Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

10 kawasan diwarta lubuk ikan

3 posters

Go down

10 kawasan diwarta lubuk ikan Empty 10 kawasan diwarta lubuk ikan

Post  along Tue Jul 21, 2009 5:12 pm

TEMERLOH 27 Mei - Jabatan Perikanan Pahang mewartakan 10 kawasan di Sungai Pahang di Kuala Krau sebagai kawasan larangan menangkap ikan selepas dikenal pasti menjadi lubuk pembiakan semulajadi.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, 10 kawasan terbabit terletak di sepanjang lapan kilometer dari Kuala Mai hingga Kuala Krau selepas dikesan menerusi penggunaan alat pengesan satelit.

Katanya, lubuk ikan tersebut ialah Lubuk Temperah, Sanggang, Telaban, Kundur, Kuala Seboi, Singa, Seminai, Redap, Seboi dan Sungai Mai.

''Penemuan lubuk itu adalah berita gembira buat penduduk yang tinggal di sepanjang sungai berkenaan terutama nelayan sungai yang selama ini bergantung hidup hasil tangkapan ikan di kawasan tersebut.

''Penemuan lubuk itu akan menambah rezeki nelayan yang sebelum ini berdepan dengan masalah tangkapan yang semakin berkurangan berikutan kegiatan menangkap ikan secara berlebihan dan penggunaan alat yang diharamkan oleh segelintir nelayan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Pengurusan dan Pemuliharaan Sungai di Kampung Kuala Mai dekat sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar.

Pada majlis itu, sebanyak 10,000 benih pelbagai jenis ikan air tawar dilepaskan antaranya patin, temoleh, jelawat, kelah dan baung.

Sehubungan itu, beliau meminta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) serta penduduk bersama-sama menjaga lubuk terbabit daripada diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, larangan menangkap ikan hanya berkuat kuasa di kawasan lubuk itu dan nelayan masih dibenar menangkap ikan di luar kawasan yang diwartakan itu.

Menurutnya, penggunaan teknologi dan satelit canggih oleh Jabatan Perikanan dapat memulih dan memelihara kawasan pembiakan ikan air tawar itu.

Selain pembiakan ikan secara semulajadi di 10 lubuk berkenaan, jelasnya, langkah Jabatan Perikanan melakukan proses pembiakan dan penetasan ikan di Pusat Pengembangan dan Akuakultur Perlok, Jerantut adalah antara usaha memulihkan spesies ikan yang semakin terancam.

''Banyak spesies ikan air tawar bermutu tinggi semakin pupus apabila ditangkap secara berlebihan kerana mempunyai pasaran yang tinggi serta mahal seperti jelawat, kelah, temelian, tengalan, kerai, gerahak, patin, belida dan tapah.

''Mereka yang tidak bertanggungjawab itu melakukan penangkapan secara salah seperti menggunakan tuba dan bom. Jika tidak dikawal segera, kita akan kehilangan spesies ikan-ikan jenis ini pada masa akan datang," katanya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

10 kawasan diwarta lubuk ikan Empty Re: 10 kawasan diwarta lubuk ikan

Post  OTAIkutai Tue Jul 21, 2009 6:26 pm

Apa komen En. Qahar.......
OTAIkutai
OTAIkutai
COACH
COACH

Posts : 92
Points : 96
Join date : 17/04/2009
Age : 62

Back to top Go down

10 kawasan diwarta lubuk ikan Empty Re: 10 kawasan diwarta lubuk ikan

Post  zulkbo Tue Jul 21, 2009 11:06 pm

dasyat tu,guna satelit lagi cari ikan,canggih....
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

10 kawasan diwarta lubuk ikan Empty Re: 10 kawasan diwarta lubuk ikan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum