Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

JAIP hargai karaoke hindar maksiat

2 posters

Go down

JAIP hargai karaoke hindar maksiat Empty JAIP hargai karaoke hindar maksiat

Post  along Tue Jul 21, 2009 4:40 pm

KUANTAN 20 Julai - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menghargai langkah seorang pemilik pusat karaoke yang mewujudkan pusat hiburan berkonsepkan keluarga dan menghindarkan elemen maksiat.

Pengarahnya, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman berkata, selagi ia tidak melanggar syariat dan peraturan yang ditetapkan, kewujudan pusat karaoke seumpama itu amat dialu-alukan.

''Kita tidak mendorong atau menggalakkan sesuatu bentuk hiburan tetapi ia lebih baik dan praktikal daripada pusat-pusat karaoke lain yang mana seratus peratus untuk berhibur.

''Di sini ia lebih tertumpu kepada tempat beriadah bersama keluarga. Selain itu ia menyediakan restoran, perpustakaan mini dan yang paling penting surau bagi umat Islam menjalankan tuntutan agama iaitu bersolat walaupun sedang berhibur,'' katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Beliau mengulas sebuah pusat karaoke, Xanax Family e-Karaoke and Bistro (Xanax) yang beroperasi di bandar ini yang berkonsepkan keluarga yang tidak menawarkan sebarang minuman keras atau pegawai perhubungan pelanggan (GRO) wanita.

Apa yang menarik, pusat karaoke itu turut menyediakan surau bagi kemudahan pelanggan menunaikan solat.

Bagaimanapun, menurut beliau, pemantauan dan penguatkuasaan harus benar-benar dipraktikkan bagi memastikan pusat tersebut tidak disalahgunakan terutama di kalangan remaja.

''Kita tidak mahu ia dinamakan sebagai pusat karaoke keluarga tetapi ia berlaku sebaliknya.

''Kalau boleh elakkan daripada perkara- perkara yang boleh mendatangkan maksiat dan fitnah, bukan tidak boleh berhibur tetapi lebih baik jika bersama muhrim,'' katanya.

Abdul Manan menambah, pengunjung dinasihat agar sentiasa menjaga tingkah laku dan cuba menghindarkan daripada melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan maksiat.

''Kalau difikirkan maksiat boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat, tidak semestinya di pusat hiburan, yang penting niat seseorang itu,'' ujarnya.

Sementera itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Haslinda Hassan berkata, penubuhan pusat hiburan seumpama itu sangat digalakkan bagi mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja di sini.

''Memang bagus kalau ramai lagi usahawan yang memonopoli perniagaan seperti itu, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan masalah keruntuhan akhlak dan moral remaja.

''Apa yang penting, pihak pengurusan terbabit perlu sentiasa memastikan pusat itu mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, jangan pula disalahgunakan,'' katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan sentiasa memantau bagi memastikan ia mengikut syarat dan menjalankan aktiviti yang dilesenkan sahaja.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

JAIP hargai karaoke hindar maksiat Empty Re: JAIP hargai karaoke hindar maksiat

Post  zulkbo Fri Jul 24, 2009 9:30 pm

asal tak bercampur lelaki pompuan bukan muhrim dikira islamic lah...
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum