak sedar apabila menghulurkan kesemua wang yang berada dalam plastik kepada penumpang kereta berkenaan.

”Lelaki itu kemudiannya menarik sendiri duit yang berlipat dan saya memberitahunya nilai yang duit yang dipegang sehinggalah dia menarik duit RM50 dan kelihatan puas hati apabila dapat melihat duit RM50.

”Sejurus selepas itu dia memulangkan kembali semua duit berkenaan kepada saya dan berlalu,” katanya.

Katanya, ketika berada di dalam rumah dia mengeluarkan duit dalam plastik dan semua ahli keluarga yang berada di rumah waktu itu dapat melihat dengan jelas duit RM50 berkenaan masih banyak.

”Namun apabila saya berpusing kembali dekat pintu baru saya sedar hanya duit RM1 yang tinggal manakala duit RM50 hanya tinggal dua keping.

”Ketika itulah saya mengesyaki dipukau oleh dua lelaki berkenaan, mungkin mereka memukau saya supaya melihat duit RM1 berkenaan nampak seperti duit RM50,” katanya.

Hadnordin kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis pada malam hari yang sama untuk mengelakkan lebih ramai yang tertipu dan dipukau oleh warga Pakistan berkenaan.

sumber - sinarharian/pahang
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  ainie rashid Mon Oct 11, 2010 12:06 pm

MD wrote:KUANTAN - Gara-gara 50 sen, rugi RM400. Itu situasi yang terpaksa dihadapi oleh seorang pekerja kontrak dekat Permatang Badak di sini, yang mendakwa dia dipukau oleh dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai warga Pakistan menyebabkan dia kerugian RM400.

Hadnordin Shahadan, 53, mendakwa, warga Pakistan berkenaan menggunakan wang syiling 50 sen dan beberapa helai wang kertas untuk tujuan pukau dalam kejadian pada 5 Oktober lalu.

Katanya, warga Pakistan itu berpura-pura bertanyakan arah kedai makan yang terdekat sebelum menunjukkan beberapa helai wang kertas kepadanya.

”Ketika itu, saya berada di hadapan rumah sedang membakar sampah kira-kira jam 5.30 petang sebelum didatangi sebuah kereta Proton Gen-2 yang berhenti di depan rumah.

”Penumpang yang duduk di belakang kemudiannya menurunkan tingkap dan melambai saya supaya menghampirinya dan saya menurutinya tanpa mengesyaki apa-apa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, lelaki Pakistan dalam lingkungan usia 50-an itu bertanyakan arah kedai makan dalam bahasa Inggeris yang pelat sambil memegang sehelai peta.

”Dia kemudiannya mengambil dompetnya dan mengeluarkan wang kertas RM5 dan diikuti wang RM1 kepada saya sambil bertanya nilai wang berkenaan.

”Selepas itu dia meminta saya menunjukkan wang RM50 dan saya meminta izin masuk ke dalam rumah kerana tidak mempunyai beg duit ketika itu,” katanya.

Hadnordin berkata, ketika itulah seorang lagi lelaki yang duduk di tempat pemandu menunjukkan wang syiling 50 sen yang dipusing-pusing di antara jari telunjuk dan jari hantu ke arahnya.

”Perlakuan lelaki itu turut disedari oleh isteri, Kamasiah Awang Chik, 50, yang berada di dalam rumah malah dia sempat menegur saya yang kelihatan pucat sewaktu masuk ke dalam rumah untuk mengambil duit RM50.

”Duit berjumlah RM500 yang dibawa keluar itu berada di dalam plastik dan bercampur-campur antara duit RM1, RM50 dan juga RM10,” katanya.

Menurutnya, dia seolah-olah tidak sedar apabila menghulurkan kesemua wang yang berada dalam plastik kepada penumpang kereta berkenaan.

”Lelaki itu kemudiannya menarik sendiri duit yang berlipat dan saya memberitahunya nilai yang duit yang dipegang sehinggalah dia menarik duit RM50 dan kelihatan puas hati apabila dapat melihat duit RM50.

”Sejurus selepas itu dia memulangkan kembali semua duit berkenaan kepada saya dan berlalu,” katanya.

Katanya, ketika berada di dalam rumah dia mengeluarkan duit dalam plastik dan semua ahli keluarga yang berada di rumah waktu itu dapat melihat dengan jelas duit RM50 berkenaan masih banyak.

”Namun apabila saya berpusing kembali dekat pintu baru saya sedar hanya duit RM1 yang tinggal manakala duit RM50 hanya tinggal dua keping.

”Ketika itulah saya mengesyaki dipukau oleh dua lelaki berkenaan, mungkin mereka memukau saya supaya melihat duit RM1 berkenaan nampak seperti duit RM50,” katanya.

Hadnordin kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis pada malam hari yang sama untuk mengelakkan lebih ramai yang tertipu dan dipukau oleh warga Pakistan berkenaan.

sumber - sinarharian/pahang

kena hati-hati ni....
tak jauh dah dari umah saya ni....
dunia - dunia...macam-macam hal...
ainie rashid
ainie rashid
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 243
Points : 265
Join date : 15/12/2009
Age : 53
Location : / J 2 / Kuantan

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  SailorMoon Mon Oct 11, 2010 12:15 pm

[quote="ainie rashid"][quote="MD"]

kena hati-hati ni....
tak jauh dah dari umah saya ni....
dunia - dunia...macam-macam hal..


yg geramnye,dorg ni bkn org kita..
skang ni Pakistan plak...
dulu arab...
masuk negara org buat mende x elok..
Lempang baru tau...
SailorMoon
SailorMoon
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1071
Points : 1110
Join date : 22/02/2010
Location : Pekan - Sepang - Sg Petani

http://fiverobindas.blogspot.com

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  MD Mon Oct 11, 2010 12:37 pm

tahun lepas...
kat parking kete Tesco Puchong...
sedang kawan jalan jalan [ sorang ],ada dua lelaki dan sorang pompuan Pak Arab panggil tanya nak tukar duit rm50. dia pegang note rm100.00.
kawan kabor money changer dalam tu je,pegi sana...dia takmau nak tukar dengan kawan jugak...mase tu dalam dompet ada lah duitnya..kawan dah keluarkan duit tu, pastu terdetik dalam hati...macam tersedar!
pastu masuk duit balik dalam dompet,dan suruh dia pegi money changer...kawan blah...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  ainie rashid Mon Oct 11, 2010 5:27 pm

MD wrote:tahun lepas...
kat parking kete Tesco Puchong...
sedang kawan jalan jalan [ sorang ],ada dua lelaki dan sorang pompuan Pak Arab panggil tanya nak tukar duit rm50. dia pegang note rm100.00.
kawan kabor money changer dalam tu je,pegi sana...dia takmau nak tukar dengan kawan jugak...mase tu dalam dompet ada lah duitnya..kawan dah keluarkan duit tu, pastu terdetik dalam hati...macam tersedar!
pastu masuk duit balik dalam dompet,dan suruh dia pegi money changer...kawan blah...

Tu mujur nak tuko duit jer.....
Buat di angkutnya terus masuk dalam kereta..........dok ker haru.... he he he Laughing Laughing
ainie rashid
ainie rashid
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 243
Points : 265
Join date : 15/12/2009
Age : 53
Location : / J 2 / Kuantan

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  MD Mon Oct 11, 2010 5:45 pm

ainie rashid wrote:

Tu mujur nak tuko duit jer.....
Buat di angkutnya terus masuk dalam kereta..........dok ker haru.... he he he Laughing Laughing

Ladang Gadong...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  ainie rashid Mon Oct 11, 2010 7:38 pm

MD wrote:
ainie rashid wrote:

Tu mujur nak tuko duit jer.....
Buat di angkutnya terus masuk dalam kereta..........dok ker haru.... he he he Laughing Laughing

Ladang Gadong...

Maru.... ( amek ayat bro Yassin ) Very Happy Very Happy
ainie rashid
ainie rashid
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 243
Points : 265
Join date : 15/12/2009
Age : 53
Location : / J 2 / Kuantan

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  Yassin Tue Oct 12, 2010 12:13 am

ainie rashid wrote:

Maru.... ( amek ayat bro Yassin ) Very Happy Very Happy

Patut kawan tersedok hehehe... jadi sebagai petua org dulu2 bagi mengelak di pukau sekadar sedikit usaha dan tawakal sepenuh pada allah...kalau kat umah tu boleh cuba amalkan petua berikut :

*Belalah ikan puyu
*Sandar penyapu bahagian penyapunya keatas kalau nak tidur malam
*kalau tidur jangan selari biar lentang pukang (kalau ramai keluarganya)
* Paling penting usah layan org yang tidak dikenali kalau dtg umah, elakan bertentang mata kerana pukau itu memasuki tubuh pada bahagian mata sepenuhnya.
Very Happy
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  MD Tue Oct 12, 2010 12:40 pm

betul kate Yassin..
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  ann Tue Oct 12, 2010 1:32 pm

MD wrote:betul kate Yassin..

Tuuu... petua orang dulu dulu...... kalau yakin .....
ann
ann
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 202
Points : 234
Join date : 06/08/2010
Location : Kuantan

http://www.ann-collection.blogspot.com

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  ann Tue Oct 12, 2010 1:33 pm

Yassin wrote:
ainie rashid wrote:

Maru.... ( amek ayat bro Yassin ) Very Happy Very Happy

Patut kawan tersedok hehehe... jadi sebagai petua org dulu2 bagi mengelak di pukau sekadar sedikit usaha dan tawakal sepenuh pada allah...kalau kat umah tu boleh cuba amalkan petua berikut :

*Belalah ikan puyu
*Sandar penyapu bahagian penyapunya keatas kalau nak tidur malam
*kalau tidur jangan selari biar lentang pukang (kalau ramai keluarganya)
* Paling penting usah layan org yang tidak dikenali kalau dtg umah, elakan bertentang mata kerana pukau itu memasuki tubuh pada bahagian mata sepenuhnya.
Very Happy

tamboh satu lagi CCTV.... gonerrrr....
ann
ann
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 202
Points : 234
Join date : 06/08/2010
Location : Kuantan

http://www.ann-collection.blogspot.com

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  Yassin Tue Oct 12, 2010 4:04 pm

ann wrote:
tamboh satu lagi CCTV.... gonerrrr....

Kalau moleknya gitu kawan bimbang deme nyer potong dulu CCTV tu sebelum memukau huhuhu......... Razz
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  zulkbo Tue Oct 12, 2010 7:08 pm

nak kabor sema..
orang pukau ni
macam tahu je orang
bawak duit banyak..
seeorang kawan koi(cina)
baru kena tipu je dengan
indon..habis Rm13k dia
bawak dalam poket..
modus operandinya..
dia cuit kita tanya itu ini
semen-mena aok jadi bodo
dan lupa..dia guna ayat jampi
la ni.. drunken
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  Awangmaseru Tue Oct 12, 2010 7:46 pm

Yasein ... peturunkan sikit ayat-ayat power utk lawan ayat-ayat pukau tu
biar member sini amalkan.

Awangmaseru
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 252
Points : 294
Join date : 30/11/2009
Age : 62
Location : ulu cheka/jerantut

http://www.mohlaweh.multiply.com

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  MD Wed Oct 13, 2010 11:37 am

Awangmaseru wrote:Yasein ... peturunkan sikit ayat-ayat power utk lawan ayat-ayat pukau tu
biar member sini amalkan.

kene gi jugok Jerantut kala gini...hehe
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  Yassin Wed Oct 13, 2010 12:25 pm

Awangmaseru wrote:Yasein ... peturunkan sikit ayat-ayat power utk lawan ayat-ayat pukau tu
biar member sini amalkan.

Man aok satu hel juga.. aok lagi terer kash tea'adeh berbender lalu.... Very Happy Pus kiri pus kanan berkat doa baginda ali aje hehehe........
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  Awangmaseru Wed Oct 13, 2010 9:23 pm

Yassin wrote:
Awangmaseru wrote:Yasein ... peturunkan sikit ayat-ayat power utk lawan ayat-ayat pukau tu
biar member sini amalkan.

Man aok satu hel juga.. aok lagi terer kash tea'adeh berbender lalu.... Very Happy Pus kiri pus kanan berkat doa baginda ali aje hehehe........

pus kiri pus kanan ~ ( pus ) tu menda ayatnye , aok sebeklah... ilmu lebeh berkat bila kongsi ramer-ramer.

Awangmaseru
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 252
Points : 294
Join date : 30/11/2009
Age : 62
Location : ulu cheka/jerantut

http://www.mohlaweh.multiply.com

Back to top Go down

Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400 Empty Re: Kuantan - Mangsa Pukau Rugi RM400

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum